Tuesday, January 7, 2014

KAU? DIA - BAB 12


Adni Farha tekun menyemak fail-fail projek yang diambil dari bilik Ayman Fareeq pagi tadi. Satu persatu disemaknya. Sekejap-sekejap matanya memandang skrin komputer. Jari jemarinya pantas menaip dan membetulkan apa yang perlu. Nasib Ayman Fareeq emailkan soft copy kalau tak jenuhlah dia nak menaip semula.

“Errr…Encik Ayman, kata ada kerja kat UEM?” soal Nadia sedikit kuat bila terserempak dengan Ayman Fareeq di depan lif. Adni Farha menoleh sekilas bila mendengar nama Ayman Fareeq disebut.

Apa dia buat dekat sini? Baru pukul sebelas. Kata nak masuk pejabat lepas solat jumaat. Banyak lagi nak semak ni, sempat ke. Jangan dia minta semuanya sekarang sudahlah, bisik Adni Farha dalam hati.

“Hmmm…dah settle. Next week serah balik kerja tu pada Encik Hisyam.”

“Encik Ayman…lepas balik dari sarapan pagi tadi, Adni langsung tak bercakap,” adu Nadia perlahan seolah berbisik.

“Huh? Apa maksud awak?” Ayman Fareeq menguak rambutnya ke belakang.

“Saya tahulah…Encik Ayman dengan Adni…” belum sempat Nadia menghabiskan ayatnya Ayman Fareeq lekas-lekas memotong.

“Saya masuk bilik dulu.” Ayman Fareeq berjalan pantas ke biliknya. Dia mengerling sekilas pada Adni Farha. Matanya menangkap jelingan tajam Adni Farha. Aduhhh…kenapa dia rasa lain ni. Jelingan tu jelingan membunuh bukan jelingan manja. Tangannya mencapai tombol pintu. Berkali-kali dipusing tapi pintu masih belum terbuka. Tangannya diletakkan disisi kembali. Ayman Fareeq menarik nafas dalam-dalam sebelum perlahan-lahan dilepaskan. Tangannya menyentuh semula tombol pintu. Sekali pulas, pintu berjaya dibuka.

Beg sandang dia letakkan di kabinet belakang kerusi kerjanya. Jaket kulit ditanggalkan dan disangkut di kepala kerusi. Sebelah tangan menguak rambut dan sebelah lagi dicekak di pinggang. Ayman Fareeq memerhati Adni Farha melalui bidai yang menutupi dinding kaca bilik nya. Si rambut karat tekun menghadap fail-fail projek. Sesekali Adni Farha memuncungkan mulutnya. Comel.

“Aduh…parah aku kalau macam ni. Orang tu macam tak rasa apa-apa, aku pula yang lebih-lebih,” Ayman Fareeq mengurut-urut pelipisnya.

Ayman Fareeq kemudian duduk dan jarinya menekan punat untuk menghidupkan komputer di depan mata. Sementara menunggu komputernya menyala, otak Ayman Fareeq ligat berputar mencari idea macam mana nak menyuruh si rambut karat masuk ke bilik dia. Macam tak logik pula kalau nak tanya dah siap ke belum semua fail-fail tu. Ada dia terkena balik nanti. It’s better than not. Interkom di depan mata di tekan.

“Adni, masuk bilik saya sekejap,” arah Ayman Fareeq. Mata Ayman Fareeq merenung tajam reaksi Adni Farha yang mengajuk percakapan dia. Wahhh…si rambut karat tak habis-habis dengan sikap melawan dia. Ingat dah berubah. Ini mesti kes pagi tadi buat si dia jadi macam tu. Kelam kabut dia membetulkan duduk dan membuka fail bila melihat Adni Farha berjalan malas dengan tangan memegang sebuah buku nota kecil dan pena.

Tok! Tok! Tok! Kedengaran ketukan kuat di pintu biliknya. Ayman Fareeq berdehem sebelum membenarkan Adni Farha masuk.

“Masuk,” laung Ayman Fareeq. Dia pura-pura tunduk membaca dokumen dalam fail yang dia tak pasti projek apa. Main capai aje apa yang sempat. Ayman Fareeq mendongak. Rasa macam tak tertelan pula air liur tengok muka Adni Farha yang cemberut berdiri tegak macam patung cendana di depan dia kini.

“Duduklah,” arah Ayman Fareeq. Adni Farha tarik kerusi dan duduk. Dia menunduk. Pena di tangan di ketuk-ketuk pada buku nota. Ayman Fareeq hanya memerhati. Seminit tak bersuara. Dua minit masih tak bersuara. Lima minit Adni Farha mendongak. Rimas bila kena panggil tapi tak cakap apa-apa. Ayman Fareeq berdehem saat mata mereka bertembung.

“Ada apa Encik Ayman panggil saya?” keras suara Adni Farha bertanya.

“Dah siap semak fail-fail tu?” Ayman Fareeq tenang memandang Adni Farha.

“Macam mana nak siap kalau saya ada kat sini?” selamba Adni Farha menjawab dengan kening kanan dijungkitkan. Ayman Fareeq tersenyum senget. Memang dia dah agak dah Adni Farha akan jawab begitu.

“Tanya aje pun,” Ayman Fareeq tersenyum lebar menyerlahkan apa yang dikatakan pembunuh hati setiap wanita. Adni Farha ketap bibir menahan rasa getar di dada. Dia kena kuat. Tak boleh tertipu dengan lesung pipit si hati beku. Sepantas kilat dia berdiri.

“Nak tanya itu aje kan?” Adni Farha terus berjalan ke pintu. Kelam kabut Ayman Fareeq bangun. Segera dia menghadang pintu.

“Errr…lunch sama?” Mata Ayman Fareeq merenung tepat ke dalam mata Adni Farha. Mencari kalau-kalau ada rasa dalam diri Adni Farha seperti yang dia rasa.

“Saya puasa. Boleh ke tepi tak? Saya nak keluar,” Mata Adni Farha dah membulat besar.

“Puasa? Bukan ke pagi tadi awak makan kat restoran…” Ayman Fareeq tak jadi nak menghabiskan kata-katanya takut si rambut karat terasa hati lagi.

“Dengan Encik Ayman aje saya puasa. So, boleh ke tepi tak?” Adni Farha masih berkeras.

“Motif?” Giliran Ayman Fareeq pula jungkitkan sebelah keningnya.

“Tak payah nak motif bagai. Eee…tepilah.” Adni Farha nekad menolak badan Ayman Fareeq yang menghalang laluan. Ayman Fareeq keraskan badan. Dia hanya tersenyum walau berkali Adni Farha cuba menolak dia. Sekuat manalah kudrat Adni Farha tu. Adni Farha bulatkan mata memandang Ayman Fareeq. Ayman Fareeq angkat ke dua-dua belah tangan dan dia beranjak ke kiri sedikit. Cepat-cepat Adni Farha pulas tombol pintu.

“Eh! Nizam, Midi. Korang nak pergi mana?” Adni Farha menegur dua orang jejaka yang kebetulan lalu di depan bilik Ayman Fareeq. Ayman Fareeq mengintai dari celah pintu yang tidak bertutup rapat.

