Thursday, February 13, 2014

CINTA SI GADIS DOBI - TEASER 5

"Mana bajunya yang nak sangat dry cleaning tu?" Dini menjeling tajam pada si jejaka.

Si jejaka dah besarkan mata.

"Dini..." tegur Amani Sara.

"Maaf encik. Mana bajunya ya?" tanya Dini lembut selembutnya.

"Sekejap." Si jejaka membalas kasar dan berpaling menuju ke keretanya.

"Eleh... Baru pakai bmw dah berlagak." Dini julingkan matanya ke atas.

"Treat him nicely. Or else..." Amani Sara memainkan keningnya.

"Kak Long jelah layan dia. Biar Dini yang basuh."

"Nope. Dini jaga depan hari ni." Amani Sara menarik tangan adiknya supaya terus berdiri di situ dan dia terus berlalu ke belakang.

"Nah." Sebungkus plastik berisi baju dicampak di atas kaunter.

"Hesy... Muka hensem tapi tak ada adab,"omel Dini.

Si jejaka buat muka selamba. Sibuk membalas mesej.

"Nama?" soal Dini.

"Nak buat apa?"

"Nak isi borang nikah... Nak tulis dekat resitlah. Nanti kalau baju ni hilang salahkan aku pula," balas Dini.

"Ajad."

"Huh? Abjad? Dalam banyak2 nama, Abjad nama kau." Dini ketawa terbahak-bahak.

"Ajad. A.J.A.D. Nasib aje kau ni cun tau," templak si jejaka. Geram.

"Aku dah lama tahulah yang aku ni cun." Dini pantas menulis nama si jejaka sambil tersenyum-senyum dan menggelengkan kepalanya.

"Cun tapi kalau setakat kerja dobi. Apa kelas..." sindir si jejaka.

"Telefon?" Dini dah panas hati.

"012-7771717. Keep in mind. Manalah tahu kau rindu kat aku."

"Kau blah!" Dini mencampakkan resit yang baru ditulisnya.

"Terima kasih budak dobi perasan." Si jejaka mengambil resit tersebut. Dia mengenyitkan mata sebelum memakai semula Raybannya dan berlalu pergi.

Dini mengetap bibir menahan marah. Hina sangatkah kerja di kedai dobi. Inikan kerja halal.

"Memang biadap punya manusia."

P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.

6 comments: