SYIKIN
kalut menyelesaikan tugasannya untuk hari ini. Laju kakinya melangkah ke lokar.
Tidak sabar nak peluk bantal di rumah. Entah kenapa terasa rindu pada bilik
tidurnya menggebu sangat.
“Ikin!”
Asyikin
menoleh. Matanya menyapa susuk Doktor Naim. Dia mengeluh. Inilah yang cuba dia
elakkan beberapa hari sudah. Hari ini terjumpa juga.
“You
cepat-cepat nak pergi mana?” Doktor Naim sudah berdiri di sebelah Asyikin.
Stetoskop digantung pada leher. Tipikal doktor.
“Balik
kampung.” Asyikin menjawab acuh tak acuh. Tidak senang dengan soalan Doktor
Naim.
“Balik
naik apa? Dengan siapa?” tanya Doktor Naim prihatin. Bibir terukir senyuman
cari makan.
Asyikin
dah pandang lain macam pada Doktor Naim. Apahal pula semuanya nak tahu ni.
Teman lelaki bukan, tunang pun bukan, jauh sekali suami dia. Ini dah tahap jaga
tepi kain orang. Sekarang ni nak bagi jawapan apa? Jawapan selamat atau jawapan
jerut leher?
“Naik
bas.” Tak sampai hati pula Asyikin nak mempermainkan Doktor Naim. Kalau dengan
rakan-rakan jururawat yang lain memang sedas dia bagi.
“Kenapa
you tak cakap awal-awal? Kalau tak boleh I tukar shift. Boleh hantar you balik sekali.” Nada suara Doktor Naim
mendatar. Kesal bila Asyikin kerap membelakangkan dia. Masakan gadis ini tidak
tahu isi hati dia.
“Tak
payah susah-susah, doktor. Bas banyak. Rumah parents I bukan jauh mana
pun.” Asyikin dah gelabah.
Apa
kes nak hantar dia balik bagai? Mahu kena berleter dengan mak. Orang suruh
pergi kerja cari rezeki bukannya cari lelaki.
“Tak
susah mana pun kalau you yang minta tolong, Ikin.” Doktor Naim pandang tepat
pada wajah Asyikin. Menghantar isyarat rahsia hatinya.
“Doktor
Naim.”
Doktor
Naim dan Asyikin menoleh ke kanan bila terdengar suara perempuan memanggil nama
Doktor Naim.
“Doktor
Marina,” tegur Asyikin dengan senyuman manis. Kedatangan Doktor Marina
memudahkan kerjanya. Lega bila dia tidak perlu membalas kata-kata Doktor Naim
tadi.
Doktor
Marina menjeling.
Asyikin
dah menyumpah dalam hati. Ini lagi satu parasit. Apahal nak jeling-jeling dia.
Bukan dia ada buat salah pun. Ke Doktor Marina ni ada hati dengan Doktor Naim
tapi Doktor Naim tak layan? Dia tersenyum simpul.
Ringan
saja mulutnya nak cakap pada Doktor Marina. Angkatlah Doktor Naim ni jadi suami
cepat-cepat. Saya pun dah tak larat nak lari dari dia.
“Ada
apa?” Doktor Naim bertanya malas.
Doktor
Marina bagi satu lagi jelingan pada Asyikin.
Asyikin
yang seolah-olah faham maksud jelingan Doktor Marina segera minta diri. Bagus
juga Doktor Marina ni datang. Sekurang-kurangnya tak ada lagi sesi soal jawab
dengan Doktor Naim.
“Doktor
Naim. I balik dululah. Tak nak ganggu kerja you. See you, Doktor Marina. Assalammualaikum.” Asyikin melambai dan
terus keluar dari wad.
“Ikin!”
Doktor Naim ingin mengejar. Dia belum berpuashati lagi dengan jawapan Asyikin
tadi. Hatinya menyumpah-nyumpah dengan kedatangan Doktor Marina.
“Naim.”
Lengan Doktor Naim ditarik Doktor Marina.
“Hesy…”
Doktor Naim merengus. Terbantut segala-galanya.
Doktor
Marina hanya tersenyum.
ABRAR
bersandar malas pada pacuan empat rodanya. Memerhati air Selat Tebrau yang
mengalir tenang. Saja berhenti di tepi laut. Menghirup udara yang tak berapa
segar. Biarlah tak segar. Dia mahu tenangkan otak. Beberapa hari ini fikirannya
agak berserabut. Emaknya asyik telefon bertanyakan bila nak bawa balik calon
menantu.
Siapa
yang dia nak bawa balik tunjuk dekat emaknya? Sudah 6 bulan perhubungan dia
dengan Afiqah putus. Perhubungan 5 tahun itu senang-senang sahaja hancur.
Gara-gara Afiqah kerap mendesak dia untuk masuk meminang.
Bukan
dia tak mahu tapi dia merasakan kedudukan kewangannya belum stabil. Maintenance Afiqah boleh tahan tinggi.
