Sunday, December 7, 2014

SE CUMA DIA KEKASIHKU VERSI SUKA SUKI 8


Amanda kecilkan mata. Memerhati apa yang Akid buat di depan cermin. Keningnya terjongket bila Akid ketawa-ketawa.

"Abang..." panggil Amanda.

"Hurmmm..." Akid jawab acuh tak acuh. Mata masih membelek telefon bimbit di tangan.

"Buat apa?" Amanda bertanya tak puas hati bila Akid tak memandang.

"Ambil gambar." Akid sekali lagi halakan telefon bimbit pada cermin.

"Selfie?" 

"Yup."

"Nak bagi kat siapa?"

"Adalah." Akid ketawa-ketawa.

"Sayang tahu. Aurat lelaki pusat hingga lutut. Six pack tu nak bagi siapa tengok?" Geram pula Amanda mendengar tawa Akid. 

Sejak dia benarkan Akid buat modelling di masa lapang, obses berselfie Akid makin menjadi-jadi. Tiba-tiba matanya bergenang. Akid ada perempuan lain ke? 

Sendunya kedengaran. Dia bingkas rebahkan badan. Comforter ditarik menutup hingga ke kepala. Tidak mahu Akid tahu.

"Sayang?" Akid menoleh bila Amanda berhenti bersoal jawab dengannya.

"Lahhh...kenapa ni?" Akid mendekati katil. Tangisan Amanda sampai ke telinganya.

Amanda bungkam.

Akid bertindak baring sama. Comforter diturunkan. Badan Amanda dibawa ke dalam pelukan.

"Kenapa tiba-tiba menangis ni?" Rambut Amanda dilurut lembut.

Amanda masih membisu. Hanya tangisan yang kedengaran.

"Pasal gambar abang, ya?" tebak Akid.

Masih tiada jawapan.

Akid pantas mencapai telefon bimbit milik Amanda. 

"Semua gambar selfie abang tadi abang hantar pada sayang." Akid suakan telefon bimbit Amanda yang terpampang gambarnya kepada Amanda.

Tangisan Amanda terhenti. Matanya terkebil-kebil memandang yang ditunjuk. Malunya. Berprasangka yang bukan-bukan pada Akid.

"I'm yours, sayang. Totally yours." Akid cari bibir Amanda. Dipagut lembut.

Faham apa yang dirasa Amanda. Hati isterinya ini mudah sangat terusik sejak dia aktif modelling. Rasanya dia perlu berhenti. InsyaAllah selepas job hujung minggu ini, dia kibar bendera putih. Hati Amanda lebih penting. Minat dia boleh ditukar.

P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.

4 comments: