Sunday, January 12, 2014

KAU? DIA - BAB 14

“Nadia!” panggil Ayman Fareeq.  Mata dia memandang meja Adni Farha yang kosong.

Yup, Encik Ayman.” Nadia mendongak. Mata dia turut melirik ke meja Adni Farha.

“Adni mana? Dia lupa ke ada discussion dengan Encik Rahman pagi ni?” soal Ayman Fareeq serius. Malam tadi rasanya sebelum berhenti bergayut dia sempat mengingatkan si rambut karat pasal perbincangan dengan Encik Rahman pagi ini.

“Dia sarapan kat pantri lepas tu dia kata nak pergi terus jumpa Encik Rahman.”

Nadia teringatkan Adni Farha yang kalut sangat masa baru sampai pagi tadi. Bila ditanya kenapa, Adni memberitahu ada perbincangan dengan Encik Rahman pukul sepuluh nanti. Dia tak prepare apa-apa lagi. Itu yang dia laju pergi ke pantri bersarapan. Dibawa sekali fail-fail yang berkaitan dengan projek di Melaka.

“Oh! Ya ke? Kenapa tak tunggu saya?” Geram pula Ayman Fareeq bila mendengarnya. Jam didinding di pandang sekilas. Baru pukul sembilan setengah.

“Biasalah, Encik Ayman. Adni tu kan gelabah tak tentu pasal.” Nadia hanya tersengih memandang Ayman Fareeq.

“Hmmm…tak apalah. Saya cari dia dekat pantri. Nanti kalau ada sesiapa cari saya, suruh diaorang call handphone saya.”

“Okey.”

Ayman Fareeq mengatur langkah menuju ke pantri. Di sebalik bidai dia perasan Adni Farha leka meneliti fail projek dengan tangan memegang sekeping biskut. Ayman Fareeq tersenyum.

“Boleh kenyang ke makan biskut aje?” Selamba Ayman Fareeq merampas biskut yang ada di tangan Adni Farha dan terus dimasukkan ke dalam mulut. Dia menarik kerusi di hadapan Adni Farha dan duduk menghadap si rambut karat..

“Eee…apa ni, Encik Ayman?” Membuntang mata Adni Farha dengan perlakuan kebudak-budakan Ayman Fareeq. Memang tak matang langsung.

“Nak milo.” Ayman Fareeq tersenyum senget. Sebelah mata dikenyitkan.

“Pergilah buat sendiri.” Mata Adni Farha kembali menatap fail di depan mata. Malas nak melayan kerenah mengada-ngada Ayman Fareeq.

“Tak pandai.” Ayman Fareeq masih mahu mengacau si rambut karat. Saja nak bermanja-manja di pagi hari.

“Encik Ayman nak milo ke? Saya tolong buatkan, eh.” Tiba-tiba Athirah yang entah bila masa boleh ada dekat situ mencelah perbualan antara Ayman Fareeq dan Adni Farha. Dia kemudian mendekati kabinet dan mencapai dua buah mug. Balang berisi Milo 3 in 1 dicapai.

“Errr…boleh juga.” Ayman Fareeq dah mengusap belakang tengkuk dia. Kalau ditolak apa pula kata si Athirah ni nanti. Dia kemudian merenung Adni Farha dan memerhati reaksi si rambut karat.

Adni Farha menjeling Ayman Fareeq yang dah tak tentu arah. Athirah yang sedang menyediakan air turut dipandang sekilas. Adni Farha dah menyumpah dalam hati. Kenapalah mesti ada langau kat pejabat ni.
“Nah, Encik Ayman.” Athirah meletakkan mug yang berisi air milo panas di hadapan Ayman Fareeq.

Thanks.” Ayman Fareeq tersenyum kelat.

Welcome. Kalau hari-hari Encik Ayman nak saya buatkan Milo untuk Encik Ayman, saya tak kisah,” balas Athirah selamba. Dia menarik kerusi di sebelah Ayman Fareeq.

Adni Farha mengajuk percakapan Athirah. Dia menjulingkan mata ke atas. Menyampah. Engkau memanglah tak kisah tapi aku kisah, omel Adni Farha dalam hati.

Ayman Fareeq menendang kaki Adni Farha. Memberi amaran pada si rambut karat agar jaga perlakuan.

