Sunday, January 24, 2016

CINTA SEJATI SEORANG PLAYBOY - BAB 3



ADWAN mencampakkan badannya ke atas katil. Kot, tali leher dan suitcase dilambakkan sahaja di atas lantai bilik. Baju kemeja yang tersarung di badan tak sempat ditanggalkan. Hanya 3 butang atas sahaja yang sempat dibuka. Nasib dia sempat hidupkan pendingin hawa.
“Arghhh!!!” Dia menjerit. Terasa beban di dada hilang. Kosong. Lapang. Letih yang ditanggung turut berkurang.
Sudah sebulan hidupnya dihabiskan di pejabat sahaja. Keluar awal pagi. Pulangnya selepas terbenam matahari. Lagaknya macam dia turut bekerja di seberang tambak sana. Hakikatnya seharian dia menghabiskan masa di Amazon Berhad.
Bila sudah mengamalkan gaya hidup begini, masa untuk dia berlibur juga tiada. Malah tiada lagi gadis-gadis cantik dan seksi yang berjalan di sebelahnya. Dalam kepalanya hanya memikirkan kerja, kerja, kerja. Terseksa. Terdetik dalam hatinya adakah Papa yang merancang semua ini. Tiba-tiba sahaja beban kerja untuk dia bertambah.
“Allah!” Lamunannya tersentak dek getaran telefon bimbit di dalam kocek seluar. Merengsa dia meraba ke dalamnya.
Telefon bimbit dikeluarkan. Matanya merenung skrin telefon. Terbuntang. Ada lebih seratus pesanan ringkas diterima melalui aplikasi Whatsapp dan juga SMS. Semuanya dari temanteman mesranya.
Baru dia teringat sesuatu. Pagi tadi selepas masuk ke pejabat, cepat sahaja dia menukar mod senyap pada telefon bimbitnya. Dia tidak mahu ada sebarang gangguan. Kalau tidak kerja-kerja pejabatnya tidak akan susut.
Jemarinya ringan menekan tanda padam pada setiap pesanan. Entahlah dia sudah tiada jiwa mahu melayan mereka. Baru terasa aktiviti tak berfaedah yang bagaikan makanan rujinya selama ini hanya sia-sia. Tak ada gadis mendampinginya bukannya dia akan mati. 
Namun tingkahnya terhenti pada satu nama. MARLISA. Pesanan si gadis dibacanya. Berlapis kerutan di dahinya. Cuba mengingatkan siapakah gerangan gadis yang bernama Marlisa. Bingo! Dia tahu gadis ini. Tak buang masa nombor si gadis terus didail.
“Hello!” Sahut satu suara manja di hujung talian.
Adwan tersenyum. Lunak pula suara gadis ini. Lamanya suara manja begini tidak menjadi santapan halwa telinganya.
“Hello! Siapa ni? Dah telefon orang tapi tak mahu cakap. Akid, is that you? You jangan main-mainlah. I letak telefon ni?”
Panas telinga Adwan bila mendengar nama yang disebut si gadis. Nama yang sekian lama menjadi pesaingnya. Dia berdeham. Cuba menenangkan perasaan sebelum menyahut panggilan si gadis.
“Hello!”
“Errr… Siapa ni?” Hilang terus suara yang kedengaran yakin sewaktu membebel tadi.
“You yang text I tapi you lupa siapa I?” Adwan masih mahu berteka-teki. Mahu si gadis betulbetul mengingati dia. Mentang-mentanglah pasangan gadis ini lebih bagus dari dia. Terus tak tahu siapa yang menelefonnya.
“I tak ada masalah nak fikir-fikir,” bentak suara manja itu lagi.
“Marlisa Mohamed. Model terkenal. Tinggi, rambut lurus paras bahu, putih, seksi. Hurmmm… 36-24-36 perfecto.” Adwan mengulas satu persatu profil si gadis. Terperinci tapi lebih kepada fizikal si gadis.
“Errr…” Suara si gadis seakan terkedu.
“Oh, please say something! Not just errr. At least thank you.” Mulut manis Adwan mula berbicara. Cuba mengumpan Marlisa. Dia bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal. Marlisa tersenarai dalam salah seorang gadis idamannya.
“Thanks but who you are actually?” Nada suara si gadis sudah bertukar. Lembut. Manja. Sedikit menggoda.
“Tak keluar dengan Akid?” Adwan sengaja menduga. Pada masa yang sama nak juga dia tahu status perhubungan Marlisa dan Akid.
“Tak. Diakan ada banyak spare part.” Kedengaran suara Marlisa sedikit mengeluh.
Adwan tarik senyum nakal. Umpan yang dicampak dah mengena. Bolehlah dia mencuba nasib.
“Kalau macam tu keluar dengan I, nak?” Dia cuba mencucuk jarum.
“You ni siapa sebenarnya? I tak sukalah keluar dengan orang yang I tak kenal. I tak nak nanti keluar gosip I keluar dengan lelaki entah dari mana.” Marlisa kembali membentak.
“You betul ke nak tahu I siapa?” Adwan masih mahu main tarik tali. Seronok pula mendengar suara Marlisa yang seakan-akan marah pada dia tapi telinganya macam mendengar Marlisa menyanyi.
“Up to you. Nak beritahu I dengar. Cuma sekarang ni kalau you tak ada apa-apa lagi nak cakap…”
“Zulfan Adwan. Amazon Berhad.” Adwan cepat-cepat memintas. Tidak mahu mangsa yang sudah berjaya diumpan terlepas.
“Adwan! It’s really you?”
“Yup. You texted me, Marlisa.”
“But you called me. O.M.G!”
“Siapa yang tak nak bercakap dengan Marlisa Mohamed. The most beautiful model in Malaysia.”
“Stop pulling my leg.”
“Betullah, sayang. I rasa bertuah sebab ada gadis cantik hantar mesej cinta pada I.”
“Mesej cinta? Bila masa pula. Setahu I apa yang I hantar tu lebih kepada kenalkan diri I.” Nada suara Marlisa bertukar serius.
