Thursday, December 26, 2013

KAU? DIA - BAB 9

 

Ayman Fareeq menggeliat malas. Selepas solat subuh dia tidur semula. Itulah rutin hujung minggunya kalau dia malas pergi berjogging. Leka berkhayal merenung siling bilik, tiba-tiba perutnya berbunyi. Ayman Fareeq memegang pertunya yang mula berkeroncong hebat. Comforter yang membalut tubuhnya disebak dengan malas. Perlahan dia berjalan ke bilik air.

Ayman Fareeq bersiap-siap. Dia hanya mengenakan baju t putih lengan panjang dengan denim biru. Ringkas tetapi masih mampu menarik mata-mata nakal memandangnya. Stok barang dapur perlu di beli. Kalau tak memang makan kat kedai ajelah sepanjang minggu nanti.

Punat kunci ditekan. Enjin dihidupkan. Biar panas sekejap setelah seharian tidak digunakan. Ayman Fareeq keluar semula dari Toyota Vios hitam miliknya. Wiper diangkat. Dia membersihkan sedikit cermin depan keretanya. Sempat dia melambai tangan pada pasangan cina yang tinggal berjiran dengannya sejak dia mendiami rumah ini. Selesai semuanya, Ayman Fareeq masuk kembali ke dalam kereta. Punat kunci pagar automatik ditekan. Dia menunggu dengan sabar. Elok pagar terkuak luas, Toyota Vios hitam dipandu laju keluar menuju ke destinasi.

“Mama…,” panggil Adni Farha yang baru turun di tangga. Datin Hasnah yang baru menyarung sandalnya menoleh.

“Adni ikut boleh tak? Bosanlah asyik duduk kat rumah aje,” pinta Adni Farha. Dia dah bersiap-siap dengan blouse putih tanpa lengan dipadankan dengan denim hitam. Balutan di kakinya sudah sehari di buka.

“Anak mama demam ke ni?” Datin Hasnah memandang pelik anak daranya. Selalunya sampai berbuih mulutnya mengajak Adni Farha pergi ke pasar. Haram nak mengikutnya. Siap buat gaya geli geleman. Apa kelas pergi pasar katanya. Tak diva langsung.

“Orang tak demamlah. Boleh eh, ma?” rayu Adni Farha lagi. Dia berjalan menghampiri Datin Hasnah yang sudah bersiap untuk bertolak.

“Suka hatilah, sayang. Jangan nak merengek geli ke apa ke nanti,” pesan Datin Hasnah.

“Promise! I won’t,” Adni Farha tersengih menayang giginya yang cantik. Sebelah tangan diangkat ke paras dada.

“Jom. Pak Mail dah tunggu tu.” Mereka berdua berjalan menuju ke kereta Mercedes CLK perak yang sudah lama menunggu.

“Ke mana datin?” tanya Pak Mail penuh sopan. Sudah tiga puluh tahun dia berkhidmat dengan keluarga Dato’ Hussain. Malah isterinya kadang-kadang dipanggil untuk membantu sekiranya Datin Hasnah mengadakan majlis makan-makan untuk keluarga dan teman-temannya.

“Pasaraya Kip Mart je, Mail. Nak pergi pasar takut anak dara ni tak betah. Faham-faham ajelah.” Datin Hasnah sempat mengusik Adni Farha. Pak Mail hanya ketawa mendengar gurauan Datin Hasnah pada Adni Farha. Dia membaca bismillah sebelum memulakan pemanduan. Perlahan kereta itu keluar dari perkarangan banglo yang terletak di Straits View, salah satu kawasan elit di Johor Bahru.

“Alaaa…mama ni. Adni dah okeylah. Dah tak geli-geli macam dulu. Persediaan nak jadi isteri orang. Hehehe…” balas Adni Farha.

“Laaa…ada hati nak kahwin rupanya. Dah ada calon ke? Bila nak kenalkan kat mama?” usik Datin Hasnah.

“Nama pun persediaan, mama. Calon memang tak ada lah. Anak mama yang kalut ni memang malanglah siapa yang jadi suami dia nanti,” jawab Adni Farha.

“Haishhh…anak mama ni kalut-kalut manja. Ada tu yang berkenan. Allah kan ciptakan hambanya berpasang-pasangan.”

“Memanglah, ma. Entah bila agaknya orang yang diciptakan untuk Adni tu hadir dalam hidup ni. Susah nak jumpa kot. Lepas ni dah sibuk dengan kerja. Manalah ada masa Adni nak fikir tu semua.” Datin Hasnah meletakkan tangannya di riba Adni Farha. Memujuk dengan kasih sayang.

“Adni sayang…in shaa Allah…jodoh Adni tu akan sampai juga. Entah-entah ada depan mata aje. Siapa tahu kan.”

“Depan mata? Siapa? Kat pejabat tu semuanya tak boleh pakai.” Berkerut dahi Adni Farha memikirkan lelaki-lelaki depan mata yang mamanya maksudkan.

“Ayman Fareeq.” Bersahaja Datin Hasnah menjawab. Senyuman nipis tersungging di bibirnya. Teringat kisah yang diceritakan suaminya setiap malam. Kalau Adni Farha tahu masak mereka suami isteri.

“Huh? Ayman Fareeq? Mulut longkang tu? Memang taklah.” Adni Farha mencebik. Boleh pula mama terfikirkan si hati beku tu.

“Jangan benci sangat. Nanti tersuka, mama tak tahu. Kan Mail kan.” Semakin galak Datin Hasnah menyakat Adni Farha. Anak dara manja terlebih.

“Betul tu, datin,” sokong Pak Mail.

“Hesy…tak ada maknanya lah.” Muncung Adni Farha dan panjang. Bengang bila Pak Mail turut bersekongkol dengan mamanya. Datin Hasnah dan Pak Mail hanya ketawa sahaja.

Destinasi yang dituju telah tiba. Pak Mail membelok ke kiri. Perlahan dia menyusur masuk ke kawasan Kip Mart Tampoi. Kereta diberhentikan berdekatan dengan pintu masuk pasar basah.

“Datin dengan Adni turun sini. Nanti kalau dah siap, telefon saya. Tunggu kat sini aje, nanti saya datang,” beritahu Pak Mail.

