#1
Tubuh yang berlalu pergi itu aku pandang dengan seribu
satu rasa. Arghhh! Kenapa setiap kali berhadapan, tingkahku jadi serba
canggung, serba tak kena? Bukan sekali dua, malah kali ini dah kali yang ke-4!
Semuanya berakhir dengan aksiku yang entah apa-apa, yang hanya menerbitkan
senyuman sinis di bibir lelaki itu. Down
gila! Merudum tergolek-golek self-esteem
aku jadinya. Aduhai, encik yang ku tak tahu nama. Tak cukup comel ke aku ni?
#2
"Adib
Zikry. Adib Zikry. Adib Zikry." Aku sebut sepotong nama itu berkali-kali,
seolah-olah menyeru si tuan empunya diri supaya muncul di hadapanku. Adib
Zikry, nama yang cantik, secantik lelaki itu. Cantik sebab memiliki bulu mata
yang lebat dan panjang melentik serta bibir yang seksi. Oh, Adib Zikry!
"Kau dah kenapa? Angau?"
Aku kalih sebelah. Tini pandang aku dengan riak macam menyampah. Terus aku
balas dengan kenyitan mata.
"Susah betullah cakap dengan orang angau ni.
Aku bagi soalan mudah tahap UPSR, dijawabnya dengan kod Da Vinci."
Aku sengih. Tangan Tini aku paut. "Sedap tak
nama dia? Adib Zikry..."
Aku dengar Tini hela nafas panjang. Beberapa saat
dia hanya senyap, dengan wajahnya langsung tak memandangku.
"Kenapa nak seksa hati sendiri, Nisa? Dia
langsung tak heran kat kau."
Aku senyum tawar. Benar. Itu hakikatnya. Tapi...
"Hati aku yang inginkan dia, Tini. Hati ni
kata, rasa itu tak pernah beralih walau ke mana pun ia tercampak. Dia tak heran
kat aku, sebab dia tak tahu perkara sebenar," balasku perlahan.
#3
"Assalamualaikum."
Aku sembunyi keluh. Baru nak menyuap, ada saja yang mengganggu. Perut dahlah tengah buat muzik orkestra.
"Nisa." Tini cuit lengan aku.
Dengan hati yang tak rela, aku angkat kepala ingin memandang suara yang menyapa. Erkk!!
"Saya Zaid. Boleh saya tahu nama cik apa?"

#4
"Nama
cik?"
Aku geleng kepala.
"Takkan tak ada nama?"
Aku ketap bibir. Apa kenalah lelaki di depanku sorang ni. Nak kata gila, rupa ok, kacak ala-ala Ian Somerhalder. Nama pun ok, Zaid. Tang senyum tu aje yang tak berapa nak betul.
"Cik..."
Lelaki yang bernama Zaid itu merendahkan badannya.

"Tolonglah saya..." bisiknya perlahan, membuatkan bulu romaku
meremang.
"Tolong?" Tini kat sebelah dah menyampuk.
"Tolong senyum pada saya sekarang dan keluar dengan saya esok."
"Hah?" Bukan aku, tapi Tini yang terkujat. Aku pun terkujat jugak, tapi aku jadi speechless, tak tahu mana pergi perkataan.
"Tolonglah, cik. Demi hidup mati saya."
"Hah?"

#5
Cendol di
dalam mangkuk aku sudukan ke mulut dengan penuh selera. Tini yang duduk di
kerusi bertentangan dengan mata yang tak lari daripada memandangku, aku biarkan
tanpa sebarang reaksi. Biar dia perah otak!
"Niesa, kau okey tak ni?"
Aku letak sudu.
"Niesa, kau okey tak ni?"
Aku letak sudu.
"Kau rasa?" Sengaja aku berteka-teki.
"Urmm... Entah. Tak okey kut sebab kau boleh tampar Adib depan semua orang. Mesti kau marah sangat, kan?"
Aku senyum dan sambung menikmati cendol.
"Tapi kenapa kau marah sangat? Apa yang Zaid cakap masa berbisik tu?"
Aku teringat semula perbualan aku dengan lelaki yang bernama Zaid tu.

"Ni
antara hidup dan mati saya."
"Hah?"
Aku pandang Tini, Tini pandang aku. Sah, Tini pun terkejut.
Aku tengok Zaid senyum manis sebelum mendekatkan bibirnya je telingaku.
"Hah?"
Aku pandang Tini, Tini pandang aku. Sah, Tini pun terkejut.
Aku tengok Zaid senyum manis sebelum mendekatkan bibirnya je telingaku.
"Saya tahu awak tertarik dengan kawan saya yang bersut hitam tu, saya nak
tolong awak ni. Jadi awak perlu senyum pada saya dan keluar dengan saya
esok," Zaid berkata tersangat perlahan, jelas hanya untuk pendengaran
diriku seorang. Kemudian, dia kembali berdiri tegak, sempat mengenyit mata pada
Tini yang terpinga-pinga.
"Kawan awak ni cute," katanya pada Tini.
"Encik Zaid nak apa sebenarnya ni?" Tini menyoal. Nampak ketara yang Tini keliru dengan apa yang sedang berlaku.
"Saya nak kawan awak ni. Macam mana, cik...?"
"Niesa."
Aku jeling Tini. Laju aje dia sebut nama aku.
"Macam mana Cik Niesa? Setuju?"
"Apa yang saya dapat?"
"Apa yang hati Cik Niesa tu nak."
"Apa yang awak akan dapat?"
"Pengakuan berani mati dia."
"Tapi saya ada syarat."
"Apa sahaja. Saya setuju."
"Baik." Nekad, aku bangun dan berjalan ke arah lelaki bertiga yang menanti Zaid. Tepat di depan Adib Zikry, aku layangkan tapak tanganku ke pipinya tanpa ragu-ragu.
"Kalau awak tak nak dengan saya pun, jangan pandai-pandai nak pasangkan saya dengan kawan awak ni." Aku tinggikan suara. Jari telunjuk aku tujah dada Zaid yang sudah berdiri di sebelahnya.
Bila aku tengok lelaki yang bernama Adib Zikry ini hanya diam dengan dahi yang dah berkerut-kerut, aku sambung lagi.