“Lunch dulu sebelum solat jumaat. Nak join?” Nizam tersenyum menjawab pertanyaan Adni Farha. Gadis di depannya ini nampak manis berbaju kurung. Lain dari kebiasaannya.

“Boleh ke? Ajak diaorang sekali eh?” Adni Farha menuding jari pada Nadia, Aqilah dan Zara yang leka menghadap komputer di meja kerja masing-masing.

“Lagi bagus. The more the merrier.” Midi ketawa. Nizam anggukkan kepala. Ayman Fareeq yang mendengar dah mencebik. Pintu dikuak.

“Saya join sekali?” Ayman Fareeq memandang mereka bertiga. Adni Farha buat muka pada Nizam dan Midi.

“Err…takde hal. Boleh aje,” jawab Midi. Nizam jungkitkan bahu. Mulut Adni Farha menggumam sesuatu.

“Bolehkan, Adni?” Ayman Fareeq sengaja bertanya pada Adni Farha. Tahu sangat kehadiran dia memang tak di alu-alukan.

“Bayar sendirikan? So, no hal…” selamba Adni Farha menyindir dan berlalu mendapatkan kawan-kawannya. Ayman Fareeq hanya gelengkan kepala. Hesy…susah juga nak pujuk anak manja ni.

Mereka pergi ke kedai makan dengan kereta berasingan supaya mudah untuk orang lelaki terus ke masjid bagi mengerjakan solat jumaat. Ayman Fareeq menawarkan diri untuk membawa keretanya dan menumpangkan Midi dan Nizam. Aqilah pula dipaksa Nadia untuk menggunakan kereta dia walau tahu Aqilah tak berapa yakin membawa penumpang sebab dia pernah kemalangan dua tahun lepas.

Mereka memilih untuk makan Nasi Beriyani di Bandar Baru Uda. Nadia, Aqilah dan Zara dah berpakat supaya Adni Farha dan Ayman Fareeq duduk bersebelahan. Kebetulan Adni Farha ingin ke tandas dahulu, jadi memudahkan kerja mereka. Cemberut muka Adni Farha bila dilihat tempat duduk yang kosong betul-betul di sebelah Ayman Fareeq. Takkanlah dia nak paksa Nadia bertukar tempat duduk dengan dia. Kalau dia buat macam tu mesti Nizam dan Midi syak yang bukan-bukan. Nak tak nak Adni Farha terpaksa duduk di kerusi yang kosong. Ayman Fareeq hanya tersenyum. Semakin lebar senyuman dia bila Aqilah dan Zara yang duduk bedepan dengannya dah tunjuk isyarat bagus. Nasib baik Nizam dan Midi leka berbual, kalau tak memang masak dia.

“Korang dah order ke?” Adni Farha memandang teman-temannya. Mereka semua mengangguk termasuk Ayman Fareeq.

“Lauk daging kambing dengan asam boi.” Nadia menjawab bagi pihak yang lain.

“Daging eh? Bolehlah…” Adni Farha sedikit mengeluh. Dia bukan penggemar daging sebab leceh makan lauk daging ni. Selalu sangat terselit celah gigi.

“Encik Ayman! Kenapa tak pakai baju melayu macam budak dua orang ni?” Zara yang terkenal dengan mulut laser dah keluarkan soalan tak berapa cerdik dia. Nizam dan Midi hanya tersengih bila Zara menuding jari pada mereka.

“Memang kena pakai ke?” Ayman Fareeq balas dengan soalan.

“Hari jumaat je kitaorang boleh cuci mata. Nampak hot kalau lelaki pakai baju melayu,” Aqilah tanpa segan silu keluarkan statement gedik dia.

“Hoi!!!” Nadia dah jegilkan mata. Tak pasal-pasal bos tahu aktiviti tak sihat mereka.

“Betul apa? Memang hot kan, Adni? Tapi budak dua orang ni terkecualilah.” Aqilah masih mempertahankan kata-katanya. Saja mengajak Adni menyertai perbualan mereka bila dilihat gadis itu leka sangat membelek telefon bimbitnya.

“Sungguh kurang sopan kau, eh…” Nizam dah jegilkan mata. Aqilah angkat dua jari.

“Korang ni…bos kita ni kan pergi date pagi tadi. Mana macho pakai baju melayu,” sindir Adni Farha. Sedas Ayman Fareeq terkena. Ayman Fareeq mengerling sekilas. Ada nada cemburu pada suara Adni Farha. Dia senyum senget.

“Eh! Betullah Cik Qashrina tu makwe Encik Ayman?” tebak Aqilah. Nadia dan Zara menyepak kaki Aqilah. Kiri dan depan dia ditembak. Aqilah menyeringai kesakitan.

“Jadi gosip-gosip kat opis tu betullah, Encik Ayman?” Midi menari-narikan keningnya. Ayman Fareeq menggosok-gosok tengkuknya. Adni Farha di sebelah di kerling dengan ekor mata. Si rambut karat langsung tak kisah.

“Bukan dari mulut saya kan? Maknanya tak betullah tu…”

“So, ada peluanglah ni?” usik Nadia. Sempat dia menyiku lengan Adni Farha. Adni Farha tarik muka.
“Peluang? Isi form dulu nanti saya pertimbangkan,” seloroh Ayman Fareeq. Semua tertawa kecuali Adni Farha.

“Perasan,” gumam Adni Farha perlahan. Ayman Fareeq dengar apa yang diperkatakan Adni Farha tapi dia biarkan sahaja.

Perbualan mereka terhenti bila pelayan kedai datang menghantar makanan yang dipesan. Nasi Briyani Kambing diagih-agihkan. Midi mengetuai membaca doa makan. Masing-masing mula menyuap nasi menggunakan tangan ke dalam mulut kecuali Adni Farha.

“Kenapa tak makan?” tanya Ayman Fareeq perlahan. Dia baru saja menyuap nasi ke dalam mulut.

“Daging ni macam liat takut terselit kat celah gigi,” rengek Adni Farha manja. Ayman Fareeq tersenyum. Daging kambing dalam pinggan Adni Farha diambil dan diletakkan ke dalam pinggannya kemudian disiat-siat kecil sebelum dipindahkan kembali ke pinggan Adni Farha. Adni Farha tersenyum lebar.

“Thanks.” Dengan senang hati Adni Farha mula menyuap nasi ke dalam mulut. Tak sangka Ayman Fareeq masih sudi nak menyiatkan daging kambing itu untuk dia. Rasa bersalah pula bila teringatkan dia menyindir Ayman Fareeq tadi.

“Welcome,” balas Ayman Fareeq. Suapan diteruskan.

Masing-masing tercengang melihat perlakuan Ayman Fareeq dan Adni Farha. Macam tak percaya. Tadi bukan main lagi sindir menyindir. Macam anjing dengan kucing. Sekarang, boleh pula bermanja-manja. Adni Farha terasa seperti ada mata yang memandang padanya. Mukanya diangkat. Kening sebelah kanan dijungkitkan.

“What?” tanya Adni Farha. Ayman Fareeq turut mendongak bila mendegar nada keras suara Adni Farha. Keningnya dijungkitkan.

“Errr…Encik Ayman…Adni…ada apa-apa ke?” soal Nizam tanpa ragu. Dia dapat rasakan kedua-dua insan di depannya ini seperti ada hubungn istimewa.

