Monday, December 23, 2013

KAU? DIA - BAB 7


“Nadiaaa…” meleret suara Adni Farha memanggil temannya itu.

“Hmmm…” Nadia panggung kepala memandang Adni Farha dari meja kerjanya.

“Kau balik naik bas kan?”

“Aaah…kenapa?”

“Aku kan drive kereta hari-hari.” Adni Farha mulakan sayembara ceritanya.

“So?” Nadia bulatkan mata.

“Hmmm…kau ada lesen kan?"

“Lesen? Lesen apa?”

“Alaaa…kenapalah kau ni blur sangat? Tahulah dah nak balik kejap lagi.”

“Ya lah. Macam-macam lesen aku ada. Just name it.”

“Lesen memandu?”

“Hmmm…ada. Kenapa?” Nadia dah mula curiga bila Adni Farha datang ke tempatnya.

“Kau perasan tak aku jalan macam mana tadi?” Adni Farha meletakkan tangannya di bahu Nadia. Nadia memandang kaki temannya.

“No! No! No!” Laju Nadia geleng kepala.

“Alaaa…Nadia…nanti makin bengkak kaki aku ni…” rayu Adni Farha. Matanya dikerdip-kerdipkan.

“Habis aku nak balik nanti macam mana?”

“Driver papa hantar kau, boleh?” Sekali lagi Adni Farha kerdipkan matanya laju-laju. Ayman Fareeq yang baru keluar dari biliknya melangkah ke tempat Nadia. Dia berdehem.

“Ehem…ehem…” Terus kaku Adni Farha. Minta-minta si hati beku tak dengar apa aku cakap tadi.

“Encik Ayman…” Nadia menyapa bosnya. Adni Farha di sebelahnya tidak dipedulikan.

“Report ni saya nak esok before lunch.” Ayman Fareeq hulurkan fail pada Nadia. Bulat mata Adni Farha bila memandang kertas yang elok ditampal di depan fail.

“Prima Perdana?” Adni Farha rampas fail tersebut. Nadia tercengang. Hesy…Adni ni suka berdrama tau. Tak penat agaknya nak bertekak dengan bos.

“Yeah…why?” Ayman Fareeq memandang Adni Farha.

“Projek ni kan saya yang handle?” Mata Adni Farha mencerlung tajam Ayman Fareeq.

“Then?” Ayman Fareeq jawab tanpa rasa bersalah.

“Why Nadia?” Adni Farha bertanya balik.

“Suka hati sayalah nak suruh siapa saja pun.” Ayman Fareeq terus berlalu pergi. Dia tersenyum. Gembira dapat membalas balik perbuatan Adni Farha yang langsung tak mempedulikannya tengahari tadi. Tambahan pula bila muka Adni Farha dah memerah menahan marah.

“Bos kau kan memang suka sakitkan hati akulah.” Adni Farha berjalan perlahan-lahan ke mejanya. Telefon bimbit dicapai. Bercakap dalam dua minit kemudian talian dimatikan. Dia berkemas untuk pulang. Kunci kereta dicapai dan dia terus bangun.

“Errr…Adni!” panggilan Nadia tidak disahut Adni Farha. Dia menonong berjalan terdencut-dencut menuju ke lif. Nadia mengejar. Bahu temannya di pegang.

“Babe…janganlah macam ni. Bukan aku yang nak.”

“It’s okay. Aku nak balik.”

“Kau nak drive ke? Aku hantar.”

“No need.” Adni Farha terus masuk ke dalam lif sebaik pintu lif terbuka. Nadia mengeluh. Lemah langkahnya menuju ke meja kerja. Dia sendiri tak faham kenapa Ayman Fareeq suka mencari masalah dengan Adni Farha atau lebih tepat lagi membuli. Kadang-kadang dia nampak bosnya macam suka dengan temannya itu tetapi pada masa yang sama suka tayang hati beku dia.

“Aikkk…tadi elok ceria aje muka awak sekarang macam tak bernyawa, kenapa?” soal Ayman Fareeq yang baru keluar dari biliknya dengan beg galas disandang di bahu. Nadia mengurut dada.

“Adusss…Encik Ayman, boleh putus jantung saya.” Memang dia terkejut. Bos dia ni ada membela agaknya. Tadi macam kat bilik, tup tup dah ada di depannya.

“Takkanlah saya cakap macam tu boleh putus jantung. Pandai-pandai awak aje. Errr…Adni mana?” Mata Ayman Fareeq meliar mencari Adni Farha. Dia perasan si rambut karat tak ada di tempatnya. Dekat tandaslah tu. Merajuk. Perempuan…biasalah, tak boleh kena tegur sikit.

“Baru aje balik.” Nadia terus berjalan ke tempatnya.

“Huh? Balik? Awak biarkan dia drive sendiri?”

“Aah lah…” Nadia menjawab tanpa perasaan.

“Kaki dia kan…arghhh…” Ayman terus berlari menuju ke lif. Ditekan-tekannya butang lif. Macam nak tertanggal dibuatnya. Belum sempat pintu lif terbuka habis dia terus menerpa masuk.

“Eh! Bos aku ni. Tadi bukan main lagi buat statement tak ingat kat Adni. Sekarang macam rasa bersalah pula. Hesy…semakin aku tak faham.” Nadia gelengkan kepalanya berkali-kali.

Ayman Fareeq memandang nombor yang bertukar mengikut tingkat. Rasa macam lambat pula. Sebaik pintu lif terbuka luas terus dia berlari keluar. Matanya melilau mencari Adni Farha di ruang lobi. Tak ada. Dia keluar. Toleh ke kiri, tak ada. Dia toleh ke kanan pula, Ayman Fareeq tersenyum. Dia nampak Adni Farha sedang berdiri mengadap jalan. Langkah diatur menuju ke tempat Adni Farha berdiri.

Lagi beberapa langkah nak sampai di tempat Adni Farha berdiri, Ayman Fareeq kaku. Rasa macam kakinya dipaku supaya berdiri sahaja di situ. Hatinya meronta-ronta untuk memanggil tapi otak dan mulut tidak memberi kerjasama. Ayman Fareeq hanya melihat sebuah kereta Mercedes berhenti betul-betul di depan Adni Farha. Pemandu kereta itu turun dan membukakan pintu belakang untuk Adni Farha. Adni Farha masuk dan kereta Mercedes itu meluncur laju meninggalkan Ayman Fareeq yang dalam kebingungan.

“Siapa dia ni?” Ayman Fareeq merenung jalan yang kosong. Otaknya ligat merancang sesuatu. Dia kemudian tersenyum sendiri. Esok pasti dia akan mendapat jawapannya. Langkahnya kemudian dipanjangkan menuju Toyota Vios hitam yang diparkir berdekatan dengan tempat Adni Farha berdiri tadi.

“Ya Allah! Adni. Kenapa ni sayang?” Datin Hasnah menerpa ke pintu bila dilihat Adni Farha terdencut-dencut berjalan masuk ke dalam rumah mereka. Dia memaut lengan anak dara kesayangannya. Datin Hasnah membantu Adni Farha duduk di sofa.

“Thanks, mama.” Adni Farha menyandarkan badannya. Kepalanya direhatkan di kepala sofa. Letih tapi bukan sebab kerja. Letih jatuh dan letih bertekak dengan Ayman Fareeq.