"Saya bukan barang mainan dan bukan
saya tak laku." Aku hadiahkan jelingan tajam.
"Err, semua ini hanya salah faham, Adib." Aku tengok Zaid menggosok tengkuk. Nampak resah. Nasiblah, tadi kata setuju dengan semua syarat aku tak kira apa, kan?
"Niesa, sudahlah." Tini tarik tangan aku.

"Encik Adib, maaf
ya. Kawan saya ni dah salah faham."
Aku jadi tak puas hati. Apasal pulak Tini ni nak berbaik dengan mamat berlagak ni? Terus tangan Tini yang memaut lenganku, aku leraikan. Tanpa sepatah kata, aku buka langkah tinggalkan mereka.
"Awak kenal saya?"
Hanya itu yang aku sempat dengar sebelum menjauh. Huh! Kenapa pulak aku tak kenal dia? Hati awak tu saya punya, Encik Adib Zikry oi!

"So lepas ni apa?"
Lamunanku mati. Tini masih berada di depanku.
"Apa yang apa?"
Tini jongket bahu.
Lamunanku mati. Tini masih berada di depanku.
"Apa yang apa?"
Tini jongket bahu.
"Macam mana kalau kau terserempak lagi dengan dia lepas
ni? Dahlah kau dah tampar dia. Jangan kata Adib dan Zaid, dengan aku-aku sekali
terkejut beruk tadi."
"He deserve it, Tini." Aku jawab mudah.
"Aku tak faham."
Aku tolak mangkuk cendol menjauh. Badan aku sandarkan pada kerusi.
"Kau sendiri cakap yang dia tak heran dengan aku, kan? In fact, entah dia perasan kehadiran aku selama ni entah tidak."
"Jadi?"
"Jadi... Aku fikir... Mungkin satu tamparan akan membantu untuk buatkan dia ingatkan aku, or at least, sedar kewujudan aku."
Tini kedu beberapa saat sebelum melopong.

"Ohmai... Maknanya kau
se..."
Aku angguk dan senyum.
Aku angguk dan senyum.
"Yup, memang aku sengaja tampar dia sebab nak
tinggalkan kesan dalam hati dia."
"So, next step?" Riak Tini dah teruja.
"Keluar date dengan Zaid. Esok."
"So, next step?" Riak Tini dah teruja.
"Keluar date dengan Zaid. Esok."
#6
Perbualan aku dan Zaid terhenti apabila handphone Zaid berdering.
"Adib." Zaid jawap sepatah. Tanpa aku pinta, Zaid buat mode loudspeaker.
"Yes, bro."
"Kau kat mana ni?" Suara Adib terdengar jelas.
"Outside."
"Where? Dengan siapa? Bukan ke kita ada game tenis hari ni?"
"Sorry. Aku tak dapat nak join. Aku kat luar ni."
"Kau dah janji."
"Sorry. Aku dengan Niesa ni." Zaid jongket kening pada aku.
"Oh, Nie... What? Niesa? Which Niesa?"
"Niesa yang lempang kau semalam tu la."
"What the hell kau keluar dengan dia?" Suara Adib macam dah tinggi sikit.
"Dia nak mintak maaf dengan aku pasal kes semalam."
"Aku yang dia tampar, apahal dengan kau pulak dia mintak maaf?"
"Maybe sebab aku lagi gentleman daripada kau." Zaid sengih lebar. Nakal aje aku tengok dia sekarang ni.
"Nak kena perempuan ni. Tunggulah nanti." Terus panggilan diputuskan.
Zaid pandang aku, aku pandang Zaid.
"So dah ready dah nak kerja dengan Adib?" Zaid tawa kecil di hujung bicaranya.
Aku sengih. Lepas dua jam menghabiskan masa berjalan-jalan di OU ini, aku sedar yang lelaki bernama Zaid ini tidaklah senget seperti yang kusangka awal-awal semalam. Dia suka bergurau, tenang dan berbudi bahasa juga orangnya.
"Apa reaksi dia semalam bila dapat tahu awak akan kerja dengan dia?"
Tawaku pecah. Terbayang-bayang reaksi spontan Adib Zikry menyentuh pipi sendiri bekas tamparanku, sebelum lelaki itu tayang muka kerek dalam bilik big boss semalam.
"Saya berlakon baik punya, Zaid. Konon-kononnya saya terperanjat, baru dapat tahu dialah bos saya. Apalagi, kawan awak tu mulalah tayang senyum sinis dan riak nakal. Saya rasa mesti sekarang ni dia dah ada list panjang apa dia nak buat pada saya." Tawaku bersambung lagi.
"Habislah awak, Niesa. Tanduk dia dah keluar tu."
Aku sengih lagi.

"Tanduk saya ni dia tak tahu lagi. Cuma satu je sekarang
ni..." Aku jeda.
Wajah Zaid aku pandang sekilas. Kenapalah hati tak tertarik pada Damon Salvatore ni? Kenapalah hati aku ni degil pada yang sorang tu juga?
"Niesa?"
"Satu je saya nak tahu sekarang ni. Kenapa awak beria-ia nak tolong saya, Zaid? Kenapa awak sanggup bersusah-susah? Awak tak kenal saya pun." Aku luahkan soalan yang terbuku sejak pertemuan pertama kali kami semalam.
Zaid berhenti melangkah. Berpusing 90 darjah dan menghadapku.

