Saturday, September 27, 2014
PENGUMUMAN - LANGIT BIRU YANG SAMA
Tajuk : YANG SEPERTI DIA
Penulis : Hani Fazuha(Asalkan Dia Bahagia) &
Syeena Hamdan (Langit Biru Yang Sama)
ISBN : 978-967-0718-11-8
Harga : RM 27(Semenanjung) + postage RM 6
RM 30(Sabah Sarawak) + postage RM 10
Sinopsis :
ASALKAN DIA BAHAGIA
Dunia ini bukan hanya untuk kita dan hidup ini, bukan hanya untuk ketawa gembira.
Payahnya menjadi seorang Adira Imani apabila bahagia yang dia ada seakan tiba-tiba ditarik pergi.
Payahnya menjadi seorang Haris Aryan apabila setiap kebaikannya sering disalah erti.
Payahnya menjadi seorang Ikmal Reza apabila setiap yang dia mahu tak pernah mampu dimiliki.
Lebih payah lagi apabila cinta yang wujud di hati, harus disimpan sendiri.
LANGIT BIRU YANG SAMA
Peliknya cinta bila kita sendiri tidak tahu bagaimana ia boleh tiba-tiba ada.
Sakitnya rasa apabila kita tahu orang yang kita suka sebenarnya tidak layak untuk kita cinta.
Ainun sedar, dia bukan siapa-siapa. Walau Alzam kata ‘kita’ memandang langit yang sama, tapi bumi yang kita pijak ada bezanya.
Tapi, Alzam ada caranya yang tersendiri bagaimana untuk menjadikan Ainun hak miliknya.
***** Pembayaran Bermula hari ini sehingga 15 Okt 2014.
Yang buat pembayaran sehingga selasa( dalam tempoh 4 hari) akan dapt FM Asalkan Dia Bahagia.
Sila hubungi Admin/Ejen untuk pembelian.
* PERHATIAN untuk orang Johor Baharu. Boleh order dan bayar pada ejen. Tapi, jika anda tidak mahu bayar utk kos postage, boleh datang collect di Plaza Angsana pada 25hb Okt nnti kerana pelancaran LE ini akan dibuat dia sana(poster pelancaran akan up kemudian)
Thursday, September 25, 2014
LANGIT BIRU YANG SAMA - BAB 6
PAGI itu Alzam
datang lebih awal dari kebiasaannya. Penat dia bersoal-jawab dengan Tuan Haji
Arshad. Seboleh mungkin dia tidak mahu Tuan Haji Arshad tahu apa yang terjadi
di Hotel Mutiara.
Sampai
sahaja di pejabat, Alzam terus menuju ke meja Ainun. Meja Ainun dibongkar.
Habis semua digeledah. Puas menyelongkar akhirnya berjumpa juga. Dia tersenyum.
Membelek seketika sebelum menulis sesuatu. Diletakkan elok-elok di tepi papan
kekunci.
Belum
sempat dia mengemas semula meja Ainun. Terdengar seperti pintu pejabat dibuka
dari luar. Kelam-kabut dia berlari masuk ke biliknya. Berlari bagai tak cukup
tanah nak dipijak. Hingga jatuh tersembam sebaik masuk ke dalam bilik. Sempat
dia bangkit semula dan menutup pintu.
“Ya
Allah!” Maimun terjerit sebaik kaki mencecah lantai pejabat.
Alzam
yang mengunci diri di dalam bilik tersengih-sengih. Memasang telinga di balik
pintu. Nasib dia sempat tadi. Kalau tidak sia-sia saja datang awal ke pejabat. Baru
hendak berjalan ke kerusinya dia mengaduh.
“Hailaaa…lutut.
Tak pasal-pasal kau sakit. Inilah balasannya bila buat sesuatu tak fikir dulu.
Dah terhantuk baru terngadah ke apa.” Alzam menggeleng.
Ainun
melangkah lemah masuk ke pejabat. Ikut kata hati memang dia nak cabut saja tapi
bila mengenangkan hotel inilah tempat dia mencari rezeki. Dibatalkan saja
niatnya itu.
"Kak
Mun...apa jadi dengan meja saya?" Terjatuh beg tangan Ainun dari pegangan.
Siapalah yang buat dajal.
“Cuba
tengok ada yang hilang tak? Manalah tahu ada orang cuba nak mencuri sebab tu
Kak Mun tak berani nak sentuh.” Maimun berdiri memandang meja Ainun.
Kaki
diatur mendekati meja. Mata Ainun tertancap sesuatu. Segera dicapai kertas yang
diletak elok di bawah papan kekunci.