Datin Hasnah mengangkat kaki kanan anaknya dan diletkkan di atas ribanya. Perlahan-lahan balutan yang diikat kemas di kaki Adni Farha di buka.

“Teruk bengkak ni.” Datin Hasnah mengurut perlahan di tempat yang bengkak.

“Ma…sakit…” air mata mengalir keluar dari tubir mata Adni Farha.

“Tu lah siapa suruh tak hati-hati. Ni kalau tak diurut makin bengkak.”

“Tadi Ayman dah tuam.”

“Ayman? Hati beku tu? Mulut longkang?” Datin Hasnah memandang pelik.

“Hesy…siapa lagi. Dialah.” Eee…mama aku ni. Apa yang peliknya entah.

“Dah berbaik?” perli Datin Hasnah.

“Please!!!” Adni Farha julingkan mata.

“Habis tu siap tuamkan kaki anak mama ni. Itukan tandanya…”

“Ma…”

“Yalah, yalah…macam mana boleh jadi macam ni?”

“Jatuh tangga kat Thistle.”

“Adni buat apa kat Thisle?”

“Lunch.”

“Jauhnya.”

“Dah orang nak belanja. Adni ikutkan aje.”

“Siapa?”

“Ayman.”

“Si hati beku? Mulut longkang?” tanya Datin Hasnah tapi kedengaran seperti menyindir Adni Farha.

“Ya Allah! Mama!!!”

“Hesy, tak padan kaki bengkak asyik nak menjerit aje.”

“Dah mama asyik sakat Adni. Makan dalam tau.”

“Makan dalam. Makan dalam. Tak habis-habis nak cari pasal dengan orang,” bebel Datin Hasnah.

“Mana ada cari pasal dengan orang. Dia jalan laju sangat. Adni kejarlah. Lupa pula hari ni pakai high heel sampai salah step. Huh…terbaik dapatnya.”

“Adni, Adni…bilalah nak matang sayang oiii.”

“Eee…siapa kata Adni belum matang. I’m old enough to make my own decision.”

“Decision apanya kalau berlari dengan high heel.” Datin Hasnah jegilkan mata.

“Oh! Eh? Hehehe…” Adni Farha tersengih. Datin Hasnah menepuk perlahan kaki Adni Farha.

“Ouchhh…Ma…” rengek Adni Farha manja. Dia menarik kakinya.

 “Degil tak habis-habis. Tini! Tini!” Datin Hasnah memanggil pembantu rumahnya. Kelam kabut Hartini datang dengan tangan basah.

“Ya, bu.”

“Kamu sedang buat apa saja dengan tangan basah ni?” Mata Datin Hasnah memandang tangan pembantu rumahnya.

“Mahu masak nasi. Udah jam enam. Takut tak sempat nanti,” jawab Hartini takut-takut.

“Tinggalkan dulu. Kamu pandai urutkan? Pergi ambil minyak urut. Ini kakinya Adni dah bengkak.” Jari Datin Hasnah menunjuk ke arah kaki Adni Farha.

“Ya, bu. Sebentar, saya ambil minyaknya.” Hartini berlalu pergi. Adni Farha yang sedari tadi diam mula bersuara.

“Ma…tak payahlah suruh Kak Tini urut. Sakitlah, ma,” rayu Adni Farha. Hartini dipanggilnya kakak sebab pembantu rumahnya itu tua sepuluh tahun darinya. Sudah bekerja dengan keluarga mereka lebih kurang lima tahun. Sudah berkahwin dan ada dua orang anak yang ditinggalkan di kampung.

“Kalau tak diurut bila masa pula nak baik?” soal Datin Hasnah.

“Tuam dengan ais,” jawab Adni Farha. Pendek akal.

“Itu sementara, bolehlah.”

“Letak minyak panas lepas tu balut semula macam tadi pun okey juga.”

“Kamu ni nak mc sebulan ke?” suara Datin Hasnah dah tinggi satu oktaf. Anak dara dia ni banyak sangat alasan yang diberi.

“Habis tu kalau urut boleh terus baik ke?” muncung Adni Farha dah sedepa. Datin Hasnah mengeluh. Alahai Adni. Kenapalah manja terlebih ni. Dia menggelengkan kepalanya.

“At least susut sikit bengkak tu,” suara Datin Hasnah dah kendur semula. Memujuk Adni Farha.

“Okey…tapi dengan syarat.” Adni Farha dah kerdip-kerdipkan matanya. Datin Hasnah ketawa. Memang anak manja betullah. Boleh pula bagi kita syarat bagai.

“Apa dia?” Datin Hasnah melayan perangai sengal Adni Farha.

“Sup ayam pedas. Air tangan mama.”

“Yalah, sayang. Kaki tu naikkan atas sofa. Senang Tini nak urut,” arah Datin Hasnah bila dilihat Hartini datang dengan memegang sebotol minyak urut. Hartini duduk di hujung sofa. Datin Hasnah berlalu ke dapur. Dia perlu mula memasak sekarang. Semua bahan-bahan telah siap disediakan pembantu rumahnya itu. Lagilah ada pesanan penaja dari tuan puteri. Memang kena mulakan sekarang. Memasak memang dia suka buat sendiri. Petua ibunya untuk menjaga keharmonian keluarga. Pengikat kasih suami isteri dan anak.

Sesekali terdengar suara Adni Farha menjerit kesakitan dan memarahi Hartini. Datin Hasnah hanya mampu tersenyum.

“Ouchhh…perlahanlah sikit, Kak Tini!” jerit Adni Farha.

“Kalau perlahan lambat baiknya, Adni…” Hartini meneruskan urutan di kaki Adni Farha.

“Saya cakap dekat papa potong gaji kamu,” ugut Adni Farha.

“Bisa saja. Janji kaki Adni cepat sembuh,” balas Hartini. Makin kuat dia mengurut di tempat yang bengkak.

“Adoi, papa!!!” Adni Farha menjerit kuat. Geram. Memang tak makan saman betul pembantu rumahnya ini. Hartini ketawa. Adni Farha memukul bahu pembantu rumahnya dengan kusyen kecil yang menjadi teman setianya sedari tadi.

Ayman Fareeq mencampakkan beg sandangnya di atas lantai. Dia sendiri merebahkan badannya di atas sofa tiga tempat duduk. Menghilangkan rasa penat setelah seharian berkerja. Stress, lumrah baginya yang berkerja sebagai seorang jurutera. Bertambah stress bila ada pekerja yang lembap dan kalut. Dia sendiri tak faham kenapa si rambut karat diletakkan di bawah seliaannya sedangkan Hisyam lebih memerlukan seorang pekerja. Leka memikirkan perkara itu, dua kali telefon bimbitnya berbunyi pun dia tak sedar. Kali ketiga baru dicapai BlackBerry 10 yang diletakkan di atas meja kopi.

“Hello, assalammualaikum,” lemah Ayman Fareeq menjawab.

“Waalaikummussalam. Lemah aje suara tu? Baru balik ke?” soal Mak Limah.

“Emak…Aah…Ayman baru aje balik.”

“Itulah kalau dah kahwinkan senang. Balik rumah ada orang urutkan, sediakan makan pakai awak tu,” bebel Mak Limah. Dah mula dah emak aku ni. Ingatkan dah tutup cerita bila aku janji lagi dua tahun baru aku nak fikir pasal kahwin.

