SEKEJAP-SEKEJAP
Asyikin mengeluarkan telefon bimbitnya dari kocek baju. Sedari tadi telefon
bimbitnya itu asyik bergetar. Dipadamkan sahaja panggilan masuk yang diterima.
Adakala dahinya berkerut. Letih tertanya-tanya. Otaknya serabut memikirkan
siapakah gerangan yang membuat panggilan. Tidak penat ke jari orang yang
mendail?
“Ikin,
kenapa?” Doktor Naim bertanya sambil mengambil fail pesakit yang telah disusun
di depan Asyikin. Diselak fail itu. Meneliti laporan yang telah ditulis oleh
doktor yang bertugas sebelum dia.
“Huh?”
Asyikin pandang muka Doktor Naim. Blur.
Doktor
Naim panggung wajah. Tersenyum dengan gelagat Asyikin. Nada suara lembut
dilontarkan.
“You
ada masalah ke?”
“Masalah?”
Besar mata Asyikin. Soalan Doktor Naim dibalas dengan soalan.
“Ada
juga yang tersalah bagi ubat dekat patient
ni nanti.” Tiba-tiba Doktor Marina menyampuk dari sebelah Doktor Naim. Pakej
dengan jelingan maut untuk Asyikin.
Asyikin
ketap bibir. Pen di tangan digenggam kemas. Hati dah menggelegak. Pesakit tak
salah makan ubat tapi mulut kau tu yang nak kena cili sangat Doktor Marina
oooiii.
“Ada
orang kacau you ke? I tengok asyik sangat you keluar masuk handphone dari kocek.” Doktor Naim angkat kening. Tidak dipedulikan
kehadiran Doktor Marina di sebelah dia. Matanya kembali fokus semula pada fail
pesakit.
“Tak
ada apa-apalah.” Senyuman paksa dilemparkan. Asyikin tidak betah dengan sikap
prihatin Doktor Naim. Lagilah bila Doktor Marina turut ada bersama-sama mereka.
“You
bergaduh dengan pakwe ke, Asyikin?”
Doktor Marina mencelah lagi. Sengaja menyoal begitu. Mahu melihat reaksi Doktor
Naim.
Doktor
Naim menjeling tetapi pada masa yang sama mengharapkan Asyikin menidakkan
pertanyaan Doktor Marina. Ekor matanya melirik pada Asyikin.
“Pakwe? I bukan cantik mana pun macam
you, Doktor Marina. Mana ada lelaki nak pandang I.” Asyikin merendah diri. Saja
puji Doktor Marina lebih-lebih. Doktor Marina ni kan memang suka dipuji macam
tu. Bukan dia tidak faham maksud tersirat soalan yang ditanyakan itu.
Doktor
Naim yang mendengar menarik nafas lega. Secarik senyuman tergaris di bibirnya.
Peluang untuk dia masih ada. Tiada apa yang perlu dia risaukan.
“Terima
kasihlah atas pujian you tu. I tahu I cantik tapi itulah I tak tahu kenapa ada
orang tu lebih pandang you bukan I.” Doktor Marina menjawab sinis sambil mengerling
Doktor Naim.
“Ikin,
ni patient mana? Kenapa tak ada
seorang doktor pun yang tengok? Kalau Doktor Remy tahu bising dia nanti.”
Doktor Naim hempas fail biru yang dipegangnya betul-betul di depan Asyikin dan
Doktor Marina.
Terhinggut
sedikit bahu Asyikin. Doktor Marina hanya tersenyum sinis.
“Ya
ke? Tak perasan pula.” Asyikin buka fail itu dan dibaca apa yang tertulis.
“Itulah.
Berangan lagi.” Doktor Marina cucuk jarum.
“You
dah tak ada kerja ke, Marina?” Mata Doktor Naim mencerlung tajam memandang
Doktor Marina. Geram dengan sikap gadis ini. Asal dia nk berbual dengan Asyikin
pasti saja menempel dekat sebelah. Kalau perangai itu elok tak mengapalah juga.
Ini semuanya menyakitkan hati dia.
“Errr…”
Terkelu Doktor Marina bila diherdik begitu. Terus sahaja dia berlalu
meninggalkan Doktor Naim dan Asyikin yang sepi seribu bahasa.
Masing-masing
kemudian sibuk membuat kerja sendiri.
Asyikin
bengang. Dalam hati menyumpah seranah panggilan misteri yang diterimanya.
Gara-gara si pemanggil misteri dia ditegur Ketua Jururawat bertugas yang
memerhatikan kelakuan dia sedari tadi. Si pemanggil misteri itu pula dah orang
tak layan masih lagi nak membuat panggilan.