"Kak
Mun, siapa letak ni?" Ainun tunjuk kertas di tangannya.
"Entah.
Encik Alzam kut." Maimun jongket bahu.
“Dia
dah datang ke?” Berkerut dahi Ainun. Betul ke Alzam yang letak?
“Macam
perasan kereta dia ada dekat bawah tadi.” Maimun mengangguk.
"Ini
bukan prank kan?" Ainun minta
kepastian. Manalah tahu ada yang nak perdajalkan dia.
"Siapa
pula nak prank Ainun. Pergilah tanya
dengan Encik Alzam. Manalah tahu memang dia yang letak." Maimun beri
cadangan.
"Memang
dia dah datang eh? Pecah rekod. Gila awal." Ainun mencebik.
"Memang
awal pun. Sebelum Kak Mun datang dia dah ada rasanya." Maimun mengiakan.
"Really?" Ainun besarkan mata. Beg
tangan diletakkan di dalam laci. Dia berjalan menuju ke bilik Alzam.
Pintu
bilik diketuk. Ainun cuba untuk masuk bila Alzam izinkan tetapi pintu dikunci.
“Sorry.” Alzam tersengih sebaik pintu
dibuka dari dalam.
"Apa
maksud kau?" Ainun lekap kertas tadi di dada Alzam.
Alzam
tersenyum. Dia memegang kertas itu dan kembali duduk di mejanya. Pertanyaan
Ainun tidak diendahkan. Dia meneruskan kerja-kerjanya.
"Semalam
beria-ia kau tak bagi. Apasal hari ni kau luluskan?" Ainun membentak.
Bengang bila soalannya tidak berjawab.
"Aikkk…bagi
cuti pun salah? Aku tak bagi cuti kau marah-marah. Kau nak suruh aku buat apa
sebenarnya?" Alzam letak pen di tangan. Badan disandarkan. Tangan
bersilang di dada. Mata memandang tepat pada wajah Ainun.
"Buat
bodoh, boleh?" Ainun turut bersilang tangan di dada. Suka sangat bagi
soalan cerdik. Aku pun boleh bagi kau jawapan cerdik juga.
"Look, Ainun. Boleh tak untuk hari ini
kita jangan terjerit-jerit? Kita cakap baik-baik. Kiranya macam gencatan
senjatalah. Boleh kau balik kampung dengan aman. Aku pun tak adalah nak rasa
bersalah sangat." Alzam jongket kening.
"Kalau
kau nak tahu, aku mula jadi macam orang tak siuman ni. Terjerit terpekik sana
sini sejak jadi PA kau. Sebelum kau datang elok aje aku berkerja. Hidup aku pun
aman damai. Tak ada gangguan." Ainun mencebik.
"Ya
lah, salah aku." Alzam mengalah. Dia pun sebenarnya dah penat nak berlawan
cakap dengan Ainun. Gadis ini mana nak bagi peluang dia menang. Kalau seri pun
nasib-nasib aje.
"Bagus
kau dah mengaku. Memang salah kau pun." Ainun jelir lidah dan terus
keluar.
Like seriously Ainun
did that? Alzam terkebil-kebil. Comel. Tersungging
senyuman di bibirnya.
"By the way, thanks for the approval."
Hanya kepala Ainun yang terjengul dibalik pintu sebelum hilang semula.
"Macam
dapat durian runtuh. Betul-betul happy
perempuan ni." Alzam menggeleng.
AINUN
tergamam. Dia hanya memandang kereta Nissan Fairlady putih yang dicium
keretanya. Cermin tingkapnya diketuk. Dia tersentak. Tidak menoleh. Menggagau
mencapai telefon bimbit. Pantas tangannya yang masih menggigil mendail nombor
seseorang.
"Tolong
aku. Aku tak tahu nak buat apa. Batu lima Jalan Skudai." Talian dimatikan.
Ainun diam membatu. Ketukan pada cermin tingkapnya langsung tidak dihiraukan.
Sepuluh
minit berlalu. Ainun pandang ke luar bila untuk sekian kalinya cermin tingkap
keretanya diketuk lagi. Kunci pintu dibuka. Dia melangkah keluar bila pintu
sebelah pemandu dibuka dari luar.
“Kau
okey?” tanya Alzam yang datang secepatnya bila Ainun telefon minta tolong.
Ainun
angguk kemudian menggeleng.
“Bro, apa cerita ni?” Satu suara di
belakang Alzam menegur.
Alzam
menoleh dan memberi isyarat kepada si pemilik suara untuk tunggu sebentar.
“Kau
relax dulu. Aku settlekan sekejap.” Alzam berpusing mendekati pemilik suara tadi.