“Ada apa-apa?” soal Ayman Fareeq.

“Ya lah. Kalau tak ada apa-apa takkanlah sampai bermanja-manja?” soal Midi pula. Pipi Adni Farha dah merona merah. Dia memang terlupa dia bukan makan berdua saja dengan Ayman Fareeq. Dah terbiasa dimanjakan, itu yang terbabas.

“Kalau ada apa-apa, kenapa?” soal Ayman Fareeq semula. Nadia, Aqilah dan Zara dah bersorak. Adni Farha dah kembungkan pipi. Malu.

“Tak ada lah kitaorang nak masuk jarum,” giat Nizam.

“Patutlah bila kitaorang ajak makan, Adni selalu tolak. Rupa-rupanya bos dah cop,” usik Midi pula. Adni Farha campak tisu yang dah digumpal pada Midi. Geram dengan gurauan Midi. Midi mengelak. Mereka yang lain hanya tertawa sahaja.

“Ada-ada ajelah awak ni. Dah makan, kang terlajak pula solat jumaat kita.” Ayman Fareeq pandang sebelah. Adni Farha hanya menunduk. Ada senyuman terpamer di muka si dia. Senang hati Ayman Fareeq, si rambut karat dah tak merajuk lagi. Maknanya dinner hujung minggu ni on lah.

“Yes,” tiba-tiba terpacul suara Ayman Fareeq. Lekas-lekas dia menutup mulut bila semua mata tertumpu kepadanya. Opsss...mulut kenapalah kau derhaka. Ayman Fareeq kemudian hanya tersengih memandang mereka.

Adni Farha tekun menyiapkan kerja. Sesekali dia mengurut terngkuk. Lenguh asyik menunduk. Tangan diregangkan membetulkan urat-urat yang tegang. Kepala direhatkan pada kerusi. Matanya pejam celik pejam celik memandang ke depan. Asyik sangat buat exercise mata tiba-tiba dia terperasankan Ayman Fareeq yang ralit memandang dia di sebalik bidai dari dalam bilik jejaka tersebut. Saat itu juga Adni Farha memegang pipi. Terasa pipi dia berbahang. Dia kemudian cepat-cepat membuat kerja semula. Oh! Please…Ayman Fareeq, jangan tenung-tenung dia macam tu.

Telefon bimbit dia berbunyi. Adni Farha tekan butang. Ikon whatsapp. Dia mengerling sekilas Ayman Fareeq. Jejaka itu sedang memegang sehelai kertas. Okey, bukan Ayman Fareeq yang text. Adni Farha sentuh ikon whatsapp.

Ayman Fareeq: Penat?

Adni Farha pandang ke bilik Ayman Fareeq. Jejaka tersebut tayang muka selamba. Eee…memang hati beku betullah.

Adni Farha: Taklah…seronok…kalau boleh nak buat lompat bintang…sighhh…

Ayman Fareeq yang baru lepas membaca text yang diterima tertawa kecil dan sempat memandang si rambut karat di luar. Adni Farha tolak telefon bimbit ke tepi. Mulutnya mengomel sesuatu. Nampak comel di mata Ayman Fareeq.

Ayman Fareeq: Nak saya tolong?

Adni Farha mengecilkan mata bila telefon bimbitnya berbunyi lagi. Apa lagi yang si hati beku nak ni, omel Adni Farha. Tangannya menekan juga ikon whatsapp.

Adni Farha: Tolonglah sangatkan. Dah bagi kerja kat kita konon nak tolong. Kalau nak tolong juga, boleh….TOLONG JANGAN KACAU. Kalau tak sampai punch clock bunyi, kerja ni tak siap-siap.

Adni Farha merengus. Geram. Asyik kena kacau. Ikon send ditekan kuat. Nadia yang memerhati sedari tadi perlakuan Adni Farha menegur temannya itu.

“Adni!” panggil Nadia dari meja kerja dia.

“Huh?” polos Adni Farha memandang Nadia.

“Kenapa?”

“Kenapa, apa?”

“Membebel sorang-sorang.”

“Ooo…bos kau ni. Mengacau aje kerjanya. Sampai esok memang tak siaplah kerja aku.”

“Alah…kacau-kacau manja. Orang kurang kasih sayang kan memang macam tu. Sebab tu hati dia beku. Cuba kau manjakan dia sikit. Sure lepas ni cair punyalah hati dia,” usik Nadia.

“Aku? Nak manjakan dia?” Adni Farha menuding jari pada dirinya sendiri. Nadia angguk.

“Kaulah. Takkan aku pula. Dia nak dekat kau aje.”

“Memang taklah…” Adni Farha dah julingkan mata pandang ke atas. Tiba-tiba Sony Xperia Z dia berbunyi. Nadia mengerling Ayman Fareeq di dalam..

“Tu…bos hati beku kau call.” Muncung Nadia di tala ke bilik Ayman Fareeq. Adni Farha menoleh sama. Ayman Fareeq membuat aksi supaya dia menjawab panggilan. Malasnya nak jawab, bolehkan.

“Biarlah...Kenapa tak guna interkom aje?” Adni Farha cuba berdolak dalih.

“Dia nak bermanja-manjalah tu.” Nadia dah ketawa. Gelihati tengok aksi Adni Farha. Gadis manja ni boleh ke nak manjakan orang lain.

“Eee…pandai kau ajelah.” Adni Farha bangun dari kerusinya dan memukul bahu Nadia berkali-kali. Nadia menepis dan membalas kembali.

“Adni Farha!” Tangan Ayman Fareeq dah di pinggang. Elok aje dia berdiri di depan pintu bilik sambil sebelah tangan memegang telefon bimbit. Mukanya jangan cakaplah memang tegang gila. Kalah orang yang baru lepas cucuk botox.

Nadia menolak Adni Farha supaya kembali ke tempat duduknya. Ayman Fareeq masuk semula ke bilik. Adni Farha menghentak-hentak kaki. Nama penuh dah diseru faham sendirilah. Telefon bimbit yang masih berbunyi diambil.

“Hello!” lemah suara Adni Farha menjawab.

“Tak bagi saya kacau tapi boleh pula bergurau bagai dengan Nadia,” templak Ayman Fareeq. Adni Farha terus matikan panggilan. Telefon bimbit dicampak kembali ke atas meja. Dia menjeling bilik Ayman Fareeq.

“Aikkk…sekejapnya?” tegur Nadia.

“Bos kau tu memang mulut longkang. Suka suki dia aje nak tinggikan suara,” jawab Adni Farha dengan muka bengang.

“Orang macam tu kau kena ajar sikit tapi bukan berkeras balik. Kalau dua-dua tak mahu mengalah memang tak ke mana lah korang. Cuba berlembut. Bagi salam dulu ke,” nasihat Nadia. Sekali lagi telefon bimbit Adni Farha berbunyi.

“Tu angkat. Cakap baik-baik.”

“Perlu ke?” Adni Farha pandang Nadia.

“Trust me. You won’t regret it.” Nadia angguk. Adni Farha capai semula telefon bimbit yang dicampak tadi.

“Kenapa letak?” soal Ayman Fareeq tak puashati.

“Assalammualaikum,” lembut Adni Farha menjawab.