Hesy...
siapalah gerangan si pemanggil misteri yang bodoh ni? Tak tahu ke dia tengah on duty? Jarinya menekan ikon telefon
berwarna merah. Dipandang semula senarai nama pesakit.
"Ikin,
asyik berbunyi aje handphone
kau," tegur Imah. Dihulurkan sekebat carta pesakit kepada Asyikin.
"Salah
nombor." Asyikin tersengih dan tayang giginya pada Imah. Betul ke salah
nombor? Entahlah. Dia malas nak angkat cuma dia pelik juga sebab nombor yang
sama saja yang diterimanya. Ada ke dia bagi nombor telefon bimbitnya kepada
sesiapa? Macam tak ada.
Imah
menggeleng dan berlalu pergi.
Waktu
kerjanya sudah tamat. Asyikin bersiap-siap
untuk pergi makan tengah hari. Terintai-intai dia mencari temannya. Sudah
berjanji dengan Imah untuk keluar makan bersama-sama. Mahu atau tidak terpaksa
menanti di kaunter memandangkan Imah masih menolong Doktor Chan merawat luka
seorang pesakit.
“Alamak!
Kenapalah mesti dia?” Berdecit mulutnya bila perasan Doktor Naim menghampiri
kaunter.
“You
dah nak keluar lunch ke?” Doktor Naim
memandang Asykin. Berdiri betul-betul di depan Asyikin. Jarak mereka hanya
berpisahkan kaunter.
Asyikin
herotkan mulut. Doktor kacak ni macam tahu-tahu aje dia nak keluar makan. Si
dia ni simpan ke jadual kerja dia? Yang si Imah ni manalah pula. Cepatlah Imah.
Tolong aku.
“Ikin.”
Doktor Naim ketuk tangan Asyikin dengan pen di tangannya. Gadis ini kerap
sangat mengelamun. Tak dengar ke soalan dia tadi atau berpura-pura tidak
dengar?
“Apa?”
Asyikin mendengus. Menjeling Doktor Naim dengan ekor mata.
“I
tanya you dah nak pergi lunch ke?”
soal Doktor Naim semula. Lembut. Pada masa yang sama hatinya terasa juga bila
suara Asyikin keras membalas soalannya.
“Ya.”
Pendek sahaja jawapan Asyikin. Suaranya juga mendatar. Tersedar yang dia tidak
sepatutnya melayan Doktor Naim begitu walau hatinya tidak suka dengan doktor
kacak ini.
“Ikut?”
Doktor Naim angkat kening.
“You
pergilah dengan Doktor Marina. I penatlah nak bersoal-jawab dengan dia.”
Malas-malas Asyikin membalas.
“Are you jealous?” Doktor Naim tersenyum.
Terangkat
kening Asyikin. Jari telunjuk menuding pada dirinya sendiri.
“Jealous? Me? Please.” Dia menggeleng.
Tolonglah
nak cemburu bagai ni. Apa kes? Lelaki ini pun bukan pakwe ke tunang ke atau suami yang dia nak cemburukan. Tolonglah.
“Manalah
tahu. I dengan Marina bukan ada apa-apa pun.” Doktor Naim cuba mencari anak
mata Asyikin. Mahu Asyikin tahu yang dia benar-benar ikhlas dengan gadis ini.
“Samalah
I dengan you. Eh, I kena pergi.” Asyikin terkocoh-kacah keluar dari ruang
kaunter. Cepat-cepat dia dapatkan Imah yang sudah menunggu di depan pintu.
Doktor
Naim terkebil-kebil. Hanya memandang kelibat Asyikin yang sudah hilang
bersama-sama dengan Imah.
“Buat
penat aje you mengurat dia, Naim. I yang sudi you tak nak.” Doktor Marina letak
fail di tangan di atas kaunter sambil tersenyum sinis.
Doktor
Naim merengus dan terus berlalu.
“Sombong.” Doktor Marina mencemik.
ABRAR
pandang telefon bimbitnya. Berkali-kali dia mendail. Namun sekali pun tidak
berangkat. Putus asa? Ya, itu yang dia rasakan kini. Mungkinkah Asyikin
mempermain-mainkan dia? Kenapa pula dia beria-ia mahu bercakap dengan gadis
itu?
"Dia
tak save nombor aku ke?" Diketuk
kepalanya dengan telefon bimbit.
“Sakit
ke kepala kau tu?” Bahu Abrar ditepuk. Kerusi kosong di sebelah Abrar ditarik.
“Ada
ke orang sakit kepala ketuk kepala sendiri? Agak-agaklah, bro.” Abrar menjeling. Temannya ini kalau tidak menyakat dia memang
tidak sah agaknya. Ayat yang dituturkan jarang yang mengusik jiwa. Sarkastik
tidak habis-habis.