Ainun
bersandar pada keretanya. Sabar menanti Alzam berbicara dengan pemilik kereta
Nissan Fairlady tadi. Dia perasan wajah Alzam sedikit tegang bila suara pemilik
kereta Nissan Fairlady tadi meninggi. Agaknya kalau dia di tempat Alzam mesti
sudah banjir. Pertama kali tu cium bontot kereta orang.
Setelah
berbincang beberapa ketika, Alzam hulurkan beberapa keping not seratus kepada lelaki
yang juga pemilik kereta Nissan Fairlady itu. Penat juga bertegang urat. Bukan
main lagi memeras minta ganti rugi tak masuk akal. Kereta lelaki tu bukannya
teruk sangat kalau nak dibandingkan dengan kereta Ainun. Bila dia cakap nak
buat panggilan ke balai polis barulah lelaki itu mengalah dan bersetuju dengan
wang yang dia tawarkan.
"Teruk
juga ni. Macam mana boleh terlanggar?" tanya Alzam setelah melihat
kerosakan pada kereta Ainun.
Ainun
hanya jongket bahu.
“Kau
dah okey ke belum?” soal Alzam lagi.
Reaksi
Ainun masih sama. Mengangguk kemudian menggeleng.
"Tak
okey ni." Alzam pandang wajah Ainun yang tiba-tiba bertukar keruh.
Menitis
airmata Ainun. Dia menangis.
"Hei..."
Alzam jongket kening.
"Macam
mana nak balik kampung?" Ainun tanpa silu mengongoi pada Alzam.
"Memang
kau kena balik juga ke hari ni?" soal Alzam semula.
"Kena
juga. Tak ada orang nak jaga mak aku dekat sana." Ainun seka airmata yang
mengalir. Ada karang aku kena bahan juga nanti.
"Aku
hantar," putus Alzam.
"Errr..."
Ainun terkedu.
"Kereta
kau ni nak kena hantar ke bengkel jugalah. Sekurang-kurangnya seminggu,"
beritahu Alzam.
"Seminggu?
Memang patah kakilah." Ainun mengeluh.
“Pakai
kereta aku?” Alzam beri cadangan.
“Errr…kereta
kau?” Ainun terkebil-kebil memandang kereta Alzam di belakang keretanya. Gila ke
apa mamat ni? Mitsubishi Lancer 2.0 GTE? Sangatlah tak masuk jiwa.
“Bukan
kereta ni lah.” Alzam tunjal sedikit kepala Ainun.
“Hei.”
Ainun pukul tangan Alzam. Ingat dia tak bayar fitrah ke.
“Ingat
aku nak bagi kau bawak ‘bini’ aku ni? Sorry.”
Alzam bersandar pada kereta Ainun.
“Fuhhh…lega.”
Ainun mengurut dada.
“Volkswagen Beetle.” Serius sahaja suara
Alzam.
“Kereta
katak? Alahhh…” Suara Ainun mendatar.
"Hoi!
Nasib aku nak bagi pinjam tau.” Alzam jegilkan matanya.
“Yelah.
Yelah.” Ainun mengeluh. Pasrah. Dah orang nak bagi pinjam. Terima sajalah.
“Daripada
kau mengeluh sana mengeluh sini, Lebih baik kau ambil beg baju kau masukkan
dalam kereta aku," arah Alzam.
Ainun
menjeling. Baru nak layan perasaan tapi dah kena sedas dengan Alzam.
“Kereta
aku?” Ainun tolak badan Alzam ke tepi. Pintu belakang dibuka.
“Sekejap
lagi ada tow truck datang.”
“Errr…berapa
aku nak kena bayar balik?” Ainun serahkan beg bajunya kepada Alzam.
“Nanti
aku fikirkan.” Alzam tersenyum-senyum.
Ainun
ketap bibir. Rasa macam tak sedap hati melihat senyum sumbing Alzam.
“Kau
jangan macam-macam.” Ainun pandang Alzam senget sewaktu kedua-duanya sudah
duduk di dalam kereta.
“Berbaloi
apa kalau aku nak bermacam-macam.” Alzam mengusik.
Ainun
menjeling. Hati dah panas dengan apa yang terjadi.
“Nanti
berhentikan aku dekat perhentian bas depan sana tu.” Ainun tunjuk ke arah
perhentian bas yang semakin dihampiri.
“Eh!
Nak buat apa?” Alzam pandang Ainun.
“Naik
bas. Aku tunggu bas yang pergi kampung aku dekat situ.”