Adwan ketawa. Marlisa betul. Gadis itu bukannya menghantar mesej cinta pun tapi mesej meminta Amazon Berhad menaja makan malam amal yang dianjurkan oleh sebuah badan kebajikan.
“Kenapa you ketawa? Betulkan apa yang I cakap.”
Semakin galak Adwan ketawa. Dia tahu pastinya Marlisa sudah bengang dengan reaksi dia. Kalau tidak takkanlah suara gadis itu kedengaran tegang. Dia menyambung kata bila tawanya sudah redha sedikit.
“Gadis cantik macam you tak elok marahmarah. Nanti banyak kedut dekat muka. Kalau dah banyak kedut, kurang job nanti you dapat,” selorohnya.
“Agaknya lelaki stok-stok macam you ni suka makan gula, kan? Bukan main manis lagi bahasa you,” perli Marlisa.
“I tak makan gula. I tabur gula tu.” Adwan membalas. Memancing Marlisa untuk meneruskan perbualan mereka.
“Pleaselah, Encik Adwan. I tak mahu dapat kencing manis muda-muda ni.” Marlisa semakin selesa membalas usikan Adwan.
Sekali lagi tawa Adwan terletus. Nampaknya pancing yang dilontar semakin dekat dengan mangsa. Sedikit usaha sahaja lagi, Marlisa pasti akan jatuh ke tangannya. No more Akid and Marlisa.
“Jom keluar dengan I?” ajak Adwan tanpa silu.
“You know I’m with  Akid, right?” Marlisa menyoal lemah.
“Kalau you dengan dia kenapa tadi I macam perasan dia dinner dekat Hotel Thistle dengan Wani? Kalau tak silap I Wani tu pun model juga.” Adwan sengaja mengumpan.
“Macam I cakap tadi. Akidkan banyak spare part.”
“Itu pun you masih nak tunggu?”
“I sayang dia. I tak boleh tinggalkan dia. I terhutang budi dengan dia.”
“Oh! Come on, Marlisa. I pun boleh bagi apa yang dia bagi pada you. In fact lebih dari apa yang pernah dia bagi pada you.” Adwan bengang. Kenapalah setiap gadis cantik lebih percayakan Akid daripada dia. Dia pun ada segala-galanya. Bak kata orang dia dan Akid kalau berdiri sama rata sahaja.
“Bukan macam tu…”
“You nak syarikat I jadi penaja tak?”
“Kalau you sudi.”
“Then dinner with me tomorrow.”
“I…”
“Wear something nice. Waterfront. Eight p.m. sharp.”
“Adwan… I...”
“Please?” Adwan merayu. Bibirnya digigit. Mengharap sangat Marlisa sudi menerima ajakannya.
“Okey.” Suara Marlisa sedikit mengeluh.
“Don’t worry. Kalau Akid boleh keluar dengan orang lain, kenapa you tak boleh pulak, kan.” Adwan memujuk lembut. Cuba meyakinkan Marlisa yang gadis itu tidak membuat keputusan yang salah.
“I takut. You tahulah Akid tu.”
“I tahu. I kenal dia. Kenal sangat-sangat. Jangan tak datang esok.”
“Deal.”
“Good night then. Pergi tidur. I tak nak tengok muka lesu you esok. Tak sabar nak jumpa model tercantik ni.”
“You ni memang mulut manislah, Adwan. Good night. Bye.”
Adwan tersenyum lebar. Telefon bimbit dicampak ke hujung katil. Bukan susah nak mengayat perempuan. Putar belit sikit, karang ayat bergula, petik jari, gadis yang diidamkan sudah berada di dalam genggaman.
Dia bingkas bangkit dari perbaringan. Baki butang baju kemejanya dibuka satu persatu. Tuala di penyidai dicapai. Dia mula melangkah menuju ke bilik air tetapi langkahnya terhenti apabila terdengar ketukan pada pintu bilik tidur.
Siapa ajelah ni, omelnya.
Melangkah malas ke pintu. Tombol dipulas. Daun pintu ditarik.
“Amanda?” Terkejut dia melihat Amanda yang tersengih berdiri di depan bilik tidurnya.
“Hai, Along. Baru nak mandi ke?”
Amanda menegur sambil menolak pintu bilik agar terbuka luas hingga membuatkan Adwan pantas berundur. Laju sahaja dia meluru masuk ke dalam walau tidak dipelawa. Selamba melabuhkan duduk di atas katil bujang Adwan. Sila ditarik.
“Nak apa masuk bilik orang bujang malam-malam ni?” Adwan bercekak pinggang. Memandang garang pada Amanda. Dia masih tercegat di sisi daun pintu. Tuala mandi yang dipegangnya disangkut ke bahu.
“Bilik abang kita. Suka hati kitalah nak masuk.” Amanda mencebik sambil  memandang ke sekeliling bilik.
“Badan Along dah melekit ni.” Sengaja Adwan mengeraskan sedikit suaranya. Bila berdepan dengan Amanda dia kena guna aura seorang abang yang tegas. Bukannya apa, Amanda ni banyak juga akalnya. Kalau tak berkeras mudah sahaja dia cair dengan permintaan adiknya itu.
“Gurau sikit pun tak boleh. Ikut pergi Shah Alam nak? Esok?” ajak Amanda
“Ada apa?” Dahi Adwan berkerut.
“Konvokesyen adik, tapi hari Ahad.”
“Kenapa tak cakap awal-awal?”
“Susah nak jumpa Along. Balik lewat malam sangat. Tak sanggup nak tunggu.” Amanda beralasan.
Memang itulah kenyataannya. Adwan pergi kerja sebelum dia bangun dan pulangnya setelah dia tidur. Hari ini dia memang nekad menerjah bilik tidur abangnya.
“Siapa aje yang pergi?” Adwan mendekati Amanda. Turut sama melabuh duduk di birai katil. Bersebelahan dengan Amanda.
“Mama dengan Papa. Angah tak dapat cuti.”
“Tak bolehlah. Along ada hal. Kalau adik cakap dari semalam mungkin Along boleh ikut.”
“Hal apa? Dating? Siapa pula mangsa kali ni?” Amanda tarik muncung.
