Sunday, December 7, 2014

SE CUMA DIA KEKASIHKU VERSI SUKA SUKI 3


"Abang nak pergi gents sekejap." Akid gosok jemari Amanda sebelum bangun.

Amanda mengangguk. Mata mengekori langkah Akid. 

"Assalammualaikum." Suara garau menegur di kanan Amanda.

"Waalaikumussalam." Amanda menjawab dan menoleh ke sisi.

Terkedu dia. Terkebil-kebil memandang lelaki yang berpakaian agak formal yang berdiri di sisi meja. Sut hitam dan bow di leher. Nampak sangat maskulin.

"Maaf kalau saya mengganggu." Lelaki itu bersuara lagi. Pakej dengan senyuman yang boleh menggoncang iman.

"Errr...ada apa ya?" Amanda tersenyum. Menghormati lelaki ini.

"Nama saya, Akram. Photographer." Akram menghulurkan kad namanya kepada Amanda.

Amanda berkira-kira. Mahu ambil atau tidak. Sempat dia mengintai ke belakang Akram. Mencari Akid.

"Kebetulan saya tengah cari model muslimah. Kalau cik berminat..."

"She's not interested," pintas Akid sebelum Akram menghabiskan kata-katanya. Kad nama di tangan Akram disambar kasar.

"Maaf." Akram menunduk sebelum beredar dari situ dengan wajah kecewa.

"Abang, tak baiklah buat macam tu." Lembut suara Amanda menegur perbuatan Akid yang dia rasakan kurang sopan. Malu pula dia pada Akram akan sikap Akid tadi.

Akid diam. Tidak bersuara. Wajahnya tegang. Hanya tangannya sahaja yang bergerak. Menyuap makanan masuk ke dalam mulut.

Amanda kelu. Dapat dirasakan ada aura negatif pada pandangan mata Akid. Pandangan mata yang tidak pernah dia lihat sebelum ini.

Perlahan-lahan Amanda turut menyuap mulutnya dengan makanan yang terhidang. Mata langsung tidak lepas dari memandang wajah Akid.

"Suka?" Suara Akid mendatar bertanya setelah sepuluh minit masing-masing hanya berbalas renungan.

"Suka?" Dahi Amanda berkerut. Tidak faham maksud kata-kata Akid.

"Abang pergi tak sampai seminit." Sinis sahaja Akid bercakap.

"Apa abang ni? Sayang tak fahamlah." Sejujurnya memang Amanda tak faham. Kenapa suami dia ni nak marah-marah tak tentu pasal? 

"Abang bawa sayang ke sini sebab nak lari dari kesibukan harian tapi sayang boleh melayan lelaki lain." Akid mencerlung tajam sambil mengelap mulutnya.

"Laaa...pasal Akram ke?" Amanda tersenyum.

Si dia cemburulah. Rasa macam nak lompat bintang pula. Pertama kali Akid tunjuk rasa dalam hati dia.

"Akram..." Akid terangguk-angguk. 

Panas hatinya mendengar nama lelaki lain meniti di bibir Amanda. Matanya terus berkalih pada lelaki yang menegur Amanda tadi. Rasa macam dah lama sangat tak lepaskan penumbuk padu pada orang.

"Abang..." Amanda memanggil manja.

"Apa?" Kasar Akid membalas.

"You are jealous." Amanda tersenyum-senyum.

"No. I'm not."

"Yes, you are."

"Nope."

"Yes."

"Fine. Yes. Puas hati? Sukalah ada orang lelaki lain berminat dekat dia." Akid menjeling.

"Astaghfirullahaladzim. Tak terlintas sampai ke situ. Sayang tak sempat cakap apa-apa pun. Abang kan dah tolong jawabkan tadi." Tenang sahaja Amanda membalas.

"Betul?"

Amanda mengangguk.

"Sorry." Nada suara Akid kembali mengendur.

"It's okay. I love when you are jealous." Amanda kenyit mata.

"Hensem ke buruk?" Akid menari-narikan keningnya.

Amanda hanya jelirkan lidah. Akid Ridz memang cepat perasan.

"Hensemlah, kan." Akid kenyit mata.

Amanda hanya mampu tersenyum. Mr. drop dead gorgeous.

P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.

2 comments:

  1. tahu pulak cemburu... selalu buat isteri ja cemburu...rasakan..hahaha

    ReplyDelete