Wednesday, February 19, 2014

CINTA SI GADIS DOBI - BAB 4



AJAD terkesima bila Dini memandu masuk ke perkarangan rumah agam yang terletak di Jalan Straits View. Kawasan elit yang memang terkenal di bandaraya Johor Bahru.

She’s not an ordinary woman.

“Assalammualaikum, mama.” Dini mendapatkan seorang perempuan tua yang sedang membelek bunga orkid.

“Waalaikummussalam. Mimpi apa hari ni?” tanya perempuan tua itu.

“Mimpi?” soal Dini semula.

“Hari isnin ni, sayang.” Kening perempuan tua itu terangkat.

“Ooo… ada orang kepoh sibuk sangat nak tahu kereta tu siapa punya.” Dini memuncungkan mulut pada kereta hitamnya.

“Orang kepoh? Siapa?” Kali ini dahi perempuan tua itu berkerut.

“Ehem…” Terdengar suara seseorang berdeham.

Perempuan tua itu menjenguk ke belakang Dini. Dia memandang Dini semula. Keningnya diangkat.

“Anak bos,” bisik Dini.

Perempuan tua itu mengangguk.

Ajad mendekati dua beranak itu. Dia bersalam dan mencium tangan perempuan tua itu.

“Maaf, aunty. Datang tak berjemput.”

“Tahu pula,” perli Dini. Dia menyeringai bila terasa lengannya dicubit.

“Eh… tak apa. Pintu rumah ni terbuka luas untuk sesiapa pun. Siapa namanya?”

“Ajad Safiy. Panggil Ajad aje, aunty.” Ajad tersenyum memperkenalkan dirinya.

“Ini mama aku. Puan Sri Alia.” Sengaja Dini menekan suara tika menyebut nama Puan Sri Alia.

Ajad angkat kening tanda ada aku kisah.

“Jom kita duduk sana. Selesa sikit nak berborak.” Puan Sri Alia bergerak ke meja bulat kecil yang memang terletak di halaman rumah. Sudah terhidang minuman petang di atas meja.

“Kau dah tahu kan mana aku dapat kereta tu. So, apa tunggu lagi? Baliklah.” Dini memandang tajam Ajad di sebelahnya. Menghalau Ajad secara baik.

“Ajad, mari sini. Buat apa lagi dekat situ? Dini…” Puan Sri Alia melambai.

“Aku memang nak balik tapi tak sampai hati.” Ajad terus meninggalkan Dini yang sedang menahan marah.

Mulut Dini terkumat kamit sambil berjalan menghampiri mamanya.

“Ma, Dini masuk dululah. Nak rehat. Penat sangat ni.” Dini memandang sayu pada Puan Sri Alia.

“Jangan nak mengada. Duduk,” arah Puan Sri Alia.

Ajad tersenyum senget.

Dini menarik kasar kerusi di antara Ajad dan mamanya.

Mereka berbual seketika.

Dini lebih banyak mendiamkan diri. Dalam hati dah mendongkol geram dengan layanan mesra mamanya. Pada dia lelaki biadap macam si Ajad a.k.a. Abjad tak layak mendapat layanan sebaik itu.

“Saya balik dululah, aunty. Dah lama sangat ni.” Ajad bangkit dan bersalam dengan Puan Sri Alia.

Dini masih mendiamkan diri.

“Dini…” tegur Puan Sri Alia.

Dini mendongak.

“Ajad dah nak balik tu.” Puan Sri Alia membesarkan matanya.

“So?” Dini membalas acuh tak acuh.

Ajad hanya tersenyum senget dengan ke dua-dua belah tangan di dalam kocek seluar.

“Dini!!!” Puan Sri Alia meninggikan suaranya

“Yalah, yalah,” bentak Dini dengan muka kelat. Paksa dirinya bangun dan menemani Ajad hingga ke kereta.

Ikut hati Dini memang malas nak menghantar si Ajad a.k.a Abjad ni tapi bila mamanya dah menjeling terpaksa jugalah. Gatal sangat mamat ni ikut dia balik ke rumah.

"Hai, Aunty Rose. Nak pergi mana?" tanya Dini pada seorang wanita yang berdiri tidak jauh dari dia dan Ajad.

"Nak pergi mana pula, Dini? Ni hah tengah tengok pokok-pokok ni."

Dini dah tertawa kecil. Tahu sangat obses berfesyen jiran mamanya ini. Saja je dia menegur begitu.