“Aaah…ya lah, Mail. Nanti kami telefon kalau dah siap semuanya.” Datin Hasnah dan Adni Farha turun. Adni Farha mendapatkan troli. Dia berjalan mengikuti langkah mamanya.

Troli yang dibawa Ayman Fareeq sudah hampir penuh. Perlahan dia menyorong troli ditangan. Matanya meliar memerhati satu persatu barang-barang yang dijual di gerai-gerai yang terdapat di pasaraya Kip Mart. Terlampau leka sehingga dia tidak sedar trolinya telah terlanggar troli orang lain.

“Opsss…maaf, maaf,” Ayman Fareeq lekas-lekas mengalihkan trolinya. Si pemilik troli yang dilanggar tadi mengangkat muka. Matanya terpaku memandang jejaka di depan mata.

“Eh! Adni Farha... What a surprise.” Ayman Fareeq tersenyum herot memandang si rambut karat atas bawah.

“Errr…Encik Ayman.” Adni Farha ketap bibir. Dalam banyak-banyak tempat kenapalah kau datang sini juga. Adni Farha sempat mengerling troli bosnya yang penuh dengan barang-barang dapur. Hmmm…shopping barang dapur. Very manly tapi takkanlah dia pergi sorangkan.

“Nampaknya kaki awak dah baik. Maklumlah cuti tiga hari kan,” sindir Ayman Fareeq. Matanya memandang kasut but bertumit yang dipakai Adni Farha. Pergi pasar pun nak bergaya macam pergi shopping complex. Memang tak menahan betullah minah ni.

“Errr…Encik Rahman approve cuti saya. Bukan saya suka-suka cuti.” Adni Farha membela dirinya.
“Oh! Encik Rahman…baguslah tu. Lepas ni apa-apa awak terus report dengan Encik Rahman. Saya ni kan supervisor awak je bukan bos besar pun,” sindir Ayman Fareeq.

“Bagus juga. Saya pun dah tak tahan kerja bawah Encik Ayman. Jangan ingat saya diam saya tak berani nak mengadu pada orang atasan,” templak Adni Farha. Bos aku ni PMS agaknya. Benda kecil pun nak besar-besarkan.

“Ada saya kisah,” jeling Ayman Fareeq. Orang ramai yang lalu lalang yang memandang pada mereka berdua tidak dihiraukannya. Datin Hasnah yang sedang sibuk memilih sayur-sayuran sesekali memandang anak daranya yang sedang berbual dengan seorang jejaka. Kenalan Adni agaknya, fikir Datin Hasnah.

“Huh…baguslah kalau Encik Ayman tak kisah. Senang saya nak cakap pada orang atas nanti.” Perang mulut mereka berterusan hingga Datin Hasnah yang baru selesai membeli sayur-sayuran datang menghampiri mereka.

“Adni.” Datin Hasnah menepuk lembut bahu Adni Farha. Plastik di tangan diletak ke dalam troli. Ayman Fareeq melemparkan senyuman bila dipandang Datin Hasnah. Datin Hasnah tersenyum kembali.

“Errr…mama… Dah habis? Jomlah.” Adni Farha mengajak Datin Hasnah untuk segera beredar dari situ.

“Eh! Tak nak kenalkan kat mama?” soal Datin Hasnah. Matanya melirik pada Ayman Fareeq. Adni Farha garu kepala. Teruklah aku lepas ni.

“Errr…ini Encik Ayman, Jurutera Perunding Klasik.”

“Ayman Fareeq?” terperanjat Ayman Fareeq bila Datin Hasnah menyebut nama penuhnya. Mesti si rambut karat bercerita yang bukan-bukan pasal dirinya. Adni Farha buat isyarat supaya mamanya tidak bertanya yang bukan-bukan pada bosnya itu.

“Aunty.” Ayman Fareeq hulurkan tangan. Datin Hasnah menyambutnya. Ayman Fareeq bersalam dan mencium tangan Datin Hasnah dengan sopan. Adni Farha dah julingkan mata. Bajet bagus pula si hati beku ni.

“Tak ada lah teruk sangat,” bisik Datin Hasnah pada Adni Farha tapi dapat didengar Ayman Fareeq. Memang sah si rambut karat bercerita mengenai dirinya. Kalau tak takkanlah Datin Hasnah boleh cakap macam tu.

“Banyak aunty belanja?” soal Ayman Fareeq berbasa basi.

“Biasalah, Ayman. Orang berkeluarga memang macam ni. Ayman pun apa kurangnya.”

“Saya ni duduk bujang, aunty. Tapi saya suka masak sendiri. Lagipun banyak barang dalam fridge dah habis. Itu yang keluar belanja hari ini.” Ayman Fareeq mengerling Adni Farha yang diam sedari tadi. Datin Hasnah menyiku anak daranya. Adni Farha buat muka. Ayman Fareeq tersenyum nipis.

“Sorang aje ke?” soal Datin Hasnah lagi.

“Sorang ajelah, aunty. Tiada siapa yang sudi nak teman.”

“Laaa…ya ke? Orang hensem macam Ayman ni takkanlah tak ada yang berminat?” usik Datin Hasnah. Adni Farha memandang muka Ayman Fareeq menanti jawapan yang bakal keluar dari mulut bosnya. Bagus juga mama tanya. Aku pun tak tahu dia ni dah berpunya ke belum.

“Hati beku, kaku, mulut lagilah tak ada insuran memang susah orang nak lekat.” Adni Farha tersedak mendengar jawapan Ayman Fareeq. Setepek kena kat muka aku. Dia tahu ke yang aku dengan budak-budak kat pejabat gelar dia apa.

“Apasal ni, Adni? Macam-macamlah,” cemas suara Datin Hasnah. Diusap-usap belakang badan anak daranya. Ayman Fareeq tersenyum sinis. Terasalah tu. Baru kau tahu siapa aku.

“Errr…tak ada apa-apalah, ma. Jomlah. Mama kata nak masak. Adni pun dah lapar ni,” rayu Adni Farha. Tangan Datin Hasnah ditariknya. Lagi lama dibiarkan mamanya berbual dengan Ayman Fareeq lagi banyaklah rahsia yang terbongkar. Mama ni bukan boleh percaya sangat. Ada kang macam-macam soalan cepu emas ditanyanya nanti.