"Adib yang
saya kenal, tak pernah toleh pada perempuan dua kali. Dengan awak, dia toleh.
Jadi, saya buat kesimpulan yang awak ni ada sesuatu yang istimewa di mata dia.
Mungkin dia sekadar tertarik macam-macam tu aje, tapi sekurang-kurangnya awak
dah berjaya dapatkan perhatian dia. Bukan mudah nak dapatkan perhatian Adib tu.
Dia dah terbiasa ke mana-mana dengan mata-mata perempuan yang sentiasa melirik
pada dia dan selama ni dia hanya buat tak kisah. Tapi dengan awak lain. Siapa
tahu, awaklah jodoh dia?"
"Pandai awak berfalsafah, kan?"
"Saya kan pencinta wanita, haha... So bila awak mula kerja dengan dia?"
"Isnin ni."
"Cepatnya!"
Aku sengih.
"Pandai awak berfalsafah, kan?"
"Saya kan pencinta wanita, haha... So bila awak mula kerja dengan dia?"
"Isnin ni."
"Cepatnya!"
Aku sengih.
"Mungkin dia dah tak sabar nak balas tamparan saya."
"Kalau awak perlukan pertolongan, just let me know. Ada soalan pasal Adib pun, boleh tanya saya. Saya akan tolong mana yang mampu."
"Thanks, Zaid. Tolong saya."
"Saya cuma nak sedarkan kawan saya yang ego tu, yang cinta itu indah."
"Saya taj tahu kalau ni namanya cinta."
"Habis tu kenapa awak nak dekatkan diri dengan dia?"
"Sebab ada sesuatu milik saya pada dia." Hati saya, sambungku dalam hati.
"Milik awak? Dia hutang awak ke?"
"Awak akan tahu satu hari nanti. Buat masa sekarang ni, saya kena bersedia mental rohani saya nak berdepan dengan kawan awak tu."
Tawa Zaid lepas.

"Awak ni cute la, Niesa."
Aku senyum. Encik Adib Zikry, the game is on!
Hari pertama di office Adib Zikry.
"Buatkan saya air nescafe."
"Pardon?"
"Nescafe for me. Telinga tu ada masalah untuk mendengar ke?"
"Yang tu?" Aku tunjuk muK di depannya. Sabar Niesa, sabar. Aku ingatkan dalam hati.
"Tak sedap. Makcik kedai tu tak pandai buat."
"Oh, okey." Aku berlalu keluar. Berselisih dengan Kak Gee.

"Dia
nak air nescafe kak," kataku perlahan.
"Bukan tadi akak dah belikan ke nescafe sekali dengan sarapan dia tu?"
"Betullah tu. Dia kata tak sedap."
"Eh, selalunya dia minum okey je."
"Takpelah kak, saya buat sekejap."
"Necafe satu sudu sentengah, gula dua sudu ya. Tu sukatan untuk dia."
"Baik, Kak Gee. Thanks."
Aku bergerak ke pantri. Lepas lima minit, mug yang berasap wap panas nescafe aku bawa ke bilik bos 'kesayangan'.
"Encik Adib, air."
"Hmm... Letak situ. Saya haus nanti saya minum."
Besar kecik besar kecik aku nampak Adib ni sekarang. Saya haus nanti saya minum? Habis kalau tak haus yang dimintak tu apahal?
"Anything else?" Adib Zikry dah angkat kepala.
"Err, tak ada."
"Then keluarlah."
Aku keluar dengan pelbagai rasa. Sabarlah, Niesa. He is just playing the game!
Aku maniskan muka depan Kak Gee dan menyambung kerjaku. Ralit aku menghadap dokumen-dokumen yang ada sehinggalah namaku tiba-tiba dijerit.
"Niesa!"
Bergegas aku masuk ke biliknya.
"Kenapa nescafe ni sejuk? Saya nak yang panas. Buat semula."
Aku kepal tangan di belakang tubuh. Nasiblah hati aku ni ada kat kau, kalau tak dah lama kena flying kick dengan kaki aku ni!
"Tak jelas ke arahan saya?"
"Maaf, Encik Adib. Biar saya buat semula."
Aku bawa muk yang berwarna biru itu keluar. Masuk pantri semula, panaskan air, dan bancuh baru. Yang dah sejuk dalam mug, aku curah ke sinki. Siap semua, aku kembali ke biliknya.
"Baik Encik Adib minum sekarang. Nanti sejuk tak lalu pulak tekak tu nak telan." Aku sindir bersama senyuman.
"Hmm..."
Adib suakan bucu muk ke bibirnya. Masuk teguk yang ketiga, dahinya berkerut.
"Buat semula," ujarnya.
"Pardon?"
"Buat semula. Pergi belajar daripada Kak Gee macam mana nak buat air yang sedap. Ni dating dengan Zaid pandai, buat air failed."
Eh? Ini sudah lebih! Aku pandang dia dengan kesabaran yang semakin menipis.

