Sunday, December 7, 2014

SE CUMA DIA KEKASIHKU VERSI SUKA SUKI 10


"Hmmm..." Akid menggeliat. Kakinya dikalihkan. Geli. Bagai ada benda yang menguis di situ.

Amanda yang sedang berias hanya tertawa kecil.

"Sayang...janganlah kacau." Akid menggumam.

Amanda hanya menggeleng. Puas dikejutnya Akid. Hujung minggu ni suka sangat bermalas-malasan di atas katil.

Selepas mereka berjemaah solat subuh Akid tidur semula. Katanya penat semalam tak hilang lagi. Ditambah pula kerja overtime malam tadi.

Tak menahan betul. Dia pula yang dipersalahkan. Padahal Akid yang goda dia. Penyudahnya terpaksalah dia guna taktik lain.

"Apa ni, sayang..." Suara Akid berbunyi lagi.

"Abang..." Amanda ketawa di meja solek.

Akid buka sebelah mata. Hairan bila suara Amanda jauh darinya tetapi kakinya masih lagi terasa geli.

"Ya Allah." Akid bingkas bangkit. Puterinya yang meniarap di hujung kakinya sambil menguis tapak kakinya diangkat.

"Ingat tadi nak suruh Azaim aje." Amanda mengusik.

"Teruklah mama baby ni. Tak kesian dekat papa. Semalam dahlah suruh papa kerja keras." Akid mengerling sekilas sebelum pipi puterinya dicium bertalu-talu. 

"Amboi...sedapnya mengata kita. Dia yang menggoda." Amanda jegilkan mata.

"Eh, eh. Kenapa papa tengok mama baby macam yummeh aje?" Akid ketawa-ketawa.

"Jangan nak mengada." Amanda berdiri. Bersedia untuk keluar dari bilik.

"No good morning kiss?" Suara garau Akid lembut bertanya.

"Abang busuk." Amanda jelir lidah.

"Baby okey aje." Akid tarikan keningnya. Kepala puterinya yang dibaringkan di atas badan diusap. 

"Dah wangi nanti panggil sayang. Nak buat breakfast." Amanda menggeleng. Kaki dihayun menuju ke pintu.

"A quick one, sayang." Akid memujuk lagi. Menggoda.

Amanda tersenyum. Ini yang dia lemah. Akid memang pandai memujuk. Dia mengalah. Berpaling semula menghadap Akid.

Akid tersenyum Didepangkan sebelah tangan. Semakin melimpah rasa kasih dan sayangnya kepada Amanda.

P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.

9 comments:

  1. Baca beberapa kali pun tetap x jemu, Haish penangan Akid and Amanda kuat sungguh ♥

    ReplyDelete
  2. Couple yg sgt penyayang n romantik...

    ReplyDelete
  3. sebelum dan selepas tidur mesti WAJIB ada SALAM & KISS... untuk eratkan kasih sayang tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan pada suami & isteri saja.. dgn anak2 pun kena buat juga... jadul WAJIB kami sekeluarga... selepas SOLAT lagi WAJIB...

      Delete
    2. Insya-Allah, Kak Sue...will do the same...

      Delete