“Mama rasa macam tak sempatlah, sayang. Kita makan kat sini ajelah. Tak pun kita suruh Pak Mail singgah mana-mana nanti,” cadang Datin Hasnah. Adni Farha dah muncung. Ayman Fareeq melihat dengan ekor mata.

Hesy…memang anak manja betullah. Macam tak caya je minah rambut karat ni dah dua puluh lima tahun. Aku tengok macam budak baru habis PMR aje gayanya, kutuk Ayman Fareeq dalam hati.

Eleh…macamlah aku tak tahu kau usyar aku kan. Jeling-jeling. Ingat aku takut ke. Budak-budak bolehlah kau buat macam tu. Ini Adni Farha da Diva, okey.

“Kita makan kat sini ajelah, sayang. Lagi pun papa cakap nak lunch dengan…” Datin Hasnah terpinga-pinga.

“Okey, okey kita makan sini.” Cepat-cepat Adni Farha memotong percakapan mamanya. Dia kemudian menonong laju meninggalkan Datin Hasnah dan Ayman Fareeq. Dengan troli sekali ditinggalkan. Datin Hasnah geleng kepala.

“Manja sangat, macam tu lah jadinya. Mari Ayman, kita makan sama-sama,” ajak Datin Hasnah.

“Eh! Tak apa lah, aunty. Menyusahkan aje.” Ayman Fareeq menolak lembut ajakan Datin Hasnah. Dia pasti Adni Farha mesti tidak suka jika dia turut serta.

“Tak ada yang susahnya, Ayman. Boleh kita sembang-sembang nanti. Nak juga aunty tahu okey ke tak okey Adni kat tempat kerja dia tu,” desak Datin Hasnah. Akhirnya Ayman Fareeq terima juga perlawaan Datin Hasnah. Mereka menolak troli menuju ke food court. Adni Farha melambai mamanya sebaik melihat kelibat Datin Hasnah. Mukanya yang ceria bertukar masam bila dilihat Ayman Fareeq berada dibelakang mamanya.

“Adni tak kisahkan kalau Ayman makan sama?” tanya Datin Hasnah. Dia mengambil tempat disisi Adni Farha. Ayman Fareeq yang duduk bertentangan dengan Adni Farha buat muka selamba.

“Dah duduk pun. Takkanlah nak halau.” Adni Farha menjawab sinis. Mukanya dicebikkan. Ayman Fareeq jungkitkan bahu.

“Adni nak makan nasi campur. Mama nak makan apa?”

“Orderkan mama nasi ayam ajelah. Ayman?” Adni Farha terus bangun tanpa menunggu jawapan Ayman Fareeq.

“Hesy…budak bertuah ni. Suka betul buat perangai tak cukup umur dia tu.” Datin Hasnah gelengkan kepalanya.

“It’s okay. Saya pun nak makan nasi campur, aunty.” Ayman Fareeq turut bangun.

Adni Farha menoleh ke sebelah bila dirasakan ada seseorang yang berdiri rapat dengannya untuk sama-sama memilih lauk pauk yang dijual. Dia menjeling bila melihat yang empunya diri. Namun sempat dia berbisik sesuatu.

“Jangan ingat mama saya suka kat Encik Ayman, Encik Ayman boleh buat sesuka suki Encik Ayman.” Adni Farha memberi amaran.

“Buat apanya, huh?” Terangkat sebelah keningnya memandang Adni Farha sebelum dia tersenyum. Adni Farha terkesima. That dimples…its killing me.

“Tak ada apa-apalah.” Adni Farha lekas-lekas berlalu pergi ke kaunter bayaran. Dapat dirasakan dadanya bergetar hebat. Nafasnya pun tidak teratur. Dia memegang dadanya. Oh! Jantung kenapalah kau buat hal.

Ayman Fareeq tersenyum sambil menggelengkan kepalanya. Dia tahu Adni Farha pasti terpukau dengan lesung pipitnya yang jarang-jarang dipertontonkan. Bukan Adni Farha saja, perempuan lain pun akan tunjukkan reaksi yang sama. Akid dan Danial pernah cakap pada dia, lesung pipit dia tu boleh cari makan. Tapi Ayman Fareeq tidak pernah menyalahgunakan kelebihan yang dia ada. Setia pada yang satu.

Adni Farha lebih banyak berdiam dari berbual. Dia hanya membiarkan sahaja mamanya bertanya itu dan ini pada Ayman Fareeq. Hanya sesekali dia menyampuk. Mana boleh biarkan Ayman Fareeq bercerita yang bukan-bukan pasal dirinya. Tapi yang tak menahan tu mamanya gelak besar bila Ayman Fareeq ceritakan kisah kakinya tersangkut kat lubang dan jatuh tangga.

Datin Hasnah meminta diri sebentar untuk ke tandas. Sebenarnya dia sengaja bagi peluang untuk teruna dan dara ini mengenali diri masing-masing. Itu adalah antara agenda suaminya yang dah berkenan dengan Ayman Fareeq.

“Ma…jangan lama sangat,” pesan Adni Farha.

“Hesy…kan Ayman ada. Apa yang nak takut sangat ni? Bukannya Ayman ni makan orang.” Datin Hasnah terus bangun. Ayman Fareeq hanya tersenyum. Dia memandang kelibat Datin Hasnah sehingga hilang. Matanya beralih kembali pada Adni Farha. Adni Farha sengaja menyibukkan diri dengan membelek telefon bimbitnya. Ais krim coklat yang dipesannya tadi masih belum berusik.

“Ehem…ehem…” Ayman Fareeq berdehem. Sampai bila nak tercongok macam orang bisu depan minah ni pula kan. Adni Farha angkat muka. Kedua-dua keningnya terangkat.

“Yes?” soal Adni Farha.

“Errr…pasal kaki awak tu…” Ayman Fareeq berjeda. Kenapalah mulut aku ni berat sangat nak cakap.

“Kenapa dengan kaki saya?”

“Saya nak minta maaf. Kalau saya tak ajak awak lunch dekat Thistle hari tu mesti awak tak jatuh kan.” Ayman Fareeq merenung lembut Adni Farha. Hesy…apa tenung-tenung ni. Tak sukalah.