“Emak…kan Ayman cakap bagi Ayman masa. Kahwin ni bukan macam pakai baju. Hari ni kita pakai kalau esok tak suka kita buang tukar yang lain. Ayman nak sekali aje akad yang Ayman lafazkan,” jawab Ayman Fareeq panjang lebar tetapi dengan nada yang lembut. Seboleh mungkin dia tak mahu emaknya terasa hati dengan kata-katanya. Dia masih tahu syurga seorang anak itu di bawah tapak kaki ibu. Sedikit hati emaknya terguris sukar untuk dia mencium bau syurga. Terdengar suara Mak Limah mengeluh.

“Mak ingat. Cuma bila Mak Ngah kau jemput kenduri kahwin Zahar bulan depan, tu yang teringatkan kau.”

“Mak…dah sampai jodoh dia sebab tu si Zahar tu kahwin dulu. Ayman tahu mak mesti nak cakapkan yang anak mak ni tak laku. In Shaa Allah mak, Allah tu maha pengasih. Jodoh, ajal, maut, rezeki semua itu ditentukan olehNya.”

“Ada aje jawapan dia.”

“Anak emak kan…hahahaha…” Ayman Fareeq tertawa. Mak Limah pun sama. Lega hati Ayman Fareeq bila mendengar suara ceria emaknya itu.

“Balik eh, nak? Ayman pun dah lama tak balik kampung,” pujuk Mak Limah.

“Bila majlisnya tu?” Ayman Fareeq dah memegang dahinya. Dia tahu sudah lebih dua tahun dia tak menjenguk emaknya dikampung. Mereka hanya berbicara melalui telefon. Puas juga emaknya memujuk. Cuma sejak peristiwa itu, dia tak berdaya untuk pulang ke kampung. Bukan itu saja, kerja yang bertimbun-timbun pun memang menghalangnya untuk bercuti lama. Nasib baik adik perempuannya belum berkahwin. Ada lah juga peneman buat emaknya.

“Dua puluh lima bulan depan.”

“Tengok nanti macam mana. Kalau Ayman free Ayman balik.”

“Baliklah, Ayman. Yang sudah tu sudahlah. Dah tak ada jodoh Ayman dengan dia. Lagi pun dia dah anak. Dia sekarang dah ikut suaminya ke KL.” Faham sangat Mak Limah akan perasaan anak bujangnya yang terluka.

“Mak…Ayman tak janji. Nanti kalau Ayman jadi balik, Ayman bagitahu emak, ya.”

“Mak rindu dengan Ayman. Rindu sangat-sangat.” Terdengar sendu dari suara Mak Limah. Ayman Fareeq lemah. Setiap kali emaknya telefon memang itulah modal yang digunakan. Rindu. Dia? Rindu juga pada emak dan adiknya tapi hati yang terluka masih belum sembuh. Tiada kekuatan.

“Mak…in shaa Allah, Ayman balik nanti. Mak jangan risau. Mak tu jaga diri baik-baik. Jangan buat kerja berat-berat. Jangan manjakan sangat adik tu.”

“Yalah. Kita cakap rindu, dia nasihat kita pula. Mandi sana, solat lepas tu makan. Jangan leka sangat berbaring tu. Kalau dah kahwinkan senang. Ada orang berkenan suruh masuk meminang tak nak,” bebel Mak Limah.

“Hesy, mak ni. Kesitu pula dia. Okey, mak. Ayman nak mandi dah ni. Badan pun dah melekit. Assalammualaikum.”

“Waalaikummussalam.” Ayman Fareeq bangun dan duduk menyandar. Telefon bimbitnya diletakkan di sebelah tempat duduknya.

Dia merenung siling rumah. Rumah berkembar dua tingkat yang dibeli dua tahun lalu hasil titik peluh berkerja sebagai seorang jurutera terasa sunyi. Sepatutnya rumah ini dah ada penyerinya sejak awal di beli lagi. Dia gigih mencari rezeki menyediakan apa yang patut supaya senang bakal isterinya nanti. Tapi apa yang dia dapat. Pengorbanan dia hanya sia-sia. Si dia curang. Curang dengan teman baiknya sendiri. Sebab itulah dia memang anti dengan perempuan. Bukan dia tak tahu apa yang orang sekelilingnya memanggilnya. Hati beku. Kaku. Kejung. Iceberg. Macam-macam gelaran lagilah. Dia tak pernah pedulikannya. Hatinya masih terluka. Entah dia sendiri tak pasti boleh dirawat atau tidak.

Apa yang pasti, sejak akhir-akhir ini dia selesa dengan si rambut karat. Gadis yang baru sahaja sebulan bekerja di Perunding Klasik, tempat dia cari makan sejak lima tahun yang lalu. Ada sesuatu pada gadis itu yang mencuit hatinya. Sebab itu dia suka cari pasal untuk berbual dengan gadis tersebut. Erkkk…ya ke berbual? Hehehe…lebih kepada bertekak sebenarnya. Dia seronok. Mulut si rambut karat tak pernah diam. Ada saja jawapannya. Tak mahu mengalah.

“Arghhh!!!…dah kenapa dengan aku ni,” Ayman Fareeq menjerit. Dia berdiri. Melonggarkan sedikit urat-urat di badan. Kakinya menapak ke ruang dapur. Dia memandang seketika. Ruang dapur yang diubah suai mengikut citarasanya. Moden. Terima kasih pada Akid kerana bagi perkhidmatan percuma mereka bentuk dan mengubah suai seluruh isi dalam rumahnya. Kononnya sebagai hadiah perkahwinan yang tak jadinya dulu.

Ayman Fareeq mendekati peti sejuk. Pintu di buka. Matanya memerhati barang-barang yang ada. Stok yang ada cukup untuk dua tiga hari saja lagi. Nampaknya hujung minggu ni dia kena keluar berbelanja. Sayur kalian dan udang di keluarkan dan diletakkan di sinki. Senang nanti selepas solat maghrib dia boleh terus mula memaasak. Begitulah kebiasaannya. Dia memasak sendiri untuk makan malam. Dah sarapan dan makan tengahari kat luar takkanlah malam pun nak makan kat luar. Ada belum umur empat puluh kepalanya dah botak. Banyak sangat makan serbuk perasa dan garam. Mana taknya itulah yang tauke kedai selalu letak banyak-banyak dalam masakan mereka untuk melariskan makanan yang dijual.

Ayman Fareeq kemudian segera melangkah ke tangga untuk naik ke bilik. Badan perlu dibersihkan. Maghrib pun dah nak masuk bila terdengar suara bilal sudah mula membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Selepas maghrib nak masak lagi. Ayman Fareeq memang sengaja memilih untuk membeli rumah berdekatan dengan masjid. Senang untuk dia ketahui sama ada sudah masuk waktu solat atau belum. Ada kalanya bila dia tidak letih dia rajin ke masjid untuk berjemaah bersama-sama dengan penduduk taman ini. Hidup sorang-sorang di bandar Johor Bahru dia perlu bercampur dengan mereka. Setidak-tidaknya bila dia ada kesusahan boleh juga mereka membantu.

Tok! Tok! Tok! Kedengaran ketukan di pintu bilik. Adni Farha yang sedang mengelap rambutnya menoleh.

“Masuk…” Pintu dibuka. Dato’ Hussain jengukkan kepala.

“Love…” panggil Dato’ Hussain manja.

“Papa…baru balik ke?” tegur Adni Farha bila dilihat papanya masih berpakaian pejabat.