Adni Farha besarkan mata. Tak setuju dengan tindakan Ayman Fareeq. Dia kemudian mengemas dokumen yang telah dibaca dan dimasukkan ke dalam fail. Niat nak duduk di situ hingga pukul sepuluh dibatalkan. Malas nak berlama-lama di pantri. Nak-nak bila Athirah si langau pun menyibuk dekat situ.

“Eh! Dah sudah ke, Adni?” Athirah pura-pura bertanya bila Adni Farha bangun dan menghampiri sinki untuk membasuh mug yang telah dia gunakan. Suara Athirah jangan cakaplah memang lembut gila.

“Aku ada discussion sekejap lagi. Duduk sini lama-lama kang orang kata aku mengular pula,” perli Adni Farha.

Gulp! Ayman Fareeq terkedu. Tekak dia tiba-tiba rasa perit pula. Dia membetulkan tali leher yang dirasakan macam mencekik leher dia.

Selesai membasuh, Adni Farha capai fail yang dia bawa tadi. “Encik Ayman, lama lagi ke? Kalau lama lagi saya boleh tolong cakap kat Encik Rahman. Saya pergi dulu.” Sempat Adni Farha menyindir Ayman Fareeq yang dah macam cacing kepanasan. Dia terus keluar.

Kalut kena tinggal berdua sahaja dengan Athirah di pantri agaknya, fikir Adni Farha.

“Errr…tunggu saya, Adni.” Ayman Fareeq minum sedikit air milo dia dan terus mencapai fail serta buku nota. Dia berkejar mendapatkan Adni Farha.

“Eh! Encik Ayman…” panggil Athirah. Dia mendengus.

“Penat aje aku buatkan. Bukan nak habiskan. Boleh pula dia kejar budak tak cukup umur tu.” Athirah menghentak kasar mug di tangan ke atas meja. Tak semena-mena air milo yang masih penuh tumpah dan mengenai seluar yang dipakai dia.

What the…” Athirah terus bangun dan mengibas-ngibas seluar dia. Paha dia terasa perit terkena air milo panas.

“Kau meroyan apa pagi-pagi ni?” tanya Zara yang kebetulan masuk ke dalam pantri untuk membasuh mug yang telah dia gunakan.

“Sibuklah.” Athirah menjeling. Dia terus keluar dari situ.

Zara hanya mencebik dan menjungkitkan bahu.

“Ayman, Adni. Awak berdua ingat lagikan keputusan mesyuarat yang mahukan kamu berdua handle projek di Melaka?” tanya Encik Rahman seraya memandang muka ke dua-dua pekerja di bawah penyeliaannya.

Ayman Fareeq dan Adni Farha mengangguk serentak.

“Projek tu dah mula. Kalau ikut laporan yang dihantar dah lima belas peratus. So, saya nak esok kamu berdua pergi ke Melaka. Saya tak kisah berapa lama masa kamu perlu ambil. Seminggu lagi bagus. Tak perlu kamu berdua nak berulang banyak kali. Check betul-betul. Ini bukan projek lima puluh ribu tapi lima juta.” Encik Rahman mengeluarkan arahan kepada kedua-duanya.

Adni Farha dah telan liur. Seminggu? Lamanya. Hari-hari nak kena menghadap orang sebelah ni lah gamaknya. Memang luka parahlah jantung dengan hati dia.

Ayman Fareeq hanya tersenyum. Peluang untuk dia mengenali Adni Farha tanpa apa-apa gangguan terbentang luas. Cukup-cukuplah pengacau dekat pejabat ni. Itu pun si rambut karat dah buat muka. Terus perang dingin dilancarkan.

“Kenapa esok, Encik Rahman? Esok kan hari Sabtu. Kenapa tak pergi hari Isnin aje? Boleh terus pergi site,” soal Adni Farha tak puas hati.

Ayman Fareeq dah berdehem. Tak senang dengan kata-kata si rambut karat. Orang dah suruh pergi awal tu pergi ajelah.

Encik Rahman menghadiahkan senyuman sebelum menjawab pertanyaan Adni Farha.

“Saya suruh pergi awal supaya senang awak boleh berehat dulu. Saya tak mahu orang dekat sana mengadu Perunding Klasik tak bersungguh-sungguh buat penilaian. Jangan sampai bayaran kemajuan kerja diaorang tersangkut pula.”