“Errr…waalaikummussalam,” Ayman Fareeq dah urut-urut lehernya. Malu sebab terjah anak dara orang sesuka hati. Adni Farha pandang Nadia dan tunjuk isyarat bagus. Nadia kenyitkan mata dan menyambung kembali kerjanya.

“Kenapa telefon?” Adni Farha bertanya perlahan. Takut orang lain dengar.

“Kalau tanya berdepan bukan awak nak bercakap sangat dengan saya.” Ayman Fareeq merenung ke luar memandang Adni Farha. Adni Farha turut memandang Ayman Fareeq di dalam bilik.

“Seriously, Encik Ayman ni buat hati saya sakit sangat.”

“How come? My dimples, eh?” Ayman Fareeq tersenyum lebar.

“Daaa…perasan tak habis.” Adni Farha mencemik.

“Biarlah saya perasan sorang-sorang. Tak rugi pun.” Ayman Fareeq ketawa.

“Ni nak apa sebenarnya?” Adni Farha cuba alih topik.

“Banyak lagi tak nak buat?” tanya Ayman Fareeq lembut.

“Satu fail aje lagi ni. Boleh siap sebelum balik kalau Encik Ayman tak kacau.” Adni Farha angkat fail di depannya.

“Ini bukan kacau. Ini ambil berat namanya.”

“Ya lah tu…” Ayman Fareeq ketawa besar bila dilihat Adni Farha dah julingkan mata.

“Juling betul-betul nanti baru tahu. Buatlah selalu macam tu.”

“Doakan benda yang tak baik lagi teruk.”

“Ada aje jawapan dia.”

“Allah beri akal. Kena pandai gunakan.”

“Hesy…sabar ajelah.”

“Alhamdulillah…baru saya tahu Encik Ayman ni penyabar orangnya.” Adni Farha tergelak. Ayman Fareeq dah geleng kepala. Si rambut karat dah gelak-gelak maknanya boleh tanyalah sekarang kan.

“Hmmm…Adni…dinner weekend ni on, eh?” Ayman Fareeq merenung tajam di balik dinding kaca bilik.

“Apa dinner-dinner? Siapa entah nak berdinner dengan dia.” Adni Farha menari-narikan keningnya.

“Tapi awak dah janji,” pujuk Ayman Fareeq.

“Tak nak. Nanti ada orang marah saya.” Adni Farha berkeras menolak.

“Siapa pula nak marah?” Ayman Fareeq buat muka pelik.

“Cik Qashrina.” Jawapan Adni Farha membuat tekak Ayman Fareeq terasa perit. Si rambut karat masih marah hal pagi tadi.

“Saya tak ada apa-apa lah dengan dia.”

“Dah pergi sarapan berdua, takkanlah tak ada apa-apa. Kawan tu siap jeling kita lagi. Tak naklah saya. Ada nanti saya kena serang kat pejabat ni.”

“Adni…Qash tu kan client Perunding Klasik. Dia dah nak belanja takkanlah saya nak tolak.”

“Tengok…siap ada nama manja lagi…Qashhh…huh…” Adni Farha menunduk. Merajuk. Ayman Fareeq dah garu kepala. Aduhai…nak cakap macam mana lagi kat si rambut karat ni.

“Loveee…” Ayman Fareeq buat suara menggoda.

“Huh?!” Terlepas telefon bimbit di pegangan. Menggagau Adni Farha mencapai telefon bimbitnya. Ayman Fareeq dah tergelak besar. Nadia dah pandang pelik. Bila dia menoleh ke bilik Ayman Fareeq, digelengkan kepala. Memang sengal dua-dua ni. Kenapalah perabih duit, kalau bersemuka kan senang.

“So, percaya tak?” tanya Ayman Fareeq saat dia perasan telefon bimbit kembali melekap di telinga Adni Farha.

“Percaya apa?” Pipi Adni Farha dah memerah. Malu.

“I’m still single and available?”

“Kejap-kejap. Nak kena buat analisis dulu.”

“Adni Farha!” suara Ayman Fareeq naik satu oktaf. Nasib pintu bilik tertutup rapat. Kalau tak memang satu pejabat bergema dengan suara dia.

“Ya lah. Ya lah. Percaya. Suka tau paksa-paksa.” Adni Farha dah muncungkan mulut.

“Jangan buat macam tu.”

“Buat apa?”

“Mulut tu. Nasib saya ni beriman orangnya.”

“Eh! Hello….orang yang beriman tak mengakulah dia beriman.”

“Baru ni saya mengaku saya beriman tau. Dah banyak kali orang cakap saya ni boleh masuk rancangan imam muda.”

“Sudah-sudahlah perasan tu.”

“Tak perasan but at least apa yang saya cakap malam tadi terkesan juga kat awak kan?”

“Which one?”

“Kan manis pakai baju kurung. Susut sikit dosa saya. Kalau tak memang dapat pahala kering hari-hari.”

“Tak maulah cakap pasal ni. Saya tahulah saya tak alim.” Adni Farha merajuk. Malu pun ya juga. Hakikat menutup aurat itu adalah wajib dah lama dia tahu. Dia sedang cuba ke arah itu.

“Love…tanggungjawab saya sebagai seorang muslim untuk menegur mana yang perlu.”

“Okey, okey. Saya tahu saya sedang cuba berubah perlahan-lahan ni tapi please stop calling me love.”

“Saya suka.”

“Saya tak suka.”

“Kenapa?”

“Malu lah. Belum ada apa-apa lagi.”

“Then go out with me this weekend. Kita cuba.”

“Hmmm…”

“I don’t accept no.”

“Eee…suka tau paksa-paksa…Yalah, yalah. Kat mana?”

“I’ll pick you up.”

“Saya pergi sendiri. Just tell me where?”

“I’ll text to you later.”

“Okey.”

“Fail yang tak siap lagi tu, bawa ke sini. Biar saya siapkan.”

“Tapi…”

“Just do it. Lepas tu awak boleh balik.” Ayman Fareeq jungkitkan kening. Saja mencipta alasan untuk berdepan dengan si rambut karat. Bekalan hujung minggu.

“Yalah.” Talian dimatikan. Adni Farha mengusap telinganya. Panas. Lama juga dia bergayut. Dia berdiri dan membetulkan sedikit baju kurungnya.

“Lamanya,” tegur Nadia. Dia sudah bersiap-siap untuk pulang.

“Bukan salah aku. Salah bos kau.” Adni Farha mengambil fail dan mengetuk pintu Ayman Fareeq sebelum masuk. Nadia geleng kepala lagi. Kalau tak dilayan kan sekejap aje jadinya. Hailaa…Adni, kau dah suka sebenarnya dengan hati beku tu.

P/S Kalau ada typo error minta maaf yer, tak sempat nak edit. Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.

Sunday, January 5, 2014

KAU? DIA - BAB 11

 

“Hmmm…mama…” meleret suara Adni Farha memanggil mamanya. Datin Hasnah yang sedang menceduk lauk masuk ke dalam bekas untuk hidangan makan malam mereka terhenti. Dia berpaling memandang Adni Farha yang bersandar di tepi kabinet di sebelahnya.

“Manja sangat panggil mama ni, mesti ada apa-apa kan?” tebak Datin Hasnah. Senduk kemudian dihulurkan pada Tini. Tini mengambilnya dan menyambung kembali apa yang dibuat Datin Hasnah sebentar tadi.

