AZZA
menggosok-gosok matanya. Tidurnya terganggu dek deringan kuat telefon bimbit miliknya.
Kalut sangat nak mengelak dari Ariq hingga dia terlupa memperlahankan bunyinya.
Risau Ariq terjaga, cepat-cepat dia mencapai telefon bimbit yang diletakkannya
di atas lantai.
Namun
usahanya gagal walau berkali-kali mencuba. Sudahnya deringan itu mati. Dahi
berkerut. Pelik. Seperti ada benda yang menyekat pergerakannnya. Tangan meraba
pinggang.
“Apa
ni?” Terbuntang matanya bila jemarinya menyentuh sesuatu yang sedikit berbulu. Berbulu?
Laju dia mengerling belakangnya.
Eh,
bila masa pula mamat ni…? Aduh, sesedap rasa pula dia peluk aku. Bibir diketap
menahan rasa yang muncul. Tak tahu nak menjerit atau nak marah.
Matanya
semakin membulat bila dilihat bantal yang diletakkan di antara dia dan Ariq sebelum
tidur elok tersusun di tepi dinding. Ini mesti kerja Ariq. Takkanlah dia
mengigau nak buat semua tu. Buruk betul dia tidur sampai semuanya tak sedar. Dia
menggeleng.
Telefon
bimbitnya menjerit lagi. Manalah benda tu mengerti kesukaran tuannya. Mahu atau
tak dia perlu jawab. Takut pula Ariq terjaga. Dia cuba mengalihkan tangan Ariq
namun semakin kejap pula lelaki itu memeluk pinggangnya.
Setelah
beberapa kali mencuba, akhirnya berjaya juga dia mencapai telefon bimbitnya. Matanya
dikecilkan meneliti nama pemanggil. Dari London. Kenapa? Hati sudah
berdebar-debar.
“Deborah,
what’s up?” Dia berbisik.
Tanpa
Azza sedari Ariq juga sudah terjaga dan sekarang sedang pasang telinga. Sebenarnya
selepas bunyi deringan pertama lagi dia sudah terjaga. Dia hanya berpura-pura
tidur. Malah sengaja kemaskan pelukan pada pinggang Azza. Jika dia tidak
berbuat demikian, pastinya Azza akan keluar dari bilik dan dia tidak dapat mendengar
butir perbualan Azza.
“I can’t fly right now. For the time being, I
will ask Elias to cope with that matter. I will monitor from here. Just email
me the details.”
Fly?
Ke mana? Kau siapa sebenarnya, Azza? Hati Ariq tertanya-tanya.
“It’s three a.m here, Deborah.”
Kalau
diikutkan perkiraan waktu, panggilan yang diterima Azza datang dari luar
negara. Sayup-sayup Ariq dapat mendengar suara si pemanggil tetapi tidak jelas
butir bicaranya.
“It’s okay. After all,
it’s my responsibility. Do keep in touch. Thank you, Deborah. Bye.”
Azza
merenung telefon bimbitnya. Dia mengeluh. Beratnya tanggungjawab yang
ditinggalkan almarhum daddy. Serasa dia belum cukup kuat untuk menggalas tugas
yang diamanahkan.
Lihatlah
sekarang ini, kehidupan dia menjadi tunggang-langgang. Tahu-tahu saja dia sudah
menikah. Tak menempuh alam percintaan, tiada gaduh-merajuk-dipujuk. Tup-tup gelaran dia sudah bertukar
kepada puan. Isteri kepada seorang suami.
Matanya
dipejam seketika. Dia perlu luahkan apa yang terbuku dalam dadanya ini. Takut
meletup kalau dibiarkan. Pada siapa? Luah pada Ariq? Belum masanya. Saat ini
rasanya hanya DIA tempat yang sesuai untuk mengadu nasib.
Telefon
bimbit diletak di bawah bantal. Perlahan-lahan Azza mengalihkan tangan Ariq
dari terus memeluk pinggangnya. Tertib sekali dia bergerak. Duduk seketika.
Ariq di sebelah direnung. Dia tersenyum senang melihat wajah tenang lelaki itu.
Lelaki yang tiba-tiba memegang gelaran suami kepada dia. Selimut ditarik
perlahan-lahan menutupi sebahagian badan Ariq sebelum dia bangun dan keluar
dari bilik.
Setelah
pasti Azza telah keluar, Ariq buka matanya. Mengerling ke pintu. Yakin Azza telah
tiada sepantas kilat dia mencari telefon bimbit Azza di atas lantai.
“Eh!
Mana pula dia letak?” Tidak mahu berlengah, tangannya meraba di bawah bantal
Azza.