“Hmmm…hari isnin tak bolehlah ni?” Adni Farha seperti biasa memang suka tawar menawar.

“Awak ada apa-apa masalah ke kalau kita pergi esok, Adni?” Ayman Fareeq menyoal Adni Farha di sebelah dengan ke dua-dua kening terangkat. Geram dengan si rambut karat yang macam tak suka pula pergi bersama dengan dia.

“Errr…tak ada apa-apa masalah, Encik Ayman, Encik Rahman. Cumanya awal sangat. Kalau isnin tak boleh, hari ahad boleh tak?” Adni Farha dah garu kepala. Muka Ayman Fareeq dan Encik Rahman dipandang silih berganti.

Ayman Fareeq dah panas hati. Dia mendengus kuat. Dia kemudian bingkas bangun.

“Encik Rahman, saya tak ada masalah nak pergi awal. Kalau Cik Adni kita ni tak dapat nak ke sana lebih awal saya tak kisah. Saya akan berangkat esok seperti yang diarahkan. Saya keluar dulu.”

Encik Rahman hanya menganggukkan kepala dan memerhati Ayman Fareeq yang menonong keluar dari bilik dia. Dia kemudian memandang Adni Farha yang masih terkedu melihat perlakuan Ayman Fareeq itu. Nasib baik dia mengenali siapa Adni Farha. Perancangan yang direncanakan Dato’ Hussain pun dia tahu.

“Dia marah ke?” Adni Farha memandang muka Encik Rahman.

“Awak lebih kenal dia. So, macamana?”

“Kena pergilah esok. Saya tak biasa dekat Melaka tu. Tak nak saya drive sorang-sorang.”

“Kalau dah tahu tak biasa jalan-jalan dekat sana, kan senang setuju aje tadi.”

“Cuba nasib. Manalah tahu Encik Ayman tu nak marah tak tentu pasal.”

“Ada saja alasan awak, Adni.”

“Encik Rahman. Papa saya ada kat bilik tak?”

“Dato’ Hussain ada lunch appointment kat luar hari ni. Ada projek kita yang dah siap. Dato’ dijemput ke sana untuk majlis penyerahan sijil.”

“Ooo…okeylah. Saya keluar dulu.” Adni Farha terus bangun.

“Jangan biar orang tu merajuk lama-lama, Adni atau esok awak kena ke Melaka sendirian,” nasihat Encik Rahman sewaktu tangan Adni Farha baru nak mencapai tombol pintu bilik.

“Encik Rahman tahu ke?” Adni Farha berpaling menghadap Encik Rahman dan menyoal pengurus dia itu.

“Tahu apa?” Encik Rahman sengaja mahu berteka-teki dengan Adni Farha.

“Hmmm…tak ada apa-apalah. Saya keluar dulu.” Adni Farha mengatur langkah menuju ke bilik Ayman Fareeq. Kali ini giliran dia pula perlu memujuk si hati beku.

Encik Rahman hanya menggelengkan kepala dan tersenyum dengan perlakuan pasangan yang baru nak berputik ini.

Adni Farha berdiri di depan pintu bilik Ayman Fareeq. Nafas ditarik dalam-dalam. Baru sahaja nak mengetuk pintu bilik Ayman Fareeq, tedengar nama dia dipanggil. Lekas-lekas dia berpaling.

“Adni!” Nadia berjalan mendapatkan Adni Farha.

“Ada apa?” Adni Farha memandang Nadia yang tersengih-sengih di sebelah dia.

“Cari Encik Ayman?” Kening Nadia dah menari ronggeng.

“Kenapa?” Adni Farha dah memandang pelik.

“Kau gaduh, eh?” Nadia dah tersenyum-senyum.

“Bukan gaduh. Selisih pendapat aje. Kau panggil aku ni ada apa?”

“Ooo…patutlah muka bos kau tu tegang semacam. Dia pergi café bawah. Lapar kata dia.”

“Kalau dari tadi cakap kan senang. Aku turun bawah sekejap.” Adni Farha menyerahkan fail di tangan pada Nadia.

“Nak buat apa turun bawah?” soal Nadia pura-pura tidak tahu.

“Lapar.” Pendek saja jawapan Adni Farha.

Cliché. Cakap ajelah nak pergi pujuk.”