“Alah…mama ni, asal Adni manja sikit aje cakap ada apa-apa. Ada apa-apa. Tak suka lah.” Muncung Adni Farha dah muncul. Tangannya bersilang di dada. Mukanya masam mencuka.

“Hesy…ingat cantik sangat agaknya buat macam ni.” Datin Hasnah menarik mulut Adni Farha. Adni Farha menepis. Tini dah ketawa melihat gelagat manja anak majikannya.

“Habis tu mama suka sangat cakap macam tu?” Adni Farha masih tayang muka masamnya.

“Memang betulkan? Mama bukan tak kenal perangai anak dara mama ni. Dari dalam perut lagi mama dah faham sangat perangai sayang.” Datin Hasnah memujuk lembut Adni Farha. Dia mengambil bekas-bekas makanan yang sudah siap diisi lauk pauk dan di bawa ke ruang makan.

“Baru nak manja-manja. Mama ni cepat sangat faham.” Adni Farha memaut tangan kanan Datin Hasnah. Datin Hasnah hanya menggelengkan kepalanya. Bukan Adni Farha nak tolong bawakan sekali tetapi menambah beban di tangan dia pula.

“Cakaplah…nak apa sebenarnya?” Datin Hasnah menyusun bekas-bekas yang berisi lauk pauk di atas meja makan. Dia kemudian menarik kerusi dan terus duduk. Pinggan makan dicapai. Nasi disenduk.

“Papa lama lagi tak kat Jepun?” Adni Farha turut sama menarik kerusi dan duduk di sebelah Datin Hasnah. Pinggan berisi nasi yang dihulur Datin Hasnah diambil.

“Kenapa?” Datin Hasnah memandang Adni Farha.

“Hmmm…hujung minggu ni ada kawan ajak dinner kat luar.”

“Hmmm…ingatkan apa lah tadi. Papa extend lagi seminggu.”

“Lamanya…? Bid tender apa?” Berkerut dahi Adni Farha. Papa dia jarang ke luar negara lebih dari seminggu.

“Business triplah, sayang. Ikut rombongan kementerian.” Datin Hasnah faham kerisauan Adni Farha. Dia akui suaminya jarang berada di luar negara lebih dari seminggu tapi demi mencari rezeki dia redha andai itu telah ditetapkan olehNya.

“So…boleh tak Adni pergi dinner tu?” Adni Farha memandang penuh harap.

“Dinner dengan siapa?” Datin Hasnah bertanya sambil menuang air sirap ke dalam gelas.

“Errr…Encik Ayman,” jawab Adni Farha malu-malu.

“Ooo…huh? Ayman Fareeq? Hati beku? Mulut longkang?” suara Datin Hasnah tinggi satu oktaf. Adni Farha hanya tersengih. Mama dia memang tak boleh disebut sikit nama Ayman Fareeq.

“Hesy…mama ni. Itu pun nak jerit-jerit,” bidas Adni Farha.

“Macam tak percaya pula mama,” Datin Hasnah memandang pelik muka Adni Farha.

“Keluar makan ma…macam kawan-kawan yang lain.” Adni Farha cuba memberi alasan. Tidak mahu Datin Hasnah fikir yang bukan-bukan.

“Errr…dah tak macam kucing dengan anjinglah ni?” sindir Datin Hasnah.

“Itu Adni tak janji. Boleh tak ma?” Adni Farha kerdip-kerdipkan matanya.

“Dia ambik kat rumah ke?”

“Nope. Nanti pecah rahsia.”

“Habis tu balik malam-malam lagi buat mama risau?”

“Mama…jiran-jiran kita ni kan baik-baik semuanya. Siap turn on lampu keliling tembok lagi. Abang Razak pun ada mama, jaga kat depan tu. Jangan risaulah.” Adni Farha cuba meyakinkan mamanya. Razak merupakan pengawal yang diupah Dato’ Hussain untuk mengawal kediaman mereka pada waktu malam. Maklumlah bila duduk di kawasan elit memang kena berjaga-jaga.

“Ya lah. Dah makan tu.” Akhirnya Datin Hasnah mengizinkan Adni Farha untuk pergi keluar makan malam hujung minggu nanti.

“Thanks, ma.” Adni Farha menceduk lauk asam pedas ikan pari ke dalam pinggan Datin Hasnah. Datin Hasnah hanya tersenyum. Manja-manja Adni Farha tapi anak dara dia memang pandai dalam bab memujuk. Sejuk hati dia. Mereka berdua kemudian bersama-sama menikmati makan malam.

Ayman Fareeq mencampakkan beg sandangnya di atas sofa. Dia bergegas ke dapur mencari sesuatu untuk di makan. Dua hari ini dia sangat sibuk hingga tak sempat untuk memasak makan malam sendiri. Tadi pun terpaksa singgah di masjid dahulu untuk solat maghrib takut tak sempat nak solat kat rumah. Ini semua gara-gara Hisyam yang cuti kecemasan menyebabkan dia terpaksa menggantikan teman sepejabatnya itu untuk projek UEM yang sudah sembilan puluh peratus siap. Pihak pengurusan mengarahkan dia untuk mengambil alih buat sementara. Tak pasal-pasal terpaksa menghadap muka dua orang gadis yang memang dia cuba elakkan.

Hati dia memang mendidih melayan kerenah Qashrina yang memang tak lepaskan peluang untuk sentiasa berdampingan dengan dia. Rimas. Menghimpit aje kerjanya. Padahal khidmat Qashrina memang tak diperlukan buat masa ini. Itu satu hal, hal yang lain pula Athirah. Macam tak pernah buat laporan. Sikit-sikit nak tanya. Benda yang tak berkaitan pun nak bertanya bagai. Nasiblah Athirah tu perempuan kalau lelaki memang dah lama dia cepuk kepala gadis itu.

Perut memang dah berkeroncong untuk ana. Pintu kabinet atas dibuka. Sepeket mee segera dicapai. Periuk dikeluarkan dan diisi air lalu diletak atas dapur. Api dihidupkan. Sebutir telur dari dalam peti sejuk diambil dan dibasuh. Sementara menunggu air mendidih, BlackBerry 10 dibelek sambil duduk di meja makan. Satu persatu email dibacanya. Sekejap-sekejap Ayman Fareeq memicit pelipisnya. Jika keadaan ini berterusan semakin menimbunlah kerja-kerja di pejabat. Nampaknya dia perlu hubungi seseorang untuk membantunya. Adni Farha. Ayman Fareeq tersenyum sendiri.

Usai membersihkan badan, Ayman Fareeq menunaikan solat Isya’. Diakhir solatnya, panjang dia berdoa. Dia berharap agar hatinya sentiasa tetap mengingati Allah yang telah mengurniakan rezeki yang melimpah ruah kepada dia. Tidak lupa juga doa dititipkan buat ibunya agar dikurniakan kesihatan yang baik. Akhir sekali, Ayman Fareeq berharap dipertemukan jodoh yang baik-baik untuk bersama-sama dengan dia hingga ke Jannah.