"Encik Adib, saya
buat air ni ikut sukatan yang Kak Gee bagilah." Ambik kau, nak buli aku
konon!
"Tak, tak. Rasa dia lain. Awak pergi belajar dengan dia semula. Belajar betul-betul. Selagi rasanya tak betul, selatu saya akan suruh awak repair, faham?"
Aku mendengus dan melangkah keluar. Laju aku ke pantri dan cari air panas. Kau nak main game sangat kan? Baik! Kita tengok siapa yang kenakan siapa!
Selepas 10 minit, aku bergerak ke biliknya. Sopan, aku ketuk pintu perlahan dan masuk. Sopan juga, aku suakan mug di depannya. Dan dengan sopan, aku menjemputnya minum.
"Your drink, boss. Mintak maaf yang tadi buat tak betul. Ni saya dah belajar betul-betul dengan Kak Gee."
Aku nampak Adib jongket keningnya bersama senyuman. Huh!
"Okey. Biar saya rasa dulu."
Aku diam sahaja dan hanya memerhatikannya menghirup air sehingga habis separuh mug.
"Okey, bos?" soalku.
Adib angguk.

"This is what I want."
Aku senyum. Dalam hati dah menyumpah seranah.
Aku senyum. Dalam hati dah menyumpah seranah.
'This is what I want.'
Piiigidahh! Sama aje sukatan yang tadi dengan yang ni. Nampak sangat nak cari
pasal."
"Err..."
Wajah Adib dah berkerut. Haha! Aku dah mengekek dalam hati.
"Kenapa, Encik Adib?" Aku pura-pura prihatin.
"Perut saya?"
"Kenapa?"
"Awak campur apa dalam air ni?"
Aku sengih. Yes!
"Niesa..." Suara Adib macam tahan geram campur tahan sakit.
"Resepi biasa, Encik Adib. Cuma saya tambah bahan ekstra sikit macam yang tulis dalam majalah. Katanya tips untuk sedapkan air nescafe." Sengaja aku bebel panjang-panjang.
"Apa bahan ekstra tu?"
Hahah, nampak sangat dia dah tak tahan. Aku buka mulut dengan perasaan gembira.
"Julab." Aku bagi jawapan sepatah.
"Nurniesa Nawwarah!!!"

#7
"Apa Adib dah buat ni? Niesa?" Suara Kak Miera
di belakangku melengking tinggi.
Aku cuma mampu berdiri tegak, tak berani langsung hendak menoleh. Baju kurungku yang dah berbau minyak aku pandang sayang. Jenuhlah balik nanti nak cuci bagi hilang segala kesan dan bau.
Adib yang berdiri depan aku, tak henti-henti menggosok perutnya. Panaslah tu dah mandi minyak, padan muka. Bagi lagi arahan yang bukan-bukan untuk aku. Orang mandi bunga, awak mandi minyak.
"Adib, answer me!"
Dapat aku kesan nada Kak Miera dah naik seoktaf. Habislah aku, habislah!
"Tak ada apa-apa, Kak Miera."
Aku bulat mata. Berani giler mamat ni jawab selamba sambil lewa.
"Keadaan yang mencurigakan macam ni kau kata tak ada apa-apa? Niesa? Apa korang buat tadi ni?"
Aku telan air liur tapi rasa macam tertelan pasir pantai. Aku panggung kepala cari wajah Adib, ternyata dia sedang menatap wajahku bersama sengihan.
"Nak abang bagi tahu Kak Miera ke, sayang?" soalnya dengan senyuman senget.
Aku dah rasa lain macam dengan pertanyaannya itu. Apasal macam...
"Shoud I tell her about us, pretty? Hmmm?"
Aku jegilkan mata pada Adib namun dia masih galak dengan senyuman yang masih melebar, dengan tangan yang tak henti-henti mengusap perut.
"Niesa?"
Aku pejam mata. Suara Kak Miera yang menyeruku membuatkan aku ingin menyorok dalam drawer.
"Adib rasa, baik Niesa sendiri yang berterus-terang pada Kak Miera tentang apa yang dia dah buat. Kalau Adib yang bukak cerita, malu pulak Niesa nanti."
Confirm. Adib tengah cari pasal dengan aku. Nafas aku tarik panjang-panjang sebelum berpaling pada Kak Miera.
"Kak Miiiieraaaa..." Aku dah peluk tubuh Kak Miera dan labuhkan kepala ke bahunya.
"Encik Adib buli saya. Dia paksa saya sapukan minyak pada perut dia. Kalau saya ingkar, dia ugut akan buat laporan yang saya ni pekerja bermasalah dan tak perform." Aku lirihkan suara dan berpura-pura mahu teresak. Caught you, Adib Zikry!
"Adib, betul ke ni?"
"Err, bukan macam tu, Kak Miera!"
"Encik Adib kata, kalau saya tak nak ikut arahan dia, dia takkan pulangkan saya pada Kak Miera." Aku sambung aduan tanpa langsung menoleh ke belakang. Entah macam mana reaksi Adib, aku tak tahu. Yang aku tahu, sekarang ni Kak Miera tengah usap belakang badan aku. Terasa simpatinya di situ. Maaf, Kak Miera. Niesa terpaksa tipu...
"Adib... Adib... Kenapa aniaya staf macam ni? Kalau daddy tahu macam mana?"
"Budak ni kelentong je, Kak Miera. That's not the truth!"
Aku tahan gelak dalam hati. Suara Adib jelas tengah tahan geram.
"So, what's the truth? Niesa ni dah lama kerja dengan akak, tak pernah sekali pun dia mendatangkan masalah. Adib tu, bukan akak tak tahu, suka main-main."
Aku dengar Adib merengus kuat. Haha...
"Macam nilah, Kak Miera. Demi nak buktikan yang Adib tak aniaya staf terutamanya staf kesayangan Kak Miera ni, Adib akan kahwin dengan dia."
Aku rasa tercekik. Pantas aku renggangkan pautanku pada tubuh Kak Miera dan berpusing. Nampak Adib dengan riak yang sungguh serius.
"Adib, jangan main-main." Kak Miera beri amaran.
"I'm deadly serious. Kak Miera call daddy sekarang, mintak daddy datang sini."