“None of your business, little sister. Sorry. Along memang tak boleh.” Adwan menarik tangan Amanda. Jemari kecil si adik dielus lembut. Memujuk. Rasa kasihan pula melihatkan muka monyok Amanda, tapi janji temu dengan Marlisa tak boleh dilepaskan. Itu saja peluang yang dia ada. Masa yang sesuai untuk menawan hati si model jelita.
“Kesian Papa. Nak kena drive seorang diri.” Amanda masih cuba tagih simpati.
“Pak Samad ke mana?”
“Papa tak nak kacau dia hujung minggu. Please, Along?” Amanda kerdip-kerdipkan matanya.
“Boleh tak jangan buat muka Puss in the boots tu.” Adwan menggeleng. Kepala Amanda digosok.
“Bolehlah ni?” tanya Amanda lagi.
“Tak boleh. I’m really sorry.” Adwan merendahkan suaranya.
“Nak buat macam mana, kan? Bukan penting pun hari kita.” Amanda tarik tangannya. Bingkas berdiri dan berlalu keluar dari situ.
“Nanti Along belanja!” Adwan menjerit.
“Yalah tu!” Amanda membalas dari luar.
Adwan tersenyum. Tak apalah. Bukan susah pun nak pujuk Amanda. Rajuk si adik bukannya lama mana. Esok lusa dia juga yang dicari. Pintu bilik tidur ditutup.

P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.

CINTA SEJATI SEORANG PLAYBOY - BAB 2


ADWAN bersandar pada badan keretanya. Santai dan malas. Kaki bersilang tetapi tangannya tak duduk diam, bekerja keras mengalahkan buruh kasar. Menepis jemari cantik yang galak merayap di dadanya.
Sesekali matanya terpejam rapat. Cuba menahan godaan syaitan yang berlumba-lumba cuba masuk ke dalam hatinya. Mujurlah sekarang ini bukan di dalam kereta. Entah apalah yang akan terjadi jika dia dan si seksi di depannya ini masih lagi belum keluar.
Norish sengaja melekapkan tangannya di dada Adwan. Jemari runcingnya berlari-lari pada dada bidang Adwan. Ke atas, ke bawah, ke kiri dan ke kanan. Misi dia hari ini mahu membawa Adwan ke ranjang. Sudah lama dia impikan belaian tangan kekar Adwan. Malah tubuh tegap Adwan menjadi igauannya saban malam.
“Teman I malam ni?” Lembut lidahnya menutur kata. Agar kedengaran manja pada telinga Adwan.
Jemarinya tidak berhenti. Masih lagi ralit menjalankan tugas. Sesekali tubuhnya juga dirapatkan pada Adwan. Itu saja senjata yang dia ada. Lelaki ini memang susah betul hendak ditawan. Ada saja alasan yang diberi.
“Dear…” Adwan menggumam tenang.
Mata yang terpejam rapat dibuka seluasluasnya. Pandangannya jatuh pada wajah gadis kacukan di depannya. Beraksi macam kucing parsi. Menggesel saja sedari tadi.
Hatinya terdetik sesuatu. Kenapalah perempuan zaman sekarang begitu murah menjual maruah. Hanya kerana mahukan kemewahan sanggup menggadai tubuh.
“Adwan, malam ni aje. Please…” rayu Norish lagi. Masih tidak mahu mengalah.
Dia menggapai tangan Adwan yang menepis jemarinya. Dibawa ke perut kempisnya. Perlahanlahan tangan kekar yang sudah melekap pada badannya itu ditarik ke atas. Kali ini dia nekad.
Tindakan spontan Norish hampir sahaja membuat Adwan tewas. Pantas dia menarik tangannya. Direhatkan pada kedua-dua belah pinggang Norish. Mengucap panjang dia di dalam hati. Jelas sekali aksi Norish tadi bagaikan memberi peringatan kepada dirinya.
“I’ve got to go. You better go home now. Kalau tak…”
“Kalau tak, apa? You want to kiss me? It’s my pleasure, darling…” Norish yang turut meletakkan ke dua-dua belah tangannya pada pinggang Adwan semakin mendekatkan wajahnya pada wajah Adwan.
“Norish…” Meleret Adwan menyebut nama Norish. Tubuhnya dijarakkan sedikit.
Aduh! Boleh sesak nafas dia dengan godaan gadis kacukan ini. Rasanya kalau lelaki lain memang dah selamat gadis ini dikendurikan. Mujur dalam dadanya masih tertanam iman biar pun senipis kulit bawang. Kalau dia tak kuat menahan nafsu, memang esok pagi Papa dan Mama boleh kena sakit jantung tengok dia dan Norish di atas katil.
“Okey, okey. I know. At least give me a good night kiss, then?” Norish kerdipkan matanya berkali-kali. Tak dapat orangnya dapat ciuman pun sudah memadai. Bolehlah buat bekalan peneman tidurnya malam ini.
Tak fikir panjang Adwan labuhkan bibirnya pada kedua-dua belah pipi Norish. Langsung tiada silu yang menjengah hatinya. Hanya memikirkan tidak mahu menghampakan permintaan si gadis setelah pelawaan bermalam ditolaknya mentah-mentah.
“Go now,” arahnya. Sempat dia menepuk pinggul Norish sebelum gadis itu beredar.
“Naughty boy. Bye.” Norish menghadiahkan flying kiss sebelum pergi.
Adwan tersenyum. Dia memerhati sehingga Norish hilang di sebalik lif. Wajahnya diraup kasar. Rambut dikuak ke belakang. Keluhan berat dilepaskan. Hampir saja dia tewas tadi.
Betul dia memang sosial. Setakat pegang sana sini. Laga-laga pipi. Dia memang sudah biasa. Namun untuk bersama dengan perempuan di atas katil, itu yang cuba dia elakkan. Nama baik Dato’ Zayd harus dijaga. Reputasinya sendiri sebagai Pengurus Besar Amazon Berhad juga terpalit sama andai dia berani melakukan onar itu.