Ajad dah memandang pelik. Sempat dia berbisik. "Memang kena pakai lawa-lawa eh?"

"Sibuklah kau. Suka hati dia lah."

"Dini, pakwe ke?” Aunty Rose memandang Ajad atas bawah atas bawah.

“Errr…” kelu lidah Dini hendah menjawab.

“Patutlah tolak pinangan boy," Aunty Rose terangguk-angguk.

Dushhh... apa dia nak jawab? Kepala yang tidak gatal digaru. Otak Dini cuba berkerja keras mencari idea.

Ajad dah tersenyum senget.

"Huh?! Aah...kami nak bertunang lagi sebulan kan, honey?" Dini terus menarik lengan Ajad.

Ajad dah terpinga-pinga. Punyalah tadi Dini macam declare world-war-no-peace dengannya. Tup tup sekarang gadis itu elok saja memegang tangannya. Kejap dan kemas. Sakit. Seolah-olah memberi amaran.

"Errr...betul tu. Lagi sebulan. Jom, bee. I dah nak balik." Tangan Ajad naik ke pinggang Dini. Memeluk Dini erat.

Aunty Rose hanya tersenyum kelat melihat pasangan muda di depan matanya.

"Jangan nak berlebih. Kita bukan mahram." Dini meleraikan tangan Ajad yang berlingkar dipinggangnya.

"You owe me." Ajad kenyitkan mata sebelum membuka pintu keretanya.

"Esok aku belanja lunch," balas Dini.

"Tak nak. Aku yang tetapkan apa kau kena buat." Ajad membantah.

"Suka hati akulah, apa yang aku nak balas balik," bentak Dini.

"Aunty Rose!" panggil Ajad. Mengugut.

"Yalah, yalah." Dini mengalah.

Ajad tersenyum senget.

“Mengugut aje kerjanya. Kau jangan nak macam-macam tau. Dah pergi balik,” halau Dini.

“Aku nak baliklah ni. Tapi macam mana aku nak masuk kereta kalau kau tak lepaskan tangan aku?” Ajad memandang tangannya yang masih dipegang Dini.

Dini terus melepaskan pegangan tangannya.

Hesy… macam mana aku boleh sedap sangat pegang tangan dia yang berotot tu. What did I say just now? Dia memang kena mandi bunga. Biar suci sikit hati dan akalnya.

Ajad tersengih nakal dan terus masuk ke dalam kereta.

“Assalammualaikum.” Ajad membunyikan hon dan terus berlalu.


“Dia beri salam? Memang aku kena mandi bungalah.” Dini kelam-kabut masuk ke dalam rumah.

P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.

CINTA SI GADIS DOBI - BAB 3



DINI tak betah nak duduk. Satu bilik ditawafnya. Serabut memikirkan perkara yang satu ini. Mainan takdir apakah yang perlu dia lalui?

“Aduh! Apa aku nak buat ni?” Kepala digaru.

Dini meroyan tak habis mengenangkan si Ajad a.k.a Abjad yang bakal dihadapinya sepanjang hidup. Maksudnya selagi dia bekerja di sini. Takkanlah semata-mata nak elakkan diri dari si Ajad a.k.a Abjad dia kena berhenti kerja. Dah lima tahun dekat sini dan dia pun dah serasi.

“Tensionnya!!!” Dini menjerit kecil. Dia menyandarkan kepala di kerusi.

“Cik Dini, kenapa?” Tiba-tiba Grace meluru masuk ke bilik Dini.

“Kenapa apa, Grace?” soal Dini semula. Badan ditegakkan.

“Saya dengar macam Cik Dini menjerit,” jawab Grace terpinga-pinga.

“Oh! Jari saya tersepit masa tutup laci. Small matter. Dah pergi buat kerja sana.”

Grace menjongketkan bahunya dan keluar semula.

Dini menyelak daily plannernya. Manalah tahu kut-kut ada mesyuarat atau apa-apa program yang bersangkut-paut dengan bahagian operasi.

“Crap! Crap! Crap!” Tripple crap. Dini mengetuk kepalanya untuk entah kali ke berapa.

Kenapalah dia tak terfikir bahagian operasi dengan kewangan kan memang tak boleh dipisahkan. Bagaikan aur dengan tebing. Si Ajad a.k.a Abjad memang akan terus menghantuinya sepanjang dia berkerja di sini.

