Arghhh…..!!!
Stereng kereta di hentak kuat. Kenapa mesti Adwan? Apa kurangnya dia. Akid
meraup muka berulang kali. Rambut dikuak ke belakang. Fikiran dia kusut. Kenapa
dia selalu kalah dengan lelaki itu? Kali ini lebih teruk. Stok bertutup pun dia
tak dapat tawan.
Peristiwa
enam bulan lepas masih terbayang di ingatan. Ketika dia sedang duduk di sebuah
restoran, kelihatan sepasang kekasih melangkah masuk sambil bergelak ketawa. Dia
memerhati tingkah pasangan kekasih itu dengan rasa yang bercampur baur.
Pantas
dia bergerak menghampiri pasangan kekasih tersebut. Ada tangan yang cuba
menghalang tetapi ditepisnya kasar.
“Kau
memang tak pernah cukupkan?” templak Akid kepada si gadis.
“Wowowo…
Apa ni bro? Malulah kat orang. Tempat
awam ni,” si jejaka cuba menenangkan Akid.
Beberapa
pelanggan yang sedang menikmati hidangan mula tertumpu ke arah mereka.
“Kau
diam!” marah Akid. Suara dia naik satu oktaf. Mata dia meliar melihat
sekeliling. Seolah-olah memberi isyarat jangan jaga tepi kain orang.
Sepantas
kilat mata-mata yang memandang tadi beralih semula pada hidangan di atas meja.
“Akid,
behave yourself,” si gadis menjawab
takut-takut.
“Me? Must
I? Or should you?” sinis Akid
menjawab. Mata dia mencerlung tajam ke arah si gadis.
Si
jejaka hanya menjadi pemerhati.
“Akid,
we had discussed ‘bout this right?” tutur
si gadis lembut, cuba memujuk.
“Tapi
aku tak sangka pulak kau pilih jantan lembik ni berbanding aku,” sindir Akid. Hembusan
angin malam yang dingin tidak mampu mengendurkan suasana yang semakin tegang
dan panas.
“Ini
dah lebih, bro,” si jejaka cuba
bangkit.
Si
gadis pantas menarik tangan si jejaka.
Si
jejaka terduduk semula.
Si
gadis tahu kalau dibiarkan ada yang bermalam di hospital nanti.
“Sekurang-kurangnya
Adwan bukan playboy macam you,”
templak si gadis balik.
“Huh?
Dia pun lebih kurang macam aku juga. Tapi sesuailah dengan kau. Pisau cukur.”
Akid senyum sumbing.
Lisa
memandang Adwan.
Adwan
hanya menjungkitkan bahu tanda tak faham maksud Akid.
Pada
masa yang sama Lisa cuak, takut Akid akan berlebih-lebih pasal “pisau cukur”.
“Kau!
Aku rasa tak lama lagi nasib kau pun sama macam aku. Kau tunggu jelah bila dia
dapat ikan besar nanti,” Akid menuding jari ke arah Adwan pula.
“Akid, I think you should go,” Lisa membalas
dengan suara yang mendatar.
“Abang,
jom kita balik.” Sepasang tangan menarik lembut tangan Akid.
“Look, I’m not finished with you yet. Not now.” Akid menunjukkan dua jari ke
arah matanya, seolah-olah dia akan sentiasa memerhatikan Lisa. Kemudian dia
berjalan keluar dari restoran itu menuju ke keretanya yang di parkir di hadapan
lobi hotel.
“Sudah-sudahlah
tu, bang. Abang pun tahukan Lisa tu macam mana,” pujuk Amani Raiqah lembut.
Akid
hanya membisu. Mata dia lurus memandang jalan. Fikiran dia serabut. Pedal
minyak ditekan kuat. Ngauman kuat Audi R8 hitam menarik perhatian pengguna
jalanraya yang lain.
“Maaf,
Rai. Abang tak boleh kawal tadi. Kita makan kat tempat lain, okey?” Rasa bersalah pula pada Amani Raiqah. Baru nak
meraikan Amani Raiqah sempena adik dia tamat pengajian di Uitm Shah Alam. Lain
pula jadinya.
“It’s okay. Rai tak kisahlah bang.
Mana-mana pun boleh asalkan abang yang bayar,” balas gadis berusia dua puluh
tiga tahun itu. Terus kepala dia dilentokkan di bahu Akid. Memujuk.
Akid
menggosok-gosok kepala Amani Raiqah. Marah dia berkurang. Akid tersenyum.
Ketukan
kuat di cermin melenyapkan bayangan peristiwa lepas. Akid membuka pintu kereta.
Jejaka hitam manis yang berdiri di depannya dipandang.