Aku hanya memandang sekilas pada gadis yang baru sahaja
berpapasan denganku. Aku perasan gadis itu ralit merenung aku. Kalau tidak
masakan gadis itu tidak perasan kerusi yang berada di depannya hingga
membuatkan gadis itu hampir tersungkur. Aku tersenyum senget.
Fokusku kembali pada teman-teman. Mendengar kembali
ocehan mereka. Namun entah kenapa kepala aku gatal mahu berpaling.
Dahiku berlapis. Kenapa gadis itu masih memandang aku?
Aku kenal ke? Ahhh... Dia bukan siapa-siapa. Bukan aku tak biasa dengan pandangan
begitu. Bak kata teman-temanku, berjalan denganku umpama membunuh diri. Mata
gadis-gadis pastinya memaku pada wajahku.
#2
"Apasal?"
Aku menoleh bila terasa lenganku ditumbuk kuat. Farid
tersengih kepadaku. Hampir sahaja tanganku membalas sama. Nasib aku kenangkan
yang dia ni kawan.
"Ada
apa dengan budak perempuan tu?" Kening Farid menari-nari.
Ahhh... sudah. Farid perasan pula. Sempat mataku melirik
pada Amir dan Zaid. Kedua-duanya turut merenung aku.
Ketara sangatkah reaksi aku tadi? Alasan apa aku nak beri
ni? Mereka bertiga tak boleh tahu apa-apa. Jatuh reputasi aku nanti.
"Kau kenal budak tu?" Sekarang aku rasa macam
nak jahit mulut ni. Tidak pernah mahu berkerjasama dengan akal. Soalan aku tadi
terang-terang menjatuhkan reputasi sendiri.
Sepi. Tiada jawapan. Aku memberanikan diri memandang
seorang demi seorang. Masing-masing tengok aku macam tengok alien.
"What?" Aku dah mula naik angin.
"Like seriously, Adib?" Terkebil-kebil mata
Zaid.
Lantak merekalah nak fikir apa. Salah ke aku nak tahu? Mataku merenung kembali susuk tubuh yang mula menjauh. Kenapa ya aku tiba-tiba ingin tahu gadis yang entah siapa-siapa tu?
#3
Budak tu? Mataku mengecil memerhati dua orang gadis yang
sedang berbual di hujung restoran yang bakal aku lalui.
"Nak kenal tak?" Farid menyiku.
Tersenyum-senyum.
Aku
kerut dahi. Berpura-pura tidak faham, Tak guna punya kawan. Dia perhatikan aku
rupa-rupanya. Ingat aku terdesak sangat ke?
Sesungguhnya kenapa aku jadi macam ni? Mana perginya
egoku? Keangkuhan aku tika berdepan dengan perempuan? Hilang. Aura gadis itu
melenyapkan semuanya.
"Slowlah kau ni, bro. Selama ini okey aje."
Amir ketawa-ketawa.
"Sekejap." Zaid mencelah dan angkat tangan.
Melangkah lebih laju dari kami semua.
Amir dan Farid sudah bersorak. Aku? Hanya mampu menyorot
pandang. Jangan Zaid jual nama aku sudahlah.
#4
"Cik! Cik!"
Aku, Farid dan Amir menoleh bila mendengar jeritan Zaid.
Budak tu, Budak tu laju melangkah ke tempat kami bertiga.
"Dia
datang," Farid mengusik mengikut lenggok lagu.
Amir menepuk-nepuk bahu aku.
Aku hanya mampu telan liur. Menanti hingga budak itu
mendekat. Entah apa yang Zaid cakap sampai budak tu berani datang kepada aku.
Aku tersenyum sebaik budak itu berdiri di depan kami.
Tanpa amaran, tanpa kata satu tamparan hinggap di pipi
kiri aku.
Aku? Terpempan. Perit dan pijar di pipi aku biarkan.
Farid dan Amir aku lihat terkedu sama.
"Kalau awak tak nak dengan saya pun, jangan
pandai-pandai nak pasangkan saya dengan kawan awak ni." Suara budak tu
melengking kuat. Jari telunjuknya menujah kasar dada Zaid yang sudah berdiri di
sebelah aku.
"Huh?" Berlapis dahi aku berkerut memandang
budak itu. Apa yang budak ni cakap? Sungguh aku tak faham.
"Saya bukan barang mainan dan bukan saya tak
laku," sambung budak itu lagi bersama jelingan yang tajam.
Aku memandang Zaid.
"Semua ini hanya salah faham, Adib." Zaid
beralasan. Tangan menggosok tengkuk. Tanda rasa bersalah.
"Niesa, sudahlah..." Kawan budak itu menarik
tangannya.
Niesa, sedap nama dia. Berbaloi jugalah kena sebiji. Aku
tersenyum. Hilang terus rasa kena lempang tadi.
"Encik Adib, maaf ya. Kawan saya ni dah salah
faham." Kawan budak tu merayu.
"Awak kenal saya?" Terperanjat aku bila namaku
disebut. Kawan dia kenal aku bermakna budak ni pun kenal aku. Kenapa aku tak
kenal dia?
#5
Baru sahaja aku melangkah masuk ke bilik kerja, Kak Gee,
pembantu peribadi aku sudah terpacul di depan pintu.
"Bos," panggil Kak Gee. Berjalan dengan susah
payah mendekati aku.
"Ada apa, Kak Gee?" Aku tersenyum seraya tangan
sibuk menyusun pelan-pelan yang bersepah di atas meja.
"Bos besar nak jumpa. Sekarang," beritahunya.
"Saya memang ada appoinment dengan bos besar
ke?" soalku semula. Seingat aku macam tak ada. Setiap pagi Kak Gee akan