“Mengadalah kau ni. Jangan nak buat cerita, eh.”

“Pergilah pujuk. Aku macam perasan Cik Qashrina kat bilik Encik Hisyam tadi.”

“Huh?! Aku turun sekarang.” Kelam kabut Adni Farha bejalan menuju ke lif. Butang lif ditekan berkali-kali walau lampu memang dah menyala. Sebaik pintu lif terbuka, terus dia masuk.

Nadia dah ketawa terbahak-bahak melihat reaksi spontan Adni Farha. Pantang nama Qashrina di sebut, tak senang duduk dibuatnya kawan dia itu. Cemburulah tu. Saja dia mahu mengusik. Qashrina tak ada pun datang pejabat mereka hari ini.

“Boleh duduk sini tak?” Adni Farha terus menarik kerusi di sebelah Ayman Fareeq tanpa menunggu jawapan si hati beku.

Ayman Fareeq hanya mengerling dengan ekor mata. Dia meneruskan menghadap nasi goreng di depan mata. Perut dia memang dah berkeroncong sedari tadi. Tak sempat nak bersarapan. Biskut yang dia curi dari Adni Farha itu saja yang sempat dijamah.

“Adik! Akak nak sama macam yang abang ni makan. Air pun sama.” Adni Farha selamba memanggil pelayan café dan membuat pesanan sama seperti apa yang Ayman Fareeq makan dan minum.

Ayman Fareeq hanya menjeling.

“Encik Ayman…” Adni Farha memulakan sesi memujuk si hati beku. Tiada respon.

“Awak…” Masih tiada jawapan. Adni Farha dah garu kepala. Nak kena panggil apa pula ni. Panggil macam ni okey kut.

“Cinta…” Meleret suara Adni Farha memanggil Ayman Fareeq dengan gelaran cinta.

Tersedak terus Ayman Fareeq bila mendengar Adni Farha memanggil dia begitu. Terbatuk-batuk dia bila nasi yang dimakan masih melekat di tekak dia.

Adni Farha terus bangun dan mencapai sebotol air mineral yang bersusun cantik di kaunter pembayaran. Botol air mineral itu kemudian dihulurkan pada Ayman Fareeq.

Tanpa membuang masa Ayman Fareeq terus meneguk air mineral itu. Sempat dia mengerling ke sebelah bila telinga dia dapat menangkap suara Adni Farha yang tertawa kecil. Bila terasa lega Ayman Fareeq meletakkan kembali botol air mineral itu di atas meja.

“Dah okey?” soal Adni Farha bila dilihat Ayman Fareeq menyambung kembali aktiviti makan dia yang terganggu tadi. Tiada jawapan.

“Saya pergi esok. Nanti ambik saya dekat depan sini. Senang sikit park kereta kat sini aje.”

Ayman Fareeq masih mendiamkan diri.

Dia ni dah kenapa? Beku balik ke hati dia? Suka sangat swing-swing mood. Ikutkan sangat marah dia tu. Adni Farha menjeling ke sisi. Sedap sangat ke nasi goreng tu sampai dia kat sebelah pun tak dipandang.

“Saya tak biasa dengan jalan-jalan kat Melaka. Nak drive sendiri takut sesat pula.” Adni Farha masih meneruskan cerita dia. Dia tahu Ayman Fareeq mendengar apa yang dia katakan.

“Hmmm…susah-susah sangat saya naik bas ajelah. Kita jumpa dekat sana, eh?” Adni Farha menyuap nasi goreng yang baru dihantar oleh pelayan café ke dalam mulut. Adni Farha menjeling bila mendengar bunyi kerusi di sebelah dia ditolak kasar.

Eight a.m. sharp. Lambat saya tinggal.” Ayman Fareeq terus berlalu keluar selepas membuat bayaran di kaunter. Senyuman senget tersungging di bibir kala kaki dia menapak keluar dari café. Sekali sekala si rambut karat perlu diajar. Namun yang pasti dia suka bila si rambut karat memanggil dia cinta.

“Eeeee…pakkal aje aku dah terima dia. Kalau tak memang taklah aku nak melayan. Boleh pula nak freeze bila-bila masa. Eh! Tapi dia mesti suka masa aku panggil dia cinta. Ya Allah! Adni…kau ni dah kenapa? Tak tahu malu betul.” Adni Farha membebel sendiri pada diri dia. Dia kemudian tersenyum bila mengingatkan reaksi Ayman Fareeq masa dia memanggil si hati beku cinta. Mesti si hati beku tak sangka kan.