“As usual. Meeting dengan Tan Sri Razlan tak pernah nak habis awal.” Dato’ Hussain melabuhkan punggung di birai katil Adni Farha.

“Papa ni kena kurangkan meetinglah. Kesian kat mama. Kurang kasih sayang.” Adni Farha membalas. Datang dah sengalnya.

“Kalau setahun dulu anak papa ni dah masuk pejabat. Takdelah papa meeting-meeting lagi. Silap-silap papa dengan mama asyik honeymoon aje.”

“Salahkan Adnilah ni?” Adni Farha menghampiri papanya dengann mengheret kaki yang bengkak.

“It’s not your fault. Anak manja papa ni nak relakskan…dah solat?”

“Baru aje…”

“Kaki tu macam mana, dah okey?”

“Kurang sikit. Kak Tini dah urutkan tadi. Ambik kesempatan dia tu tau. Kuat dia tekan tempat bengkak tu,” adu Adni Farha.

“Love pun satu. Siapa suruh tak berhati-hati. Kalut sangat.” Dato’ Husaain geleng kepala. Dia dah masak dengan perangai Adni Farha.

“Pa…” meleret suara Adni Farha memanggil papanya.

“Hmmm…” Dato’ Hussain menyahut acuh tak acuh. Mesti ada sesuatu ni.

“Pasal projek kat Melaka tu kan. Papa bagi kat orang lain boleh tak?”

“Kenapa?”

“Papa tengoklah ni. Sejak kerja bawah Encik Ayman, dah berkali-kali Adni jatuh.” Adni Farha memulakan rancangannya. Kena pujuk papa kaw-kaw. Lakonan mesti mantop.

“Adni tu yang tak berhati-hati. Salahkan orang lain pula.”

“Tak bolehlah ni?” Adni Farha memandang papanya. Dato’ Hussain geleng kepala.

“Untuk projek tu je?” Adni Farha masih mahu mencuba nasib. Dato’ Hussain tetap menggelengkan kepalanya.

“Ala…apa yang bagus sangat kerja dengan dia tu? Hati beku. Mulut longkang.” Adni Farha mengutuk Ayman Fareeq.

“Love…macam yang papa cakap dalam meeting hari tu. Dia salah seorang engineer terbaik yang papa ada. Papa menaruh harapan yang tinggi pada dia untuk memajukan syarikat. He’ll guide you. Dahlah. Papa nak mandi. Pergi turun. Mama dah masakkan sup ayam yang Adni request tu. Nanti merajuk pula mama kalau Adni tak nak makan.” Dato’ Hussain mengusap kepala anak daranya. Dia singgah di bilik anak daranya bila diberitahu oleh isterinya Adni Farha tidak mahu makan malam. Dato’ Hussain bingkas bangun. Solat perlu ditunaikan segera. Waktu maghrib sudah nak hampir ke penghujung.

“Nak dukung,” rengek Adni Farha. Saja nak bermanja dengan papanya.

“Kahwin nanti suruh suami aje yang dukung. Papa ni dah tua, tak larat,” usik Dato’ Hussain.

“Boleh kahwin eh? Dengan siapa ya?” Adni Farha tersengih tayang gigi.

“Ayman Fareeq tu pun okey juga. Papa on aje,” terus Dato’ Hussain berlalu pergi.

“Papa!!!” Adni Farha ketap bibir. Tak habis-habis nak menangkan si hati beku. Adni Farha capai Sony Xperia Z. Nama seseorang di cari. Dia menaip sesuatu. Selesai. Dicampakkan telefon bimbitnya di atas katil. Dia bersiap ala kadar dan turun ke bawah.

Ayman Fareeq membasuh sayur kalian sebelum di potong. Udang telah siap disiang. Beberapa biji bawang merah dan putih diambil. Tidak ketinggalan sedikit halia. Leka menyediakan semua bahan masakan, tak semena-mena dia tersedak.

“Hesy…siapa pula yang mengumpat ni.” Pantas tangannya mencapai gelas. Air kosong dituang. Dia minum dengan rakusnya. Rasa perit di tekak masih tak mahu hilang. Sebiji gula-gula Hacks hitam dibuka dan dimasukkan ke dalam mulut.

“Aahhh…lega sikit.” Ayman Fareeq melihat sekilas pada telefon bimbitnya yang diletakkan di atas meja makan bila perasan ada mesej masuk. Tangannya dibasuh. Telefon bimbit dicapai. Pesanan ringkas yang diterima dibuka.

I hate you! I hate you! I hate you! – Si rambut karat

What the… apa masalah minah ni. Patutlah aku rasa macam ada orang mengumpat aku. Sendiri yang salah. Careless. Ada hati nak benci-benci orang. Sah skru kat kepala dia longgar. Tanpa membuang masa Ayman Fareeq membalasnya.


Ada saya kisah. – Si hati beku

P/S N3 baru...tadaaa.... Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.

Friday, December 20, 2013

KAU? DIA - BAB 6


“Adusss…kematu dah kaki aku ni. Kata pukul satu. Ni dah dekat satu setengah langsung tak nampak bayang. Orang tak nak makan dengan dia, nak merajuk bagai. Menyusahkan betullah.” Adni Farha membebel sambil menggosok-gosok betisnya. Hari ini dia memang gatal pakai high heel lima inci. Pintu lif yang terbuka membuatkan Adni Farha tak senang hati. Dia hanya tersenyum bila disapa kawan-kawannya yang baru keluar dari perut lif untuk pergi makan tengahari.

“Babe, join sekali?” tanya Aqila.

“Errr…takpelah. Korang pergi dulu.” Adni Farha menggaru-garu kepalanya yang tak berapa nak gatal.

“Kau tunggu siapa?” tanya Zara pula.

“Huh?!” Adni Farha buat muka blur. Elok aje buat muka tak tahu apa-apa kedengaran bunyi hon yang bertalu-talu dari Toyota Vios hitam di depan lobi.

“Kau keluar lagi dengan bos kita?” Nadia memandang Adni Farha tak puas hati.

“Errr…errr…aku terpaksa. Nanti-nantilah aku cerita kat korang. Okey, bye.” Adni Farha terus angkat kaki. Seram tengok kawan-kawannya dah pandang lain macam. Ini semua si hati beku punya pasallah. Tak pasal-pasal nak kena sediakan jawapan lengkap macam jawab soalan sejarah esok pagi.

“You’re late.” Adni Farha menghempas pintu kereta dengan kuat. Ayman Fareeq tayang muka selamba.

“Siapa suruh tunggu?” balas Ayman Fareeq. Adni Farha dah jegilkan mata. Hesy! Ada yang makan tumit kasut ni karang. Adni Farha pandang ke luar tingkap. Malas nak layan. Pakkal aje perut dah berkeroncong. Kalau tak memang dia dah turun balik dari kereta ni.

“Ni nak pergi makan kat mana?” Adni Farha pandang Ayman Fareeq lepas dah lebih lima belas minit perjalanan tapi tempat yang dituju tak sampai-sampai. Kata ada mesyuarat pukul dua setengah. Sempat ke nak pergi makan jauh-jauh dari pejabat. Ayman Fareeq diam. Matanya fokus melihat jalan. Hotel Thistle.