Dalam melayan perasaan resah, telefon bimbitnya berbunyi garang. Adwan berdecit. Meraba kocek seluar. Tangan menyeluk ke dalamnya. Telefon bimbit di genggaman dipandang.
Amanda? Berkerut dahinya. Adik dia yang seorang ini tidak pernah mengganggu dia di waktu malam melainkan… Lantas ikon hijau ditekan.
“Hello!”
“Along dekat mana?”
“Assalammualaikum.” Adwan tersenyum simpul. Dia pasti Amanda di hujung talian tak senang duduk. Kali ini dia berjaya mengenakan Amanda. Acapkali hanya dia sahaja yang alpa.
“Hesy, wa’alaikumussalam.”
Ketawa Adwan meledak bila Amanda membalas geram. Jarang sangat nak dengar si adik marah-marah.
“Kenapa?” Dia menyambung bicara yang tergantung dek tawanya tadi.
“Baliklah cepat. Papa dengan Angah tu rancak sangat ‘berbincang’.”
“Again?”
“Biasalah Papa tu. Entah apalah yang Angah buat sampai dia tak puas hati.”
“On my way, bye.”
Talian dimatikan. Tanpa berlengah Adwan membuka pintu kereta. Dia segera meloloskan badannya. Telefon bimbit dicampak ke tempat duduk sebelah penumpang. Enjin kereta dihidupkan. Pedal minyak ditekan. Mengaum kuat enjin Audi R8 memecah kesunyian malam.
Lebih kurang 15 minit, Adwan sudah sampai di perkarangan rumah keluarganya. Laju dia mengatur langkah menuju ke dalam rumah sebaik sahaja keluar dari keretanya. Tidak mahu berlengah. Takut berlaku perkara tidak elok di dalam sana.
Semakin dia menghampiri pintu utama, telinganya dapat menangkap suara-suara lelaki di dalam rumah. Kuat. Keras. Kalau inilah dinamakan berbincang, agak janggal kalau orang luar dengar.
Ini namanya bertelingkah. Dia hanya mampu menggeleng.
“Assalammualaikum.” Salam diberi.
Pintu utama itu dikuak lebih luas sambil Adwan membuka kasutnya. Mata pula memaku pandang pada figura dua orang lelaki yang turut memandang ke arahnya.
“Wa’alaikumussalam.” Serentak salamnya dijawab.
Adwan meluru masuk ke dalam rumah. Selamba menghenyakkan punggung di sofa bersebelahan dengan adiknya yang kedua dan bertentangan dengan Papanya. Kunci keretanya dicampak sahaja di atas meja kopi. Dia beraksi seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku sebelum kehadiran dia di sini.
“Apa lagi ni, Papa, Angah?” Wajah si adik lelaki dan Papanya dipandang bersilih ganti.
Zuhayr Affan, si adik hanya menundukkan muka. Bertindak mengunci mulut. Tidak seperti tadi. Ada sahaja balasan kata pada setiap soalan yang dilontar Dato’ Zayd.
“Susah kalau ada anak tak dengar kata ni.” Dato’ Zayd merungut. Memberi jawapan kepada pertanyaan Adwan.
“Papa, Alongkan ada,” pujuk Adwan.
Tidak sampai hati melihat riak tegang pada wajah Papanya. Dalam usia begini, wajah itu berhak untuk ceria. Tidak sepatutnya ada garis-garis resah yang singgah.
“Papa bukan apa, Along. Kalau boleh Papa nak anak-anak Papa, tak kiralah lelaki atau perempuan. Semuanya bersama-sama berganding bahu majukan syarikat kita tu.” Dato’ Zayd memandang Zuhayr Affan sekilas sebelum jatuh pada wajah Adwan. Kata-katanya itu ditujukan kepada anak keduanya.
Entahlah, dia tak tahu kenapa sukar benar anaknya yang seorang ini mengikut suruhannya. Lebih suka berdikari. Tidak mahu langsung bekerja dengan keluarga sendiri.
“Angahkan doktor. Penat dia belajar bertahuntahun. Takkanlah dia nak lepaskan macam tu aje?” Tutur Adwan lembut. Dia mengerling Zuhayr Affan dengan ekor matanya. Berharap sangat si adik turut membela diri. tetapi Zuhayr Affan kekal begitu. Masih lagi membisu.
“Kenapa Along boleh aje kerja dengan Papa? You’re an engineer after all.” Dato’ Zayd tidak dapat menerima kata-kata Adwan.
Adwan menghela nafas berat. Takkanlah dia nak cakap yang dia terpaksa sebab dia anak lelaki yang sulung. Takkanlah dia nak pecahkan rahsia semuanya sebab pujukan Mama. Jika dia juga bertegas dengan pilihan kerjayanya seperti Zuhayr Affan, pengakhirannya nanti dia juga yang kena menggantikan Papa. Lagi pula kedua-dua adiknya memang mengharapkan dia untuk meneruskan legasi Papa mereka.
“Along lain, Pa. Biarlah Along berkorban. Lagipun tak semua orang ada minat dan kemahiran yang sama. Let him be, Pa.”
Dato’ Zayd mendengus. Memberi renungan tajam pada anak-anaknya sebelum dia berdiri.
“Susah betul cakap dengan kamu berdua!” Dato’ Zayd berlalu dari situ. Membawa diri ke bilik tidurnya bersama amarah yang masih bersisa di dalam dadanya.
Adwan bersandar. Kepala direhatkan pada belakang sofa. Merenung kosong siling rumah. Perhatiannya beralih pula pada lampu chandelier yang menerangi ruang tamu rumah ini.
Zuhayr Affan turut sama bersandar. Beraksi seperti Adwan. Cuma matanya menoleh ke sisi.
“Thanks, bro.”
“Ini aje yang aku boleh tolong, Angah. I don’t know whether I can defend you in the future.” Mata Adwan masih lagi memandang lampu. Hanya mulutnya yang menggumam.
“I owe you one, Along. Aku akan ingat tu.”
“So, what’s next?” Adwan menukar pandang. Wajah Zuhayr Affan menjadi perhatian.