“Gotcha!” Senyuman terlakar. Laju jarinya
menekan skrin sambil sebelah tangan lagi mencapai telefon bimbitnya sendiri. Jemarinya
pantas menaip nombor yang baru sahaja diterima Azza tadi. Selesai semuanya, telefon
bimbit Azza diletakkan kembali di bawah bantal. Dia berbaring semula dan pejamkan
mata.
Azza
masuk ke dalam bilik. Telekung dikeluarkan dari dalam beg baju. Matanya melilau
mencari sesuatu. Dia tersenyum bila melihat benda yang dicari elok tersidai di
penyangkut baju. Ini bermakna Ariq tak culas menunaikan tanggungjawab sebagai
seorang muslim. Namun senyumannya mati bila teringatkan sesuatu.
“Alamak!
Mana arah kiblat? Takkanlah nak kejutkan dia.” Bibirnya digigit sambil mata
terkebil-kebil memandang Ariq.
“Errr…
kalau tak kejutkan macam mana aku nak solat.” Semakin dia ragu-ragu sama ada
mahu mengejutkan Ariq atau tidak. Namun kakinya melangkah jua mendekati katil.
Ariq
mengulum senyum. Riak mukanya dikawal seboleh mungkin. Tak mahu Azza tahu dia
memang sudah terjaga.
“Ariq!
Ariq!” Digoyang kuat bahu Ariq.
“Hmmm…”
Ariq berpura-pura menggeliat. Tangannya sengaja didepangkan sehingga terkena tubuh
Azza.
Laju
Azza menjauh. Terkejut dengan reaksi spontan Ariq. Nasib baik dia sudah memakai
telekung. Kalau tidak terbatal wuduknya.
“Mana
arah Kiblat?” Melihatkan mata Ariq sudah terbuka, cepat sahaja dia bertanya.
Takut lelaki itu tertidur semula.
Ariq
menuding jari telunjuknya.
Tanpa
berlengah Azza menghamparkan sejadah mengikut arah seperti yang ditunjuk.
Ariq
kekal berbaring. Tidak terlintas mahu mengikut jejak Azza. Dia lebih selesa
menjadi penonton. Sejuk matanya melihat Azza menunaikan solat tahajjud. Sesekali
tangannya menutup mulut. Kantuknya masih terasa. Malah mata yang hampir layu cuba
ditahan dari terpejam. Kalau boleh mahu ditongkat dengan batang mancis.
“Ya
Allah! Kepada Mu aku menyerahkan diri, kepada Mu aku beriman, kepada Mu aku
bertawakal, kepada Mu aku kembali, kepada Mu aku menghadapi musuh dan kepada Mu
aku berhukum. Ya Allah! Ampunilah dosa-dosa ku sama ada yang lalu atau yang
akan datang. Ampunilah juga dosa-dosa suamiku dan dosa-dosa alamrhum ibu
bapaku.” Jeda. Esakan kecil mula terluah dari bibir Azza.
Suara
Azza yang bernada sendu sampai ke telinga Ariq. Matanya dibuka luas-luas. Dia terlelap
hingga tak sedar Azza sudah selesai. Azza yang menangis di atas sejadah
dipandang lama.
“Sesungguhnya
Engkau lebih mengetahui. Hanya kepada Mu aku meminta pertolongan. Berikanlah
aku kekuatan untuk menghadapi hari-hari yang mendatang. Sesungguhnya berat
ujian yang Engkau turunkan kepadaku. Keluarkanlah aku dari kenangan silam. Ya
Allah! Berikanlah aku cahaya untukku hadapi bersama-sama suamiku ini. Berilah
kami kebaikan di dunia dan kebaijkan di akhirat dan peliharalah kami dari azab
neraka.”
Ariq
tak tahu apa yang Azza sudah lalui. Gadis itu seperti menceritakan sesuatu
dalam setiap patah doa yang dituturkannya. Jika dia merasakan ujian untuk
dirinya sudah hebat, entahkan dugaan untuk Azza lebih lagi.
Suara
tangisan Azza mengganggu lamunan Ariq. Merentap tangkai hatinya. Tanpa disedari
menitis setitik air mata lelakinya. Ikutkan hati mahu sahaja dia menerpa Azza
yang masih berteleku di atas sejadah. Mahu memeluk tubuh itu erat. Mahu
meminjamkan dadanya. Mahu menenangkan emosi gadis itu walau dia tak tahu apa
yang telah gadis itu alami. Matanya dipejam rapat.
“Ariq,
bangun! Dah subuh.”
“Subuh?”
Ariq terpisat-pisat. Jemarinya laju menggenyeh mata. Perlahan-lahan penglihatan
yang kabur mula jelas. Terpampang wajah Azza yang sedang tersenyum kepadanya.
Bingkas
dia dari baringnya. Menekur lantai seketika. Dia terlelap ke? Rasa macam baru
sahaja dia pejamkan mata. Dia mendongak.
“Kau
dah solat?” Azza yang sudah berganti baju dipandang atas bawah.