“Jangan
nak mengada. Aku hantar kau balik kampung. Tak boleh bergurau langsung.” Alzam
meningkah apa yang Ainun ingin lakukan.
“Yelah.”
Akihirnya Ainun duduk diam. Menyerah kalah atas asakan Alzam.
P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.
LANGIT BIRU YANG SAMA - BAB 5
AINUN menopang dagu. Kertas
di atas mejanya ditenung. Bibir diketap. Akal laju berfikir. Nafas dihela dan
dilepaskan perlahan-lahan. Mulut terkumat-kamit menggumam sesuatu.
“Kenapa
Ainun?” Maimun yang baru balik dari tandas memandang Ainun yang sedang merenung
kertas di tangan.
“Nak
mohon cuti. Agak-agak mamat berlagak kat dalam tu bagi tak, Kak Mun?” Ainun
memuncung.
“Takkanlah
dia tak luluskan. Ainun bukan suka-suka nak bercuti. Nak jaga emak kan.
Cakaplah baik-baik dengan Encik Alzam tu.” Maimun cuba memberi kata-kata
semangat.
“Hmmm…wish me luck.” Ainun berdiri. Kaki
dihayun menuju ke bilik Alzam.
Maimun
tunjuk isyarat bagus. Mata mengekori langkah Ainun hingga ke depan pintu bilik
Alzam.
Pintu
bilik Alzam diketuk. Setelah pasti Alzam mengizinkan dia untuk masuk, pintu
dikuak. Ainun melangkah penuh yakin. Kaki diseret mendekati meja Alzam. Diletak
kertas yang dipegangnya di atas dokumen yang sedang disemak Alzam.
Alzam
pandang muka Ainun. Cuba membaca air muka si gadis. Gagal. Kening dijongket. Matanya
beralih semula kepada kertas yang diletakkan Ainun tadi. Dibaca bait demi bait
perkataan yang tercatat pada kertas itu.
"Tak
boleh." Alzam tolak ke tepi kertas itu.
"What?!!!" Satu oktaf Ainun
menjerit. Macam itu saja Alzam buat keputusan.
Alzam
buat muka selamba. Dia kembali membelek dokumen yang sedang disemaknya sedari
tadi.
"Aku
dah lama tak cutilah." Ainun membentak. Bengang bila Alzam mentah-mentah
menolak permohonan cutinya.
"Aku
ada banyak kerja. Kau faham tak?" Alzam besarkan mata.
"Kau
yang banyak kerja. Aku tak ada kerja." Ainun membalas tidak mahu kalah.
"Eh!
Kau ni lupa agaknya. Meh sini aku nak ingatkan. Kau tu PA aku. P-A. Personal Assistant atau dalam
bahasa pembantu peribadi. Kalau aku banyak kerja maknanya kau pun banyak kerja.
Hurmmm…" Alzam jongket kening sebelum kepala tunduk semula.
"Melampau."
Ainun mendengus.
Diambil
kembali kertas tadi. Dia terus keluar. Hati memang menyumpah seranah Alzam.
Lupa dosa mengutuk sesama saudara.
“Tutup
pintu tu elok-elok. Jangan hempas pula. Tak ada bajet nak ganti baru.” Sempat
Alzam perli.
“Eee…”
Semakin bengan Ainun mendegar sindiran Alzam. Lelaki itu macam tahu-tahu saja.
Ainun
melangkah lemah ke mejanya. Muka yang tadinya yakin kini berubah monyok.
"Macam
mana?" tanya Maimun.
"Kalau
dah namanya hantu. Mana nak dapat. Mentah-mentah dia tolak. Bukan nak tanya
kenapa nak ambik cuti." Ainun hempas borang cuti di tangan ke atas meja.
"Habis
siapa yang nak jaga mak Ainun tu?" soal Maimun lagi.
"Terpaksa
jugalah minta Mak Long saya tengokkan dulu." Ainun mengeluh.
"Mak
Long Ainun kan..." Maimun serba-salah nak meneruskan kata-katanya.
"Nak
buat macam mana, Kak Mun." Ainun kesat matanya yang mula berkaca-kaca.
"Esok
lusa Ainun cubalah lagi. Mana tahu masa tu hati Encik Alzam dah sejuk. Mungkin
dia masih penat lagi agaknya. Maklumlah baru balik dari berkursus." Maimun
cuba memujuk.
"Saya
tak tahulah, Kak Mun. Saya nak ke tandas sekejap." Ainun berlalu dengan
telefon bimbit di tangan.
ALZAM
keluar dari bilik dengan fail penuh di tangan. Berjalan ke meja Ainun.
Fail-fail yang dibawanya diletak di atas meja Ainun.