beritahu jadual kerja aku untuk seharian.
"Tak ada. Mungkin ada hal lain selain hal kerja
agaknya." Kak Gee menggeleng sambil tangan galak memegang perut.
"Bila due, Kak Gee?"
"Dua minggu lagi."
"Susahlah saya bila Kak Gee tak ada."
Pelan-pelan tadi aku biarkan sahaja bersepah kembali. Wajah sugul aku tayang
pada Kak Gee. Tangan sudah mencekak pinggang.
"Jangan bimbang, bos. Saya dah minta HR cari
pengganti sementara."
"Harap-harap dorang dapat hantar pengganti tu secepat
mungkin. Banyak benda staf ganti tu kena belajar." Aku membebel. Jemari
sudah naik memicit pelipis. Kalau lagi dua minggu tak ada pengganti, memang
masak aku.
"Bos, rasa-rasanya pasal staf ganti ini kut bos
besar nak bincang."
"Harap macam itulah. Eh, saya naik atas dulu.
Anything, just text me." Bergegas aku tinggalkan Kak Gee termangu-mangu
dengan tindakan pantas aku.
Semua kena cepat dan pantas. Masa tak tunggu kita. Aku
ada banyak lagi pelan perlu disemak. Projek syarikat makin bertambah. Usaha kena
berlipat kali ganda. Kalau syarikat tak dapat sediakan pengganti sebelum Kak
Gee bersalin, siapa yang nak membantu. Farid, Amir dan Zaid, masing-masing ada
beberapa projek yang telah diamanahkan.
Pintu yang tertera nama Dato' Adam Zainal Bin Amin aku ketuk
sebelum dikuak. Aku tayang sengih pada bos besar yang sedang berbual dengan dua
orang perempuan yang membelakangkan aku. Salah seorang darinya turut menoleh
memandang aku.
"Yup, daddy. Aikkk... ada perbincangan keluarga
ke?" Aku menyapa. Malas nak duduk. Aku memilih untuk berdiri sahaja.
Tangan sudah menyeluk poket. Merenung insan bertiga di depan aku ini.
"Tak ada masanya Kak Miera nak bergosip dekat sini.
Betul tak, daddy?" Kak Miera membalas bersama jelingan.
Aku ketawa. Amiera Zaina, Pengurus Sumber Manusia yang
juga satu-satunya kakak aku memang tegas. Macam daddy juga. Hal keluarga dia
tidak suka dibincang dekat pejabat.
"Cerita keluarga cerita dekat rumah, Adib. Ini pasal
PA yang akan gantikan Gee nanti," Dato' Adam mengiyakan kata-kata Kak Miera.
"Dah ada? Alhamdulillah." Aku meraup muka.
Gembira dengan berita yang baru diberitahu.
"Budak ni salah seorang staf Kak Miera. Dia aje yang
sesuai buat masa ni," sambung Kak Miera pula.
"Siapa? Bila boleh mula? Lagi cepat lagi bagus.
Banyak benda kena belajar dengan Kak Gee tu," tanyaku bertalu-talu.
Sesungguhnya aku bercakap benar. Staf ganti itu perlu banyak belajar dari Kak
Gee sebab aku tak ada masa nak terangkan satu-satu.
"Tak menyabar. Ini, Nuniesa Nawwarah." Kak
Miera mencuit perempuan di sebelahnya.
Dato' Adam yang mendengar sedari tadi hanya menggeleng.
Saat perempuan yang diperkenalkan sebagai Nurniesa
Nawwarah menoleh, aku terpaku. Merenung tanpa kerlipan sebelum satu senyuman
senget aku hadiahkan.
"Ohhh..." Spontan tanganku naik meraba pipi kiri.
Sengaja aku lurutkan bekas tamparan tadi.
Nurniesa aku lihat sudah tidak senang duduk.
Pucuk dicita ulam mendatang. Betullah kata-kata orang.
Ada lori ada bas, ada hari boleh balas. Tapi kenapa aku tak pernah tahu
kewujudan dia? Kami berkerja di bawah satu bumbung rupa-rupanya.
"Ini bagi pinjam sementara aje tau. Lepas Gee
bersalin pulangkan balik pada HR. Dia orang kepercayaan Kak Miera." Tegas
sekali suara Kak Miera. Seolah-olah memberi amaran.
"Tengoklah macam mana nanti," balas aku
tersengih nakal. Kening aku terangkat-angkat. Mengusik Nurniesa yang semakin
gusar aku rasa.
#6
Aku campak reket tenis ke lantai. Masa ni dah tak fikir
apa dah. Walhal beribu aku habis hanya untuk sebatang reket tenis. Punyalah aku
sayang gila dekat reket tu. Bukannya boleh jadi Roger Federer pun. Jauh sekali
Rafael Nadal.
"Dapat?" tanya Farid. Dikutip reket aku itu.
Diletakkan di sebelah aku.
Aku merengus. Hanya jelingan yang aku berikan. Tak kuasa
nak menjawab. Bukannya dia tak nampak aku bercakap dengan Zaid di talian tadi.
"Kalau Zaid tak ada, kita main bergilirlah,"
cadang Amir.
"Korang main berdua ajelah. Aku tak ada mood."
Rambut aku kuak kasar ke belakang. Menekur kosong ke lantai.
"Aikkk... tadi bukan kau ke yang beria-ia nak
main?" aju Amir. Muka dia dah pelik memandang aku.
"Itu tadi. Sekarang dah tak." Mood aku dah
melayang, sambung aku dalam hati.
Ini semua gara-gara Zaid dan Nurniesa yang sedang