Sejadah di gantung di penyidai. Songkok diletakkan di atas meja solek. Kain pelikat dan baju melayu ditukar. Ayman Fareeq lebih selesa tidur mengenakan boxer dan bersinglet. BlackBerry 10 dicapai. Dia berbaring di atas sofa kulit moden putih dua tempat duduk yang memang diletakkan dalam bilik tidur utama rumahnya. Jarinya laju mencari nama seseorang.

“Hello!” Adni Farha menjawab panggilan yang diterima dengan suara mengah. Seolah baru lepas berlari seratus meter.

“Assalammualaikum,” Ayman Fareeq memberi salam.

“Errr…waalaikummussalam. Siapa ni?” Siapa pula yang rajin sangat nak call dia malam-malam ni, omel Adni Farha.

“Adni Farha!” Ayman Fareeq meninggikan suara. Geram. Si rambut karat tak simpan ke nombor dia.

“Errr…Encik Ayman.” Adni Farha garu kepala. Malu. Sah sekejap lagi dia kena dengan Ayman Fareeq. Kenapalah dia cuai sangat tak dapat nak mengecam suara bos dia ni. Dahlah dia memang lupa nak simpan nombor Ayman Fareeq.

“Awak tak simpan nombor saya ke, Adni?” suara Ayman Fareeq mendatar. Bengang.

“Bukan tak simpan…saya…” Tergagap-gagap Adni Farha cuba memberi alasan.

“Takpelah. Nombor saya bukan penting pun,” balas Ayman Fareeq perlahan.

“Janganlah cakap macam tu, Encik Ayman.” Adni Farha cuba memujuk.

“Nombor saya awak tak simpan saya boleh maafkan tapi panggilan encik tu kan saya dah pesan. Selepas waktu pejabat…”

“Ya, ya, saya tahu. Jangan panggil encik.” Adni Farha menjawab sebelum Ayman Fareeq menghabiskan kata-katanya. Kedengaran sedikit merajuk.

“Dah decide nak panggil saya apa?” tanya Ayman Fareeq lembut. Tak jadi nak merajuk bila dengar nada suara Adni Farha dah berubah. Faham sangat yang Adni Farha sentap bila ada orang meninggikan suara pada dia.

“Telefon saya ada apa?” Adni Farha mengelak untuk menjawab pertanyaan Ayman Fareeq. Dia sebenarnya tak tahu nak panggil apa. Panggil awak macam budak-budak aje tapi kalau panggil abang lagilah geli. Kenapalah tak boleh panggil encik saja, kan mudah. Mengada tahap gaban betullah.

“Ada dua benda ni nak minta tolong, boleh tak?” Ayman Fareeq faham. Adni Farha sukar untuk memanggilnya dengan gelaran lain selain dari encik.

“Tolong apa?” tanya Adni Farha acuh tak acuh.

“Macam tak ikhlas je nak tolong…” Ayman Fareeq pura-pura merajuk.

“Awak nak saya tolong buat apa, Ayman Fareeq…?” Adni Farha melembut-lembutkan suaranya.

“Hmmm…that’s sound good.”

“Eee…mengadalah. Nak minta tolong apa sebenarnya?”

“Garangnya…” usik Ayman Fareeq. Tak tahu kenapa sejak kejadian hari tu dia suka mengusik gadis berambut karat ini.

“Dia yang selalu garang-garang dengan kita, lupa ke?” balas Adni Farha.

“Ada ke? Bukan selalu saya cakap lembut-lembut ke?”

“Saya letak telefon,” ugut Adni Farha.

“Nak cepat-cepat kejar apa?”

“Ada lah…”

“Cakap cepat.”

“Sibuk nak tahu buat apa?” templak Adni Farha.

“Hobi.” Ayman Fareeq membalas.

“Sejak bila pula jadi hobi?” Adni Farha dah julingkan mata. Bengang dengan bos mulut longkang dia.

“Sejak awak kata lesung pipit saya boleh membunuh hati seorang perempuan.” Terkeluar suara Ayman Fareeq ala-ala dalam bilik tidur.

“Errr…” Adni Farha telan liur. Tak tahu nak jawab apa. Orang tak pernah bercinta macam ni lah jadinya. Erkkk…apa yang dia melalut ni. Adni Farha garu kepala.

“Esok hari jumaat.” Ayman Fareeq tak menunggu jawapan Adni Farha. Tahu si rambut karat pasti malu.

“Hmmm…” Apa kaitan hobi dengan hari jumaat? Mental betul bos dia ni, fikir Adni Farha.

“Nanti ambil fail-fail projek atas meja saya, tolong amend apa yang saya dah review,” arah Ayman Fareeq. Adni Farha mengeluh.

“Tak baik mengeluh. Sekali kita mengeluh, selangkah rezeki lari,” nasihat Ayman Fareeq. Adni Farha dah garu kepala. Susah betul kalau dapat bos stok-stok imam muda ni.

“Banyak ke yang nak kena buat? Kalau saya bagi-bagi kat yang lain boleh tak?” seperti biasa Adni Farha cuba tawar menawar.

“Adni Farha, boleh tak untuk kali ini awak buat semua sorang-sorang? Kata nak belajar? Kalau semua kerja nak share-share dengan orang, sampai sudahlah awak tak tahu apa-apa,” tegas Ayman Fareeq. Mengenali Adni Farha dalam tempoh yang singkat sepertinya dia sudah memahami sikap si rambut karat ini.

“Tak bolehlah ni?” Adni Farha cuba memujuk Ayman Fareeq dengan suara yang sengaja dilembutkan. Selembut-lembutnya.

“Tak!!!” Ayman Fareeq bersuara kuat.

“Tak payahlah nak jerit-jerit. Saya belum pekak lagilah,” marah Adni Farha pula.

“Opsss…sorry tak sengaja.” Ayman Fareeq dah urut-urut lehernya. Si rambut karat tawar menawar mahu dia tak bengang. Adni Farha telan liur. Something is wrong somewhere. Bos mulut longkang minta maaf. Patut tak dia buat sujud syukur? Selalunya jawapan cliché si dia, ada saya kisah. Oh, My! Seram pula.

“Apa dia? Saya tak dengar,” balas Adni Farha berpura-pura.

“Soft copy nanti saya email,” jawab Ayman Fareeq selamba. Memang taklah dia nak ulang balik perkataan sorry tu. Entah macam mana boleh terlepas pula tadi.

“Ya lah,” Adni Farha mencebik. Kedekut. Bukannya salah pun ulang balik cakap sorry tu. Dasar hati beku, memang macam tu lah.

“Kalau saya sempat, lepas solat jumaat saya masuk pejabat.” Tanpa dipinta Ayman Fareeq memberitahu. Dia rindu dengan si rambut karat. Dah tiga hari tak bersua muka.

“Okey,” polos Adni Farha menjawab.

“Okey?” Ayman Fareeq bertanya balik.

“Habis tu nak suruh cakap apa?” Soalan Ayman Fareeq, Adni Farha balas dengan soalan.

“Tak apa lah, esok kita jumpa.”

“Okey.” Adni Farha dah rasa lain. Apa maksud si hati beku ek?

“Errr…dah baik-baik belum dengan kawan-kawan awak tu?” Ayman Fareeq cuba alih topik.

“Huh?”

“Nadia, Aqilah dengan Zara.”

“Belum.”

“Belum? Habis tu pergi makan dengan siapa?” Ayman Fareeq mula risau.