“Naaa…bukan salah Encik Ayman pun. Saya yang cuai. Dah tahu pakai high heel, ada hati nak berlari kejar orang,” sanggah Adni Farha. Dia tidak pernah menyalahkan Ayman Fareeq seratus peratus.

“Saya jalan laju sangat ke?”

“Boleh tahanlah. Malang betul siapa yang jadi makwe Encik Ayman nanti.”

“Ohhh…eh? Sebab tu agaknya sampai sekarang saya tak ada makwe.”

“Takkanlah sebab tu…musykil juga saya. You have something that would kill women’s heart.” Tanpa sedar Adni Farha memuji Ayman Fareeq.

“Something? Apa dia?” duga Ayman Fareeq.

“Your sweet dimples. It could kill, you know,” polos Adni Farha menjawab. Bila tersedar tangannya pantas menutup mulut yang langsung tak beri kerjasama pada tuannya. Ayman Fareeq ketawa besar. Adni Farha nampak comel. She’s really in something.

“Saya tahu.”

“Encik Ayman tahu? Tahu apa?” Adni Farha mencapai sudu. Ais krim coklat di dekatkan di depannya.

“Jantung awak.” Ayman Fareeq merenung tepat ke dalam mata Adni Farha. Sekali lagi Adni Farha memegang dadanya.

“Apa kena mengena dengan jantung saya?” Adni Farha menari-narikan keningnya. Cuba menidakkan perasaan aneh yang muncul tanpa diduga.

“Terluka dek lesung pipit saya kan,” usik Ayman Fareeq. Dia pula memainkan ke dua-dua belah keningnya. Terjatuh sudu di tangan Adni Farha ke atas bajunya.

“Allah!” jerit Adni Farha. Ayman Fareeq menghulurkan tisu. Adni Farha mengambilnya dan membersihkan sisa ais krim yang terjatuh bersama sudu tadi.

“Awak ni memang cuai kan?”

“Tak jadi macam ni kalau Encik Ayman tak buat statement tadi.”

“So, betullah?”

“Apa yang betul?” Hari ini memang hari bermain Q and A agaknya. Kalau tak dia yang bertanya, Ayman Fareeq yang akan bertanya pula.

“My dimples could kill every women’s heart?”

“Perempuan lain. Saya tak…” Adni Farha menafikannya.

“Ya lah tu. Kalau tak macam mana ais krim tu boleh tumpah?”

“Errr…” Pipi Adni Farha dah berbahang. Terperangkap dengan kata-katanya sendiri.

“Wahhh…rancaknya berbual,” tegur Datin Hasnah yang baru tiba dengan beg plastik penuh di tangan. Adni Farha menarik nafas lega. Mama, you save my day. Adni Farha memandang ke depan semula. Ayman Fareeq tersenyum. Bibirnya menuturkan kata I know. Bertambah merah pipi Adni Farha. Dia bingkas bangun. “Keluar sekejap, ambil angin.

“Eh! Nak pergi mana?” tanya Datin Hasnah. Dia baru selesai memasukkan barangan yang dibeli tadi ke dalam troli.

“Ambil angin. Panas kat dalam ni.” Adni Farha terus keluar. Datin Hasnah memandang anak daranya. Ayman Fareeq dah ketawa. Faham kenapa Adni Farha bertindak begitu.

“Air-condkan, panas apanya? Sorrylah, Ayman. Anak aunty ni memang pelik.”

“Dah biasa, aunty.” Ayman Fareeq tersenyum.

Mereka bersembang seketika sambil menikmati kopi panas. Datin Hasnah banyak bertanya perihal keluarga Ayman Fareeq. Ayman Fareeq tanpa segan silu bercerita apabila ditanya. Dia jarang mesra dengan orang luar tetapi dia dapat rasakan Datin Hasnah ikhlas dengannya. Datin Hasnah menyenangi sikap Ayman Fareeq. Tak ada lah teruk sangat seperti yang diceritakn Adni Farha. Bahasanya sangat dijaga. Penuh sopan santun. Tertib kelakuannya. Memang lulus nak buat menantulah. Datin Hasnah tersenyum sendiri. Tak sabar nak bercerita dengan suaminya nanti. Setengah jam kemudian Adni Farha muncul semula.

“Ma…jomlah balik. Dah dekat pukul dua ni. Nak solat lagi,” ajak Adni Farha. Saja dia menunjukkan jam tangan di pergelangan tangannya.

“Seronok sangat bersembang sampai tak sedar pula. Nanti jemputlah datang rumah, Ayman. Boleh berbual panjang lagi,” lawa Datin Hasnah.

“In shaa Allah, aunty. Kalau orang dah ajak, saya tak keberatan.”

“Hesy…nak buat apa ajak dia datang rumah, ma?” bisik Adni Farha di telinga Datin Hasnah. Datin Hasnah memukul lengan anak daranya.

“Aunty betul-betul ni. Nanti kalau aunty nak buat makan-makan aunty beritahu. Adni boleh bagitahu kat Ayman.”

“Anytime, aunty. Saya sentiasa free.” Ayman Fareeq tersenyum lagi. Adni Farha dah julingkan mata. Sajalah tu nak menggoda aku.

“Dah call Pak Mail?” tanya Datin Hasnah.

“Dah. Dia dah tunggu tu,” jawab Adni Farha. Adni Farha menolak troli dengan perlahan. Sedikit pun dia tak memandang Ayman Fareeq.

“Adni! Kejaplah,” panggil Datin Hasnah.

“Dia dah penat tu agaknya, aunty,” tutur Ayman Fareeq lembut.

“Sekali lagi aunty minta maaflah pasal Adni tu. Orang kalau tak ada adik beradik memang manja terlebih. Kena tegur sikit dah merajuk. Aunty balik dululah, Ayman.”

“It’s okay, aunty. Jalan baik-baik.” Ayman Fareeq bersalam dan mencium tangan Datin Hasnah. Sikap Datin Hasnah yang peramah mengingatkan pada emaknya di kampung.

“Assalammualaikum.”

“Waalaikummussalam.” Ayman Fareeq berdiri di sisi trolinya dengan sebelah tangan di dalam poket seluar memerhati Datin Hasnah hingga hilang dari pandangan.