Azza
hanya mengangguk. Tersenyum nipis lalu mula mengatur langkah untuk keluar dari situ.
“Lain
kali kalau aku ada dekat rumah, kita solat berjemaah.”
Terberhenti
langkah Azza di muka pintu. Dia berpaling. Memandang pada Ariq yang sedang
berjalan ke arahnya.
“You heard me.”
Ariq
berhenti seketika di sisi Azza. Mendekatkan wajahnya pada muka Azza hingga memaksa
gadis itu menjarakkan kedudukan mereka. Hujung hidung Azza dicuitnya sedikit sebelum
berlalu meninggalkan gadis itu termangu-mangu dengan tingkah spontan dia. Tersungging
senyuman senget di bibirnya dengan reaksi Azza.
Azza
kaget. Perlahan-lahan jarinya naik menyentuh hidung. Sungguh, dia tak sangka
Ariq boleh bertindak begitu. Namun terbit segaris senyuman di bibirnya. Bukan
kerana dia suka dengan apa yang Ariq telah buat. Kata-kata Ariq pasal solat
berjemaah lebih menarik perhatiannya. Kiranya dia tidak salah membuat keputusan
bersetuju untuk menikah dengan Ariq.
Bersama
senyuman yang masih terukir di bibir, dia mengatur langkah menuju ke ruang
dapur. Ingin menjalankan tugas pertama sebagai seorang isteri. Menyediakan sarapan
pagi untuk Ariq.
Peti
sejuk dibuka. Sebelum itu sempat dia mengerling ke meja makan. Nampak ada
sebungkus roti tawar. Dia tersenyum lebar. Sudah tahu apa yang ingin dibuat. Lalu
sekotak susu, sebiji telur dan sepeket keju jenama chesdale digapai. Semua
bahan-bahan itu dikeluarkan dan diletakkan di atas meja makan.
Langkahnya
diatur pula mendekati kabinet dapur. Satu persatu pintu kabinet dibuka tapi
benda yang dicari tidak berjumpa. Kepala yang tidak gatal digaru. Termenung dia
seketika. Mengharapkan satu keajaiban. Manalah tahu kabinet yang bisu ini boleh
memberitahu dia di mana tuan rumah letak kuali.
“Cari
apa?”
“Mommy!” Jeritan Azza nyaring memenuhi
ruang dapur hingga tanpa sedar terlompat sedikit. Terkejut bila ada suara
berbisik di telinganya. Dadanya yang masih berdebar diurut laju.
Pantas
dia berpaling bila terdengar suara tawa Ariq. Matanya terkebil-kebil memandang Ariq
yang tersenyum nakal kepadanya. Itulah, Azza. Minta lagi satu keajaiban. Kan
sudah dikabulkan. Memang ajaib sungguh orang dekat depan ni. Bila masa agaknya
berdiri di belakang dia.
Eh,
alamak! Liur ditelan. Laju dia kalih pandangan. Ariq ni memang sengaja mendera
perasaan dia. Boleh buta matanya kalau selalu dihidangkan dengan pemandangan
begini. Boleh lelaki ini selamba sahaja hanya bertuala separas pinggang. Sudahlah
badan lelaki itu masih basah dengan titisan air. Dah macam pelakon Baywatch. Ya Allah, otak dia dah
tercemar! Sungguh, dia bukan sengaja.
Ariq
jongket kening bila Azza kembali memandang dia.
“Ca…cari
ku…kuali.” Bibir diketap menahan debar. Merenung tepat pada wajah yang berjarak
tidak sampai seinci dari dia. Dah kenapa dengan dia ni. Tergagap bagai. Ya
Allah, malunya! Sahlah Ariq tahu dia tengah gabra.
Ariq
tersenyum. Dia menunduk sedikit. Kuali yang diletakkan di bahagian bawah
kabinet dikeluarkan.
Eh!
Boleh pulak dia buat wayang dekat sini. Janganlah tuala tu tertanggal. Azza menutup
mukanya dengan kedua-dua belah tapak tangan. Seram.
“Nah.”
Ariq letak kuali di atas dapur.
Azza
mengintai di balik celahan jemarinya.
“Apa
yang kau takut sangat?” Ariq mengecilkan matanya. Menggeleng perlahan dan berlalu
dari situ.
Betul
kata Ariq. Apa yang dia takutkan? Hailaaa. Azza menggeleng.
Malas
mahu memikirkan benda remeh, segera dia mencapai mangkuk plastik besar untuk
membancuh telur. Lagi lama dia termenung lagi lambatlah siap sarapan pagi mereka.
“Kalau
nampak pun tak apa. Dah halal,” sakat Ariq yang menjengukkan kepalanya sedikit
di balik dinding yang memisahkan ruang dapur dan ruang tamu sebelum pantas
berlalu dari situ.