berdating. Ada ke patut muka aku yang ditampar tapi Zaid yang dapat kemaafan.
She is something. Ohhh... kau nak bermain dengan api ya, perempuan. Siaplah kau
isnin ni. The game is on, babe. Aku sudah tersengih nakal.
"Tersengih pula." Bahu aku ditepuk Amir.
"Pergilan main sana." Mati terus sengihan aku tadi.
Namun hanya seketika. Dagu aku usap bersama senyuman lebar. Terasa bagaikan ada
tanduk yang keluar di kepala.
Itu cerita hari sabtu. Ini cerita hari isnin. Apa yang
dirancang tidak menjadi. Aku kini terbaring lesu di atas sofa berangkai tiga.
Sudah lebih lima kali aku terpaksa berulang ke tandas.
Semuanya gara-gara PA sementara aku itu. Baru suruh
bancuh nescafe dah pandai melawan. Ada ke patut diletaknya julap dalam nescafe
tu. Resepi baru konon. Penyudahnya aku yang terima padahnya.
"Kak Gee!" Aku melaung kuat bila terasa perutku
memulas-mulas.
"Ya, bos." Terkocoh-kacah aku lihat Kak Gee
masuk menghampiri sofa. Sorry, Kak Gee. Terpaksa menyusahkan akak. Dah baik
nanti saya balas jasa baik akak dan 'jasa baik budak tu''.
"Batalkan site visit saya petang ni. Tak boleh nak
bangun dah ni." Aku menyeringai sambil tangan mengusap perut. Pada masa
yang sama aku lihat Kak Gee turut mengusap perutnya. Hailaaa... Perut Kak Gee
kalau keluar berbaloi juga. Perut aku, nan hado.
"Tak nak pergi klinik ke, bos?" Muka Kak Gee
aku lihat sudah beriak risau. Nampak macam dia nak tergelak pun ada juga.
"Tak apalah. Carikan saya balm ke, minyak panas ke
atau apa-apa yang boleh surutkan rasa sakit ni," suruh aku dengan mata
terpejam.
"Itulah, bos. Elok-elok saya dah belikan nescafe,
bos suruh si Niesa tu buatkan pula. Bukan sekali tapi tiga kali. Saja kan bos
ni cari penyakit." Kak Gee mula membebel.
"Perut saya dah sakit sangat ni, Kak Gee. Boleh tak
jangan tambah serabut kat kepala otak saya pula."
"Sorrylah, bos. Sekejap lagi saya bawakan minyak
panas." Kak Gee berpaling.
"Nanti suruh Niesa yang bawa ke sini," arah
aku. Tidak mahu menyusahkan Kak Gee yang aku lihat semakin susah nak berjalan.
Lima minit kemudian, aku terdengar pintu bilik aku
dikuak. Mata yang terpejam aku buka.
"Apasal tercegat dekat situ?" Keras suara aku
bertanya pada susuk tubuh yang hanya mematung jauh di hujung meja kerja aku.
Tahu pula takut. Masa buat kerja jahat, tak nak pula berfikir dulu. Geram betul
aku.
"Errr... ini minyak panas yang Encik Adib
minta." Nurniesa tayang sebotol minyak panas di tangannya kepada aku.
"Tolong sapukan." Aku bersuara tegas.
"Huh?"
"Cuba dekat sikit. Muda-muda dah pekak." Aku
menjeling.
Nurniesa aku lihat berjalan perlahan-lahan mendekati aku.
Nampak dia ragu-ragu. Aku tahu dia dengar dengan jelas kata-kata aku tadi.
"Duduk!" Aku tepuk meja kopi di sebelah.
Tanpa suara terus sahaja Nurniesa patuh arahanku. Aku
perasan matanya terkebil-kebil memandang aku.
"Minyak tu mana?"
"I... Ini." Terketar-ketar tangan Nurniesa menghulurkan
botol minyak panas itu kepada aku.
Tanpa lengah aku selak kemeja yang sememangnya sudah
tidak tersarung kemas di badan.
"Errr... En... Encik Adib nak buat apa?"
"Sapukan minyak tu dekat perut aku."
"Perlu ke?" Aku lihat Nurniesa dah ketap gigi.
Mesti tak sangka dengan arahan aku.
"Siapa suruh kau letak julap? Sekarang kau kena
ubatkan aku sampai baik." Aku mencerlung tajam.
Nurniesa tetap membatu. Tak berkutik langsung dengan
kata-kata aku.
"Cepat!" jeritku kuat.
Kalut dia membuka penutup botol. Dengan mata terpejam dan
tangan menggigil aku lihat Nurniesa menyentuh kulit perut aku. Namun tangannya
terhenti di situ. Beku. Sejuk. Tak terasa panasnya minyak.
Aku? Bagaikan terkena renjatan elektrik. Kaku seperti
Nurniesa. Seumur hidup mana pernah aku bersentuhan dengan perempuan bukan
mahram. Inilah yang pertama.
"Astaghfirullahladzim!" Suara perempuan
beristighfar kuat memeranjatkan kami berdua.
Kelam kabut aku dan Nurniesa berdiri. Waktu itu jugalah
botol minyak panas tadi tertumpah atas perut aku dan terkena pada baju
Nurniesa. Mandi minyak panas kami berdua.
"Apa Adib dah buat ni? Niesa?" Suara Kak Miera
melengking tinggi.
#7
Aku rasa macam ringan aje tangan ni nak lempang orang. Nak-nak orang
yang pernah tampar aku. Baru aku gertak sikit, dia lebih-lebih pula mengadu
dengan Kak Miera. Perempuan ni memang drama queen betullah.
Yang Kak Miera ni pun sibuk what's the truth pula. Hello! Aku ni adik