“Errr…Encik Ayman?” Adni Farha pandang Ayman Fareeq. Aku yang bodoh ke dia yang bisu. Boleh gila aku kalau macam ni. Ayman Fareeq tenang meletakkan keretanya di tempat letak kereta di basement. Tak sampai dua minit Toyota Vios itu selamat masuk petak kosong. Enjin dimatikan dan Ayman Fareeq keluar. Adni Farha hanya mampu mengeluh.

“Apalah yang susah sangat nak bercakap. Ingat aku ni tunggul ke,” bebel Adni Farha. Dia cuba mengejar Ayman Fareeq yang melangkah laju menaiki tangga. Ayman Fareeq berjalan  menuju The Glass dan menanti Adni Farha di situ. Dia memerhati Adni Farha yang tak muncul-muncul dari tangga bawah. Entah di mana silapnya Adni Farha tersalah langkah. Sangkanya anak tangga yang dipijak adalah yang terakhir, rupa-rupanya dia tersilap perkiraan.

“Papa!!!” Adni Farha jatuh tergolek ke anak tangga paling bawah. Ayman Fareeq pantas meluru ke tangga bila mendengar jeritan kuat Adni Farha.

“Adni! Ya Allah!” Ayman Fareeq bergegas mendapatkan Adni Farha. Dia cuba untuk membantu Adni Farha bangun tetapi tangannya ditepis.

“Dah tak payah nak sibuk-sibuk.” Adni Farha berpaut pada dinding. Dengan segala kudrat yang ada dia cuba berdiri.

“Ouchhh!” Adni Farha terjengket-jengket. Tangannya meraba kaki kanannya. Boleh pula hari ni aku gatal pakai tumit tinggi. Sengal. Konon hari tu dah insaf tak nak pakai rupanya sekejap aje. Nak sangat maintain diva. Padan dengan muka aku.

“Hesy! Kenapalah malang sangat nasib aku ni. Masuk lubang hari tu pun belum baik betul. Ni jatuh tangga pula.” Adni Farha membebel. Dia melangkah dengan payah menaiki tangga satu persatu. Ayman Fareeq kelu tak terkata. Dia diterpa rasa bersalah. Dia hanya mengekori langkah Adni Farha dari belakang. Risau untuk meninggalkan si gadis jalan bersendirian. Manalah tahu tergolek lagi, sekurang-kurangnya dia boleh tahankan. Erkkk…apakah? Ayman Fareeq mengusap tengkuknya.

Tiba di lobi, Adni Farha berdiri tegak. Tak tahu nak ke mana. Yalah, bos dia langsung tak bercakap dari tadi melainkan saat dia menjengah Adni Farha yang jatuh tergolek macam nangka busuk. Ayman Fareeq yang perasan Adni Farha tiada arah tujuan segera dia berjalan mendahului gadis itu. Dia bukan kejam dah gadis itu tak mahu di tolong takkanlah dia nak buat muka cekodok basi kat depan orang tu.

Ayman Fareeq tersenyum pada pelayan wanita yang berdiri di pintu masuk. Pelayan itu senyum kembali tetapi senyumannya seperti ditahan-tahan bila terpandangkan Adni Farha yang terdencut-dencut berjalan di belakang Ayman Fareeq. Ayman Fareeq berdehem.

“Selamat datang, encik. Encik ada buat tempahan?” pelayan itu bertanya dengan ramah menutup malu.

“Hmmm…Ayman Fareeq.” Pelayan wanita itu memeriksa nama dalam senarai tempahan.

“Oh! Silakan, Encik Ayman.” Pelayan itu menunjukkan meja yang telah ditempah berdekatan dengan kolam. Ayman Fareeq duduk. Pelayan itu menghulurkan menu. Adni Farha berjalan perlahan-lahan. Pelayan itu membantu memapahnya untuk segera tiba di meja. Ayman Fareeq mengangkat muka bila perasan kelibat Adni Farha yang baru duduk.

“Hot fried rice. Orange juice.” Adni Farha terus membuat pesanan tanpa melihat menu.

“Make it two.” Ayman Fareeq memulangkan kembali menu pada pelayan wanita itu. Setelah pelayan wanita itu beredar, Ayman Fareeq bersandar. Matanya tak lepas memandang Adni Farha. Rasa bersalah masih menghantui dirinya. Adni Farha pula seolah berada dalam dunianya sendiri. Tangannya mengurut lembut kaki kanan yang sedikit membengkak. Sesekali mukanya seperti menahan sakit. Ayman Fareeq teragak-agak tetapi hatinya tak tenang selagi tidak bertanya. Kalau tak tanya dia kata aku kejam pula.

“Adni…” panggil Ayman Fareeq. Adni Farha mengangkat muka. Jelingan tajam dihadiahkan pada Ayman Fareeq. Ayman Fareeq telan liur.

“Sakit sangat ke?” tanya Ayman Fareeq ragu-ragu. Mukanya berkerut. Risau.

“Mana ada sakit. Best sangat jatuh tergolek-golek kat tangga. Hesy…memang seronok tahap gabanlah. Rasa macam nak buat lompat bintang. Huh…” Adni Farha julingkan mata dan pandang ke atas. Sengal. Ada ke orang jatuh tak sakit. Sendiri mau ingatlah.

“Errr…maksud saya…” Ayman Fareeq rasa macam terbelit-belit lidahnya. Macam mana nak cakap ni.

“Simpan aje rasa simpati, Encik Ayman tu. Bukan membantu pun.” Ayman Fareeq panas hati. Baru nak rasa kesian. Eee…minah rambut karat ni ada aku tinggalkan juga kat sini. Ayman Fareeq bingkas bangun. Dia menuju ke kaunter menemui pelayan wanita tadi. Adni Farha tidak menghiraukannya. Dia kembali membelek kakinya.

Ayman Fareeq datang kembali ke meja. Kali ini dia membawa satu bekas berisi air batu dan sehelai tuala. Ayman Fareeq meletakkan bekas itu berdekatan kaki Adni Farha. Beberapa ketul ais di ambil dan diletakkan di atas tuala dan dibungkusnya.

“Eh! Eh! Encik Ayman nak buat apa?” Adni Farha cuak. Ayman Fareeq tidak mempedulikan pertanyaan Adni Farha. Kasut tumit tinggi sebelah kanan di tanggalkan. Seluar Adni Farha dilipatnya sedikit untuk memudahkannya menuam di tempat yang bengkak.

“Sejuk sangat tak?” Ayman Fareeq mendongak. Adni Farha geleng kepala. Erkkk…hati beku dah cair ke? Aku? Melted terguling-guling.

“Sorry. Saya terpaksa.” Ayman Fareeq teruskan menuam di tempat yang bengkak. Baru nak feeling. Tak ikhlas rupanya. Terus Adni Farha tepis tangan Ayman Fareeq dan cuba menarik kakinya tetapi Ayman Fareeq memegang kejap kaki Adni Farha. Berlaku tarik menarik. Akhirnya Adni Farha terpaksa membiarkan sahaja. Tersungging segaris senyuman di bibir Ayman Fareeq.

Sesi menuam berlaku lebih kurang sepuluh minit. Ayman Fareeq memulangkan kembali bekas yang telah digunakan dan kembali dengan first aid kit di tangan. Adni Farha jungkitkan sebelah keningnya.

“Ni nak buat apa pula?”