Dini mencapai telefon bimbit. Mencari nama seseorang sebelum menekan ikon telefon berwarana hijau. Lega bila panggilan yang dibuatnya bersambut.

"Hello! Kak long. Matilah orang," adu Dini kepada Sara.

"Assalammualaikum, Dini," perli Sara.

"Waalaikummussalam. Kak long kena tolong orang," rengek Dini.

"Tadi nak mati ni nak suruh tolong pula. Apa kes?"

"Kak long ingat tak mamat buta huruf hari tu?"

"Buta huruf? Yang mana satu ni?"

"Alah yang abjad tu..." Dini menguatkan sedikit suaranya. Geram. Cepat pelupa betul kakaknya ni.

"Yang handsome tahap gaban tu? Ajad kan nama dia bukan abjad?"

"Tak kisahlah mana-mana pun. Yang pasti dia ada dekat sini. Satu opis dengan orang dan yang paling epik sekali dia anak bos orang. Huarghhhh!!!" Suara Dini macam nak menangis.

"Itulah lain kali jangan nak cakap lepas aje. Insurankan sikit mulut tu. Kesian si Ajad."

"Abjadlah, Kak long. Tak payah nak Ajad sangat," bentak Dini.

"Ajad Safiy," bisik seseorang di sebelah telinga kiri Dini.

"Mama!!!" Dini jatuh terjelepuk ke bawah kerusi. Telefonnya pula tercampak ke sudut.

Ajad pantas mengambil telefon bimbit Dini.

"Okey, kak long. Ajad nak berbual sikit dengan budak dobi ni." Talian terus dimatikan. Telefon bimbit Dini disimpan di dalam kocek seluar. Ajad tersenyum senget berdiri di sebelah meja Dini.

Dini terus bangun. Itulah kata orang tua cakap siang pandang-pandang cakap malam dengar-dengar. Dia memang pandang-pandang tapi pandang ke tingkap bukannya ke pintu.

"Sorry, Cik Dini." Grace tersengih-sengih memandang bosnya.

“It’s okay, Grace. You may go.” Dini tanpa rasa malu terus duduk semula di kerusinya.

Grace keluar dan menutup pintu bilik Dini. Sempat kenyit mata.

Dini membalas dengan membesarkan matanya.

Ajad tanpa silu duduk di atas meja kerja Dini. Dibucu. Betul-betul menghadap Dini. Matanya tak lepas dari memandang Dini. Tajam menikam.

“What should I do to make you clear?” Ajad tersenyum-senyum.

“Apa nak clear-clear? Kau boleh tak duduk dekat kerusi. Tak belajar sivik ke dulu. Datang dahlah tak berjemput. Suka hati dia aje nak sergah orang.”

“Eh! Dah kau tu senang-senang panggil aku abjad mestilah aku kena betulkan.”

“Tak salahkan sebab kau buta huruf.”

“Read my lips, Cik Dini. Ajad Safiy. A-J-A-D-S-A-F-I-Y.” Ajad merapatkan mukanya betul-betul di depan muka Dini. Mencari anak mata Dini. Direnung tajam.

Dini bergerak ke belakang sedikit. Hatinya tiba-tiba rasa berdebar. Anak mata Ajad yang berwarna biru cair itu memandangnya sehingga terasa seperti tembus ke belakang.

Lekas-lekas dia beristighfar. Menolak rasa yang muncul tanpa disangka. Tetapkan hati Dini. He is your enemy not your hero.

“Encik Ajad, CEO call for a meeting.” Terbuntang mata Grace melihat aksi Ajad dan Dini. Sepantas kilat dia menutup kembali pintu bilik Dini.

Dini dengan sekuat tenaga yang dia ada menolak badan Ajad menjauhinya.

Ajad ketawa. Suka bila melihat wajah Dini yang cuak dan pucat.

“First day kerja dah buat hal,” omel Dini.

“Itu baru first day. Well, Cik Dini. Can’t wait to work with you.” Ajad bangun dan bergerak ke pintu.

“Telefon aku,” pinta Dini.

Ajad mengeluarkan telefon bimbit Dini. Dia menaip sesuatu sebelum telefonnya pula berbunyi.

“Save my number.” Ajad kenyit mata. Telefon bimbit Dini diletakkan di atas sofa dan dia terus keluar.

“Cik Dini, tadi tu saya tak tahu…” Grace masuk semula dengan muka takut-takut setelah Ajad pergi.