“Wowowo,
kawan aku kalau angin macam ni selalunya sebab perempuan. Afiqah nak balik
semula dekat kau ke?” Kening si teman terjongket. Meneka dalam kesamaran.
“Perut
aku ni tengah kosong, Luq. Baik-baik aku nak makan nasi ada juga aku sembelih
orang nanti.” Abrar membalas kasar. Makin panas hatinya mendengar lelucon
Luqman walau temannya inilah tempat dia mengadu cerita sedih dan gembiranya.
Cuma sekarang ini bukan masanya untuk bergurau.
“Kau
ni kenapa, Abrar? Nak berangin El Nino pula.” Luqman menggeleng. Setahu dia
kali terakhir angin Abrar tidak elok ialah selepas putus dengan Afiqah tetapi
hari ini siapa yang buat hal dengan mr.
geologist ni. Ada apa-apa yang dia tidak tahu ke?
“Tak
ada apa-apalah.” Malas Abrar mahu memanjangkan cerita. Dipandang semula telefon
bimbitnya. Dicuba lagi mendail nombor yang sama. Namun masih tiada jawapan.
Satu keluhan berat dilepaskan.
Luqman
hanya memerhati. Bulat matanya melihat Abrar mendail lagi nombor yang sama.
Nombor siapa?
“Telefon
siapa?” tanya Luqman ingin tahu.
Soalan
Luqman dibiarkan tanpa jawapan. Abrar sudah berdiri.
“Kau
dah makan ke belum?” Dipandang Luqman yang memandang dia. Telefon bimbit
dimasukkan ke dalam kocek seluar. Kunci pacuan empat roda miliknya digenggam.
“Kau
nak belanja?” Luqman tersengih.
“Kira
onlah. Untung-untung makan dengan kau
ada luck.” Abrar mula berjalan.
Apakah
itu? Namun Luqman bingkas bangun dan mengejar Abrar.
“Lain
macam aje ni, bro. Cuba cerita sikit
dengan aku perempuan mana yang dah buat hati kawan aku ni kacau bilau.” Luqman
yang dapat menyaingi langkah laju Abrar bertanya lagi. Sudah lama Abrar tak
buat perangai pelik ni.
“Kita
tengok nanti siapa yang kena.” Abrar tersenyum. Sengaja berteka-teki dengan
Luqman. Biarlah temannya ini tahu sendiri nanti. Bukan dia tidak mahu
bercerita. Nak cerita apanya kalau sesuatu itu belum pasti.
“Macam
nak pergi berjudi pula.” Luqman tertawa tapi tidak lama bila kepala dia
ditunjal Abrar. Digosok sedikit kepalanya.
“Aku
tak buat kerja haram tu la.” Abrar menjeling. Bengang.
“Dah
kau tu sikit pun tak nak bagi hint.
Haruslah aku cakap macam tu.” Luqman membebel.
“Kalau
ada rezeki, kau akan tahu kenapa aku jadi macam ni.” Abrar tekan punat kunci
pacuan empat rodanya. Pintu sebelah pemandu dibuka dan dia panjat masuk.
“Perghhh…
Ini yang buat aku makin tak sabar ni.” Luqman turut panjat masuk. Sah! Abrar
tengah angau, telahnya sendiri.
Abrar
hanya tersenyum.
Pacuan
empat rodanya diletakkan di bahu jalan tidak jauh dari restoran yang biasa dia
makan. Brek tangan ditarik. Enjin kereta dimatikan. Dia terus keluar
meninggalkan Luqman yang terpinga-pinga.
“Bro, gila jauh kau ajak aku makan.”
Suara Luqman terputus-putus. Langkah kaki dibuka sama panjang dengan Abrar.
Abrar
buat muka selamba. Terus menuju ke bahagian tepi restoran. Mengambil pinggan
untuk diisi dengan nasi.
“Kau
ada janji dengan siapa-siapa ke dekat sini?” Luqman masih bertanya. Tangannya
turut mencapai sebiji pinggan. Wajah tanpa riak Abrar dipandang. Susah juga
bercakap dengan orang tengah angau ni.
“Kalau
ada rezeki adalah.” Abrar tersenyum. Hanya memberi jawapan selamat. Kaki
dihayun pula ke tempat hidangan lauk-pauk yang dijual.
“Boleh
migrain aku macam ni.” Luqman merungut. Menggeleng dengan permainan teka-teki
Abrar. Namun dia menurut sahaja.
“Abrar!”
Suara lembut perempuan menegur.
Serentak
Abrar dan Luqman menoleh. Memandang susuk tubuh yang semakin menghampiri mereka
berdua.
“Ini
ke yang dikatakan rezeki?” Luqman sedikit berbisik pada Abrar.
Abrar
menjeling.