“Pakai bandage. Taklah masuk angin. Balik nanti awak terus pergi urut.” Dengan berhati-hati Ayman Fareeq sapukan minyak panas sebelum membalut kaki kanan Adni Farha. Adni Farha terpanar. Kaku. Rahang kalau boleh sampai ke lantai dah lama terjatuh agaknya.


Masing-masing diam membisu. Kekok. Canggung. Fokus pada makanan di depan mata. Sesekali Adni Farha mencuri pandang pada bosnya. Ayman Fareeq hanya mengerling dengan ekor mata.

Kenapa dia baik sangat? Memang tak masuk akal. Si hati beku mulut longkang berkelakuan di luar alam. Okey, dia bukanlah teruk sangat. Bolehlah bagi empat markah dari sepuluh. Adni Farha tersenyum sendiri. Kepalanya digeleng-gelengkan. Bila dia mengangkat muka, terus tersedak. Kelam kabut dia mencapai gelas berisi air sejuk. Sekali teguk habis semuanya. Gelas kosong diletakkan kembali di atas meja. Adni Farha menggosok-gosok lehernya. Saja buat gaya menggoda. Tengok sejauh mana iman si hati beku.

Ayman Fareeq telan liur. Pandangannya dikalihkan ke pinggan berisi nasi goreng. Apa lah dalam kepala otak minah ni kan. Tersenyum-senyum lepas tu tergeleng-geleng. Baru pandang dah tersedak bagai. Ada hati pula tu nak buat aksi menggoda dia. Aku tergoda? Alhamdulillah iman masih teguh tapi hmmm…Ayman Fareeq tersenyum sinis. Dia pandang ke depan. Adni Farha angkat kening. Ayman Fareeq kerut dahi. Masing-masing nak tunjuk ego. Ayman Fareeq berdehem.

“Ehem…ehem…” saja uji tekak elok lagi ke tak. Adni Farha memandang bosnya tanpa perasaan. Malas nak berbual. Kalau bercakap pun buat sakit hati nak buat apa.

“Report Projek Amazon tu tadi awak bagi pada siapa?” tanya Ayman Fareeq memecah sunyi selepas lama mereka berdua membisu.

“Kenapa Encik Ayman tak cakap yang Encik Ayman sebenarnya pergi site visit Projek Amazon?” soal Adni Farha membalas soalan Ayman Fareeq.

“Tak penting,” balas Ayman Fareeq tanpa rasa bersalah.

“What?!” jerit Adni Farha. Ayman Fareeq dah jegilkan mata. Dia kemudian memandang sekeliling dan tersenyum pada yang melihat. Adni Farha buat muka selamba. Padan muka. Nak buli aku sangat kan. Ambik kau.

“Perlahan sangat suara awak tu. Lain kali bangun beritahu kat semua orang.”

“Encik Ayman jangan cabar saya.” Adni Farha dah menyinga.

“Saya bukan nak cabar sesiapa. Awak tu kan perempuan. Kan manis kalau bercakap perlahan. Cukup untuk saya dan awak aje yang dengar.” Ayman Fareeq langsung tak pandang muka Adni Farha semasa bercakap. Adni Farha menjeling. Kalau aku semua tak boleh.

“Kata ada meeting pukul dua setengah?” Adni Farha bersuara mendatar.

“Cancel.” Ayman Fareeq tersenyum sedikit. Boleh pun bercakap perlahan. Tak ada lah macam nak bernanah telinga aku.

“Dah pukul dua setengah ni. Saya punya lunch hour pukul satu sampai pukul dua. Lainlah Encik Ayman. Pukul berapa-berapa pun tak kisah,” sinis suara Adni Farha. Dia bersandar sambil berpeluk tubuh memerhari jejaka di depannya. Ayman Fareeq meletakkan sudu dan garfu di atas pinggan yang masih bersisa nasi goreng pedas. Gelas jus oren dicapai. Air yang berbaki separuh habis disedut. Tisu diambil dan mulut dilap. Semuanya di buat dengan perlahan. Sengaja menambah panas hati minah rambut karat.

“Saya tengok Encik Ayman ni kecik besar kecik besar aje.”

“Laa…apasal pula?”

“Encik Ayman ni faham ke atau buat-buat tak faham?”

“Faham apa? Buat-buat tak faham apa?” Adni Farha bengang. Mata dijulingkan dan pandang ke atas. Sakit hati. Ayman Fareeq buat-buat tidak tahu. Dia melambai pada pelayan wanita untuk menghantar bil. Selesai semuanya dia bangun. Adni Farha juga berbuat demikian tapi bila dipandang kakinya dia mengeluh.

“Nak pergi mana?” tanya Ayman Fareeq.

“Eh! Nak baliklah. Takkanlah saya nak bertunggu tangga kat sini,” templak Adni Farha.

“Tak payah. Just wait here. Saya ambil kereta dulu,” arah Ayman Fareeq. Ada hati nak berjalan dengan kaki dah berbalut macam tu. Degil.

“Encik Ayman jangan berani-berani nak tinggalkan saya kat sini,” ugut Adni Farha. Tahu takut.

“Kalau saya tinggalkan juga?” duga Ayman Fareeq. Suka bila si rambut perang cuak.

“Saya mengadu kat Chair…CEO,” balas Adni Farha penuh yakin.

“Apa barang CEO baik mengadu terus dekat Dato’,” Ayman Fareeq terus buka langkah. Makin dilayan si rambut karat ni ada yang tak masuk pejabat nanti.

“Apa? Kau ingat aku tak berani nak cakap dekat Dato’? Tengoklah nanti.” Adni Farha duduk semula. Kepalanya ligat berfikir. Nak pula papa layan benda-benda macam ni tapi aku kan anak manja papa. Adni Farha dah tersenyum. Sesekali dia memanjangkan leher memerhati ke luar mencari kereta Ayman Fareeq. Perasan kereta Ayman Fareeq dah ada di depan, Adni Farha bangun. Kaki yang berbalut dibiarkan tanpa kasut. Adni Farha ragu-ragu untuk melangkah. Sepasang selipar jepun dicampak di depannya. Dia mendongak. Bibir dicebikkan.

“Jatuhlah saham saya,” Adni Farha merengek.

“Then kaki ayam aje,” Ayman Fareeq mengambil kembali selipar jepun yang dicampaknya tadi. Dah macam ni pun masih nak diva lagi. Hesy…memang tak faham aku.

“Errr…bolehlah.” Adni Farha tanggalkan sebelah lagi kasut tumit tingginya.

“You are sure?” Ayman Fareeq jongketkan sebelah keningnya. Adni Farha angguk. Terpaksa tolak tepi rasa malu. Baik berselipar jepun dari berkaki ayam. Selipar aje pun. Yang atas masih boleh maintain diva. Dia menyarung selipar jepun yang telah diletakkan kembali oleh Ayman Fareeq. Kasut tumit tingginya diambil Ayman Fareeq.

“Eh! Nak buat apa dengan kasut saya tu?” Adni Farha mencerlung ke arah tangan Ayman Fareeq.

“Nak buang…” Ayman Fareeq saja mengusik.

“Huh?” Melopong mulut Adni Farha.Mahal tu.

“Takkanlah nak tinggalkan kat sini?” Masih mahu mengusik. Mata Adni Farha dah berkaca-kaca. Ayman Fareeq telan liur. Kasut aje pun.