“Mama…cepatlah,” bebel Adni Farha. Tangannya ligat membantu Pak Mail memasukkan barang ke dalam bonet kereta.

“Dah cepatlah ni. Kenapa pergi macam tu aje?” Datin Hasnah hanya berdiri memerhati Adni Farha dan Pak Mail. Dia bukan tak mahu membantu tetapi awal-awal sudah ditegah Adni Farha.

“Laaa…itu pun jadi isu juga ke?” Mereka berdua masuk ke dalam kereta selepas selesai memasukkan barang-barang yang dibeli tadi.

“Kurang sopan, tahu tak.” Datin Hasnah masih tak berpuas hati dengan sikap yang ditunjukkan Adni Farha di depan Ayman Fareeq.

“Alaaa…ma. Esok kan Adni jumpa dia dekat pejabat. Hari-hari jumpa. Tak ada hal punyalah.”

“Hesy…anak dara ni. Boleh pula dia cakap macam tu,” marah Datin Hasnah.

“Memang betul apa? Tiap-tiap hari Adni memang kena mengadap muka hati beku tu.” Adni Farha berkeras mempertahankan tindakannya.

“Tak baik cakap dia macam tu. Mama tengok okey aje Ayman tu,” puji Datin Hasnah.

“Depan mama, bolehlah.”

“Sukahati Adnilah. Jangan benci sangat. Kang terpikat. Sendiri yang susah.” Datin Hasnah cuba menyedarkan anak daranya. Adni Farha mengeluh. Dia bersandar dan melentokkan kepalanya di pintu kereta. Kalaulah mamanya tahu. Hari ini dia melihat sisi lain Ayman Fareeq. Sikap yang tidak pernah ditunjukkan padanya selama dia berkerja di bawah seliaan Ayman Fareeq. Lesung pipit, hmmm…itu adalah bonus. Adni Farha tersenyum.

Ayman Fareeq masih belum keluar dari perkarangan tempat letak kereta pasaraya Kip Mart. Dia bersandar di tempat duduk pemandu. Tempat duduknya diturunkan sedikit untuk memudahkan dia melepaskan lelah seketika. Fikirannya masih terbayangkan Adni Farha. Si rambut karat yang mempunyai sepasang mata yang cantik. Ayman Fareeq mencapai telefon bimbitnya. Ikon aplikasi whatsapp ditekan.

Ayman Fareeq – Assalam. Terima kasih sudi ajak saya makan bersama dengan your mum.
Adni Farha – Ws. Mama yang ajak bukan saya.
Ayman Fareeq – Tapi kalau awak tak bagi tadi saya pun segan nak join.
Adni Farha – Since when Encik Ayman ni jadi pemalu?
Ayman Fareeq – Sejak awak cakap my dimples could kill every women’s heart.
Adni Farha – OMG. Tak habis lagi ke?
Ayman Fareeq – Takkan habis kalau awak tak mengaku.
Adni Farha – Eh? Tetiba pula saya nak kena mengaku. Mengaku apa?
Ayman Fareeq – Tak apa lah. Abaikan.
Adni Farha – Pula…
Ayman Fareeq – Jumpa esok.
Adni Farha – Hmmm…sikitlah.
Ayman Fareeq – Apa yang sikit?
Adni Farha – Hari ini saya nampak sisi lain Encik Ayman. Lembut, ikhlas plusss….
Ayman Fareeq – I’m waiting, Adni…
Adni Farha – You know it.
Ayman Fareeq – I do?...
Adni Farha – Yup…
Ayman Fareeq – Breakfast sama esok, boleh? Saya tak paksa…
Adni Farha – Tengok mood esok macam mana…Assalam
Ayman Fareeq – Harap mood tu okey. Ws…

         Ayman Fareeq tersenyum lebar bila Adni Farha membalas mesejnya. Apa yang pasti Adni Farha ada bagi hint. Tak perlu terangkan panjang lebar. Dia faham. Harap-harap esok boleh makan bersama lagi dengan si rambut karat. Tempat duduk dilaraskan semula. Dia bergerak keluar dari perkarangan pasar raya Kip Mart. Senyuman senantiasa menghiasi bibirnya. 

P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.

KAU? DIA - BAB 8


“Eee…aku tak suruh pun kau jawab. Ada aku kisah, ada aku kisah. Itu ajelah yang dia tahu. Dengan aku-aku sekali boleh jadi mental,” omel Adni Farha sebaik membaca pesanan ringkas yang diterima. Dia berlunjur di atas katil. Separuh badan bersandar di kepala katil. Tangannya laju mencari nombor telefon Nadia.

“Hello…assalammualaikum,” suara gedik Nadia menjawab panggilan Adni Farha.

“Waalaikummussalam…tak payah nak gedik sangat boleh tak?” templak Adni Farha.

“Alah…janganlah hot sangat. Cepat tua nanti tau. Tak laku tak tahu,” usik Nadia.

“Sengallah kau. Aku ni perempuan bukannya lelaki kau nak menjawab tergedik-gedik macam tu.” Adni Farha pura-pura marah.

“Hesy…aku tahulah kau perempuan. Aku pun tak inginlah.”

“Tahu pun.”

“Ni kenapa telefon aku? Petang tadi merajuk bukan main,” usik Nadia. Dia tahu merajuk Adni Farha tak lama mana pun.

“Alaa…petang tadi tu saja nak manja-manja ngan kau.”

“Blahlah…orang panggil dia. Dia buat tak tahu aje. Kau tahu tak bos cari kau.”

“Bos? Encik Rahman? Apahal pula dia nak cari aku?”

“Bukan Encik Rahmanlah…bos lagi sorang tu.”

“Kalau bukan Encik Rahman, Encik Mohd Nor ke?” tanya Adni Farha polos. Nadia bengang. Dah datang dah blur Adni Farha.

“Ya Allah, Adni! Encik Ayman kaulah,” jerit Nadia.

“Eee…tak payahlah jerit-jerit. Aku belum pekak lagilah,” bentak Adni Farha.

“Memang kau tak pekak tapi blur. Orang cakap lembap marah pula.”

“Kau jangan mula, Nadia. Ini dah macam si mulut longkang tu.” Adni Farha panas hati. Sejak berkerja ni dia dapat rasakan memang dia agak lembap sikit tapi tak adalah teruk sangat. Blur aje sebenarnya. Otak macam dah tepu bila setahun menganggur. Banyak betul kena belajar.