“Sorang-sorang je lah. Bukan tak biasa pun.” Apasal pula banyak tanya ni, bebel Adni Farha dalam hati.

“Adni…dah berapa hari tak bercakap dengan diaorang?” suara Ayman Fareeq kedengaran keras di cuping telinga Adni Farha.

“Masuk esok dah tiga hari,” selamba Adni Farha menjawab. Geram.

“Pernah dengar tak hadis pasal tak bertegur sapa sesama Muslim lebih dari tiga hari?” Ayman Fareeq mengendurkan sedikit suaranya. Dia kena berlembut dengan si rambut karat.

“Pernah…” perlahan Adni Farha menjawab. Suara Ayman Fareeq yang lembut memang makan dalam.

“Then?”

“Esok saya minta maaf dengan diaorang…” lemah Adni Farha menjawab. Ayman Fareeq di hujung talian dah senyum senget. Adni Farha memang manja. Kalau kita berkeras dia akan melawan tapi kalau sebaliknya…hmmm…memang menurut kata.

“Alhamdulillah...lagi satu…” Ayman Fareeq berjeda. Adni Farha dah berdebar-debar. Apa pula kali ini. “Islam mewajibkan perempuan menutup aurat.”

“Tahu.” Pendek jawapan Adni Farha.

“Tahu?” Soal Ayman Fareeq semula.

“Errr…” Adni Farha kelu. Tak tahu nak jawab apa.

“Hmmm…untuk permulaan bolehkan kurangkan pakaian yang menyakitkan mata lelaki?”

“Pakaian yang macam mana?” polos soalan tak berapa cerdik dari Adni Farha.

“Adni Farha!!!” Ayman Fareeq menyebut nama penuh si rambut karat.

“Ya. Ya. In shaa Allah…” Ayman Fareeq ni memang tak boleh blah. Suka tau memaksa dia, getus Adni Farha. Tahu sangat kalau dah sebut nama penuh tu. Sendiri kena ingatlah.

“Dah pergi tidur sana. Assalammualaikum.” Panggilan terus dimatikan.

“Waalaikummussalam. Ek eleh…dia yang telefon aku. Dia pula yang emo.” Adni Farha rasa macam nak baling aje telefon bimbitnya. Nasib masih waras. Sengal punya bos.

Adni Farha membelek biasan dirinya di cermin. Terpusing-pusing dia seketika. Baju yang hanya setahun sekali dipakai nampak sangat cantik dan terletak elok pada tubuh tinggi lampai persis model itu. Baju kurung moden hijau pucuk pisang menyerlahkan putih mulus kulit Adni Farha.

"Agak-agak orang akan pelik tak tengok aku pakai macam ni?" gumam Adni Farha sendirian. Ini semua gara-gara kata-kata yang dituturkan si hati beku pada dia lewat malam tadi. Terkesan juga dia.

Beg tangan dicapai. Adni Farha segera keluar dari bilik. Sampai di bawah dia mencari Datin Hasnah di dapur. Namun kelibat mamanya tidak kelihatan. Hanya Tini sahaja yang sibuk menyediakan sarapan pagi.

“Adni,” Datin Hasnah menepuk lembut bahu anak daranya bila dilihat Adni Farha macam mencari sesuatu.

“Oh, papa!” terjerit kecil Adni Farha. Terperanjat. “Mama…” Adni Farha memukul lembut badan Datin Hasnah.

“Terhendap-hendap. Cari siapa?” Datin Hasnah memandang Adni Farha atas bawah atas bawah.

“Cari mamalah…” Adni Farha membalas pandangan pelik Datin Hasnah.

“Ada majlis apa hari ni?”

“Kenapa?”

“Baju kurung?” Datin Hasnah jongketkan keningnya.

“New chapter.” Adni Farha tersenyum.

“Cantik,” puji Datin Hasnah. Tak sabar pula nak memberitahu suaminya akan perubahan anak manja mereka.

“Dah tahu dah…” Adni Farha tergelak kecil.

“Diva…” Datin Hasnah geleng kepala. Pakaian dah okey. Perangai tetap sama. Perasan diva tak habis-habis.

“Ma…Adni breakfast kat ofis hari ni. Dah lama tak sarap dengan kawan-kawan.”

“Pergilah…” Datin Hasnah hanya mengangguk. Adni Farha keluar selepas bersalam dengan Datin Hasnah.

Hari ini Adni Farha memandu dengan tenang. Semangat baru. Harap-harap tak ada yang mati terkejut dengan perubahan dia dan juga tiada yang mengata. Semasa sampai di perkarangan tempat meletak kenderaan di hadapan bangunan pejabat Perunding Klasik, Adni Farha perhatikan baru beberapa buah kenderaan yang ada. Dia tersenyum. Sekurang-kurangnya tak ada lah dia terlalu awal. Enjin kereta kemudian dimatikan. Dia keluar dari Mini Cooper Cabrio. Punat kunci ditekan. Adni Farha berjalan dengan berhati-hati masuk ke dalam bangunan.

Keluar dari perut lif, Adni Farha terserempak dengan Zara. Masing-masing saling berpandangan.

“Zara,” tegur Adni Farha dulu. Teringat akan janjinya pada Ayman Fareeq malam tadi. Zara hanya mendiamkan diri. Sedikit pun dia tidak bergerak. Adni Farha mendekati Zara. Kedua-dua belah tangannya memegang tangan Zara.

“Aku nak minta maaf. Silap aku. Macam budak-budak. Sorry again.” Adni Farha tayang muka monyok. Muncung memang dah sedepa.

“Dah…tak payah nak panjang sangat muncung tu. Aku dah maafkan. In fact kitaorang semua dah maafkan kau.” Zara anggukkan kepala. Adni Farha pusing ke belakang bila mendengar derapan kasut di belakangnya. Nadia dan Aqilah mendepakan tangan. Mereka berempat berpelukan di depan pintu lif itu juga.

“Jom pergi breakfast? Aku belanja,” ajak Adni Farha.

“On…” serentak Nadia, Aqilah dan Zara menjawab.

“Sekejap nak letak handbag dulu. Malas nak bawa sekali. Besar sangat.” Adni Farha melangkah ke mejanya dan menyimpan beg tangan di dalam laci. Dia hanya membawa beg duit sebelum kembali menyertai rakan-rakannya itu.

“Eh! Aku baru perasan. Kau nampak lain hari ni,” tegur Nadia semasa mereka berada dalam perut lif. Matanya melirik pada Adni Farha atas bawah.

“Mana ada lain? Sama ajelah.” Adni Farha tayang muka selamba.

“Ya lah. Kau nampak manis berbaju kurung,” puji Zara.

“Ada apa-apa ke?” tanya Aqilah.

“Hesy…korang ni. Apa-apa, apa? Tak ada apa-apa lah,” bidas Adni Farha.

“It’s okay. Kita tengokkan aje nanti,” Nadia masih tidak mahu berhenti mengusik.

“Dah, dah. Jom.” Adni Farha menarik tangan-tangan rakannya untuk keluar dari lif sebaik pintu lif terbuka dan berjalan menuju ke keretanya.

“Kita duduk kat meja luar ni ajelah,” cadang Nadia sebaik mereka sampai di restoran yang terkenal dengan nasi lemaknya.