“Apahal,
bro? Kusut semacam je aku tengok,” tanya
Danial selepas berjabat silang dan bertepuk bahu dengan kawan baiknya. Salam
cara anak muda zaman sekarang.
“Macam
mati bini pula kau ni.” Danial menyambung dengan tawa kecil.
“Kau
kalau tak mengutuk aku memang tak sah la kan.” Akid bersandar santai di badan
kereta.
“Relakslah,
bro. Chill…”
“Jom,
kita pekena teh tarik dulu. Nanti aku cerita kat kau.”
Perlahan
mereka berjalan ke Restoran Alif. Tempat biasa mereka melepak melepaskan
tekanan. Mereka memilih meja yang terletak di sudut. Jauh sikit dari meja-meja
yang lain.
“Kau
kenapa sebenarnya?” soal Danial. Tak pernah pula Akid ni serabut semacam
kecuali enam bulan lepas masa jumpa si Lisa dengan Adwan.
“Kau
masih ingat Adwan?” soal Akid balik.
Aikkk…
macam tahu pula apa yang dia tengah fikir, bisik Danial dalam hati.
“Mestilah
ingat, bro. Perampas kekasih kawan
aku tu,” selamba Danial menjawab.
“Mulut
kau tu boleh jaga sikit tak? Tolong eh, aku bagi percuma aje kat dia,” templak
Akid.
“Kau
ni sikit-sikit nak angin. Serius pula tu. Apasal dengan dia? Dia ambik perempuan
kau yang mana pula? Dari zaman uni sampai sekarang korang berdua ni tak habis-habis nak bersaing,” tanya Danial
panjang lebar siap ayat penyata sekali.
“Bukan
perempuan aku. Not yet, later maybe. But she’s a little bit different. Bila masa pula aku bersaing
dengan dia? Memandai kau aje.” Akid melenting.
“Kalau
bukan perempuan kau, siapa? Aku kenal ke?” Soal Danial balik.
“Tak
pasti kau kenal ke tak. Tapi yang pasti aku tak pernah nampak budak ni.”
“Apa
kena mengena budak tu dengan Adwan?” Berkerut dahi Danial memandang Akid.
Akid
pun bercerita dari A sampai Z. Terlopong mulut Danial. Takkanlah diaorang berdua ni dah buta. Stok tutup
pula yang dikejar.
“Kau
dengar tak apa aku cakap tadi?” tanya Akid bila dia tengok Danial macam endah
tak endah dengan apa yang dicakapnya tadi. Tergaru sana tergaru sini. Macam tak
mandi seminggu.
“Aaa…
dengar, dengar… pelik,” tukas Danial.
“Apa
yang peliknya?” soal Akid balik. Dia ada cakap pasal alien ke?
“Kau
lah. Adwan tu pun sekali,” jawab Danial.
“Aku?
Adwan?” soal Akid makin tak faham.
“Yang
tutup-tutup pula korang kejar. That is so not you, bro,” tekan Danial.
Geram. Buat-buat tak faham pula si Akid ni.
Akid
ketawa panjang.
“Betul,
bro. Kau tak rasa pelik ke? Bukannya
tak ada minah stok-stok ustazah yang minat kat kau sebelum ni. Tapi semua kau
cakap tak ada dalam senarai. Sekarang, apa kes?” soal Danial semula.
“Erkkk…
aku ada bagi pernyataan macam tu ke?” Akid pula menggaru-garu kepala.
“Tapi
ni lainlah Danial. Kau tak jumpa dia lagi,” sambung Akid.
“Eleh… yang dulu-dulu pun kau cakap macam
ni juga. Nak-nak si Lisa tu. Dia lain dari yang lainlah. Penyayang, manja, pandai
ambik hati, berdikarilah, takpe aku melabur
lebih sikit kat dia. Akhirnya dia tendang kau. Tergolek-golek…” balas Danial
semula. Cuba untuk menyedarkan Akid supaya jangan mudah sangat jatuh cinta.
“Mungkin
Tuhan nak sedarkan aku agaknya. Dia hantar bidadari dari syurga ni untuk aku.
Putih, comel, tinggi macam model. Sejuk mata memandang. Ais yang beku pun boleh
cair,” Akid mula melalut.
“Banyak
kau punya bidadari.” Disekehnya kepala Akid. Akid hanya tersengih. Kepala
digosok-gosok. Sakit woo… bisik Akid sendiri.
“Sudah
sudahlah tu. Yang ada sekarang ni pun kau tak terjaga, nak cari bala baru,
nanti aku juga yang kena tolong,” nasihat Danial sambil menggelengkan kepala.
“Bukan
cari bala, bro. Tambah koleksi je.