“Tak baik tau kau cakap dia macam tu. Dia baik sebenarnya. Encik Ayman kau cari kau tau petang tadi,” pujuk Nadia.

“Hesy…pepandai kau aje cakap Encik Ayman aku. Dia nak apa? Tak puashati dengan aku?”

“Dia risaukan kau.”

“Tak ada maknanya, Nadiaaa…”

“Betullah!!!” keras Nadia bersuara.

“Yalah tuuu…” Adni Farha julingkan mata.

“Dia terus turun bawah bila aku cakap kau dah balik. Siap dia bising kat aku kenapa biarkan kau drive sendiri. Hmmm…kau drive sendiri ke?”

“Taklah. Driver papa ambik. Mana tahan nak drive sendiri. Sakit wooo… Apa kau cakap tadi? Dia turun cari aku?”

“Aaah…”

“Matilah aku, Nadiaaa!!!”

“Hesy…yang kau meroyan tak tentu pasal ni kenapa?”

“Mahu tak meroyan. Dia mesti nampak aku naik kereta Mercs tadi. Dahlah tadi sikit punya baik ayat yang aku sms kat dia. Papa!!!…” Adni Farha menjerit. Nadia menjauhkan sedikit telefon bimbit dari telinganya. Jeritan Adni Farha lagi nyaring dari jeritannya.

“Ehem…ehem…rajin juga korang bersms eh,” sakat Nadia setelah pasti jeritan Adni Farha dah berhenti.

“Eee…ini bukan sms cintan cintun tulah.” Cepat-cepat Adni Farha menjawab. Takut temannya itu salah faham.

“Manalah aku nampak apa yang kau sms tu. Entah-entah memang jiwang karat punya.”

“Dengan si hati beku tu nak jiwang karat? Kerat jarilah Nadia oiii…”

“Okey kalau tak jiwang karat apa benda yang kau sms kat dia?” Nadia cuba mengorek rahsia.

“Rahsia…”

“Ek eleh…dengan aku nak berahsia bagai…”

“Mestilah…Ni aku nak bagitahu aku cuti tiga hari sampai jumaat. Bos besar yang suruh. Nanti papa aku cakap kat Encik Rahman sendiri.”

“Errr…Encik Rahman tahu ke siapa kau?”

“Tahu…”

“Tahu eh? Kira aku orang yang lastlah ni…?”

“Kau belum last lagi. Kan ramai yang belum tahu?”

“Opsss…lupa pula. Encik Ayman tahu tak kau cuti tiga hari ni?”

“Tak penting kot. As long as Encik Rahman dah tahu, kira okeylah tu.”

“Tak penting kau kata? Habis kerja-kerja kau?” soal Nadia geram. Tahulah anak bos. Boleh pula si Adni Farha ni ambil endah tak endah saja.

“Alaaa…aku ni dia angkut bawa pergi site aje. Sampai naik gelap kulit aku. Report semua dia suruh orang lain yang buat. Aku belum layak lagi kot.”

“Adni…aku sebenarnya tak minta pun nak buat report tu. Serba salah pula aku. Kau kawan, dia bos. Haishhh…” keluh Nadia.

“Jangan nak berdrama sangatlah, Nadia. Just do your work. Nanti-nanti pun aku boleh belajar juga.”

“Berapa lama kau nak rahsiakan identiti kau ni? Kau tak risau ke kalau terkantoi?”

“Aku baru sebulan kat Perunding Klasik. Banyak benda lagi nak belajar. Aku bagi setahun pada diri aku untuk lengkapkan semua. Aku harap sangat kau dapat tolong aku. Banyak yang aku kena capture. Menyesal pula melepak setahun tanam anggur kat rumah. Apa aku dapat, yang ado…. Hahaha…”

“Aku pun baru dua tahun kerja kat situ. Aku rasa Encik Ayman memang orang yang sesuai untuk kau pelajari selok belok bidang kejuruteraan. He’s the best macam yang Dato’ cakap.”

“Aku tak fahamlah kenapa semua orang nak puji dia. Bagus sangat ke dia tu?” templak Adni Farha. Elok-elok berlunjur terus dia bersila bila nama si hati beku di sebut Nadia.

“Memang dia bagus apa. Cuma aku pun tak tahu kenapa dia suka bawa kau pergi site. Waktu kitaorang mula-mula masuk kerja dulu, jangan mimpilah dapat buat kerja luar. Enam bulan kena duduk kat pejabat menelaah fail-fail projek yang bertimbun tu,” cerita Nadia satu persatu.

“Athirah dengan Nabilah pun sama juga ke?” soal Adni Farha.

“Semua sama. Fair and square,” balas Nadia. Gulp…Adni Farha telan liur. Apa motif Ayman Fareeq?

“Tak percayalah…” Adni Farha menidakkan apa yang dikata Nadia. Akalnya tak boleh terima.

“Next week kau naik kerja, kau tanya dengan Zara, Aqilah kalau kau tak percaya apa yang aku cakap tadi.”

“Hmmm…okeylah, Nadia. Dah lama sangat berbual dengan kau ni. Meleleh taik telinga aku ni.”

“Choiii…dia yang nak bergayut lama sangat. So, nak aku bagitahu kat Encik Ayman ke esok?”

“Biarlah dia. Nanti dia tahu sendiri juga.”

“Suka hati kaulah. Assalammualaikum.”

“Waalaikummussalam.” Adni Farha lekas-lekas bangun dari katil. Pengecas dicari. Leka sangat berbual dengan Nadia sampai bateri telefonnya dah tinggal sepuluh percent. Kepalanya ligat berfikir apa yang Nadia cakap tadi. Dia sendiri tak pasti apa motif Ayman Fareeq membawanya ke sana ke mari.

“Lantak dialah. Yang penting sekarang, tiga hari ni aku nak rehat puas-puas kat rumah.” Adni Farha terus merebahkan badannya. Comforter ditarik menutupi dada. Doa dibaca dalam hati. Terasa pandangannya berbalam-balam kemudian terus gelap.