dia. Kenapalah dia boleh percaya lakonan budak tak cukup umur ni? Think, Adib.
Think.
"Macam nilah, Kak Miera. Demi nak buktikan yang Adib tak aniaya
staf terutamanya staf kesayangan Kak Miera ni, Adib akan kahwin dengan
dia."
Elok saja aku habis bercakap, Nurniesa berpaling. Aku beriak selamba.
Kau nak sangat bermain dengan aku kan. Jadinya tak salah kalau aku tamatkan
dengan ccara begini.
"Adib, jangan main-main." Kak Miera beri amaran.
"I'm deadly serious. Kak Miera call daddy sekarang, mintak daddy
datang sini."
Tanpa banyak bicara, Kak Miera terus keluar dari bilik aku. Tinggallah
aku dan Nurniesa berdua macam tadi. Bezanya jarak kami sedepa.
"En... Encik Adib." Nurniesa memandang aku. Air muka dia sudah
berubah keruh.
"Hmmm..." Aku menjawab malas.
Tayanglah muka simpati, Nurniesa. Ini Adib Zikry. Walaupun permainan ini
kau yang mulakan. Tidak salahkan untuk aku tamatkan.
"Pasal ka... kahwin tu?" Nurniesa aku lihat dah tergagap-gagap
nak bertanya.
Mana pergi aura kerek dia tadi? Mana pergi keyakinan dia tadi? Atau
sekarang dia hanya berlakon semata-mata mahu meraih simpati dari aku?
"Kenapa? Dah tak sabar? Nak cepatkan?" sindir aku.
Nurniesa diam tak berkutik. Wajah menekur lantai. Mungkin masih mencerna
soalan-soalan aku tadi.
"Diam tandanya setuju. Good girl. Senang kerja aku." Habis
sahaja aku berkata-kata, Nurniesa panggung wajah. Merenung aku dengan mata yang
sudah berkaca-kaca.
Dia berlakon, Adib. Jangan cepat percaya. Hati aku merusuh. Rasa simpati
dan geram bercampu-baur. Aku atur langkah mendekati dia.
"Jom." Aku tarik tangan Nurniesa. Walau dia memaku kaki tetap
tidak dapat melawan kudrat lelaki aku. Namun baru sahaja hendak melangkah, aku
rasa di sekeliling aku bagaikan bergoyang-goyang. Langkah aku juga pincang.
Bagai tidak memijak lantai. Perutku terasa pedih. Menyucuk-nyucuk.
"Encik Adib! Encik Adib!" Laungan kuat Nurniesa aku dengar
samar-samar. Selepas itu pandangan mata aku terus gelap.
Seperti ada cahaya yang menyuluh mata aku. Perlahan-lahan aku cuba untuk
membuka mata.
"Alhamdulillah." Itulah perkataan pertama yang ditangkap deria
pendengaran aku.
Aku menoleh ke sisi. Kak Miera yang sedang duduk di atas meja kopi
tersenyum memandang aku. Aku menyorot pandang pada susuk yang berdiri tegak di
belakang Kak Miera. Nurniesa. Mata aku pegun di situ.
"Pandang anak dara orang macam nak makan." Kaki aku ditepuk
kuat. Daddy. Macam mana aku boleh tak perasan daddy duduk di hujung kaki aku?
"Daddy!" Aku menjerit. Sakitnya tidak, berlakon aje lebih.
"Memang patut pun Niesa bagi dia julap, daddy. Buat anak dara orang
macam orang tu tak ada perasaan. Ego tak bertempat." Kak Miera menjadi
penambah perisa. Kalau tak mengenangkan perut aku masih lagi sakit, memang aku
dah balas kata-kata Kak Miera.
Ketika itulah mata aku berlaga dengan mata Nurniesa. Ada perasaan aneh
yang timbul. Hesy... apa kena dengan aku ni? Takkanlah dengan Nurniesa? Dia pun
macam perempuan-perempuan lain juga, Adib.
"Betul ke apa yang daddy dengar?"
"Dengar?" Aku blur.
Perlahan-lahan aku bangkit. Berbual sambil duduk lagi selesa. Barulah
boleh man to man talk.
"Kahwin dengan Niesalah." Kak Miera menepuk paha aku kuat.
Geram dengan reaksi aku.
Kakak aku inilah satu perangainya yang aku tak suka. Meninggikan suara
dengan tangan sekali sama berjalan. Tak sabar pun sama juga.
Aku kerling Nurniesa sekilas. Cuba mencerna kata-kata Kak Miera. Nafas
aku hela dalam-dalam. Pandangan aku kembali pada wajah Nurniesa. Cuba mencari
sesuatu pada wajah itu.
Aku akui. Walau otak aku menidakkan. Walau mata aku bersekongkol sama.
Walau dari segala sudut pun aku menepis. Sejak peristiwa ditampar Nurniesa,
hidup aku tidak tenang. Hati aku sentiasa gundah. Jantung aku selalu berkerja
keras. Mungkin inilah petunjuk dariNya. Penamat pada pencarian aku selama ini.
Sudah tiba masanya untuk aku tamatkan segala-galanya. Tiada guna untuk aku
mengelak.
"Nurniesa Nawwarah," panggil aku lembut. Masa ini aku lihat
daddy dan Kak Miera pun memandang sama pada Nurniesa.
Nurniesa aku lihat antara berani dan tidak membalas pandangan aku.
Ahhh... pandangan inilah yang membuat aku sasau. Pandangan inilah yang mencipta
segala tipu muslihat aku.
"Awak bersedia nak jadi isteri saya?"
TAMAT