SELESAI urusan
di klinik, mereka keluar dari situ. Ariq membiarkan sahaja Azza berjalan di
depannya. Dia memilih untuk berjalan di belakang sambil menggenggam kemas
plastik ubat-ubatan yang perlu dimakan Azza. Manalah tahu kalau-kalau gadis
kampung ini pitam lagi. Mudah dia nak sambut nanti. Sekurang-kurangnya
membuktikan dia tidak lepas tangan pada Azza.
Sebenarnya
hati Ariq masih tidak tenteram bila teringatkan pandangan mata Sarimah kepadanya.
Bukan setakat itu sahaja, nasihat yang diberikan juga cukup pedas dan sentap. Macam
dia pesalah jenayah berat. Sikit aje kut luka di dahi Azza. Sekurang-kurangnya
dia masih lagi ingin bertanggungjawab atas apa yang dia telah buat.
“Azza!”
Laungan
nama Azza mematikan lamunan Ariq. Dia menoleh ke kanan. Serentak dengan Azza. Diamati
tubuh empunya suara yang memanggil Azza tadi.
Mata
Azza pula mengecil. Memerhati insan yang semakin mendekati dia dan Ariq. Satu
keluhan kecil dilepaskan bila jelas di matanya siapakah insan itu. Nampaknya
malang memang sinonim dengan dia. Tak habis-habis. Apalah mahunya Munira dengan
dia kali ini.
Munira
berjalan laju mendapatkan Azza. Manaf yang turut berada di sampingnya dihalang dari
mengikuti langkahnya.
“Apa
kau buat dekat sini?” Munira menepuk kuat pergelangan tangan kanan Azza sebaik
sahaja dia sudah berdiri di depan Azza. Matanya turut melirik tajam pada lelaki
berbaju kelabu di belakang Azza.
Rasa
macam dia kenal lelaki ini. Kalau tak silap perkiraan dia, lelaki ini adalah
lelaki berlagak yang makan di kedai makan abahnya. Apa lelaki ini buat dekat
sini dengan Azza? Mana kawan-kawan lelaki ini yang lain?
“Aduh,
sakitlah, Ira!” Azza mengaduh. Menyeringai.
Digosok-gosok
pergelangan tangannya. Bukan dia mengada-ngada. Memang terasa sakitnya di situ.
Masakan Munira tak ingat apa yang Ariq dah buat pada dia.
Tindakan
refleks Azza membuatkan Ariq cepat sahaja berdiri di sebelah Azza. Risau
melihatkan tingkah gadis yang sudah berdiri di depan Azza tadi. Takut gadis itu
bertindak lebih jauh. Mencederakan Azza yang sememangnya sudah sakit dek
kesilapan dia.
Matanya
mula menganalisis gadis itu. Ini gadis dungu anak pemilik kedai makan. Kalau
tak silap, gadis ini adalah sepupu Azza. Kenapa perlu berkasar sangat dengan
Azza? Bukan ke tadi bicara gadis ini lembut sahaja sewaktu ingin mengambil
pesanan dia dan rakan-rakannya? Tolong jangan cakap dengan dia masih wujud lagi
kisah Cinderella di zaman serba maju dan canggih ini.
“Wah!
Sekarang dah pandai keluar dengan jantan,” tempelak Munira.
Langsung
tidak kisah dengan jegilan mata lelaki berbaju kelabu yang sudah berdiri di
sebelah Azza. Berangan nak jadi herolah tu. Ingat dia takut. Sikit pun dia tak
hairan.
“Jaga
sikit mulut kau tu!” marah Ariq.
Panas
hatinya bila dia dipanggil jantan. Kasar sekali bahasa gadis ini. Memang
pantang dia kalau orang yang tak ada adab. Ringan sahaja tangannya mahu dilepaskan
pada pipi gadis ini.
“Ariq,
tolong?” Azza bersuara.
Menggeleng
bila Ariq memandang dia. Ariq orang luar. Tidak sepatutnya Ariq masuk campur
urusan dia dengan Munira walau dia tahu niat Ariq itu baik. Dia lebih arif
dengan perangai Munira. Tahulah dia bagaimana mahu meladeni sikap kasar sepupunya
ini.