“Tunggu surat posting.” Zuhayr Affan jongket bahu. Hanya itu sahaja jawapan yang dia ada. Buat masa ini memang dia hanya merengsa di rumah. Mungkin kerana itu Papa mendesak dia bekerja di hotel.
“You better be a good doctor. Kalau tak memang aku cincang kau.”
“Kau jangan risaulah, Along. I’ll be the best Orthopedic ever!”
“Perasan!” Adwan mencebik.
“I’ll prove it to you!” Bersungguh Zuhayr Affan mengiakan kata-katanya. Itulah impian dia. Akan dia buktikan kepada Papa dan seluruh keluarga ini.
Tiba-tiba Amanda yang entah datang dari mana terus mencelah duduk di antara Adwan dan Zuhayr Affan. Dia menepuk paha kedua-duanya. Tak sabar nak tahu apa yang berlaku tadi.
“Along, Angah kongsilah. Apa cer?” Wajah kedua-dua abangnya dipandang bergilir. Menanti salah seorang daripada mereka bercerita.
“Sibuk aje, little sister ni. Tadi suara bukan main menggigil lagi.” Adwan tidak menjawab pertanyaan Amanda. Sebaliknya dia bertindak menggosok kepala Amanda. Mengusik adik kesayangan.
“Hey, I’m already twenty six!” Mulut Amanda dah muncung. Jelas sekali tidak suka dengan panggilan begitu. Abang-abangnya masih lagi menganggap dia adik kecil mereka.
“But still a little sister to us.” Zuhayr Affan menambah. Tumpang sekaki mengusik Amanda.
“Diamlah, doktor. Kalau orang tak call Along tadi, selamatlah awak kena masuk juga Amazon esok. Sibuk nak kenakan kita pula.” Amanda jelir lidah. Pulang paku buah keras pada Zuhayr Affan.
Spontan Zuhayr Affan letak tangan kanannya di dada. Dia menundukkan tubuhnya sedikit. Dengan senyuman mengusik dia membalas kata.
“My bad. Thanks to you, little sister.”
“Mengadalah,” tangan Amanda memukul dada Zuhayr Affan yang sudah galak mentertawakan dia. Sibuk juga dia mengelak bila tangan Zuhayr Affan mula nak menggosok kepalanya.
“Balik pukul berapa tadi?” Adwan menyoal. Mencelah gurau senda adik-adiknya.
Aksi pukul memukul dan elak mengelak antara Amanda dan Zuhayr Affan terhenti. Amanda berpaling kepada Adwan pula. Dia tahu soalan itu ditujukan kepadanya.
“Kenapa?” Dahinya berkerut.
“Lambat ke? Bukan Along dah pesan suruh balik awal?”
“Sebelum Asar orang dah ada dekat rumahlah.”
“Lewatnya?” Adwan angkat kedua-dua belah keningnya.
“Nama pun dating. So, what do you think about him, Along?” Amanda tarik sila. Kini tubuhnya seratus peratus mengadap Adwan. Sengaja menukar topik isu dia balik lambat. Lagi pun dia memang nak tahu sangat pendapat abangnya yang seorang ini.
“Bolehlah.” Adwan menjawab acuh tak acuh. Menyesal pula mempersoalkan Amanda pulang lewat. Dia memang sudah lupa hal tengah hari tadi.
“Whoa, tak acilah. Kenapa tak ajak Angah? Kenapa selalu sangat Angah ketinggalan bila kau orang ada cerita panas ni?” Zuhayr Affan bertindak menggosok kepala Amanda.
“Eee… apa ni, Angah asyik main kepala orang. Papa bayar zakatlah.” Amanda menepis tangan Zuhayr Affan. Jemarinya melurut-lurut rambutnya yang sudah kusut diusik
Zuhayr Affan. Zuhayr Affan hanya ketawa. Tak hirau langsung dengan rungutan Amanda. Malah semakin ligat jemarinya menyentuh kepala Amanda.
“Bolehlah?” Amanda kembali fokus pada Adwan. Sudah malas mahu melayan kerenah nakal Zuhayr Affan.
“To tell you the truth, I don’t like him.” Adwan berterus-terang. Tidak bertapis. Tak kisahkan apa hati dan perasaan Amanda rasa.
Dia bukan lelaki yang akan bertutur mengikut kehendak orang yang mahu mendengar. Dia ialah seorang lelaki yang akan berbicara berdasarkan apa yang dia lihat. Dan mata lelakinya nampak Azri Imran tak layak berdiri di sebelah Amanda.
“But, I do like him. He’s such a nice guy. A perfect man to be called a husband. Tak sabarnya nak hidup dengan dia!” Amanda kerdip-kerdipkan matanya.
“Why do women likes to do that?” Berkerut dahi Adwan dengan tingkah Amanda. Ini bukan kali pertama dia ditunjukkan aksi begini. Setiap perempuan yang bergandingan dengan dia kerap juga buat macam ni.
“Sebab itu aje yang kami pandai.” Amanda tersengih.
“Klise sangatlah kau, dik.” Zuhayr Affan berbisik.
“Sibuklah doktor ni. Pergi main jauh-jauh sana.” Amanda menyiku Zuhayr Affan yang menghimpit belakangnya.
Abangnya yang seorang ini memang kuat mengusik. Tak dinafikan dia lebih rapat dengan Zuhayr Affan berbanding Adwan. Mungkin kerana jarak umur mereka yang tidak jauh.
“Memang nak blah pun. Tak kuasa nak layan.” Zuhayr Affan sudah berdiri. Mengekek dia ketawa bila Amanda bertindak membaling kusyen kecil kepadanya.
Adwan hanya tersenyum. Menggeleng melihat perangai adik-adiknya yang kebudak-budakan. Tak nampak macam 26 dan 28 tahun.
“Siapa yang pernah buat macam tu kat Along?” Amanda cuba mengorek rahsia.
Adwan hanya jongket bahu. Tak rasa nak jawab soalan remeh Amanda.
“Alonggg…”
“Budak kecik mana boleh tahu.” Adwan turut bangkit. Mahu segera ke bilik tidurnya. Nak basahkan badan. Keluar dari pagi dan pulang lewat ke rumah buat tubuhnya melengas.