“Saya pegangkan.” Adni Farha senyum semula. Cepat-cepat dikesat matanya kala Ayman Fareeq toleh ke hadapan dan mula berjalan. Kena pandai berdrama sikit. Cair juga si hati beku ni. Adni Farha berjalan perlahan-lahan. Terdencut-dencut. Dia hanya lemparkan senyuman bila bertembung dengan tetamu hotel yang lain.

“Boleh ke tak ni?” Ayman Fareeq berpatah balik bila dilihat Adni Farha jauh tertinggal.

“Boleh…” Mendatar saja suara yang keluar.

“Sini.” Ayman Fareeq hulurkan tangannya untuk dipaut Adni Farha. Asalnya nak pegang saja tangan si rambut perang tapi mengenangkan si gadis pakai baju tanpa lengan dibatalkan sahaja niatnya itu.

“Huh?!” Adni Farha pandang pelik.

“Pegang tangan saya. Senang sikit awak nak jalan.”

“Perlu ke?” Makin merundumlah saham aku macam ni. Sah-sah orang dah tak pandang aku.

“Cepatlah,” arah Ayman Fareeq tegas. Adni Farha teragak-agak tapi cepat-cepat memegang tangan bosnya bila dilihat Ayman Fareeq dah besarkan mata.

Saat tangannya menyentuh lengan Ayman Fareeq, dadanya tiba-tiba berdebar. Ada rasa lain. Rasa yang dia tak pasti apa. Ayman Fareeq pula macam terkena renjatan elektrik walau dia berkemeja lengan panjang. Adni Farha menoleh ke sisi. Begitu juga Ayman Fareeq. Pandangan mata mereka bertembung. Masing-masing kemudian memandang ke arah bertentangan dan terus berjalan.

Ayman Fareeq membuka pintu kereta untuk memudahkan Adni Farha masuk. Dia menunggu sehingga kedua-dua belah kaki si rambut perang menjejak lantai kereta. Kasut Adni Farha diletakkan di tepi kaki gadis itu sebelum pintu ditutup. Adni Farha rasa terharu. Tak sangka dia menerima layanan first class dari Ayman Fareeq. Hello! Si hati beku mulut longkang tau.

Di dalam kereta, tiada suara tiada sengketa yang mewarnai perjalanan mereka. Masing-masing memikirkan rasa apa yang melanda diri mereka. Adni Farha memegang dadanya. Jantungnya berdegup kencang. Dia tak mengerti. Fikirannya cuba ditenangkan. Emosi perlu stabil baru dia boleh menjadi dirinya semula.

Ayman Fareeq pula terus memandu dengan tenang. Namun otaknya masih terbayang sentuhan yang diterima tadi. Jangan fikir yang bukan-bukan bukan sentuhan yang itu tapi pautan tangan si rambut perang. Dia sendiri tak pasti kenapa dia boleh rasa lain saat Adni Farha memaut lengannya. Cuba mencerna apa yang berlaku lantas Ayman Fareeq berdehem sendiri untuk membuang perasaan aneh yang mula hadir dalam hatinya. Dia kembali menjadi si hati beku.

“Boleh jalan sendiri ke?” Ayman Fareeq memandang Adni Farha sebaik mereka tiba di depan lobi pejabat.

“Errr…boleh kot.” Adni Farha menjawab teragak-agak.

“Sekejap. Kita buat macam tadi.” Belum sempat Ayman Fareeq keluar Adni Farha bersuara.

“Errr…Encik Ayman! Saya rasa tak perlu kot. Encik Ayman suka ke kalau nama naik?” Adni Farha pandang muka bosnya. Keningnya sengaja di biarkan menari ronggeng.

“Nama naik?” Ayman Fareeq tayang muka tanda soal.

“Yup. Nama naik. Encik Ayman dan saya.” Makin rancak kening Adni Farha menari. Ayman Fareeq mendengus. Susah kalau bekerja di kalangan orang yang suka selak kain orang.

“Saya call Nadia.” Ayman Fareq terus mencapai telefon bimbitnya yang diletakkan berdekatan dengan gear. Tangannya menguis-nguis mencari nombor Nadia. Dah jumpa terus ditekan.

“Hello!” Nadia menjawab perlahan. Terperanjat bila tengok nama bos yang tertera di skrin telefon.

“Hello, Nadia! Awak dekat mana?” Suara Ayman Fareeq bertanya tidak mesra seperti biasa.

“Errr…kat pejabatlah, bos.”

“Saya tahulah kat pejabat. Kat toilet ke, kat pantry ke?”

“Errr…kat tempat duduk saya.” Nadia mencebik. Agak-agak ar kalau nak berteka-teki.

“Turun sekarang. Tolong Adni.”

“Ke…kenapa dengan Adni?”

“Just come down here!” Ayman Fareeq terus mematikan talian. Nadia bingkas bangun.

“Dahlah nak minta tolong orang. Bahasa langsung out,” bebel Nadia sambil tangannya menekan-nekan butang lif berkali-kali walaupun terang dan nyata lampu merah dah menyala.

“Kau dah kenapa?” soal Aqilah yang baru keluar dari tandas bila melihat mulut temannya tak berhenti mengomel sama laju macam tangan.

“Susah cakap dengan orang tak ada perasaan. Eh! Aku turun sekejap.” Nadia terus masuk ke dalam perut lif sebaik pintu lif terbuka. Aqilah garu kepala. Aku tanya apa kat dia tadi? Aqilah jongketkan bahu dan berlalu pergi.

Sampai di bawah, Nadia laju menerpa ke kereta Toyota Vios hitam yang elok menantinya di depan lobi pejabat. Cermin diturunkan.

“Awak pegang dia elok-elok. Jangan sampai jatuh lagi,” pesan Ayman Fareeq. Nadia pandang muka Adni. Adni Farha buat muka.

Kau kenapa.

Nanti aku cerita.

“Hurry up. Saya ada banyak kerja lagi kat atas. Lainlah kalau company ni bapak awak yang punya,” sindir Ayman Fareeq tanpa memandang muka Adni Farha. Adni Farha pandang muka bosnya.

“Saya nak turunlah ni. Dah tak reti-reti nak unlock.” Panas hati Adni Farha. Mulut longkang. Sekejap okey sekejap tidak. Nadia membantu membuka pintu untuk Adni Farha. Dia meminjamkan lengannya untuk Adni Farha berpaut. Elok aje Nadia tutupkan pintu terus Ayman Fareeq tekan minyak.

“Mental betul bos kau,” bebel Nadia.

“Apa pula bos aku? Bos kaulah,” balas Adni Farha.

“Kali ni apa kes?” soal Nadia. Mereka berjalan perlahan-lahan.

“Jatuh tangga.”

“Dekat mana?”

“Hotel Thistle.”

“Buat apa kat situ?”

“Lunch.”

“Dengan bos?”

“Aah…”

“Kau ada apa-apa ke dengan dia?”

“Hati beku tu? No way hose.”

“Kerap kau makan dengan dia?”

“Nadia!!! Stop it. Soalan kau makin buat kaki aku sakit tahu tak,” bentak Adni Farha.

“Tanya aje pun. Kalau tak ada apa-apa buat apa nak emo.” Nadia bersuara perlahan seakan merajuk. Adni Farha dah garu kepala.

“Alah…Nadia…janganlah merajuk. Sorry, okay? Tapi betul kaki aku sakit…” rengek Adni Farha manja cuba memujuk temannya itu.