“Jangan fikir yang bukan-bukan, Grace. Tak ada apa-apa yang berlaku pun. Please shut your mouth. Kalau saya dengar ada orang bercerita tahulah saya siapa dalangnya. Lagi satu, cepat-cepat beritahu saya kalau awak nampak Encik Ajad tu berlegar di bahagian kewangan,” ujar Dini tegas.

“Sorry again, Cik Dini. Lunch on me?” pujuk Grace.

“Saya demand,” usik Dini.

“Just name it,” balas Grace.

“Tak perlulah, Grace. Tengah-tengah bulan ni. Just go, do your work.” Dini tersenyum.

“Ini yang buat saya makin sayang pada Cik Dini. Nak apa-apa panggil saya tau.”

Seharian Dini sibuk menyemak akaun syarikat untuk setengah bulan yang pertama. Seharian jugalah dia lupa kewujudan Ajad.

Sehinggalah waktu balik.

Dini bernyanyi kecil sebaik keluar dari perut lif di tempat letak kereta tingkat bawah. Tangan kanannya menyelongkar beg tangan untuk mengambil kunci kereta.

Punat kunci ditekan. Hatinya tiba-tiba panas bila melihat ada kereta lain yang menghadang keretanya.

"Abang Rahim! Siapa punya kereta yang block kereta saya ni?" jerit Dini di depan sebuah kereta BMW putih. Tangannya dah mencekak pinggang.

"Rasanya Encik Ajad punya."

"Telefon dia. Suruh dia alihkan. Mentang-mentang syarikat bapak dia. Suka hati dia aje nak parking kat mana-mana. Memang buta huruf betul. Tak tahu agaknya tempat parking dia dekat mana."

Rahim menelefon seperti yang dipinta.

"Cik Dini! Encik Ajad kata lagi satu jam. Dia tengah meeting."

"Huh! Banyak cantik muka dia. Saya ni dahlah penat." Dini yang panas hati terus menendang tayar kereta Ajad sampai alarmnya berbunyi.

Tak tunggu lama Rahim pantas mendail nombor telefon Ajad semula.

Ajad yang baru menerima panggilan dari sekuriti, kelam-kabut turun ke basement.

"Hoi, rosaklah kereta aku!" marah Ajad bila dilihatnya Dini masih tak berhenti menendang keretanya.

"Kalau tak nak kereta kau rosak baik alihkan cepat. Suka hati kau aje kan nak block kereta orang." Dini berhenti menendang.

"Mana kereta kau?" tanya Ajad geram.

"Yang kau block tu kereta akulah." Dini menjeling.

"Ini?" Ajad menuding pada kereta hitam yang dihalang dengan keretanya.

“Well…” Dini buat gaya berlagak.

Ajad rasa nak pitam. Rasa nak hantuk kepalanya ke dinding. Gadis dobi a.k.a akauntan ini memandu Porsche Cayman S hitam? Semakin merundum markah untuk diri dia. Gadis ini bukan gadis sembarangan.

"Kenapa?" Dini terus menuju ke keretanya.

"Kau ada sugar daddy eh?" Ajad bersandar pada pintu BMWnya memandang Dini yang baru nak masuk ke dalam kereta.

"Kau ni memang suka memandang rendah pada keupayaan orang kan? Kalau nak tahu sangat mana aku dapat kereta ni. Follow aku." Dini terus masuk ke dalam keretanya. Dia tahu tak mungkin Ajad akan mengikutnya.

Ajad masih bersandar.

Dini menekan pedal minyak berkali-kali. Bergema satu basement dengan ngauman enjin Porsche Cayman S.

Ajad berjalan mendekati kereta Dini. Badan dibongkokkan sedikit. Cermin tingkap sebelah pemandu diketuk.

Dini menurunkan sedikit cermin tingkap keretanya.

“Betul kau nak aku ikut kau?” tanya Ajad minta kepastian.

“Kalau kau tak malu,” ejek Dini.

“Aku memang tak malu. Jangan laju sangat.” Ajad terus bersetuju. Rasa tercabar dengan kata-kata Dini.


Laju dia masuk ke dalam keretanya. Sempat dia menelefon Amar supaya mesyuarat disambung tanpa dia.

P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.
Req grup https://www.facebook.com/groups/460780710692490/

Saturday, February 15, 2014

CINTA SI GADIS DOBI - BAB 2


DINI terkocoh-kacah bersiap untuk ke pejabat. Dia perlu gerak seawal tujuh pagi. Itupun selepas dia menerima pesanan ringkas memaklumkan ada mesyuarat tergempar pukul lapan nanti.