Terpelanting
bekas plastik di tangan Azza.
“Ariq!!!”
Bergema suara Azza satu rumah. Senada dengan tawa Ariq.
Ariq
terus sahaja bersiap-siap usai menunaikan solat subuh. Senyuman masih tidak
lekang di bibirnya. Masih terbayang-bayang di matanya telatah Azza tadi. Kalut
betul gadis itu. Naif dan polos tingkahnya. Khayalannya terbang bila kedengaran
telefon bimbit Azza berdering nyaring.
Sambil
mengemaskan butang kemeja dia mendekati night
stand. Telefon bimbit Azza diambil. Matanya mengamati nombor yang tertera. Nombor
yang sama. Siapa agaknya yang sibuk sangat menghubungi Azza ni?
“Azza,
telefon kau!” jeritnya selepas telefon bimbit Azza diletakkan semula.
Terkocoh-kacah
Azza berlari anak masuk ke dalam bilik. Macam mana dia boleh terlupa membawa
keluar telefon bimbitnya tadi. Dia berharap sangat bukan Deborah yang membuat
panggilan. Kalau tidak memang masaklah dia. Ariq pasti akan bertanya
macam-macam.
“Eh!”
Terpaku dia seketika. Namun cepat-cepat mendapatkan telefon bimbitnya.
Ariq
tersengih. Dia sengaja berdiri di depan pintu bilik dengan hanya berkemeja
tanpa seluar. Lambat-lambat dia mengemaskan butang lengan bajunya sambil mata
tak lepas memandang Azza.
Azza
melihat nombor yang tertera di skrin telefon. Deborah. Macam mana ni? Takkan
nak jawab dekat sini? Ini nak keluar pun payah. Ariq ni pun satulah. Boleh pula
dia buat tayangan perdana. Kenapalah nak seksi-seksi sangat? Seksa mata dia.
“Kenapa
tak jawab? Tak risau ke kalau-kalau panggilan tu penting?” Ariq menari-narikan
keningnya. Dia kekal berdiri di depan pintu.
Perlahan-lahan
Azza bawa telefon bimbit melekap ke telinga. Mata tetap bersabung pandang
dengan Ariq.
“Hello!
Deborah, I’ll call you later.” Tona
suaranya perlahan sahaja dan panggilan yang diterima terus diputuskan.
Telefon
bimbit digenggam. Nafas dihela dalam-dalam sebelum kaki dihayun. Mahu segera
keluar dari situ. Tidak mahu bersoal-jawab dengan Ariq. Naluri hatinya dapat merasakan
sepertinya Ariq dapat meneka sesuatu tetapi entahlah. Harap-harap tebakan
hatinya tidak betul.
Ariq
tersenyum senget.
“Who are you actually, wifey?” Dia
menyoal kala Azza mahu melintasinya.
Langkah
Azza mati. Wajah lelaki di depannya ditatap.
“Dealing with someone from London? You’re not
an ordinary kampong girl.”
Crap!
Mana Ariq tahu dia berhubung dengan seseorang dari London? Lewat pagi tadi Ariq
tersedar ke?
“You owe me an explaination. We will talk about this later. Lunch time. Now, please get my pant,” arah Ariq.
Kalau
ikutkan banyak yang ingin dia bertanya tetapi memandangkan dia perlu segera ke
tapak pembinaan hal itu boleh ditangguhkan dulu. Tengah hari nanti Azza tidak
boleh tidak mesti terangkan segala-galanya kepada dia.
Azza
berpaling. Menurut seperti yang diperintah. Takut nak membantah bila melihatkan
riak serius pada wajah Ariq. Dia mengambil seluar Ariq di atas katil kemudian
dihulurkan pada lelaki itu dan berdiri macam patung cendana kala Ariq
menyarungkannya.
“My tie.”
Bagaikan
robot, Azza patuh. Dia membetulkan ikatan tali leher Ariq. Nak cakap tak tahu
nampak macam penipu. Orang yang pandai berbahasa inggeris pastinya tidak kolot.
Ikatan tali leher hanya di hujung jari sahaja. Tambahan pula semasa bersekolah
dia pernah menjadi pengawas.
Ariq
tersenyum. Seraut wajah putih Azza diamati betul-betul. Tanpa sedar tangannya
membelai rambut Azza. Terpukau dengan bauan wangi yang terbit. Malah sejak
malam tadi lagi dia berangan-angan untuk menyentuh rambut Azza. Ini kalau orang
tengok mesti nampak mereka berdua macam lovey
dovey couple. Macam orang dah bercinta bertahun hingga akhirnya disatukan.
“Errr…Ariq.
Done.”
“Thanks.” Satu ciuman dihadiahkan pada
dahi Azza sebelum Ariq berlalu keluar.
Azza kaku.P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.