“Manja betullah kau ni. mengada-ngada. Hmmm…kau dengan bos tadi macam ni juga ke?” Nadia mainkan keningnya. Masih tak puas hati dengan jawapan Adni Farha.

“Macam ni macam mana?”

“Macam ni…” Nadia menunjuk tangan Adni Farha yang memaut lengannya.

“Errr…” Adni Farha hilang kata. Nak menipu macam tak sanggup. Kesian papa banyak tanggung dosa dia nanti. Pintu lif terbuka. Adni Farha tarik nafas lega. Dato’ Hussain melangkah keluar. Terperanjat melihat keadaan Adni Farha. Adni Farha terasa macam tak cukup nafas semula.

“Kenapa ni?” Dato’ Hussain memandang kaki anak daranya.

“Jatuh tangga.” Adni Farha menunduk. Takut nak menentang muka papanya.

“Jatuh lagi? Love…love…” Dato’ Hussain gelengkan kepalanya. Faham sangat dengan sikap tidak berhati-hati Adni Farha. Nadia hanya tersengih. Dia yang baru mengenali Adni Farha pun dah tahu sikap kelam kabut temannya. Dato’ Hussain mencangkung untuk melihat keadaan kaki Adni Farha.

“Errr…pa…” Adni Farha baru nak melarang tetapi tidak jadi bila ada suara menyampuk.

“Selamat petang, Dato’.” Ayman Fareeq berdiri di antara Adni Farha dan Dato’ Hussain. Adni Farha pandang Nadia. Mereka berdua serentak mengurut dada masing-masing. Dato’ Hussain mendongak sebelum berdiri semula.

“Selamat petang. Kamu dari mana?” tanya Dato’ Hussain serius. Dia perasan Ayman Fareeq seolah tidak suka bila dia berada dekat dengan Adni Farha. Hati tuanya seperti mengesan sesuatu.

“Lawat tapak Projek Amazon, Dato’. Lepas tu pergi lunch dengan Adni.” Ayman Fareeq memandang Adni Farha sekilas.

“Ooo…” Dato’ Hussain tersenyum. Allah…Adni memang tidak suka bila tengok papanya senyum macam tu. Papa…please! jangan tanya apa-apa lagi, doa Adni Farha.

“Adni jatuh dekat site ke?” Dato’ Hussain masih mahu bertanya. Dia buat tak tahu pandangan minta simpati anak daranya.

“Tak. Dia tak ikut saya tadi. Dia jatuh masa naik tangga kat Hotel Thistle.” Entah kenapa Ayman Fareeq dah rasa lain macam. Soalan Dato’ Hussain macam soalan bapa mertua pada menantu. Hesy…apa yang aku merepek ni. Ayman Fareeq menguak rambutnya.

“Hotel Thistle?” Dato Hussain tersenyum-senyum memandang Adni Farha. Nadia dah menyiku-nyiku temannya. Dia tahu maksud senyuman Dato’ Hussain itu. Rasanya sama maksud dengan dia. Hehehe…

“Kenapa, Dato’?” soal Ayman Fareeq hairan.

“Tak ada apa lah. Okey, saya kena pergi dulu. Ada appointment dengan Tan Sri Razlan. Sampai ke malamlah kalau dah jumpa tan sri ni.” Adni Farha tahu kata-kata Dato’ Hussain itu ditujukan kepadanya. Dato Hussain menghulurkan salam dan disambut Ayman Fareeq. Dia hanya menunduk dan tersenyum pada Adni Farha dan Nadia. Mereka bertiga memandang Dato’ Hussain sehingga hilang di balik pintu gelangsar.

“Kenapa tak naik lagi?” soal Ayman Fareeq pada Adni Farha dan Nadia. Tangannya menekan butang lif.

“Dah Dato’ tegur takkanlah kitaorang nak kurang ajar biarkan aje,” jawab Adni Farha.

“Boleh aje kan kalau cakap sekejap then minta diri terus naik. Ada strong reason pun. Kaki dah sakit macam tu ada hati nak berdiri lama-lama.” Ayman Fareeq terus masuk ke dalam lif dan butang tutup terus di tekan. Lupa pada kedua-dua pekerjanya itu.

“Encik Ayman!” jerit Nadia.

“Hampeh betul! Ya-ya marah kita tapi dia pun sama juga,” bebel Adni Farha.

“Dia cemburu tu,” usik Nadia.

“Cemburu apanya. Kan tu papa aku.” Adni Farha dah julingkan mata.

“Tahu pula dia tu papa kau.”

“Lupa pula aku. Dah jom.” Mereka berdua serentak masuk ke dalam lif.

“Eh! Adni. Aku rasa betullah dia cemburu.” Nadia menggosok-gosok dagunya.

“Choiii…He’s nobody to me. Iceberg, Nadia.” Adni Farha memukul bahu temannya itu.

“Memanglah iceberg. Tapi cara dia cakap tadi…” Nadia masih menggosok-gosok dagunya. Adni Farha dah tutup kedua-dua belah telinganya. Nadia ketawa.

Pintu lif terbuka. Terperanjat kedua-dua gadis tersebut bila melihat Ayman Fareeq elok terpacak depan pintu lif sambil menyandar di dinding dengan sebelah tangan di masukkan ke dalam kocek seluar. Macholah konon tapi muka serius gila. Kedua-dua gadis tersebut terus keluar tanpa mempedulikan bos mereka.

Ayman Fareeq menggosok belakang tengkuknya. Faham sangat kenapa Nadia dan Adni Farha tak mempedulikannya. Marahlah tu sebab dia terus tutup pintu lif tadi. Sumpah, memang dia terlupa pada gadis-gadis itu. Apa yang pasti hatinya mendidih bila terbayangkan tangan  Dato’ Hussain yang memegang kaki Adni Farha. Tindakan refleksi. Itu yang tangan dia cepat saja menekan butang tutup.

“Arghhh!...” Tanpa sedar Ayman Fareeq menjerit. Athirah yang sedang berjalan menuju ke tandas memandang bosnya yang bersandar di dinding berdekatan dengan lif.

“Kenapa, Encik Ayman?” soal Athirah. Ayman Fareeq hanya menjeling dan berlalu pergi.

“Ek eleh…macam bagus.” Athirah bengang bila Ayman Fareeq langsung tak menjawab pertanyaannya. Kakinya dihentak-hentakkan sewaktu melangkah ke tandas.

P/S Taraa....khas untuk pembaca setia....Maaf kerana terlalu lama nak up n3 baru...kesihatan tak mengizinkan dua tiga menjak ni....selamat membaca dan jangan lupa tinggalkan komen2 ya....enjoiceeee....

Tuesday, December 3, 2013

PENGUMUMAN

Assalam semua........

Ni nak beritahu....CUMA DIA terpaksa di stopkan dulu....nak siapkan untuk dihantar pada publisher yang sudi nak nilai....huhuhu....in shaa Allah kalau ada rezeki dapatlah peluk versi cetak...kalau tak saya akan teruskan kat dalam blog ni..... tapi nak tanya juga pendapat u ols....plot saya memang dah ada, cuma apa yang korang nak kisah seterusnya antara Akid Rizq dan Zulfa Amanda...nak yang sweet2 ke yang sedih2 ke yang tragis ke......anyway tq kepada yang sudi baca dan keep on supporting me....love u ols ketat2.... cerita Kau? Dia akan diteruskan seperti biasa....thanks again...Hugs n kisses....mmmmuaahhhhh....