"Tolong
susun ikut yang aku dah tag."
Alzam pandang wajah Ainun.
"Hmmm..."
Ainun tarik fail-fail dekat dengan dadanya. Dia langsung tak panggung wajah.
Tak selera nak pandang muka orang yang tak boleh lebih kurang dengan dia.
"Aku
nak sebelum pukul lima," beritahu Alzam lagi. Cuba memancing Ainun angkat
muka memandang dia.
"Hmmm..."
Ainun angguk sahaja.
Alzam
ketap bibir. Tidak senang dengan reaksi Ainun. Rasa janggal bila Ainun jadi
acuh tak acuh. Takkanlah marah sebab tak dapat cuti.
"Ainun!"
panggil Alzam kuat untuk sekian kalinya.
"Apa?"
Ainun mendongak juga. Suaranya juga sedikit keras.
Alzam
tergamam. Mata Ainun yang merah buat lidahnya kelu. Disekeliling mata juga
nampak seperti membengkak. Ainun menangis?
"Encik
Alzam nak apa?" Ainun tenung Alzam. Nada suara yang serak akibat menangis
cuba dikawal.
"Tak
ada apa-apa." Alzam tidak jadi bertanya apa-apa. Dia terus masuk ke
biliknya.
Alzam
hempaskan punggung di kerusi empuknya. Badan disandar malas. Dia termenung.
Masih terbayang mata Ainun yang merah. Macam baru lepas menangis. Betul ke
Ainun menangis? Menangis sebab apa? Tak dapat cuti?
Untuk
kepastian Alzam perlu bertanya. Tangan menekan butang interkom.
"Kak
Mun masuk sekejap."
Tidak
sampai seminit, Maimun sudah berdiri di depan Alzam.
“Duduklah,
Kak Mun,” pelawa Alzam.
Maimun
tersenyum. Dia duduk seperti yang diarahkan. Dahi berkerut memikirkan apa
tujuan Alzam memanggilnya. Selama Alzam berkerja di sini tak pernah sekalipun
dia dipanggil menghadap lelaki ini. Segala-galanya Alzam sampaikan melalui
Ainun. Pelik.
“Maaflah
kalau saya mengganggu Kak Mun.” Alzam mula berbicara.
“Eh!
Apa pula mengganggu? Tak ada mengganggunya.” Maimun menggeleng. Rasa janggal
pula bila bos cakap macam tu.
“Rasanya
tak terlewat kalau saya nak berkenal-kenalan dengan semua pekerja saya kan.”
Alzam tersenyum.
Maimun
pun tersenyum juga.
“Kak
Mun dah berapa lama kerja dekat sini?”
“Lebih
kurang sepuluh tahun.”
“Ooo…maksudnya
Kak Mun masuk dululah sebelum Ainun.”
“Aah…Ainun
baru lima tahun.”
“Kak
Mun rapat dengan Ainun? Maksud saya kenal dia dan keluarganya?” Alzam mula
cucuk jarum.
“Errr…Kenal
gitu-gitu aje.” Maimun tergagap-gagap.
“Pernah
jumpa mak, ayah atau adik beradik dia?” tebak Alzam lagi.
Maimun
menggeleng. Apa kes pula bos aku ni? Nak korek cerita Ainun ke? Pergilah tanya
tuan empunya badan. Adehhh…
“Takkanlah…”
Berkerut dahi Alzam.
“Ainun
bukan seorang yang suka menjaja cerita keluarga dia. Tak pernah sekali pun
terkeluar apa-apa cerita tentang mak, ayah atau adik-beradik dia. Cuma pagi
tadi aje…” Maimun ketap bibir. Tidak jadi menghabiskan kata-katanya. Teringat
janjinya dengan Ainun.
“Kenapa
dengan pagi tadi?” Alzam betulkan duduknya. Tidak sabar mendengar kisah Ainun.
Manalah tahu ada sangkut-paut dengan mata Ainun yang merah tu.
“Errr…Encik
Alzam tanya dia sendirilah.” Maimun serba-salah. Tidak mahu mengkhianati
kepercayaan Ainun.
“Please, Kak Mun. Sebagai bos saya berhak
tahu masalah pekerja saya supaya tidak mengganggu produktiviti mereka.” Alzam
cuba menggunakan kuasa vetonya.
“Saya
dah janji dengan Ainun, Encik Alzam.” Maimun cuba memberi alasan. Tangan dah
naik menggaru kepala.
“Tak
apalah, Kak Mun. Saya tak nak paksa tapi tadi saya perasan mata Ainun merah.