Kata player,” balas Akid.
“Huh!
Kau dengan Wani macam mana?” soal Danial.
“Hmmm…”
mulut Akid herot ke kanan.
“Hmmm
okey ke hmmm tak okey?” soal Danial balik tak puas hati.
“Bro, kau pun tahu kan dia tu stok
geli-geli aje. Aku bukan serius pun dengan dia. Sah-sah kena tolak kalau tunjuk
kat mummy aku. Lagi pun bukan dia sorang aje kawan perempuan aku. Belum
jumpa lagi yang istimewa. Yang boleh buat jantung aku dup dap dup dap,” jawab
Akid dengan muka tak bersalah sambil tangan di hala ke dada.
“Bro, aku bukan nak katalah tapi Si wani
ni dah canang kat kawan-kawan dia yang kau tu bakal suami dia,” balas Danial
semula.
Tersembur
air teh tarik yang baru separuh diminum Akid. Kelam kabut dia mencapai tisu dan
mengelap mulut. Pandangan dihala ke arah Danial. Muka Danial basah dek semburan
baik punya dari Akid tadi.
“Sorry…” pohon Akid dengan muka menahan
gelak sambil dihulurkan tisu kepada Danial.
“Kalau
aku tak fikirkan yang kau ni kawan, percuma aje aku tangankan,” bebel Danial. Danial
menyambut tisu yang diberi dengan muka yang kelat. Tangannya pantas mengelap
muka dan baju. Baju baru tu, gumam Danial.
“Kau
punya pasallah. Siapa suruh bagi ayat pedas
macam tu,” balas Akid tak mahu mengalah. Ketawanya terhambur juga.
“Aku
bukan apa, bro. Kau tahu kan Wani tu public figure. Kau pun sama. Mana korang pergi mesti jadi bahan punyalah. Wartawan
pula suka dengan gosip panas macam ni. Kau tak ingat ke amaran papa kau dulu?”
Danial cuba mengingatkan Akid.
Gulp!
Akid menelan air liur. Tekak terasa perit. Terhenti terus ketawa dia yang tak hengat tu.
“Bro, kau kenal aku kan. Aku tak pernah
cakap kat si Wani tu nak ambik dia jadi isteri aku. Tak pernah terlintas pun, bro. Mana kau dengar semua ni?” tanya
Akid menggelabah. Dia rasa macam nak tarik-tarik je rambut. Serabut.
“Nina,”
pendek saja jawapan Danial.
“Siapa
Nina?” Akid buat muka tanda soal.
“Siapa
Nina tak penting tapi perempuan tu ada terdengar yang Wani cakap masa majlis
harijadinya nanti, dia nak kenalkan bakal suami pada semua orang. Lagi satu, wartawan
pun antara tetamu yang dia undang,” panjang lebar Danial menjawab.
“Aduh!
Ini baru bala, bro. You gotta help me.
Once the story is out, I’m dead.
Lagi-lagi kalau sampai kat pengetahuan papa aku,” Akid menepuk dahi.
Menggelabah.
“Patutlah
dia beria-ia nak aku datang masa majlis harijadi dia nanti,” sambung Akid.
Mampus aku, getus Akid dalam hati.
“Tu
lah. Dah banyak kali aku ingatkan kau. Jangan layan diaorang lebih-lebih. Orang perempuan ni bukan boleh bagi muka
sangat,” templak Danial.
“Ladies, bro. We should treat them gently.
I’m a player, remember?” balas Akid tanpa ragu-ragu.
“Tak
habis-habis dengan player kau. Habis
tu apa rancangan kau?” tanya Danial sambil menggeleng-gelengkan kepala.
“You tell me.” Terangkat-angkat kening
Akid. Tersungging senyuman nipis di bibirnya kala memandang Danial.
“Eee…
apahal aku pula. Serabut ar kau ni.”
Danial mendengus.
“Idea
kau kan kababom. Cadangan kau kan
selalunya di luar kotak,” balas Akid.
“Itu
sebab kerja lah, bro. Kau ni pecah
kepala otak aku macam ni.” Danial menggaru-garu kepala dia yang tak gatal.
“Takpe aku bagi kau masa. Esok kat
pejabat kau bagitahu aku. Aku chow
dulu. Ada date malam ni.”Akid
mengenyitkan mata. Kunci Audi R8 di capai dan sekeping not lima puluh ringgit
diletakkan di atas meja.
Akid, Akid. Danial menggelengkan kepala.
Playboy dh pening kepala
ReplyDeletehikhikhik
DeleteBesttt
ReplyDeleteTerima kasih. Versi cetak dah publish Mac 2014. Boleh tengok di ideakreatif.net
Delete