Ayman Fareeq sampai awal pagi ini. Entah kenapa matanya sukar untuk lelap. Kereta diparkir di tempar biasa. Ray-ban Aviator yang setia menemaninya di buka dan diletakkan di dalam tempat simpan barang. Beg sandang yang diletak di tempat duduk penumpang di sangkut ke bahu.

Ayman Fareeq keluar dari kereta. Matanya memandang sekeliling. Memerhati siapa yang telah sampai. Matanya menangkap kelibat Mini Cooper Cabrio. Dia mengeluh. Rasa bersalah pula tiba-tiba. Memang patut si rambut karat menghantar pesanan ringkas begitu kepadanya.

Perlahan-lahan Ayman Fareeq menapak masuk ke dalam bangunan. Hari ini dia mengenakan baju kemeja putih dipadankan dengan vest kelabu berbiku hitam dan seluar panjang warna kelabu. Nampak sangat maskulin. Sesiapa yang melihat pasti tengok dua kali punya kalau sekali dah terpandang. Hati tetap beku, kejung, kaku. Takkan ada yang boleh menerobos masuk ke dalam hatinya.

Beg sandang dicampak ke atas meja. Punggung dihenyak ke atas kerusi kerja. Ayman Fareeq bersandar dengan kedua-dua belah tapak tangan diletakkan di belakang kepalanya. Dia memandang siling bilik kerjanya. Termenung. Hari ini semangatnya seperti telah hilang. Perbualan dengan emaknya semalam sedikit sebanyak mengganggu moodnya hari ini.

“Arghhh…” Ayman Fareeq menjerit melepaskan rasa yang berkumpul di dada. Dia bangun dari duduknya. Jam dinding dikerling. Baru perasan lama juga dia melayan perasaan. Kakinya melangkah ke pintu. Dia hanya menjengukkan kepalanya.

“Nadia!” panggil Ayman Fareeq bila dilihat hampir semua pekerja Perunding Klasik telah memenuhi ruang kerja.

“Ya, Encik Ayman,” sahut Nadia. Dia mendongak tatkala namanya dipanggil.

“Suruh Adni masuk bilik saya sekejap,” arah Ayman Fareeq bila dilihat Adni Farha tiada di mejanya. Ayman Fareeq kemudian terus menutup pintu biliknya.

“Errr…Encik Ayman!” Nadia mengeluh. Belum sempat beritahu apa-apa bos dia dah tutup pintu.

“Kenapa, Nad?” tanya Aqilah. Nadia mengerling Aqilah. Tangannya sebelah memegang sebiji mug berisi air milo panas dan sebelah lagi memegang sebungkus roti.

“Bos kaulah…cari Adni. Tak sempat cakap dah tutup pintu. Nanti angina tak tentu pasal.”

“Bos aku pula, bos kaulah,” Aqilah berdecit. Bengang disuruh mengaku bos dia. Siapa ajelah yang nak mengaku Ayman Fareeq tu bos mereka.

“Apasal korang ni? Bos kau, bos aku,” sampuk Zara. Aqilah yang baru duduk memuncungkan bibirnya ke arah Nadia. Ini lagi sorang, geleng Nadia. Kat tangan Zara ada sebiji mug berisi air milo panas juga dan sebungkus roti tapi part yang paling best mulut dia nampak macam tengah mengunyah sesuatu. Patutlah berat badan minah dua ekor ni tak susut-susut.

“Kau tanya Nad.” Aqilah melemparkan pandangan pada Nadia.

“Alaaa…bos kau tu, Zara. Aku baru nak bagitahu Adni cuti hari ni. Sesedap rasa aje dia terus tutup pintu,” jawab Nadia.

“Eh…eh…siapa cakap dia bos aku? Bos koranglah...” Zara geleng kepala laju. Dia terus duduk di tempatnya.

“Ya lah…bos aku dengan Adni aje. Bos korang kan Encik Rahman tu…” Nadia mengalah. Ini kalau orang luar dengar memang boleh pengsan. Macam budak-budak. Bukan berebut apa pun. Berebut tak nak mengaku Ayman Fareeq tu ketua mereka.

“Gelilah nak merajuk-merajuk bagai,” marah Zara.

“Entahnya si Nad ni, mengada. Eh! Adni tak call Encik Ayman sendiri ke?” tanya Aqilah pula. Pelik dengan perangai teman barunya itu.

“Tak. Dia kata dah beritahu kat Encik Rahman kira okeylah. Itu lagi penting kata dia.”

“Boleh pula macam tu…Adni, Adni,” geleng Zara.

Tiba-tiba pintu bilik Ayman Fareeq dibuka dari dalam. Masing-masing terdiam beberapa saat sebelum tangan masing-masing mencapai fail dan membukanya. Kalut, takut kena panggil. Ayman Fareeq dilihat masuk ke dalam bilik Encik Rahman. Sepuluh minit kemudian dia keluar semula. Langkahnya diatur laju menuju ke meja kerja Nadia.

Pap! Lima buah fail dilambakkan ke atas meja kerja Nadia.

“Ya Allah!” Nadia terjerit. Dia mengurut dadanya. Aqilah dan Zara turut terhinggut bahu mereka. Kalau tak cukup semangat memang masuk IJN gamaknya.

“Apasal tak beritahu saya yang Adni cuti masa saya pesan kat awak tadi?” soal Ayman Fareeq garang.

“Saya memang nak beritahu tadi tapi…”

“Awak ni dah berjangkit penyakit Adni agaknya.”

“Penyakit apa?” bulat mata Nadia bila dituduh begitu.

“Suka menjawab.”

“Errr…mana ada,” bantah Nadia.

“Memang sah, penyakit menjawab Adni dah merebak kat awak,” bentak Ayman Fareeq. Dia berdiri sambil kedua-dua belah tangan bersilang di dada.

“Sikit kot,” jawab Nadia takut-takut. Dia hanya tersengih memandang Ayman Fareeq.

“Kenapa Encik Rahman? Saya kan supervisor dia?” Ayman Fareeq mencerlung tajam pada Nadia. Nadia telan liur. Hesy…masalah betullah. Kau punya hal, Adni. Aku yang kena tanggung. Kala uterus terang kan senang. Tak ada lah aku nak buat dosa kering.

“Errr…no idea,” bohong Nadia. Tak mungkin dia memecahkan rahsia Adni Farha. Mati keca cincang dengan Adni nanti.