Saya agak dia ada masalah. Itu yang saya bertanya. Risau pula saya. Nak tanya
dengan dia sendiri takut dia kata saya busy
body.” Alzam mengalah. Bibir digigit. Cuba menggunakan reverse psychology. Manalah tahu Maimun termakan dengan
kata-katanya.
“Dia
susah hati sebab orang yang dia upah jaga emak dia dekat kampung nak balik
Indonesia. Encik Alzam pula tak luluskan cuti dia. Itu yang dia sedih agaknya.”
Tanpa sedar Maimun bercerita.
Alzam
sembunyi senyum. Strategi mengena.
“Ayah
dia mana?” Alzam mula mengorek cerita Ainun lagi. Kali ini lebih berhati-hati
agar tidak nampak keterlaluan.
“Ayah
dia dah meninggal. Emak dia pula lumpuh.” Wajah Maimun berubah sedih.
“Oh!”
Alzam terperanjat. Kata-kata Maimun seperti tidak membayangkan karakter sebenar
Ainun.
“Tak
percaya kan? Saya pun tak sangka Ainun ada cerita sedih. Dia tak pernah tunjuk
yang dia sedih. Baru hari ini saya nampak sisi lain Ainun.”
Alzam
terkebil-kebil. Masih cuba mencerna apa yang baru dia tahu. Sungguh dia tak
sangka Ainun begitu cekal orangnya.
“Errr…rasanya
dah banyak saya cerita dengan Encik Alzam ni. Ada apa-apa lagi ke, Encik
Alzam?” Maimun angkat kening.
“Tak
ada apa-apa. Terima kasih, Kak Mun.”
“Sama-sama,
Encik Alzam. Kalau boleh Encik Alzam jangan cakap dengan Ainun eh saya beritahu
pasal keluarga dia pada Encik Alzam. Mati saya nanti.” Maimun bangkit.
“Insya-Allah
tak.” Alzam tersenyum.
“Saya
keluar dulu.” Maimun beredar dari situ.
Alzam
angguk. Dia kembali termenung. Kisah Ainun sedikit sebanyak menyentuh hati dia.
Kenapalah dia susah nak beri sedikit kegembiraan kepada Ainun? Terang-terang
Ainun tak pernah membantah segala arahan dia walau adakalanya Ainun menempelak
kata-katanya.
P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.
LANGIT BIRU YANG SAMA - BAB 4
AINUN gagahkan diri
mendail nombor telefon Mak Longnya. Dia terpaksa. Sudah hampir sebulan dia
tidak mendengar khabar berita emaknya. Kalau ikutkan hati yang terluka memang
dia tidak ingin menghubungi langsung Mak Longnya yang tamak itu.
“Hel…hello.
Assalammualaikum.” Menggigil suara Ainun memberi salam.
“Waalaikumussalam.”
Kasar suara yang menjawab panggilan Ainun.
“Mak
Long.” Ainun cuba memberanikan diri demi emaknya.
“Hurmmm…”
Acuh tak acuh saja Mak Long Ainun menjawab.
“Emak
Ainun macam mana? Dia okey tak? Errr…maksud Ainun dia sihat tak?” Ainun
bertanya.
“Entah.”
Mak Long menjawab malas.
Hancur
luluh hati Ainun mendengar jawapan Mak Longnya. Dia pasti Mak longnya tidak
pernah sekalipun menjenguk emaknya. Walhal rumah emaknya itu hanya di sebelah
rumah Mak Longnya.
“Ainun
nak minta tolong sikit boleh tak, Mak Long?” Ainun cekalkan hati bertanya.
“Apa
dia?” Keras sahaja suara Mak Long.
“Jeritkan
Kak Ranti. Sekejap lagi Ainun telefon balik. Terima kasih, Mak Long.” Ainun
matikan panggilan.
Dia
termenung. Mata memandang jam pada telefon bimbitnya. Lebih kurang lima minit
berlalu, Ainun mendail semula nombor telefon Mak Longnya.
“Hello.”
Ainun memulakan bicara. Telefon bimbit ditekap kemas pada cuping telinga.
“Ainun.
Kak Ranti ni.” Suara di hujung talian menyahut.
Ainun
menarik nafas lega. Dia ingatkan Mak Long tak panggilkan Kak Ranti.
Sekurang-kurangnya masih ada rasa kasihan pada hati Mak Long walau sekelumit
cuma.
“Kak
Ranti, mak macam mana? Dia sihat tak? Ada tanya-tanya pasal Ainun?”
Bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Ainun.
“Alhamdulillah.
Mak Cik Aida sihat. Ada juga dia bertanyakan Ainun tapi Kak Ranti cakap yang
macam Ainun suruh,” beritahu Ranti satu persatu.