“Mesyuarat apa pula tengah-tengah bulan ni? Jangan nak minta report pula. Rajin pula aku nak buat sebelum waktunya.” Dini membebel sambil bersiap.

Dini hanya mengenakan kain batik cokelat gelap bersusun tepi dipadankan dengan baju warna kuning air tanpa corak. Shawl bercorak warna senada turut dikenakan di kepalanya.

Selesai semuanya Dini terus keluar tanpa bersarapan. Tinggal berseorangan mudah. Bebas. Tak ada yang suruh buat itu buat ini. Itu pun puas memujuk papa dan mamanya. Rumah yang dia duduk sekarang tak jauh pun dari rumah keluarganya. Cuma dia ingin berdikari.

Tepat pukul tujuh setengah Dini sudah sampai di pejabat. Ada setengah jam sebelum mesyuarat bermula. Beg tangan di campak sahaja di atas mejanya. Dia terus berlalu ke pantri.

“Assalammualaikum, Mak Siti,” tegur Dini ramah. Dia terus mengambil muk dan membancuh sendiri Cokelat Panas Cadbury 3 in 1.

“Waalaikummussalam. Eh, Cik Dini! Kenapa tak cakap nak minum? Mak Siti boleh buatkan.” Mak Siti memandang Dini dengan rasa bersalah.

“Alah… Mak Siti. Air segera. Mengada sangat nak suruh orang buatkan. Saya masuk dulu, Mak Siti.” Dini tersenyum dan berjalan keluar menuju ke biliknya.

“Cik Dini!” Grace, pembantu peribadi Dini menggamit.

“Hmmm…” Dini berhenti sebentar di meja Grace.

“Morning, Cik Dini. Cik Dini tahu tak kenapa ada meeting pagi ni?” soal gadis genit itu.

“Morning. Entah. Jangan bos besar minta report sudah. Saya belum buat apa-apa pun.”

“Meeting ni bukan pasal benda tu semua. Dengar kata nak kenalkan pengurus operasi baru. Handsome, Cik Dini.” Grace dah tersenyum-senyum.

“Baguslah. Tak adalah Encik Amar tu kelam kabut sorang-sorang,” balas Dini acuh tak acuh. Dia terus berlalu masuk ke biliknya.

“Katanya adik Encik Amar, Cik Dini,” Grace turut masuk ke dalam bilik Dini.

“Itu lagi bagus. Senang kerja adik-beradik.” Dini bersandar sambil menghirup minumannya.

“Cuba Cik Dini bayangkan. Mesti adik Encik Amar tu handsome macam Encik Amar.” Grace tersengih.

“Grace…sudah-sudahlah tu. Tak payah nak berangan sangat. Sekali adik Encik Amar tu mata juling. Gigi sumbing. Pipi berjerawat.”

“Euwww… Cik Dini ni. Ke situ pula. Takkanlah.” Grace dah buat muka geli.

“Jom. Baik kita masuk cepat. Manalah tahu hari ni angin bos besar tak berapa nak baik.” Dini dah berdiri dengan buku nota dan pen di tangan.

Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke bilik mesyuarat.

Dini memilih untuk duduk jauh sedikit dari meja utama memandangkan ini bukan mesyuarat pengurusan. Baru sahaja melabuhkan punggung, telinganya menangkap perbualan beberapa orang staf perempuan yang duduk di depannya.

“Handsome gila pengurus baru tu,” ujar gadis bertudung biru.

“Eee… tak sabarnya nak kerja sama-sama dengan dia.” Si baju merah pula bersuara.

“Hari-hari cuci matalah kita,” sampuk gadis berkebaya nyonya.

Pecah ketawa ketiga-tiganya. Gedik.

Dini memandang Grace yang tersengih-sengih duduk di sebelahnya. Dalam hati mengutuk kata-kata pujian yang dilemparkan ketiga-tiga gadis ini. Matanya difokuskan ke hadapan bila bos besar sudah munculkan diri.

Dini hanya menundukkan muka sepanjang mesyuarat berlangsung. Malas nak ambil tahu kata-kata kosong bos besarnya. Tak penting mana pun pada dia. Suara-suara sumbang di sekelilingnya yang bagaikan langau memekak langsung tidak dipedulikan. Grace dah beberapa kali menyiku lengannya. Dia hanya berdecit.