“Hmmm…mana report yang saya suruh buat semalam?” Ayman Fareeq menukar topik. Tak mahu memanjangkan lagi isu Adni Farha. Takut pekerjanya salah anggap sikap ambil berat dia terhadap gadis berambut karat itu..

“Errr…before lunch boleh tak, Encik Ayman? Encik Ayman pun baru bagi kat saya semalam petang. Saya baru prepare separuh.”

“Hmmm…Aqilah! Zara!” Kedua-duanya mengangkat muka bila nama mereka dipanggil.

“Ini semua fail projek yang Athirah handle. Since dia dah kena tolong Encik Hisyam, saya nak awak berdua semak fail-fail ni semua. Mula dari awal. Study betul-betul. Esok pagi briefing kat saya.” Ayman Fareeq terus masuk ke biliknya selepas mengeluarkan arahan pada Aqilah dan Zara.

“Bos kau ni, Nad…PMS agaknya,” bebel Aqilah. Kakinya dihentak-hentakkan berjalan ke meja Nadia.

“Bos aku, bos kau jugalah.” Sempat Nadia memukul Aqilah dengan fail di atas mejanya. Aqilah ketawa mengekek.

“Hoi, Zara! Ni ambik kau punya. Jangan nak melantak je lah,” laung Aqilah.

“Alaaa…baru nak makan sikit. Tak boleh tengok orang senang betul.” Zara dengan malas bangun mendapatkan Aqilah dan Nadia.

“Sudah-sudahlah tu makannya, Zara oiii…badan kau pun dah naik bolat dah aku tengok,” sindir Nadia.

“Selera tengah ada, makan ajelah. Nanti kalau dah masuk tiub sana sini, baru nak bagi makan yang sedap-sedap memang taklah,” sanggah Zara.

“Dah, dah…ambil aje fail-fail ni,” saran Nadia. Fail-fail di atas mejanya dihulurkan pada Athirah dan Zara.

“Ya lah, ya lah…” mengekek Athirah dan Zara ketawa.

Ayman Fareeq mencapai telefon bimbitnya. Dia masih berkira-kira sama ada nak telefon Adni Farha atau tidak.

“Kalau aku telefon, apa alasan aku nak bagi? Macam tak relevan pula. Cuti tiga hari pula tu. Berat sangat agaknya mulut tu nak bagitahu aku. Arghhh…” Ayman Fareeq menyimpan semula telefon bimbitnya setelah menimbang balik akan tindakannya. Badan ditegakkan. Fikirannya mula difokuskan pada fail-fail yang menimbun di atas meja.

Ayman Fareeq mengangkat wajahnya bila terdengar ketukan bertalu-talu di pintu biliknya. Belakang tengkuknya diusap perlahan.  

“Masuk,” arah Ayman Fareeq.

“Encik Ayman, ada orang UEM nak jumpa,” beritahu Nadia. Hanya kepalanya sahaja yang tersembul di balik pintu bilik Ayman Fareeq.

“Siapa?” Ayman Fareeq mengerutkan dahi.

“Cik Qashrina.” Ayman Fareeq mengeluh. Setahu dia, dia sememangnya tiada urusan dengan gadis itu. Projek berkaitan UEM semunya Hisyam yang uruskan.

“Saya turun sekejap lagi. Tak payah suruh dia naik.”

“Okey.” Nadia menutup kembali pintu bilik Ayman Fareeq. Ayman Fareeq mengemas sedikit meja kerjanya sebelum keluar dari bilik.

Qashrina tersenyum sebaik melihat kelibat jejaka yang sedari dulu lagi telah menambat hatinya walau si dia tidak membalasnya. Ayman Fareeq semakin tampan. Vest yang melekap kemas di badan menyerlahkan lagi tubuh sasa jejaka itu. Ayman Fareeq tenang berjalan ke ruang menunggu di lobi pejabat Perunding Klasik. Ke dua-dua tangannya di masukkan ke dalam kocek seluar.

“Assalammualaikum,” tegur Ayman Fareeq. Dia duduk di sofa bertentangan dengan Qashrina.

“Waalaikummussalam,” jawab Qashrina lembut.

“Kenapa you nak jumpa I? Bukan ke projek UEM Hisyam yang handle?” soal Ayman Fareeq tak puashati. Dahlah dia bengang dengan Adni Farha yang langsung tak mengumpamakan dia sebagai penyelia. Bercuti selama tiga hari tapi dia tidak tahu menahu langsung. Nasib baiklah Encik Rahman memberitahu dia tadi. Itu pun kebetulan dia ingin berbincang sesuatu dengan orang atasannya itu.

“Dengan Hisyam, I dah settle. Saja nak jumpa you. Susah sangat nak have a cup of tea. Busy memanjang aje you ni,” peril Qashrina.

“You tahu sendiri kan. Kerja macam kita ni mana ada waktu senggang.” Ayman Fareeq cuba mengelak.

“Itu ajelah alasan you. Dengan budak seksi tu boleh pula you cari masa,” templak Qashrina.

“It’s none of your business. Kalau you tak ada apa-apa yang penting, I nak naik dulu. Banyak lagi report yang I nak kena review.” Ayman Fareeq sudah berdiri. Mukanya tegang. Dia tidak suka bila kehidupannya dipertikaikan orang lain. Orang yang tiada kena mengena dengan dirinya.

“Ayman, sorry…I tak bermaksud apa-apa. It just that…it’s okay. I pun nak kena balik pejabat semula. Glad to see you. Assalammualaikum.” Qashrina melangkah keluar dari bangunan Perunding Klasik. Langkahnya dilajukan. Sedih bila niat baiknya disalah ertikan. Tidak bolehkah Ayman Fareeq melayannya dengan baik, sekalipun jika si dia tiada perasaan padanya.

         Ayman Fareeq meraup mukanya. Kesal dengan sikap endah tak endahnya pada Qashrina. Gadis itu tidak bersalah. Sikap pesimis dia menjadi punca dia bertindak sedemikian. Maafkan I, Qash. I memang tak boleh terima you lebih dari seorang kawan. Ayman Fareeq melangkah dengan lemah menuju ke lif. Sesekali dia menguak rambutnya ke belakang.

P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.