“Mama, papa, Adni pergi dulu.” Adni Farha bersalam dengan Datin Hasnah dan Dato’ Hussain yang berdiri di sebelah kereta dia.

“Kenapa tak suruh Ayman ambik kat rumah aje?” tanya Datin Hasnah.

“Tak apalah. Tak nak susah-susahkan orang.” Adni Farha hanya tersenyum kelat. Cadangnya memang dia nak suruh Ayman Fareeq ambil saja dia dekat rumah. Biarlah Ayman Fareeq tahu siapa dia. Dia tak kisah. Tapi panggilan yang dia buat langsung tak berangkat. Memang hati beku betullah cinta dia tu.

Love bergaduh ke dengan dia?” tanya Dato’ Hussain. Rahman ada maklumkan pada dia perihal anak dia dengan Ayman Fareeq yang berselisih pendapat. Anak-anak muda macam tu lah. Cepat sangat panas.

Adni Farha yang baru menghidupkan enjin kereta hanya menjungkitkan bahu. Malas nak bercerita lanjut kisah semalam. Hari ni nak mengadap lagi mood tak betul cinta dia tu. Pening kepala. Ni siapa yang manja sebenarnya, dia ke Ayman Fareeq?

“Adni pergi dulu. Assalammualaikum.”

“Waalaikummussalam.” Dato’ Hussain dan Datin Hasnah menjawab serentak. Mereka berdua memerhati kereta Adni Farha hingga hilang dari pandangan sebelum masuk ke dalam rumah semula.

Adni Farha sampai di perkarangan tempat letak kereta bangunan pejabat Perunding Klasik lebih kurang pukul tujuh empat puluh lima. Awal lima belas minit dari yang ditetapkan Ayman Fareeq. Dia lebih selesa menunggu dalam kereta.

Suara radio dikuatkan. Adni Farha meletakkan kepala di stereng. Melayan halwa telinga dengan lagu yang diputar deejay. Wrecking Balls nyanyian Miley Cyrus yang berkumandang dihayati dia sepenuhnya. Macam ada kena mengena dengan diri dia dan Ayman Fareeq. Huh! Jangan nak perasan sangatlah Adni Farha.

Ketukan kuat di cermin tingkap menganggu lena Adni Farha. Dia mengangkat kepala. Mata digosok-gosok. Jam di dashboard dipandang. Lapan sepuluh minit. Tertidur rupanya dia. Sekali lagi cermin tingkap kereta dia diketuk. Adni Farha menoleh. Segera cermin tingkap diturunkan bila ternampak Ayman Fareeq di sebelah.

“Tidur mati ke apa awak ni? Banyak kali saya ketuk tak dengar. Matikan enjin tu cepat. Nanti sampai lambat pula kat sana,” arah Ayman Fareeq yang segak berdiri dengan Ray-ban Aviator dia.

Sebenarnya sedari tadi dia leka memerhati Adni Farha yang sedang tidur. Rindu mula bertamu dalam hati dia sejak petang semalam. Itulah dia yang lancarkan mogok tak mahu bercakap dengan si rambut karat. Last-last diri sendiri yang merana.

Adni Farha lekas-lekas mematikan enjin. Sebelum keluar sempat dia meraba-raba mulut dia. Takut ada air liur basi. Malu nanti. Setelah pasti semuanya okey. Dia keluar. Pintu belakang dibuka. Sebuah beg besar beroda warna pink dikeluarkan.

“Keciknya beg?” perli Ayman Fareeq.

Adni Farha malas nak menjawab. Tak ada mood. Kalau dia menjawab juga ada yang tak jadi pergi hari ini.

Ayman Fareeq hanya menjungkitkan bahu bila kata-kata dia tiada balasan dari si rambut perang. Beg Adni Farha di ambil dan diletakkan dalam bonet kereta dia. Dia menunggu di dalam kereta sehingga Adni Farha selesai mengunci kereta dan masuk ke dalam kereta dia.

Dengan lafaz Bismillah, Ayman Fareeq memandu dengan tenang keluar dari perkarangan tempat letak kereta Perunding Klasik menuju ke Lebuhraya Utara Selatan. Setengah jam perjalanan, masing-masing masih diam membisu. Ayman Fareeq dah tak senang duduk. Nampak gayanya perang dingin ni tak akan berakhir kalau masing-masing ego. Ayman Fareeq berdehem.

“Ada call saya eh malam tadi?” Ayman Fareeq memandang sekilas Adni Farha di sebelah.

Lagi mahu tanya ke? Adni Farha membuang pandang ke luar tingkap.

“Bateri kong. Lupa nak charge. Sibuk sangat berkemas. Biasalah orang bujang.”

Adni Farha masih mendiamkan diri.

Love…” Ayman Fareeq memanggil lembut Adni Farha.

Adni Farha masih tak menoleh pada Ayman Fareeq. Air mata dah bergenang. Rindu dengan panggilan itu.

I’m sorry,” tutur Ayman Fareeq lagi.

Adni Farha mengesat hujung mata dia. Ayman Fareeq tak boleh tahu yang dia memang nak menangis sebenarnya.

Love…Hei! Kenapa menangis ni?” lembut Ayman Fareeq bertanya bila dia terperasankan Adni Farha mengesat matanya.

“Awaklah. Suka buat hati saya terdera.” Adni Farha memukul lengan Ayman Fareeq.

Ayman Fareeq ketawa.

“Tak kelakarlah.” Adni Farha dah julingkan mata. Geram bila Ayman Fareeq mentertawakan dia.

“Okey, okey. Back to business.”

“Kenapa tak call saya balik?” Adni Farha dah memusingkan badan menghadap Ayman Fareeq.

“Bukan saya tak nak call balik. Dah pukul dua belas saya baru perasan bateri handphone kong. Dah malam sangat, takut awak dah tidur.” Ayman Fareeq menoleh sekilas pada Adni Farha dan menghadiahkan senyuman pembunuh dia.

“Tahulah marah kat kita. Ingatkan nak pujuk dia malam tadi. Hampeh.”

“Siapa kata saya marah kat Love saya ni? Bila awak panggil saya macam semalam, saya dah tak marah dah.”

“Panggilan yang mana?” duga Adni Farha.

“Panggilan yang buat saya tersedak tu.”

“Tapi kenapa awak blah macam tu aje? Kesian saya makan sorang-sorang tau.” Adni Farha masih tak berpuas hati.

“Nak tengok sejauh mana awak nak pujuk saya. Asyik saya aje pujuk awak.”

“Nak suruh orang pujuk tapi tak nak jawab bila kita call.”

Love…kan saya dah cakap tadi…”

“Ya, ya…bateri kong. Tak tahu orang rindu nak dengar suara dia. Boleh dia buat kita macam tu.” Adni Farha dah memuncung.

“Rindu? Macam tak percaya. Bertuahnya saya ada orang rindu.”

 “Eee…teruklah. Tak naklah cakap pasal rindu-rindu ni.” Adni Farha membetulkan kedudukan dia semula.

“Hmmm…I miss you too.”

Adni Farha dah tersipu-sipu bila mendengar Ayman Fareeq turut mengungkapkan kata rindu pada dia.

“Kita berhenti dekat Machap. Breakfast. Perut saya dah bergendang ni. Don’t worry, kita ada masa seminggu untuk tengok muka masing-masing. Hilanglah rindu tu nanti,” seloroh Ayman Fareeq bila dilihat Adni Farha masih tersipu-sipu malu. Ayman Fareeq tersenyum. Selesai satu masalah. Perkara yang satu ini sahaja dia belum khabarkan.

"Kita singgah Muar dulu," beritahu Ayman Fareeq sewaktu mereka berhenti di Hentian R & R Machap.

"Buat apa?" Adni Farha memandang Ayman Fareeq yang sedang leka menyuap mee rebus ke dalam mulut.

"Pergi rumah orang kahwin."

"Rumah siapa?"

"Sepupu saya."

"Huh?!" Adni Farha telan liur. Perlu ke? Mesti saudara mara si dia ramai. Aci tak kalau tak nak pergi.

Ayman Fareeq hanya memerhati Adni Farha dengan ekor mata. Apa yang Adni Farha tak tahu, Ayman Fareeq bercadang nak bermalam di rumah emak dia. Agak-agak si rambut karat terkejut tak?

"Kalau tak pergi boleh tak?" Adni Farha dah menopang dagu menghadap Ayman Fareeq.

"Love...makan dulu boleh tak?" Ayman Fareeq menoleh ke sisi.

"Tak bolehlah ni..." Adni Farha menyambung makan dia semula. Muka dah masam mencuka.

Ayman Fareeq hanya tersenyum. Pada masa yang sama dia berasa sedikit cuak. Takut Adni Farha marah. Malam tadi dia berbual panjang dengan emak dia, Mak Limah. Dia turut memberitahu kisah Adni Farha pada emak dia. Alhamdulillah, emak dia tak berkira siapa bakal menantunya asalkan Ayman Fareeq bahagia.

Mereka sampai di Bandar Muar lebih kurang pukul satu tengahari. Ayman Fareeq mengerling Adni Farha yang dah terlentok ke pintu di sebelah dia. Dia tersenyum. Apalah yang si rambut karat ni buat malam tadi. Penat benar gayanya. Ayman Fareeq membelokkan kereta memasuki satu taman perumahan yang terletak betul-betul di Bandar Muar.

Sebaik tiba di rumah paling hujung, Ayman Fareeq memberhentikan kereta. Enjin dimatikan. Adni Farha disebelah dipandang. Ayman Fareeq menggoyangkan tangan Adni Farha.

Love, Love…bangun. Dah sampai.”

“Huh?!” Adni Farha menggosok-gosok mata. Dia menggeliat sedikit sebelum menarik balik aksi kurang manis itu bila menyedari Ayman Fareeq dah angkat kening memandang dia. Adni Farha hanya tersengih.

“Jom keluar,” ajak Ayman Fareeq yang sudah memegang pembuka pintu.

Adni Farha merenung ke depan kemudian dia memandang Ayman Fareeq semula.

“Kata nak pergi rumah orang kahwin?”

“Kita solat dulu.”

“Ini rumah siapa?”

“Rumah mak saya.” Ayman Fareeq terus keluar. Tak mahu tahu apa reaksi Adni Farha. Dia menggamit memanggil adik dia untuk mengajak Adni Farha masuk.

“Huh?!” Adni Farha rasa macam nak cekik-cekik Ayman Fareeq waktu ini. Kenapalah suka sangat buat sesuatu yang di luar kotak pemikiran dia. Adni Farha menoleh ke luar. Seorang gadis bertudung tersenyum manis memandang dia. Dia mencari kelibat Ayman Fareeq. Cinta dia tengah bersalam dan berpelukan dengan seorang wanita tua.

Perlahan-lahan Adni Farha membuka pintu kereta. Dia keluar. Kaki dia rasa macam nak lari dari situ. Segan bila melihat penampilan gadis di depan dia dan wanita tua yang tersenyum menanti dia masuk di pintu rumah. Ayman Fareeq memang cari nahas.

“Jom masuk, Kak Adni.” Gadis bertudung itu menarik dia masuk ke dalam rumah.

“Masuklah, Adni,” pelawa wanita tua itu pula.

Huarghhh….Adni Farha rasa nak menangis. Kenapalah Ayman Fareeq tak beritahu awal-awal. Kalau tak boleh dia pakai baju yang sopan sedikit. Tangan kiri dia dikepal-kepal.

Ayman Fareeq yang baru keluar dari bilik dia hanya tersengih memandang Adni Farha yang sedang menahan marah pada dia.

8 comments:

  1. Wah....jumpa mak mentua.....bijak planning ayman.....tp mcm mn lah nnt ye bl ayman tau siapa adni sebenarnya? -jumay jue

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jeng...jeng...jeng....jumay cer teka apa akan jadi...hehehe

      Delete
  2. owh..bijak giler si ayman wat perancangan...maunya marah then merajuk manja si adni...comel and sweet sgt diorang ni...sambung cepat please...tak sabar nak baca sambungan citer ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hikhikhik....ayman memang bijak ambik peluang...tq salmi...next n3? sabar yer yunkkk...

      Delete
  3. Replies
    1. siapa yang comel sis ida? saya eh....hihihihihi......ayman n adni....cuba berpijak di bumi yang nyata...

      Delete
  4. sweetnya.....best x sabra nak tggu n3 seterusnya.

    ReplyDelete