Ariq
mendengus. Plastik ubat diserahkan kepada Azza. Dia terus berjalan menuju ke
keretanya. Yalah, tuan punya badan tak sudi dia ada di situ. Lebih baik dia
beredar. Takkanlah dia nak mematung macam orang bodoh. Lagi pula tak ada
faedahnya nak mendengar bicara 2 orang gadis ini. Bukan urusan dia pun.
“Ira,
kau salah faham.” Bersungguh Azza menafikan kata-kata Munira. Dia tidak mahu
Munira salah mentafsir keberadaan Ariq dengan dia di sini.
“Salah
faham apanya? Kalau dah berdua-duaan, mestilah ada sesuatu yang kau dan lelaki
itu buat.” Munira memandang sinis.
Mencebik
melihat mimik wajah Azza yang seperti meminta simpati itu. Nak berlakon baik
konon. Depan abah dia bolehlah. Ini Muniralah. Tak payah nak berpura-pura
dengan dia.
“Aku
pergi klinik aje, Ira.” Azza mempertahankan dirinya. Tidak suka dengan tuduhan
Munira.
“Yalah
tu.” Masih lagi sinis kata-kata yang keluar dari mulut Munira.
“Terpulang.
Selama aku duduk dengan keluarga kau, tak pernah sekali pun aku membuat onar.
Aku sedar siapa aku. Aku tahu jaga maruah pak long.”
Sebaik
habis berkata-kata, Azza terus mengorak langkah menuju ke kereta Ariq. Dia
sudah malas mahu mempertahankan dirinya. Rugi kalau dia beria-ia menghabiskan
liurnya semata-mata mahu meraih kepercayaan Munira. Dia tahu sepupu dia ini tak
akan ambil endah apa yang diberitahunya. Langsung tak lekat dalam kepala si sepupu.
Umpama menjirus air pada daun keladi.
“Hei,
aku belum habis cakap lagilah!” Munira membentak keras bila Azza terus pergi. Membiarkannya
terkulat-kulat di situ. Bengang bila Azza sudah pandai mengelak tatkala dia
masih lagi tak puas hati dengan jawapan yang diberikan Azza.
Ariq
sudah menekan pedal minyak. Kuat ngauman enjin keretanya. Sudah tentu mengganggu
orang di sekeliling. Biarlah. Itu isyarat untuk Azza. Dia tidak suka menunggu
lama.
Tak
boleh sabar agaknya budak bandar ni. Pening kepala dia macam ni. Munira ni pun,
apa lagi yang dimahunya. Jemari Azza naik mengurut pelipis. Dia berpaling.
“Nanti
kita cerita dekat rumah,” jawabnya mudah sebelum meloloskan diri masuk ke dalam
kereta Ariq. Wajah masam Munira tidak dihiraukan. Untuk kali ini sedikit pun
dia tidak gentar.
Sebaik
sahaja Azza menutup pintu, pantas Ariq mengundurkan keretanya dan bergerak
keluar dari kawasan parkir klinik.
Munira
mengetap gigi. Kedua-dua tangannya digenggam erat. Mencerlung tajam kereta yang
dinaiki Azza.
“Kau
memang suka cabar aku, kan Azza. Kenapa nasib kau selalu baik? Maruah. Cara kau
bercakap macam kau tu malaikat. Tak apa. Ada ubi ada batas. Kau belum kenal
lagi siapa Munira.”
Dia
berpaling. Kaki dihentak kuat sewaktu melangkah. Dia mendapatkan semula Manaf
yang setia menantinya di hujung bangunan kedai 2 tingkat itu.
“Azza
dengan siapa tadi tu? Untunglah dia. Pakwe
ada kereta besar,” puji Manaf selamba walau dia nampak wajah Munira yang masam
mencuka.
Munira
tidak menjawab langsung. Kaki dihayun ke belakang bangunan kedai.
Manaf
seperti biasa hanya menuruti perlakuan Munira. Menjadi pak turut kepada Munira
seperti sudah menjadi amalannya. Walau adakalanya apa yang dibuat Munira itu
salah dan terlarang. Tak diendahkan itu semua. Dia hanya mahukan duit Munira.
Munira sumber kewangannya untuk kelangsungan hidup.
“Yang
kau nak puji dia lebih-lebih dah kenapa?” bentak Munira sebaik mereka melewati
lorong belakang.
Sakit
hatinya apabila ada orang lain yang memuji Azza. Sejak Azza menetap di sini,
nama Azza sentiasa meniti di bibir orang kampung. Sana sini tak lekang
bercerita perihal Azza. Kebaikan yang dia pamerkan pula sudah tidak dipandang
lagi.
“Serius,
Azza memang beruntung. Sudahlah cantik, pandai, baik hati pula tu. Aku rasa kau
ni kurang cantik dan bodohlah sebab tu tak ada lelaki kaya yang nak dengan
kau,” kutuk Manaf selamba.
“Sedapnya
mulut kau bercakap. Cuba kau cermin diri kau tu. Pakwe aku sekarang ni siapa?” Munira besarkan matanya.
Geramnya
dengan Manaf bertambah-tambah. Bercakap tak pernah berfikir. Kalau dia bodoh,
rasa-rasanya Manaf ni lagi berganda bodohnya.
“Akulah.”
Manaf tersengih.
“Itu
maknanya kau yang bodoh sebab tu tak kaya-kaya. Kalau kau pandai dah lama kau
pakai kereta besar macam lelaki tadi,” sindir Munira melepaskan apa yang
terbuku dalam benaknya.
“Ek eleh. Aku pula. Blahlah kau.” Tersentak Manaf bila Munira menghina dia. Menonong
laju dia mendapatkan motornya yang diletakkan berdekatan salah satu lot kedai yang
terbiar.
Munira
menepuk dahi. Manaf tak boleh tinggalkan dia terkontang-kanting seorang diri di
situ. Dia perlukan Manaf.
“Alah
merajuk pulak. Manaf! Manaf!” panggilnya.
Dia
berlari anak. Buruk betullah jantan ni merajuk. Kalau tak kerana dia nak
mempergunakan Manaf, memang taklah dia nak memujuk bagai. Selagi apa yang dia
niatkan dalam hati tak tertunai, selagi itulah dia perlukan Manaf di sisinya.
Manaf
langsung tak menoleh. Dibiarkan sahaja panggilan Munira tak bersambut.
Sekali-sekala melawan kata-kata Munira apa salahnya.
“Kau
nak kaya cepat tak?” tanya Munira sebaik sampai di sisi Manaf.
Pergerakan
Manaf terhenti. Tidak jadi menyarungkan topi keledar ke kepala. Wajah Munira
dipandang.
“Kaya
cepat?” Dia menghantar pandangan pelik.
Munira
tersenyum. Jeratnya mengena. Bukan susah pun nak memujuk Si Manaf ni. Nampaknya
perancangan dia bakal terlaksana dan dia akan pastikan untuk kali ini
segala-galanya berjalan dengan lancar.
“A’ah.
Tapi kau kena buat sesuatu.” Munira tarikan kedua-dua belah keningnya. Dia
pasti Manaf mesti suka. Lagi pun semua ni berbayar, bukan percuma.
Manaf masih lagi memandang
Munira.P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.
Hah tau rasa serba salah pulak si ariq ni.... tp apa yg dh jdik kt azza ni.... mcm teruk je
ReplyDeleteTak tahu nk ckp knp n apa....
DeleteSambung yunk syeena..dah mula rasa cam nk ujan ni....mesti hidup Azza penuh dngn berliku2 setelah kehilangan kedua2 ibu bapanya....sob...sob ..
ReplyDeleteSabar ye kak.....
DeleteTq
ReplyDeletesmbung lgi ye stiap jam tgu nie....
ReplyDeleteHikhikhik....
Deletemisteri nyer
ReplyDeleteApa yang misteri tu.....kikikiki
Deletesalam Syeena...
ReplyDeleteCam ada sesuatu je pasal Azza ni... hurm siapa pak long... siapa kah arwah ibu bapa dia.... mesti Azzza ni seorang yg cerdikkk pandai..... hurm pandai ya syeena perangkap hati dan jiwa pembaacaaaa....
ni cerpen or e-novel?....keep up good work my dear
lots of luv
kak itasukri
Hehehe.... Tq kak ita..... Mini novella agaknya citer ni.....
DeleteMini novella?
ReplyDeleteWow.....seronok ni. Gud luck dik
Kalau larat kak ayu.... tq kak...
Deletebad ariq
ReplyDeletesebab Azza baik.... :P
Delete