“Lega
Ainnun dengar. Bulan ni Ainun tak dapat nak balik lagilah, Kak Ranti. Nanti
Ainun masukkan duit dalam akaun Tina. Macam biasa.” Sebak suara Ainun tika
memberitahu dia tidak berkesempatan untuk pulang ke kampung.
“Macam
mana Kak Ranti mahu khabarkan ya?” Terdengar seperti Ranti mengeluh.
“Nak
khabarkan apa, Kak Ranti?” Dada Ainun tiba-tiba rasa berdebar. Entah apalah
yang hendak diberitahu Kak Ranti kepadanya.
“Macam
ni, Ainun.” Ranti berjeda.
“Apa
dia, Kak Ranti? Pasal duit ke? Tak cukup ke upah yang Ainun bagi?” Asak Ainun
tanpa menunggu Ranti menghabiskan kata-katanya.
“Bukan,
bukan pasal duit, Ainun. Duitnya cukup. Malah ada lebih lagi. Ini Kak Ranti
kena balik ke Indonesia. Emak Kak Ranti lagi sakit di sana.” Tenang sahaja
suara Ranti bercerita.
“Huh!
Balik Indonesia?” Suara Ainun naik satu oktaf. Sesak dadanya bila Kak Ranti sebut
balik Indonesia. Siapa yang akan menjaga emaknya nanti?
“Errr…Kak
Ranti cadangnya mahu balik hujung minggu ni.”
“Hujung
minggu ni?” Terus terlepas telefon bimbit dari genggamannya. Apa dia perlu
buat? Kenapa dia diduga begini?
“Hello!
Hello!” Suara Ranti kedengaran dari telefon bimbit yang tercampak di hujung
kaki Ainun.
Terketar-ketar
Ainun mengambil kembali telefon bimbitnya.
“Kak
Ranti tolong tengokkan emak dulu ya. Nanti Ainun usahakan balik hujung minggu
ni. Terima kasih, Kak Ranti. Assalammualaikum.”
“Ya
Allah! Kenapa begini berat dugaanmu?” Ainun merintih.
Perlahan-lahan
dia meletakkan kepalanya di bantal. Mata merenung skrin telefon bimbit yang
sudah gelap. Otak ligat berfikir. Sesekali terdengar dia mengeluh. Ainun
pasrah.
Biar
apa pun yang terjadi dia tak akan meminta Mak Longnya menjaga emaknya. Cukuplah
sekali dulu dia tersilap membuat keputusan hingga emaknya terlantar di hospital
semula.
PAGI
itu, Ainun ke pejabat seperti biasa. Bezanya perwatakan dia tidak seceria
selalu. Tiada lagi sapaan mesra kepada setiap orang yang dia jumpa. Hanya
senyuman terpaksa yang terukir.
“Ainun
sakit ke?” tanya Maimun bila melihat Ainun yang diam seribu bahasa ketika kaki
melangkah masuk ke pejabat.
Ainun
panggung wajah. Tersenyum sedikit dan menggeleng.
“Betul
Ainun okey?” Maimun memandang minta kepastian. Risau dengan perubahan mendadak
Ainun.
“Okey,
Kak Mun. Ainun sihat.” Ainun tersenyum lagi.
“Kak
Mun boleh nampak Ainun sihat. Maksud Kak Mun, Ainun ada apa-apa masalah ke?”
Maimun bertanya lagi. Tidak berpuashati dengan jawapan Ainun.
“Seganlah
nak cakap, Kak Mun.” Ainun muncungkan mulutnya. Memang betul. Dia tidak suka
campur adukkan hal peribadi dengan kerja sebab itulah tiada siapa yang tahu
tentang masalah keluarganya.
“Ya
Allah! Sejak bila pula Ainun Rashid ni jadi penyegan.” Maimun julingkan matanya
dan pandang ke atas.
“Memang
saya ni penyegan apa. Lemah gemalai lagi.” Ainun tertawa. Hilang terus perihal
emaknya di kampung. Tiba-tiba dia teringat apa yang dibuat dengan Alzam seminggu
lepas.
“Macam-macamlah
Ainun ni.” Maimun menggeleng dan tersenyum.
“Kak
Mun, orang dalam tu dah datang ke? Dia dah habis kursus kan?” Suara Ainun
tiba-tiba seperti berbisik.
“Dah.
Kenapa? Rindu?” Maimun mengusik.
“Pleaselah nak merindu bagai.” Giliran
Ainun pula menjulingkan mata.
“Manalah
tahu. Ainun kan suka bertekak dengan dia,” seloroh Maimun.