"Saya kenalkan Pengurus Operasi Armada yang baru, Encik Ajad Safiy," beritahu Dato’ Salleh, CEO syarikat.

Dini mengangkat mukanya. Nak tahu juga orangnya bagaimana. Sama ke seperti yang digembar-gemburkan.

Crap! Sukar nak mempercayai apa yang dilihat di depan mata. Tak mungkin. Bibir dikemam rapat.

Ajad memandang sekeliling. Tersenyum pada semua pekerja sebelum berhenti tepat pada wajah Dini. Mengamati wajah Dini sebelum tersungging senyuman senget di bibir.

Double crap! Dia ingat akulah. Dini mengetuk kepalanya.

“Kenapa, Cik Dini?” Grace menyoal bila dilihat Dini mengetuk kepala berkali-kali.

“Migrain,” bohong Dini.

“Jomlah kita keluar dulu. Saya temankan Cik Dini. Malas pula nak join minum pagi ni.” Grace bangun.

“No need, Grace. Awak pergi minum dulu. Sekejap lagi hilanglah migrain saya ni.” Dini tersenyum.

Grace angguk dan terus keluar menyertai yang lain.

Kenapalah dalam banyak-banyak orang si abjad tu boleh jadi adik Encik Amar. Memang tak senanglah hidup aku. Dini menggumam sendiri.

Tanpa Dini sedari seseorang datang menghampirinya.

Dini panggung kepala bila terperasan bayangan orang berdiri di sebelahnya. Rasa macam nak tercekik melihat wajah orang yang memang dia tak ingin nak berjumpa. Spontan dia terus berdiri.

"Gadis dobi... What a surprise." Ajad masih dengan senyuman sengetnya.

"Tak payah nak surprise sangatlah." Dini mencebik.

"Tak cukup eh gaji kat kedai dobi sampai sanggup jadi tea lady dekat sini?" Ajad menari-narikan keningnya.

"Tea lady?" Dini memandang dirinya atas bawah.

Ada rupa tea lady ke dia ni. Tak guna punya mamat sengal.

"Yalah. Takkanlah kau officer kat sini kan." Ajad mencemik.

Dini dah panas hati. Rasa macam nak cili aje mulut si Ajad a.k.a Abjad ni.

"Ardini, puas saya cari awak. Dah kenal-kenallah dengan Ajad ya?" tegur Amar.

"Kenal sangat, Encik Amar," sahut Dini dengan muka meluat memandang Ajad.

"Oh, baguslah. Ajad, Dini ni..."

"Encik Ajad nak minum apa tadi? Kopi kan? Saya pergi buat sekejap." Dini lekas-lekas memotong percakapan Amar.

Biarlah Si Ajad a.k.a Abjad tu ingat dia tea lady dekat situ.

"Kurang manis," sempat Ajad berpesan sebelum Dini beredar.

Dini julingkan mata.

Amar terpinga-pinga. Sejak bila pula Dini tukar profesion. Mak siti cuti ke? Dia garu kepala.

“Mana bilik aku?” tanya Ajad memandang Amar yang masih memerhati Dini.

Tiada respon. Ajad menoleh ke sisinya.

“Hoi! Kau jangan lebih-lebih, Amar. Aku report kat Nana nanti,” sergah Ajad bila kata-katanya tidak disambut Amar.

“Kau ingat aku tak waras.” Amar menjeling.

Dia masih tertanya-tanya apa motif Dini yang juga kawan baik tunangnya berkata sedemikian. Ada wayar tercabut agaknya dekat kepala si Dini ni.

Sementara itu di pantri pejabat.

“Mak Siti, pengurus baru tu nak kopi pekat manis-manis,” beritahu Dini.

“Biar betul, Cik Dini? Pengurus baru tu tak takut kena kencing manis ke?” Mak Siti terkebil-kebil pandang Dini tapi tangannya pantas membancuh air kopi seperti yang diminta.

“Saya pun pelik. Orang muda sekarang memang dah tak hairan nak jaga kesihatan agaknya, Mak Siti.”

“Agaknyalah, Cik Dini.” Mak Siti menunduk membuka kabinet bawah untuk mengeluarkan dulang.

Dini memasukkan beberapa sudu gula lagi dan ditambah sesudu garam.

“Mak Siti pergi hantarkan dulu, Cik Dini,” beritahu Mak Siti selepas meletakkan muk yang berisi air kopi ke atas dulang.