Maklumlah Afiqah anak hartawan. Dia hanya anak kampung yang baru nak mengumpul
harta.
Bukan,
bukan. Kepala digeleng. Dia ada alasan lain yang lebih kukuh kenapa perhubungan
dia dengan Afiqah terpaksa diputuskan. Biarlah ianya menjadi rahsia
peribadinya. Hanya seorang sahaja yang tahu dan dia berharap orang yang dia
percayai itu dapat menyimpan rahsia yang satu ini.
Rakan
baiknya, Luqman memberitahu Afiqah sudah bertunang dengan pilihan keluarga.
Anak rakan niaga papa Afiqah. Dia cakap, baguslah. Allah dah tetapkan jodoh
Afiqah. Dia reda. Antara dia dan Afiqah semuanya sudah menjadi sejarah. Biarlah
tersimpan kemas dalam lipatan kenangannya.
Mukanya
diraup kasar. Nafas dihela dalam-dalam. Dia berpaling. Berjalan menuju ke pintu
sebelah pemandu. Baru tangannya hendak membuka pintu, matanya tertancap pada
seorang jururawat yang baru sahaja turun dari jejantas.
Matanya
dikecilkan. Memerhati penuh minat. Sepertinya dia mengenali si gadis beruniform putih ini, walau hanya sekali
sahaja mereka bersua. Ya, dia masih boleh mengecam siapakah gerangan si gadis.
"Asyikin,"
tegur Abrar tika Asyikin yang berjalan sambil menunduk melintasi dia.
Asyikin
mendongak bila terdengar namanya dipanggil. Jeda seketika. Diamati lelaki yang
menegur dia.
"Encik
Abrar."
"Panggil
Abrar aje. Tak perlu berencik dengan saya." Abrar tersenyum. Lega bila si
gadis masih lagi mengingati namanya.
"Sorry. Dah terbiasa berurusan dengan
pesakit panggil macam tu." Asyikin tersenyum.
Kakinya
diteruskan melangkah. Menghampiri pondok bas. Punggung dilabuhkan pada bangku
panjang yang ada di situ.
Abrar
menuruti langkah Asyikin. Tidak pasti kenapa dia bertindak begitu. Dia mengikut
kata hatinya. Entah kenapa dia rasa ingin berbual panjang dengan gadis ini.
"Nak
pergi mana?" tanyanya selepas turut duduk tidak jauh dari Asyikin.
"Balik
kampung." Asyikin terjenguk-jenguk ke arah jalan. Takut bas menuju ke
kampungnya lalu. Maklumlah waktu-waktu macam ini memang susah untuk dapatkan
bas.
"Naik
bas? Doktor Naim tak hantar?" Abrar angkat kening. Soalan perangkap.
Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.
“Doktor
Naim? Nak buat apa dia hantar I?” Asyikin pandang Abrar dengan dahi berkerut.
Tiba-tiba petik nama Doktor Naim, apa kes pula lelaki ini.
“Errr…
both of you…” Abrar urut belakang
lehernya. Kenapa pula dia tanya soalan merepek dekat Asyikin ni? Nampak sangat
bebelan emaknya pasal calon menantu terbawa-bawa. Dan ketara sangat yang dia
ini macam terdesak mencari calon isteri. Janganlah Asyikin perasan.
“Dia
kawan aje. Bukan siapa-siapa pun dengan I. Lagi pun I memang suka naik bas.
Senang. Malas nak drive. Rumah parents I tak jauh mana. Dekat kawasan
Tampoi aje.” Asyikin tersenyum. Pandangannya beralih ke jalan raya kembali. Ralit
memerhati kenderaan yang lalu lintas di hadapan mata mereka.
“Ooo…
sorry. I terlupa. You pernah cakap
masa pertama kali kita berjumpa.” Abrar tersengih. Abrar, Abrar. Memalukan
betul. Benda remeh macam ini pun kau tak ingat? Hatinya berbisik sendiri.
“Tahu
tak apa.” Asyikin tersenyum lagi.
“Tampoi
dekat mana?” soal Abrar ingin tahu.
“Kenapa?
You nak hantar ke? Bagus juga tu.” Kening Asyikin menari-nari.
“Why not?” Abrar tegakkan badan. Bersedia
untuk berdiri. Kalau Asyikin setuju, memang untung sabutlah dia.
“Kidding. Okeylah, Abrar. Bas I dah
sampai. Ada rezeki kita berjumpa lagi. Assalammualaikum.” Tangan Asyikin naik
menahan bas awam yang ingin dia naiki. Sempat dia melambai pada Abrar sebelum
kaki meniti anak tangga bas.
Abrar
membalas lambaian Asyikin. Dia merenung bas yang dinaiki hingga bas tersebut
berlalu. Termenung dia seketika.
“Kenapalah
aku tak berkeras nak hantar dia tadi? Rumah sewa aku pun dekat kawasan Tampoi
juga.” Dahinya ditepuk.