“Bagus juga. Sambil-sambil tu boleh cuci mata sekali,” balas Zara.

“Hesy…hari jumaat kut…” Aqilah geleng kepala.

“Hari jumaatlah baru boleh tengok lelaki-lelaki kacak pakai baju melayu. Mana tahu ada yang berkenan,” giat Adni Farha.

“Dah, dah…bukan kenyang pun cuci mata tu. Pergi ambik nasi tu cepat,” arah Nadia. Mereka bergilir-gilir mengambil makanan.

Terdengar tawa mereka berempat sewaktu menikmati hidangan hingga menarik perhatian pengunjung yang lain. Ada saja topik yang dibincangkan. Macam-macam cerita yang keluar. Umpama dah bertahun tak bersua muka. Bertepuk tampar seperti selalu. Jelas terpancar keceriaan di wajah masing-masing.

Pasangan yang baru keluar dari Honda Freed putih menarik perhatian empat sekawan. Pada ketika itu Adni Farha sedang menundukkan kepalanya untuk mengambil duit syiling lima puluh sen miliknya yang terjatuh selepas dikembalikan pekerja restoran terbabit. Nadia, Aqilah dan Zara terdiam. Adni Farha pelik. Segera dia menegakkan badannya semula. Matanya terpaku melihat pasangan yang semakin menghampiri meja mereka. Dadanya berdebar. Kawan-kawannya pula meneruskan suapan mereka yang terhenti tadi. Sepatah perkataan pun tidak keluar dari mulut masing-masing.

Ayman Fareeq berjalan tenang di sebelah Qashrina. Ikutkan hati dia nak bersarapan di café UEM saja, malas nak bersarapan dekat luar. Tapi Qashrina beria-ia mengajaknya siap cakap akan memandu keretanya sendiri. Kebetulan pula Athirah tak datang kerja hari ini. Nak tak nak terpaksa Ayman Fareeq turuti. Tak sedap pula sebab dah beberapa kali dia menolak ajakan Qashrina.

Sesekali Ayman Fareeq membetulkan jaket kulit cokelat yang dipakainya. Qashrina di sebelah hanya tersenyum-senyum. Suka bila untuk pertama kali Ayman Fareeq sudi makan bersama dengan dia. Bagus juga Hisyam cuti kecemasan. Peluang yang ada memang Qashrina tak lepaskan. Mata Ayman Fareeq tertancap pada meja yang diduduki empat orang gadis. Dia amat mengenali mereka dan yang paling penting dia merindui si rambut karat yang tidak berkelip memandang padanya.

“Assalammualaikum,” tegur Ayman Fareeq sebaik tiba di meja empat sekawan itu. Qashrina hanya tersenyum kelat. Adni Farha tunduk, pura-pura menyuap nasi lemak di depan mata.

“Waalaikummussalam,” jawab mereka berempat hampir serentak. Masing-masing tersenyum kecuali Adni Farha. Arghhh…jerit Adni Farha dalam hati. Kenapa mesti dia nak rasa lain. Si hati beku ni bukan siapa-siapa pun pada dia.

“Jauh makan?” tanya Ayman Fareeq. Matanya merenung tajam pada Adni Farha. Si rambut karat nampak manis berbaju kurung hijau pucuk pisang hari ini. Nampak lain. Ayman Fareeq senyum senget. Adni Farha memang mendengar kata. Namun dia sedikit terusik bila Adni Farha langsung tak memandangnya. Adni Farha leka menyuap makanannya.

“Errr…Ayman, I pergi ambik makanan dulu lah. Nanti kita duduk kat meja sana, eh,” Qashrina minta diri. Dia tak berapa selesa bila melihat mata Ayman Fareeq langsung tak lekang dari memandang Adni Farha. Sempat Qashrina menuding jari ke meja makan di sebelah dalam kedai. Ayman Fareeq angguk.

“Qash, orderkan teh tarik untuk I sekali,” pesan Ayman Fareeq. Adni Farha pandang ke lain. Hatinya perit. Ada satu rasa yang sukar dia taksirkan saat mendengar suara Ayman Fareeq bercakap dengan Qashrina.

“Join sekali, Encik Ayman?” pelawa Nadia. Ajak-ajak ayam.

“Apa lah kau ni, Nad. Encik Ayman kan tengah dating dengan Cik Qashrina tu,” usik Aqilah yang tidak tahu apa-apa. Nadia dan Zara dah besarkan mata. Aqilah tarik muka tak faham. Adni Farha bengang tapi dia tak salahkan Aqilah. Lagi pun dia memang tiada apa-apa dengan Ayman Fareeq.

“Betulkan, Encik Ayman?” soal Aqilah tak puas hati. Ayman Fareeq dah gosok belakang tengkuk dia.

“Errr…pandai awak ajelah, Aqilah. Saya kan ada kerja kat UEM sebab tu lah Qashrina belanja saya makan. Okeylah. Tak nak kacau you all. Saya ke sana dulu.” Ayman Fareeq lekas-lekas beredar dari situ. Dia tidak mahu para pekerjanya menyangka yang bukan-bukan. Lebih-lebih lagi si rambut karat yang langsung tidak memandang muka dia.

“Kau ni dah kenapa, Aqilah?” marah Nadia.

“Entahnya, minah ni,” Zara turut sama memarahi Aqilah. Adni Farha hanya mendiamkan diri.

“Apa yang aku dah buat?” soal Aqilah tanpa rasa bersalah. Zara dan Nadia buat memek muka. Lama Aqilah memandang mereka berdua sebelum kalih pandangan pada Adni Farha. Baru dia menyedari sesuatu.

“Errr...sorry, Adni.” Aqilah memandang Adni Farha yang tayang muka selamba.

“Hesy…tak ada apa-apalah. Korang…aku tunggu kat kereta, eh.” Adni Farha terus bangun menuju ke kereta dia. Bising mulut rakan-rakannya sebaik dia meninggalkan meja mereka.

Tanpa Adni Farha sedari Ayman Fareeq memerhati tingkah dia dari jauh. Ayman Fareeq meraup mukanya. Ada sekelumit rasa bersalah yang timbul dalam hatinya. Dia tak pasti kenapa.

“You okey ke, Ayman?” soal Qashrina.

“Huh?” Ayman Fareeq bertanya balik.

“I tanya you okey ke tak?”

“Okay. Nothing to worry about.” Ayman Fareeq mula menyuap makanan di depannya. Dalam kepala sebenarnya tertanya-tanya kenapa dengan Adni Farha. Nampak gayanya fokus dia pada kerja seharian ini akan terjejas. Qashrina hanya mencebik. Nampak sangat pembohong. Susah hati lah tu bila minah seksi tu langsung tak melayan dia.

P/S Nak minta maaf banyak-banyak sebab lama tak bagi N3 baru. Harap korang enjoy baca citer ni. Jangan lupa tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.

Friday, January 3, 2014

CUMA DIA...KEKASIHKU

Alhamdulillah Cuma Dia bakal terbit di bawah IKP tetapi tajuk berubah menjadi CUMA DIA...KEKASIHKU... sesiapa yang berminat untuk tahu cerita selanjutnya boleh request grup di http://www.facebook.com/groups/460780710692490/