Dini mengangguk dan tersenyum. Apa agaknya reaksi si abjad tu kan.

“Cik Dini. CEO nak jumpa,” beritahu Grace yang tiba-tiba terpacul di pintu pantri.

“Okey.” Dini berjalan dengan senyuman kemenangan terpamer di bibirnya.



MAK LIMAH menguak perlahan pintu bilik Amar. Dia melemparkan senyuman pada kedua-dua jejaka di hadapannya. Mulanya tadi dia pergi ke bilik pengurus baru tu tetapi tiada seorang pun di sana. Itu yang dia ke sini.

“Jemput minum, encik.” Pelawa Mak Siti sebaik meletakkan muk di depan Ajad.

“Terima kasih.” Ajad terus mengambil dan meminumnya.

Tersembur keluar air kopi yang diminum Ajad sebaik air kopi itu masuk ke dalam mulutnya. Habis basah meja kerja Amar.

“Ke…kenapa, encik?” tanya Mak Siti takut-takut.

“Kenapa ada rasa garam? Manis pula tu. Tak pasal-pasal boleh kena kencing manis saya ni.” Muka Ajad dah cemberut.

Amar di depannya dah tersenyum-senyum.

“Cik Dini cakap encik suka yang manis-manis. Itu yang saya lebihkan gula tapi saya letak gula aje tak ada pula letak garam.” Muka Mak Siti dah berkerut-kerut. Cuba mengingati bagaimana dia bancuh air kopi itu tadi.

Terburai terus ketawa Amar mendengar jawapan Mak Siti. Sah, Dini memang nak kenakan Ajad. Gadis itu memang pantang kalau orang tak tahu menghormati orang lain. Ada saja agendanya.

“Dia dekat mana sekarang?” tanya Ajad dengan muka merah padam bila mendengar nama Dini.

“Bilik CEO.”

Ajad terus keluar.

“Mak Siti tolong bersihkan, ya. Jangan risau. Adik saya tu marah dia sekejap aje,” arah Amar. Dia menuruti jejak Ajad.

Dato’ Salleh mendongak bila pintu biliknya dikuak kasar dari luar.

“Ajad,” tegur Dato’ Salleh. Keningnya terangkat tanda bertanya ada apa.

Dini hanya menundukkan mukanya. Tahu sangat mesti si Ajad a.k.a Abjad nak mengamuk tu. Dia cuba berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku. Wajah tenang setenang-tenangnya dipamerkan.

Ajad menghampiri meja Dato’ Salleh.

Amar yang sudah berdiri dibelakang adiknya bergerak masuk dan duduk di sofa tetamu.

“Kau kenapa? Ada masalah apa dengan aku? Kalau tak reti buat air tak payah nak jadi tea lady sangat,’ Ajad menghamburkan kemarahannya. Entah kenapa hanya kerana secawan air kopi darah mudanya mendidih.

“Tea lady? Siapa?” tanya Dato’ Salleh kebingungan. Dia memandang Ajad dan Dini silih berganti.

“Perempuan ni.” Ajad menjuihkan bibirnya kepada Dini.

Dini mengangkat muka dan tersengih memandang Dato’ Salleh.

Dato’ Salleh tersenyum. Pasti anak bujangnya ada melakukan sesuatu pada Dini. Dia arif benar dengan kenakalan anak gadis ini.

“Ardini Syaza. She’s our great accountant, Ajad,” beritahu Dato’ Salleh.

“What?!” Ajad rasa macam nak terjun bangunan lima belas tingkat itu.
Gadis dobi ni akauntan? Aduhhh… mana nak letak muka ni. Dahlah dia mengutuk Dini kaw-kaw.

“Amar nak bagitahu, abah. Tapi abah tahulah Ajad ni macam mana,” ujar Amar sambil tersenyum-senyum.

Dini berpaling pada Ajad. Dia menghadiahkan senyuman sinis pada jejaka berlagak itu.

Ajad membetulkan tali lehernya. Macam nak tercekik pun ada.

“Ajad, Ajad.” Dato’ Salleh menggelengkan kepalanya.

“Tak pasal-pasal,” giat Amar menambah rasa malu pada adiknya.


“Diamlah kau.” Ajad menjeling. 

P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.
Req grup untuk baca teaser bagi bab2 seterusnya http://www.facebook.com/groups/460780710692490/