“Kenapalah
kau lembap sangat Abrar.” Kali ini dia menggeleng pula. Lalu bingkas bangun dan
masuk ke kenderaannya. Perlahan-lahan pacuan empat rodanya dipandu berlalu dari
situ.
Asyikin
termenung. Bas yang dinaiki bergerak perlahan. Waktu petang begini Jalan Skudai
memang selalu sesak. Waktu orang balik kerja. Memang selalu macam ni. Zaman
bila agaknya Johor Bahru ini akan ada LRT seperti di Kuala Lumpur? Kalau ada
bukan ke bagus. Tak perlu menghabiskan masa di atas jalan raya.
Lebih
kurang 20 minit perjalanan, sampai juga Asyikin di taman perumahan rumah
keluarganya. Dia melangkah turun dari tangga. Berdiri di tepi hentian bas.
Menunggu sehingga tiada kenderaan yang lalu barulah dia boleh melintas.
“Asyikin!”
Suara lelaki menjerit memanggil namanya.
Asyikin
tertoleh-toleh. Sudah, siapa pula yang panggil dia ni? Dia cuba mencari arah
datangnya suara yang memanggil.
“Asyikin!”
Ada tangan yang melambai dari Toyota Land Cruiser. Berhenti tidak jauh dari
pondok bas yang dia berdiri sekarang ini.
“Crap.” Asyikin gigit bibir. Susuk tubuh
lelaki yang sedang berjalan menghampirinya dipandang. Lelaki ini mengekori dia
ke?
“Satu
taman rupanya kita.” Lelaki itu tersenyum-senyum. Nampak gembira sekali
wajahnya.
“Abrar.”
Asyikin tersengih.
“Macam
berjodoh pula.” Abrar masih lagi tersenyum.
“Rumah
you pun dekat sini juga ke?” tanya Asyikin. Cuba untuk tidak memanjangkan
kata-kata Abrar tadi. Tidak selesa walau berkemungkinan lelaki ini bergurau.
“I
menyewa. Duduk bujang. Seorang,” beritahu Abrar panjang lebar.
“Ohhh…”
Asyikin tersenyum.
“Rumah
you dekat dalam ni?” Jari Abrar menuding pada kawasan perumahan rakyat di
belakang Asyikin.
“A’ah.
Errr… I kena gerak sekarang ni. Bising pula emak I nanti.” Asyikin segera minta
diri. Tidak mahu berlama-lama di situ. Buatnya ada jiran atau kenalan mak dan
ayahnya nampak, kecoh satu taman ini nanti. Bukan itu sahaja, bersedialah
menadah telinga mendengar bebelan emaknya.
“Asyikin,”
panggil Abrar.
Asyikin
menoleh. Kening diangkat.
“You
ada telefon?” Abrar urut pelipis. Apa punya soalan ni, Abrar? Apasal kalut
semacam ni?
“Zaman
sekarang kalau tak ada telefon baik duduk zaman batu, Abrar.” Asyikin
menggeleng. Rasa ingin sahaja dia ketawa. Nampak lelaki di depan dia ini
gelabah semacam. Seperti tidak pernah berkawan dengan perempuan. Comel.
“Errr…”
Abrar termalu sendiri.
“Bagi
I telefon bimbit you.” Asyikin hulur tangan.
Abrar
bagai dipukau. Kalut mengambil telefon bimbit di kocek seluar. Dihulurkan
kepada Asyikin.
Asyikin
menaip nombor telefonnya. Seketika terdengar telefon bimbitnya berbunyi.
“Save my number. Assalammualaikum.”
Asyikin kenyit mata. Melemparkan senyuman manis sebelum berlalu meninggalkan
Abrar.
“Cheeky.” Abrar tersenyum. Susuk Asyikin
diperhatikan sehingga hilang dari pandangan matanya.
Hihihi....abrar2
ReplyDeletewelllll....hikhikhik...
DeleteOoo.. Bru brkenalan rupa nya hihihi... Tak sabar nak tau seterusnya...
ReplyDeletesabar naaa....
Deletenak lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii kak syeena..hahahahh
ReplyDeleteHamvoiiiiiiiiii.....hehehehehe...
Deleteyeay!!! lagi kak..hehe.. apa kata kan..kan..kan.. akak sambung sampai penerbit da lulus penilaian utk dibukukan..hehehe..ley x? newey, thanx eh kak..
ReplyDeletePermintaan dia sangattttt.....sabarlah ya...
Deletesabar ni kak, harap xmembebankan akak la eh..hehhe..apa2 pun saya ttp sokong karya2 akak..xsabar nak peluk semua novel2 akak.. :)
DeleteTak ada apa r yunkkk...
DeleteAmboi abrar..
ReplyDeleteMiahahahahaha...
Deleteewah...sombong sangat tu abrar..nsb baik cpat bertindak
ReplyDeleteSusah sebenarnya nak mengurat asyikin nih...
Delete