“Dah
semuanya dia aje yang betul. Mana boleh jadi.” Ainun cemberut.
“Eloklah
tu. Mula-mula memang bertekak. Lama-lama jatuh cinta. Lepas tu kahwin.” Semakin
galak Maimun mengusik.
“Choiii…memang
taklah.” Ainun buat gaya geli.
Maimun
ketawa.
“Kak
Mun, agak-agak kalau saya minta cuti dia bagi tak?” Mulut Ainun herot ke kiri
ke kanan.
“Ainun
nak pergi mana?” Maimun pandang muka Ainun.
“Balik
kampung. Orang yang saya upah jaga mak saya tu nak balik Indonesia.”
“Lama
ke dia balik? Habis tu mak Ainun macam mana?” tanya Maimun prihatin.
Seingat
Maimun, Ainun pernah bercerita emaknya lumpuh dari pinggang ke bawah. Bermakna
emak Ainun memang perlukan seseorang untuk menjaganya sepanjang masa. Yelah
ayah Ainun pun dah meninggal.
“Itu
yang saya susah hati ni. Ingatkan nak minta cuti seminggu. Kalau masih tak
jumpa orang juga. Saya nak mohon cuti tanpa gaji. Kalau bos tak bagi saya
berhenti kerjalah.” Ainun mengeluh.
“Janganlah
sampai nak berhenti kerja. Sayang. Ainun kan dah lama kerja dekat sini. Ainun
tak ada saudara-mara ke dekat kampung tu?” Maimun cuba memujuk.
“Ada.
Mak Long. Sebelah rumak mak saya aje.” Mendatar sahaja suara Ainun.
“Boleh
minta tolong Mak Long Ainun jaga.” Maimun cuba memberi cadangan. Dia ingatkan
Ainun tiada saudara-mara.
“Seriklah,
Kak Mun.” Ainun ketap bibir.
“Kenapa?
Errr…kalau Ainun tak nak cerita tak apa. Maaflah. Banyak pula Kak Mun
bertanya.” Maimun serba-salah. Risau Ainun tersalah anggap sikap keprihatinan
dia.
“Dulu
selepas mak lumpuh saya merayu minta Mak Long jaga. Yelah emak saya tu kan
sedarah sedaging dia. Jadi memang saya mengharapkan dia tolong tengokkan emak.”
Ainun berjeda. Hujung jari telunjuk sudah menyeka airmata yang beertakung di
tubir mata. Nafas ditarik dalam-dalam. Cuba mengumpul kekuatan untuk bercerita.
Maimun
sabar menanti. Ada rasa sebak di dadanya walau cerita sepenuhnya belum
diluahkan Ainun.
“Mak
Long marah-marah mak. Sepak terajang mak. Mak Long kata mak menyusahkan. Kesian
mak. Dua minggu terseksa.” Ainun berhenti lagi. Kali ini dia membiarkan sahaja
airmatanya mengalir.
Maimun
kesat matanya dengan belakang tangannya. Tersentuh dengan cerita Ainun.
“Allah
tu maha kaya. Dia nak tunjuk kat saya agaknya. Kebetulan saya balik mengejut.
Nak tengok keadaan mak. Tuhan aje yang tahu perasaan saya masa tu, Kak Mun.”
Ainun tersenyum.
“Maafkan
Kak Mun, Ainun. Tak sangka dalam ceria Ainun ada cerita duka dalam hati.”
Maimun tersenyum sama.
“Jangan
cerita dengan sesiapa ya, Kak Mun. Saya tak nak orang berkawan dengan saya
sebab simpati,” pinta Ainun.
“Dengan
sayarat.” Maimun pandang muka Ainun.
“Eh!
Bersyarat bagai.” Ainun ketawa-ketawa.
“Jangan
pendam sorang-sorang. Kak Mun tahu Ainun perlukan seseorang untuk luahkan apa
yang terpendam dalam dada Ainun tu.” Maimun mengangguk.
“Saya
tak nak menyusahkan orang, Kak Mun. Ini pun dah kira menyusahkan sampai
mengganggu kerja Kak Mun,” ujar Ainun.
“Tak
mengganggu pun, Ainun. Bukan apa kalau Ainun simpan sendiri, Kak Mun takut
segala yang terbuku tu akan bertukar menjadi dendam.” Maimun cuba menerangkan
niat dia yang sebenar.
“Saya
sentiasa cuba muhasabah diri, Kak Mun. Insya-Allah, saya akan cuba dari
membiarkan semuanya bertukar kepada dendam.” Ainun bersandar lemah.
P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.
Subscribe to:
Posts (Atom)