“Berlagak!” Amanda bersandar malas. Tangan bersilang di dada. Dia tarik wajah masam. Protes. Namun perlahan-lahan wajah mulus itu tersenyum bila tersedar yang dia hampir mampu mengorek rahsia hati Alongnya itu.
“Along memang tak suka dia.” Sempat Adwan tegaskan pendiriannya sebelum berlalu. Tersungging senyuman senget di bibirnya bila menangkap riak wajah Amanda berubah masam semula.
Amanda menjeling Adwan dengan ekor mata. Baguslah semua orang hilang. Apa Azri Imran tengah buat sekarang ni ya? Bunyi notifikasi dari telefon bimbitnya tanda ada mesej masuk membuat bibirnya mengukir senyuman lebar. Orang yang dia tengah rindukan macam tahutahu saja namanya disebut.
Azri Imran:
Saya sayang awak dan saya tahu awak sayang saya tapi saya tak kuat bila dihina.
Maafkan saya, Amanda.
Setakat ini saja perhubungan kita.
Semoga awak berjumpa dengan seseorang yang sekufu dengan awak.

“What!” Amanda menjerit kuat.
Laju jemarinya mendail nombor Azri Imran. Tak puas hati berbalas mesej. Lebih senang bercakap sendiri. Puas mendail namun panggilannya langsung tak berangkat.
Ini mesti kerja Along! Along, apa along dah buat ni? Dia bingkas bangun. Berlari anak menuju ke tangga.

P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.

Saturday, January 23, 2016

CINTA SEJATI SEORANG PLAYBOY - BAB 1


PUNAT kunci Audi R8 hitam ditekan. Adwan masih tak berganjak. Kedua-dua tangan naik mencekak pinggang. Berdiri tegak memandang bangunan di depannya restoran makanan segera McDonald.
Spontan dia menggeleng perlahan. Sungguh dia tak percaya dengan dirinya sendiri. Entah jampi serapah apalah yang digunakan adiknya hingga berjaya membuat dia menjejakkan kaki ke sini.
Sudahlah tempat ini antara tempat yang paling dia tidak mahu kunjungi. Tak setaraf dengan kedudukannya. Tak sesuai dengan jawatan yang disandangnya.
Hesy, tak ada kelas langsung ajak aku makan dekat sini! Gumam Adwan sendirian.
Nafas dihela dalam-dalam. Langkah diatur juga menuju ke dalam restoran. Takut si adik sudah menunggu lama. Walau tak suka dia terpaksa. Terpaksa bersebab. Percayalah dia tak sanggup mendengar leteran yang bakal keluar dari mulut si adik andai dia terlewat. Bait-bait bicara adiknya sama hebat dengan sifu adiknya, Mama mereka.
“Along!”
Jeritan seseorang yang dikenalinya membuat Adwan tercari-cari. Seorang gadis bertudung kuning mustard melambai kepadanya. Dia membalas. Langkahnya dilencongkan menuju ke arah si adik. Cepat dan pantas.
“Tak kisahkan makan dekat sini?” Si adik bertudung kuning mustard bersuara selepas bersalaman dan mencium tangannya.
Adwan mencebik pada si adik. Dia tahu itu sindiran untuknya. Kerusi kosong sebelah si adik ditarik. Punggung dilabuhkan di situ. Kunci keretanya dicampak ke atas meja. Dia bersandar malas. Matanya meliar melihat sekeliling. 
Dia menggelengkan kepala apabila melihat masing-masing begitu berselera menikmati hidangan mereka. Tertelan pula orang-orang ni dengan makanan dekat sini. Bukan sihat pun. Sekali lagi bibirnya mencebik. Sinis.
“That’s him.” Si adik berbisik.
Adwan tersentak. Bisikan si adik jelas mengganggu pemerhatiannya. Namun seketika cuma bila matanya menyorot tajam pada figura yang menghampiri meja yang diduduki dia dan adiknya. Atas bawah matanya bergerak meneliti figura yang sedang menatang dulang yang penuh dengan makanan yang tidak sihat.
“Im, inilah Along I.” Si adik memperkenalkan Adwan pada figura itu.
Kalut figura yang diperkenalkan sebagai Im oleh si adik meletakkan dulang ke atas meja. Tangan dihulur sebagai salam perkenalan. Adab orang Malaysia andai pertama kali bertemu mata.
“Azri Imran. Panggil Imran saja.” Senyuman ikhlas turut dilemparkan.
“Zulfan Adwan. Just call me Adwan.” Adwan menyambut sambil lewa huluran tangan Azri Imran. Wajahnya serius. Tiada tanda-tanda mahu bermesra dengan teman si adik.
Terus senyuman Azri Imran berubah kelat. Perlahan-lahan melabuh duduk bertentangan dengan Adwan.
Adwan buat tidak tahu. Tiada langsung rasa bersalah dengan sikap dinginnya. Kehadiran dia di sini sebab si adik memaksa. Bukan dia yang mahu menambah kenalan. Jauh sekali mengeratkan silaturrahim dengan teman si adik.
Biarlah kalau Azri Imran mahu fikir yang bukan-bukan tentang dirinya, dia tidak kisah. Sudah lali dicap dengan pelbagai gelaran. Sombong, riak, berlagak dan entah apa lagi dia tidak ingat.
Menyedari si abang kurang mesra dengan temannya yang juga dah berubah laku, si adik lantas membuat helah.
“Im, Along… berbuallah dulu...”
Adwan pantas menoleh ke sisi. Tidak senang dengan tingkah si adik. Renungan tajam dilemparkan. Belum sempat dia melontar kata, pantas sahaja si adik merapatkan tubuhnya dan berbisik.
“Amanda nak ke tandas sekejap. Nature call. Please, Along. Be nice to him.” Bersama satu tepukan lembut di bahunya, si adik bingkas berdiri dan meninggalkan dia dan Azri Imran.
Matanya dipejamkan seketika bila susuk si adik hilang dari pandangan sebelum kembali fokus pada Azri Imran. Dia faham maksud Amanda. Inilah tujuan sebenarnya dia ke sini. Meneliti latar belakang dan menapis pilihan hati Amanda sebelum diperkenalkan kepada orang tua mereka.
Kata Amanda, sebagai abang, dia sangat overprotected. Tapi, dia bukan begitu. Dia cuma seorang abang yang sangat menyayangi keluarga.
“Dah lama kenal adik aku?” Tanpa mukadimah terus sahaja dia menutur nada keras.
 Tajam sorotan mata Adwan kala melontar soalan sambil mengetuk-ngetuk kunci keretanya ke atas meja. Sengaja mengganggu perhatian Azri Imran. Mahu menguji lelaki muda ini gugup atau tidak tika berdepan dengan dia.
“Masa ambil diploma lagi. Kiranya dah 5 tahunlah ni.” Tenang sahaja Azri Imran menjawab.
Kedua-dua kening Adwan terangkat. Boleh tahan lama juga Amanda menyimpan rahsia perhubungannya dengan Azri Imran. Patutlah Azri Imran boleh pamer riak tenang menjawab pertanyaannya.
“Lama juga tu. Sekarang buat apa?”
“Part-time dekat 7E. Belum dapat kerja tetap lagi.”
Adwan mencebik. Lelaki muda ini memang berani. Belum tahu boleh bagi adik dia makan apa, tetapi sudah pandai mahu mengajak adiknya itu menikah. Lupa agaknya status keluarga Amanda tu apa.
“Hmmm… kau nak makan apa-apa tak? Aku boleh tolong belikan.” Kali ini Azri Imran pula menyoal. Cuba mengurangkan rasa kekok yang wujud.
“Nope. Aku ada lunch appointment dekat hotel sekejap lagi. Ini pun sebab Amanda paksa. Kalau tidak, tak ada maknanya aku nak datang sini.”
“Okey,” perlahan sahaja suara Azri Imran membalas.
Adwan tarik senyuman sinis. Dia tahu mesti hati Azri Imran dah mengata dirinya macammacam. Sikap dia memang berbeza dengan Amanda. Jauh panggang dari api.
“Asal mana?” Sesi soal jawab bersambung lagi.
“Pahang.”
“Which part?”
“Jengka.”
“Orang pedalamanlah ni.” Sinis nada suara Adwan. Langsung tak terfikir nak jaga hati Azri Imran. Selamba saja mengutuk. Tak ada tapis-tapis. Kalau tak suka pun sepatutnya berlapiklah sedikit.
“Memang pedalaman tapi sekarang Jengka dah maju. Tak macam dulu lagi.” Nada suara Azri Imran berubah. Keras. Tidak tenang seperti awalawal tadi. Terjentik juga hatinya bila ada yang mengutuk kampung halamannya.
“But still a kampong.” Adwan mencebik. Tidak diendahkan balasan keras Azri Imran. Pada dia kampung tetap kampung. Majulah macam mana pun atau modenlah macam mana pun.
“Ya.” Azri Imran mengiakan. Dia bertindak mencapai kentang goreng yang telah mula sejuk. Dia mengunyah kasar. Cuba menenangkan hatinya yang panas.
“Kau tahukan Amanda anak Dato’?” Soalan Adwan kini menjurus kepada titik perhubungan Azri Imran dan adiknya. Dia mahu menyedarkan lelaki muda di depan dia ini siapakah Amanda.
“Dia ada beritahu,” Azri Imran menjawab perlahan.
“So?”
“Apa maksud kau?”
“Aku tak suka adik aku berkawan dengan orang kebanyakan terutama orang kampung macam kau.”
“Tapi Amanda tak kisah pun. Dia cakap Mama dan Papa kau pun tak kisah.”
“Memang mereka tak kisah tapi aku kisah. Kau sendiri tengokkan yang Amanda kenalkan kau pada aku dulu sebelum kau orang jadi lebih serius lagi. Aku tak mahu Papa aku dapat malu sebab bermenantukan orang kampung macam kau.”
Tegak terus tubuh Azri Imran. Panas telinganya bila dihina sebegitu. Kalau inilah punca dia putus dengan Amanda, dia reda.
“Look, Adwan. Jangan kau berani nak menghina kami yang orang kampung ni. Kami tak pernah meminta tolong dari golongan orangorang kaya macam keluarga kau. Kami berusaha sendiri untuk keluar dari kepompong kesusahan.” Azri Imran membalas tegas.
Sekali lagi Adwan mencebik. Dalam hati sudah ketawa puas. Dia tahu Azri Imran faham maksud kata-katanya. Lelaki muda ini sedar diri. Tak perlulah dia bersusah payah menyuruhnya memutuskan perhubungan dengan Amanda.
“Hey, guys!”
Terkejut kedua-duanya yang tidak bersedia dengan kemunculan Amanda yang tiba-tiba. Masing-masing cuba berlagak tenang. Pamer senyuman palsu menutup ketegangan yang melanda.
“Sorry. Sakit perut.”
Amanda yang tidak tahu apa-apa terus sahaja melabuh duduk di sisi Adwan. Dia tayang muka sedih. Sedar dia ambil masa yang lama ke tandas tadi.
“Little sister, I’ve got to go.”
Adwan lantas berdiri. Dia rasakan matlamatnya sudah tercapai. Lebih baik dia segera beredar. Lagi lama dekat sini takut urat mukanya putus. Entah sudah berapa kali dia asyik mencebik. Kalau kerap sangat buat begitu hilanglah ketampanan wajahnya nanti.
“Cepatnya. Baru nak ajak Along lepak lama-lama sikit. Dah lama tak buat macam ni.” Bibir Amanda dah muncung. Tayang muka sedih pada Adwan.
“Lain kalilah. Along ada hal ni.” Satu ciuman kilat dilabuhkan pada kepala Amanda sebelum menggosok seketika kepala adiknya itu.
“Nice chatting with you, Imran. Ingat apa yang aku cakap tadi.” Sempat dia mengingatkan Azri Imran tentang apa yang mereka perbualkan tadi.
“Don’t worry. Aku ingat semuanya.” Azri Imran membalas dengan senyuman kelat.
Amanda buat muka tanda soal. Wajah Adwan dan Azri Imran dipandang bersilih ganti. Menuntut penjelasan dari dua lelaki ini.
“Assalammualaikum.”
Pantas Adwan angkat kaki. Ada senyuman tersungging di bibirnya tika melangkah dari situ. Lucu dengan riak terpinga-pinga Amanda. Biarlah adiknya itu tidak tahu apa maksud kata-katanya. Cukuplah hanya Azri Imran yang faham.
Dasar orang kampung. Ada hati nak jadi menantu Dato’, mulutnya menggumam tika meloloskan badan ke dalam kereta. Dia menggeleng bersama tawa kecil. Sambil menghidupkan enjin kereta matanya masih memerhatikan Amanda dan Azri Imran.
Tangan menggapai telefon bimbit yang diletakkan di atas dashboard. Jari menari di atas skrin mencari nama seseorang. Ada beratus nombor telefon dalam simpanannya. Kebanyakannya perempuan.
“Hello, darling! You dah sampai?” Meleret suaranya sebaik panggilan yang dibuat berjawab. Lebar lorekan senyumnya mendengar butiran balas di sebelah sana.
“Give me ten minutes. Just take orders. Terus makan. I tahu you lapar. Tak perlu tunggu I. Takut I lambat. Heavy traffic. Lagi satu, jangan nakal-nakal tau. Bye.” Talian dimatikan. Sekali lagi dia menggeleng bersama senyuman kala memandang skrin telefon yang sudah gelap.
Inilah yang dia maksudkan lunch appointment tadi pada Azri Imran dan Amanda. Setiap waktu makannya mesti ditemani perempuan cantik dan seksi. Dia tak betah makan sendirian. Tanpa mereka, selera makannya mampu hilang.
Teringat akan sesuatu, untuk sekian kalinya jemarinya menari-nari lagi di atas skrin. Mencari kenalan mesra yang lain pula. Segera ditekan nombor yang yang sudah dikenal pasti.
“Norish dear. I’ll pick you up at 8 o’clock tonight, wear something nice. Bye.” Talian pantas diputuskan tanpa menunggu jawapan si penerima panggilan.
Pendek dan jelas arahan yang dikeluarkan. Dia tahu orang yang menerima panggilannya itu faham. Bukan susah nak tawan perempuan. Taburkan saja duit dan kemewahan di depan mata mereka. Memang melekat macam digamlah!
Sekarang masa untuk membuat panggilan terakhir. Tumpuannya kini kembali ke bangunan yang baru sahaja dia tinggalkan tadi.
“Hello, Amanda! Balik cepat. Jangan lewat. Lelaki zaman sekarang bukan boleh percaya sangat. Bye.”
Adwan mengintai reaksi Amanda di sebalik cermin kereta. Dia perasan Amanda tayang muka tidak puas hati. Bagus punya nasihat dia bagi tadi. Rasanya dia sendiri termasuk dalam kategori lelaki yang tidak boleh dipercayai itu.
Tanpa berlengah, Audi R8 dipandu keluar dari situ. Hon kereta dibunyikan tika melepasi bangunan restoran makanan segera tersebut. Sempat dia melambai pada Amanda dan Azri Imran. 
Betul-betul 10 minit perjalanan, Adwan sampai di Hotel Thistle. Kunci kereta di campak pada jockey yang menjaga valet parking. Kupon yang dihulurkan diambil dan diselukkan ke dalam poket seluarnya. Dia berlari anak menuju kafe The Glass.
Tersungging senyuman di bibirnya sebaik terpandang seorang gadis yang ralit membelek telefon bimbit di tangan. Kedua-dua lengan si gadis yang terdedah dipegang dari belakang.
“Sorry. Kesian gadis cantik ni duduk seorang diri.” Tanpa silu dia mengucup pipi si gadis. Kiri dan kanan.
“Demi you, I tak kisah duduk seorang diri.” Si gadis menepuk manja lengan Adwan yang sudah duduk di sisinya. Dia melorek senyuman menggoda.
Adwan menangkap tangan si gadis. Dia menggenggamnya kemas. Sebelah lagi tangannya mengelus lembut jemari itu.
“That’s my girl. Nanti kita pergi shopping, ya?” Dia kenyit mata.
Liurnya ditelan kala mata menyinggah pada aset si gadis yang hampir termuntah keluar dari baju. Rasanya inilah kali pertama si gadis mengenakan pakaian sebegini. Baju maxi pendek warna hijau lembut dengan belahan leher yang panjang. Betul-betul melepasi dada. 
“Sebab tu I cakap I tak kisah duduk seorang diri. You ni macam tahu-tahu aje yang  memang perlukan baju baru.”
“Anything for you, Sarah. Just name it.” Adwan tersenyum. Sempat dia melambai pada pelayan yang bertugas.
“Rumah I malam ni?” Sarah mengurut lembut tangan Adwan. Berharap sangat Adwan dapat menemani dia.
“Darling, you tahu kan yang I tak boleh?” Pujuk Adwan.
Ya. Dia memang seorang playboy. Bertukartukar perempuan macam menyalin baju. Pilih saja yang mana berkenan, pasti dia akan dapat. Tapi, dia masih berpegang pada prinsip. Tidak akan sesekali mengambil warisan bonda tanpa ikatan yang halal.
“Saja nak test you. Manalah tahu you ubah fikiran. I don’t mind. I boleh bagi layanan first class tau. You never know until you taste it.” Jemari Sarah masih lagi ligat mengurut lembut tangan Adwan. Manalah tahu Adwan termakan dengan kata-katanya.
“Nice try, but no thanks. Sekejap I nak order dulu.”
Pantas Adwan menarik tangannya. Iman dia tidaklah sekuat mana untuk menangkis serangan gadis seksi dan seperti Sarah ini. Bukan dia tidak tahu kegiatan tidak bermoral Sarah dan dia tidak suka ambil bekas orang.
            Senakal-nakal dia, dia mahu yang masih tidak disentuh. Dia mahu menjadi orang yang pertama.

P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.